Anda di halaman 1dari 6

KUCHING 10 Mei - Angkara cemburu, seorang wanita warga Indonesia hari ini membuat laporan polis

mendakwa dipukul sehingga cedera teruk oleh suaminya di Batu Kawa, di sini semalam.
Kejadian berlaku pada pukul 7 petang semalam apabila mangsa yang berusia 26 tahun mendakwa dipukul oleh
suaminya berusia 45 tahun dengan menggunakan kayu golf, tali pinggang selain ditumbuk di muka dan tangan.
Menurut sumber, ini bukan kali pertama ibu kepada dua orang anak itu menjadi mangsa keganasan rumah
tangga apabila suaminya cemburu dan mengesyaki dia berlaku curang.
"Mangsa mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun hasil perkahwinan terdahulu dan seorang anak
angkat lelaki berusia dua tahun," kata sumber ketika dihubungi di sini.
Kata sumber, pasangan tersebut telah berkahwin sejak dua tahun lalu dan polis telah menahan suaminya di
rumah mereka pada pukul 10.40 pagi ini.
Pihak Kedutaan Indonesia telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan mangsa dihantar ke Hospital Umum
Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi Utusan
Malaysia mengesahkan kejadian ini.
Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120511/je_12/Isteri-dakwa-dipukul-suamiakibat-cemburu#ixzz2wwcRm6Kr


Utusan Melayu (M) Bhd

Ibu terus menanti anak hilang sejak 2004


KUALA LUMPUR 22 Jan. Meskipun sudah empat tahun kehilangan anak lelakinya namun
Mumtaj Bagum Abdul Razak masih menunggunya sehingga kini tanpa rasa bosan.
Mumtaj Bagum, 48, dari Lembah Jaya Selatan dekat Ampang setia menanti kepulangan
anaknya, Syed Ahmad Khusairi Syed Jalal, yang kini berusia 12 tahun dan wanita itu percaya
anaknya masih hidup.
Pada masa yang sama, dipercayai anaknya itu telah diculik oleh seseorang yang dikenalinya.
Beliau juga langsung tidak menerima apatah lagi mempercayai dakwaan pihak tertentu
mengatakan anaknya telah mati.
Kalau anak saya sudah mati, di mana mayatnya? Lagi sebagai seorang ibu, naluri saya
mengatakan dia masih hidup. Sudah kering air mata menanti Ahmad Khusairi, saya harap ada
pihak bantu mencari anak saya, katanya dalam nada sebak.
Mumtaj yang ditemani suaminya, Syed Jalal Syed Omar, 51, berkata demikian dalam sidang
akhbar anjuran Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.
Mumtaj seterusnya berkata, Ahmad hilang ketika berusia lapan tahun pada 2004 semasa
bermain di sekitar rumahnya dan ketika kejadian itu, hanya basikal milik anaknya ditemui di tepi
sebuah parit besar.
Walaupun ramai menyatakan Ahmad Khusairi dihanyutkan arus tetapi saya tidak percaya
kerana airnya hanya di paras betis.
Pasukan bomba dan penyelamat yang mencarinya selama tiga hari juga menyatakan anak saya
tidak hanyut, katanya.
Beliau seterusnya percaya anaknya kini diculik oleh individu tertentu dikenalinya tetapi kini
menghilang.
Menurut Mumtaj, dia percaya Ahmad yang merupakan anak bongsu dari lima beradik telah
diculik oleh seseorang yang ada hubungan keluarga dengannya.
Katanya, berikutan itu, beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang
Jaya.
Saya telah beri alamat dan maklumat majikan individu itu kepada polis tetapi sehingga kini
belum ada apa-apa perkembangan dalam kes ini, katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2008&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm#ixzz2wwghJeaU
Utusan Melayu (M) Bhd

Jaga ibu sakit tidak halang Siti Nur Syafiqah capai kejayaan

Siti Nursyafiqah Abdul Ghani mencium ibunya, Ina Maswati Zainul Abidin sebagai tanda kasih selepas memperoleh keputusan
cemerlang 7A di Hospital Tuanku Fauziah, Arau, Perlis, semalam.

ARAU 20 Mac - Dalam kesibukan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung dan terpaksa menjaga ibu yang
sakit, Siti Nur Syafiqah Abdul Ghani tetap tidak menghampakan apabila mampu mencatat keputusan 7A 1B
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.
Hakikatnya, pelajar Sekolah Menengah Vokasional Kangar ini sendiri tidak menyangka mendapat keputusan
tersebut kerana tugas berat itu telah dipikul sejak dia di tingkatan empat lagi.
Walaupun berasal dari Langkawi, anak sulung daripada tujuh beradik itu terpaksa tinggal di Kuala Perlis kerana
ibunya, Ina Maswati Zainul Abidin, 43, seorang bekas guru, menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah
kerana penyakit saraf.
Baginya setiap ruang masa yang ada perlu digunakan sebaik-baiknya untuk menyiapkan kerja sekolah dan
mengulang kaji pelajaran sekalipun terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari selain menguruskan keperluan
adik- adiknya.
"Saya bercadang melanjutkan kejuruteraan elektrik kerana meminati bidang ini sejak kecil lagi," katanya ringkas
ketika ditemui di sini hari ini.
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140321/pe_08/Jaga-ibu-sakit-tidak-halang-Siti-NurSyafiqah-capai-kejayaan#ixzz2wwhkmo19
Utusan Melayu (M) Bhd

MASALAH DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH


September 19, 2012

Pada masa kini, gejala disiplin di sekolah semakin membimbangkan. Beritaberita seperti kes buli, kes pukul, kes ponteng dan mengganggotai kumpulan
gangster atau samseng menjadi wadah utama di dada-dada akhbar tempatan
sejak akhir-akhir ini. Walaupun pelajar telah diajar di sekolah mahupun di rumah
supaya menerima nilai-nilai murni, tetapi nampaknya ini semua hanya retorik
semata-mata. Masalah disiplin di sekolah telah menjadi lebih ekstrem dengan
kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat
yang dikenali dengan nama Black Metal. Antara isu atau masalah yang dapat
dikongsi disini ialah berhubung dengan masalah ponteng sekolah dan
penglibatan murid dalam gangsterisme di sekolah.
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar ponteng sekolah di Malaysia
menimbulkan kerunsingan dan tanda tanya pelbagai pihak mengenai punca
terjadinya keadaan ini. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar
sekolah telah bertambah dengan serius dari sehari ke sehari bagai cendawan
tumbuh selepas hujan walaupun pelbagai langkah telah dijalankan bagi

membanteras masalah ini. Gejala ini merupakan kes disiplin yang tertinggi di
sekolah berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain.
Antara punca berlakunya keadaan ini adalah bermula dari keluarga iaitu ibu bapa
yang tidak mengambil berat akan kebajikan anak-anak terutama berkaitan
dengan persekolahan. Ibu bapa sibuk mencari rezeki sehingga seringkali
mengabaikan kebajikan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan
perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa. Sikap ibu bapa yang lepas
tangan dan hanya mengharapkan ihsan guru untuk menjaga dan membentuk
anak-anak mereka sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya peningkatan kes
ponteng sekolah sejak kebelakangan ini.
Selain itu juga, pergaulan dengan rakan sebaya dan rakan di luar sekolah turut
menjadi penyebab kepada meningkatnya masalah disiplin pelajar sekolah.
Pelajar-pelajar sekolah sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang
lebih ke arah kegiatan atau sikap negatif. Hal ini kerana pelajar-pelajar ini lebih
rapat dan suka bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang boleh sama-sama
berkongsi masalah dan pendapat.
Manakala, punca seterusnya ialah penglibatan pelajar-pelajar di dalam kumpulan
kongsi gelap atau gangsterisme di sekolah. menurut Kamus Dewan edisi ke 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka 1996, hlmn 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai
Kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah.
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal
Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah
pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata;
Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan
pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk
memeranginya sehingga ke akar umbi. (Utusan Malaysia 20 Feb 97).
Menurut William Gladden Foundation (1992), terdapat empat faktor yang
merangsang atau menjadi penarik kepada pembentukan kumpulan kongsi gelap
di kalangan pelajar ini:1) Remaja yang mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan
oleh kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga terdekat dan sekolah
sendiri.
2) Keanggotaan kongsi gelap ini akan memberikan ganjaran kepada pelajarpelajar iaitu perasaan sense of belonging dan menjadi sumber utama
penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka.
3) Keahlian kongsi gelap telah menjadikan remaja merasakan diri mereka lebih
berkuasa dan menguasai, di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat
mereka melepaskan kemarahan ataupun ketegangan.
4) Pelajar dapat menjadi pengrekrut ahli baru dan dapat memperluaskan lagi
kawasan pengaruh untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan.
Kemasukan ahli baru secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung
keperluan dengan penambahan sumber dan ahli kumpulan.

Punca-punca pelajar menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap adalah untuk:
a)

Mencari kasih sayang struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka

b)

Perasaan komitmen dan sense of belonging, dikagumi dan menguasai.

c)

Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti

d)

Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai

e)

Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan

Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan bagi menangani masalah disiplin
pelajar sekolah. Namun, tetap tidak mendatangkan apa-apa perubahan.
Sebenarnya, tanggungjawab untuk menangani permasalahan ini adalah
tanggungjawab bersama. Laporan dan kerjasama daripada masyarakat amat
diperlukan bagi menangani masalah disiplin ini. Selain itu juga, pihak kerajaan
telah membuat cadangan untuk menjalankan Program Integrasi Negeri Tangani
Anti Sosial (PINTAS) iaitu program untuk meningkatkan disiplin dan kawalan
salah laku pelajar di sekolah.

Seterusnya boleh juga pelajar-pelajar yang bermasalah ini diberikan


perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi tujuan diberikan nasihat serta
dorongan agar mereka insaf dan seterusnya mengikuti peraturan sekolah yang
telah ditetapkan. Langkah atau cadangan yang seterusnya ialah dengan
penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin bagi melatih dan memberi
kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan
pencegahannya. Namun, perkara yang paling penting ialah sikap ibu bapa yang
harus diubah bagi mengatasi masalah disiplin ini. Ibu bapa perlu meluangkan
masa bersama anak-anak dan sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk
mereka menghadapi sesuatu cabaran dan menyelesaikan segala masalah
dengan tenang dan bijak.