Anda di halaman 1dari 8

DATUK LEE CHONG WEI

Lee Chong Wei (Badminton)


Wajahnya keanak-anakan tetapi jangan terpedaya, di sebalik wajah comel itu, kehebatannya
menggegarkan ramai. Pemain utama perseorangan lelaki dalam acara badminton ini, Datuk Lee Chong
Wei, sudah membuka banyak mata untuk melihat taring anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini
dalam sukan itu.
Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan sedikit. Beliau merangkul pingat
perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan
akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun
1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri
Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos
2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid
Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh
badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
Biograf
Dilahirkan 21 Oktober 1982, Chong Wei, pemuda yang terkenal dengan sifat peramah ini sudah
menundukkan ramai pemain dunia, termasuk pemain nombor satu dunia, Lin Dan, dari China. Beliau
mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary School (B) sebelum menyambungkan pelajarannya
di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way.
Satu perkara `pelik yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan peminat Chong Wei, anak muda
ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini.
Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester
United.
Pada zaman kanak-kanaknya, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi
sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari
badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam
gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin
bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula
melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan
kebangsaan pada usia 17 tahun.

Lee Chong Wei berjaya mematahkan serangan pihak lawan dengan tangkas.
KERJAYA DAN PENCAPAIAN:
20022007
Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila
beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen
Hong dari China. Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia
dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam
sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum
ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua. Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi
kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol
pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada
Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.
Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai
Terbuk Switzerland, Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia, di samping juga
mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu
skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan
campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac. Lee mencapai kedudukan
teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006, lalu
menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari
China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line call berkontroversi yang
tidak menyebelahi Lee.

Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas
bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga
kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan enam
jahitan pada kecederaan kepalanya.

Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia
sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung

kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia
2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek. Prestasinya di
separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka
Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong
walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya. Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya
dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai tempat ke-5
keseluruhan dalam pertandingan. Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia,
sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu,
beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, sehingga beliau menyela ketua jurulatih
Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan
dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.
2008:
Lee
Chong

Wei

di

separuh

akhir

badminton

Sukan

Olimpik

2008

di

Olimpik
Beijing

Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka
Malaysia dalam masa lima tahun. Diikuti Terbuka Singapura, Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum
sukan Olimpik), Terbuka All England, Terbuka Switzerland, Kejohanan Badminton Asia, dan juga Piala
Thomas di Jakarta, Indonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau
menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 10 ketika melawan jaura bertahan dari
China. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 23 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam
perlawanan terakhir.

Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan
cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, K?stutis Navickas di pusingan ketiga, dan Sony Dwi Kuncoro di
pusingan suku akhir, sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan
sebelum dapat mara ke pusingan akhir. Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata
1221, 821. Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak
di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008.
Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa
gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.

Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan
menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari
Jerman.Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu
dunia yang terlemah",di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan
prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana
tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang
digemakan oleh Misbun Sidek).

Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di


pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus
memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek.[38] Lee akhirnya
merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain
handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.
2009
Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima, tetapi gagal

merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan akhir. Namun
begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan
dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di
pusingan akhir di luar negara asalnya. Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka
India. Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar
memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia. Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai
pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah
dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan. Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di
Terbuka Indonesia, dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold, biarpun gagal mempertahankan kejuaraan
Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.

Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin
sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008. Beliau pernah
dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo, sehingga mereka berdua
mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.

Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita
merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir. Setelah berehat selama
sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku akhir diikuti
kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso. Kecederaan yang dialami
pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009.
Setelah menjauhi Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai
Terbuka Hong Kong pada 15 November tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka China
tiga hari kemudian. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 36
Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan
perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai perseorangan wanita. Walau
bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu
kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan
2010
Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka
Korea dan Terbuka Malaysia (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua
kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh menjuarai Kejohanan AllEngland sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di
perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di
perlawanan akhir dengan markah 2119, 2119.

Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk
menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 23 kepada Jepun. Di separuh akhir, beliau
menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir. Di
separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan
tanpa kalah sejak awal tahun ini.
Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku akhir.[69]
Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia Grand Prix Emas
pada bulan Julai,[71] dan Terbuka Macau pada bulan Ogos. Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib
lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.
Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya

selepas pusingan ketiga. Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka
Jepun.

Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat
emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan
pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan. Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat
perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi
merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir. Pada akhir tahun, Lee
menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut.

2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara
berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland

2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh
akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim

2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir
Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik
Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun;
Perlawanan Akhir Piala Thomas

2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku
akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga
Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura

Juara Komanwel 1998

Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008.

Kejayaannya menyemarakkan arena sukan negara.


Anugerah:

Olahragawan Kebangsaan 2005

Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang di-Pertua Negri Tun
Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea
Beijing 2008.

Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.

Memenangi emas pada Kejohanan Siri Super Terbuka Korea Selatan 2010.

Memenangi emas enam kali berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Malaysia bermula 2005.

Pingat emas sentiasa diimpikan olehnya setiap kali pertandingan.

GELARAN
Tarikh

Kejohanan

Lawan di peringkat akhir

Markah

2003

Malaysia Satellite

Kuan Beng Hong

157, 159

2004

Terbuka Malaysia (1)


Terbuka Taipei Cina

Park Sung Hwan


Kuan Beng Hong

1513, 1512

2004
2005

Terbuka Malaysia (2)


Terbuka Denmark

Lin Dan
Muhammad Hafiz Hashim

1715, 915, 159

2005
2006

Terbuka Switzerland (1)

Xia Xuanze

158, 150

2006

Kejohanan Terbuka Asia

Boonsak Ponsana

2112, 2116

2006

Terbuka Malaysia (3)

Lin Dan

2118, 1821, 2321

2007

Terbuka Indonesia (1)

Bao Chunlai

2115, 2116

2007

Terbuka Filipina

Chen Hong

219, 2115

2007

Terbuka Jepun

Taufik Hidayat

2220, 1921, 2119

2007

Terbuka Perancis

Bao Chunlai

2111, 2114

2008

Terbuka Malaysia (4)

Lee Hyun-il

2115, 1121, 2117

2008

Terbuka Singapura

Simon Santoso

2113, 215

154, 1510
1714, 158

2008

Super Series Masters Finals

Peter Gade

218, 2116

2009

Terbuka Malaysia (5)

Park Sung Hwan

2114, 2113

2009

Terbuka Switzerland (2)

Lin Dan

2116, 2116

2009

Terbuka Indonesia (2)

Taufik Hidayat

219, 2114

2009

Malaysia Open Grand Prix Gold


Macau Open Grand Prix Gold

Chen Long
Wong Choong Hann

2116, 219

2009
2009

Terbuka Hong Kong

Peter Gade

2113, 1321, 21-16

2009

Super Series Masters Finals (2)

Park Sung Hwan

2117, 2117

2010

Terbuka Korea

Peter Gade

2112, 2111

2010

Terbuka Malaysia (6)

Boonsak Ponsana

2113, 217

2010

Terbuka All England

Kenichi Tago

2119, 2119

2010

Terbuka Indonesia (3)


Terbuka Malaysia Grand Prix Gold (2)

Taufik Hidayat
Wong Choong Hann

2119, 218

2010
2010

Terbuka Macau (2)

Lee Hyun-il

No match

2010

Terbuka Jepun (2)

Lin Dan

2220, 1621, 2117

2010

Sukan Komanwel (2)

Rajiv Ouseph

2110, 218

2010

Terbuka Hong Kong (2)

Taufik Hidayat

2119, 219

2115, 2119

218, 1421, 2115

NAIB JUARA
Tarikh

Kejohanan

Lawan di peringkat akhir

Markah

2003

Terbuka Malaysia
Asian Satellite

Chen Hong
Yeoh Kay Bin

915, 515

2003
2004

Terbuka Singapura

Kenneth Jonassen

1517, 415

2006

Terbuka Taipei Cina

Lin Dan

1821, 2112, 1121

2006

Terbuka Macau

Lin Dan

1821, 2118, 1821

2006

Terbuka Hong Kong

Lin Dan

1921, 218, 1621

2007

Terbuka China

Bao Chunlai

1221, 1321

2007

Terbuka Hong Kong

Lin Dan

219, 1521, 1521

2008

Terbuka Switzerland

Lin Dan

1321, 1821

2008

Sukan Olimpik

Lin Dan

1221, 821

2008

Terbuka Jepun

Sony Dwi Kuncoro

1721, 1121

2008

Terbuka Macau

Taufik Hidayat

1921, 1521

2008

Terbuka China

Lin Dan

1821, 921

2009

Terbuka Korea

Peter Gade

1821, 2110, 1721

2009

Terbuka All England

Lin Dan

1921, 1221

2010

Sukan Asia

Lin Dan

1321, 2115, 1021

515, 1315

2011
Memenangi Final Single Malaysia Open (MO) 2011 Super Series antara Lee Chong Wei dan Taufik
Hidayat. Ini merupakan kejayaan kali ketujuh beliau untuk kejohanan ini.
----------------------

Chong

Wei

Kecewa,

Lin

Dan

Rangkul

Gelaran

Dunia

Kali

Keempat

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hajat merangkul gelaran juara dunia tidak kesampaian bagi
pemain perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei. Pilihan utama kejohanan itu tewas
pada musuh tradisinya, Lin Dan dari China, 22-20, 14-21 dan 21-23 pada pusingan akhir perseorangan
lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London Ahad malam. Chong Wei bermula
baik pada set pertama meskipun ditentang hebat Lin Dan, yang cenderung mengajak beliau bermain di
jaring.
Dalam satu rali panjang ketika kedudukan terikat 14-14, Chong Wei menampilkan kemahiran menarik
apabila mampu membalas pukulan walaupun diasak bertalu-talu oleh Lin Dan. Kesilapan Lin Dan pada
minit terakhir set pertama memberi mata mudah kepada Chong Wei, yang menamatkan set tersebut 2220 dengan pukulan kencang ke penjuru gelanggang.
Pada set kedua, kealpaan Chong Wei membiarkan beberapa hantaran yang disangka keluar gelanggang,
memberi peluang kepada wira China itu bangkit dan menjarakkan kedudukan. Lin Dan akhirnya berjaya
mengheret permainan ke set penentuan setelah menang set kedua 21-14. Pada set ketiga, kedua-dua
pemain mempamerkan aksi cemerlang dan perlawanan berlangsung dalam keadaan sengit sehingga ke
penghujung. Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan 'game point' iaitu 20-19, 21-20, nasib
tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Kejuaraan menjadi milik Lin Dan yang mencipta mata kemenangan 23-21 dengan pukulan kencang ke
tengah gelanggang. Ini merupakan kali keempat Lin Dan meraih gelaran juara dunia. Sementara itu,
kekecewaan jelas terpancar di wajah Chong Wei yang gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk
mencipta sejarah sebagai pemain badminton negara pertama mengungguli kejohanan tersebut. Kali
terakhir pemain Malaysia layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki adalah pada 2003, menerusi
Wong Choong Han.
Perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan mendapat sokongan padu rakyat Malaysia di London, serta
ditonton jutaan peminat di tanah air. Turut kelihatan di kalangan penonton di Arena Wembley adalah
mangsa rusuhan di London, Muhammad Ashraf Haziq Rossli.