Anda di halaman 1dari 49

Pendahuluan

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk mengajar
secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati
kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti
pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa
Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan
pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan
disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang
guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan
itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan
sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Dinamika dan
keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian inti pati profesionalisme guru. Berasaskan
pemahaman dan analisis ten tang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru
merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi
kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan
pengajaran.
Definisi Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu mata
pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum, dan
mengandungi topik, obejktif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian (www.edsnet.na/
Resources/TBCM/TBCM l/Glossary M 1.htm).
Amalan kurikulum berbeza-beza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Dalam amalan
kurikulum di Malaysia, kurikulum dan sukatan pelajaran bersifat berpusat, diselaraskan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang merangkum
pendidikan prasekolah, rendah dan menengah. Terdapat dua dokumen penting yang saling
melengkapi yang dibangunkan, iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaran, sebagai dokumen induk, mewakili keperluan kurikulum bagi satu peringkat
persekolahan. Oleh itu, ada dua sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang dibina di PPK iaitu
sukatan pelajaran sekolah rendah dan sukatan pelajaran sekolah menengah. Sukatan pelajaran
sekolah rendah merangkurni Tahap Satu dan Tahap Dua, disediakan bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, dan Kelas Peralihan.
Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi pelajaran Bahasa Melayu
menengah rendah (tingkatan satu hingga tingkatan tiga), dan menengah atas (tingkatan empat
dan tingkatan lima).
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandungan
sukatan pelajaran. Huraian sukatan pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, dan

dibezakan antara HSP SK dan SJK.


Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah dimuatkan dalam dokumen sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Organisasi kandungan kurikulum, sukatan pelajaran dan
huraian sukatan pelajaran merujuk kerangka utama dokumen berkenaan, setiap satu, dengan
kerangka yang tertentu. Organisasi Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah seperti
yang berikut:
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah diorganisasikan seperti berikut:
1. Matlamat dan Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum):
a. Penggunaan Bahasa
b. Kemahiran Bahasa
c. Hasil Pembelajaran
d. Sistem Bahasa
e. Pengisian Kurikulum
3. Hasil Pembelajaran (senarai hasil pembelajaran bagi ketigatiga bidang penggunaan bahasa)
4. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)
5. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Terdapat lima buah buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang
disediakan, iaitu sebuah khusus bagi setiap tingkatan satu hingga tingkatan lima. Kelima-limanya
berbeza dari dua segi, iaitu:
1. Objektif pendidikan Bahasa Melayu bagi setiap tingkatan
2. Huraian hasil pembelajaran
3. Catatan dan cadangan aktiviti dan sumber (sejajar dengan pemyataan huraian hasil
pembelajaran)
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah seperti yang
berikut:
1. Matlamat, Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah, dan Objektif Pendidikan
2. Bahasa Melayu Sekolah Menengah mengikut tingkatan
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum)
a. Penggunaan Bahasa
b. Kemahiran Bahasa
c. Hasil Pembelajaran
d. Sistem Bahasa
e. Komponen Kesusasteraan Melayu

f. Pengisian Kurikulum
3. Penerangan tentang Huraian Sukatan Pelajaran Hasil Pembelajaran
a. Hasil Pembelajaran (Utama dan Khusus)
b. Huraian Hasil Pembelajaran
c. Cadangan Aktiviti/Nota
4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
5. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)
6. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)
7. Hasil Pembelajaran (kandungan). Bahagian ini dipersembahkan dalam tiga lajur, iaitu hasil
pembelajaran utama dan khusus dalam lajur 1, huraian hasil pembelajaran dalam lajur 2, dan
catatan dan nota dalam lajur 3.
Matlamat dan Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Matlamat kurikulum sdalah tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan,
misalnya pendidikan Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan kecil antara matlamat pendidikan
bahasa Melayu bagi sekolah rendah dengan sekolah menengah. Matlamat kurikulum Bahasa
Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa
dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan
pekerjaan.
Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah digariskan daripada matlamat yang
dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah berbeza daripada objektif
pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah. Objektif yang dicapai pada akhir pendidikan
bahasa Melayu sekolah menengah adalah:
1. Melibatkan diri dalam interaksi so sial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk
menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan;
2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar,
dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;
3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;
4. Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan
jenis maklumat dan bahan sastera;
5. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan
imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan
6. Menghayati dan mengamalkan nilai mumi, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan
cinta akan negara.
Selain daripada itu, terdapat juga objektif yang lebih khusus bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu
tingkatan satu hingga tingkatan lima dinyatakan dalam dokumen huraian sukatan pelajaran

mengikut tahun. Perbezaan ini wujud dari segi skop, peluasan dan kedalaman kemahiran.
Objektif mengikut tingkatan ini berdasarkan objektif pendidikan sekolah menengah tertera di
atas. Di bawah ini diperturunkan objektif pendidikan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga:
1. Berbicara tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau dan
antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun.
2. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan melaksanakan aktiviti yang
lazim dalam transaksi.
3. Memberikan penjelasan, alasan dan contoh untuk mempengaruhi pihak lain dalam suasana
perbincangan dan perundingan yang harmoni.
4. Membaca bahan sastera dan ilmu dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan untuk
tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu karya.
5. Merujuk pelbagai sumber, memperluas dan menganalisis maklumat bagi tujuan penyelidikan.
6. Menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara, bentuk dan gaya penyampaian yang
efektif.
7. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis
dan teknik penulisan yang menarik.
8. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan
cinta akan negara yang terdapat dalam bahan yang dipelajari dan yang diperoleh melalui
pengalaman pembelajaran di bilik darjah.
Penggunaan Bahasa
Untuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah, pengetahuan dan kemahiran yang
ingin disuntik kepada pelajar ialah keterampilan menggunakan bahasa Melayu bagi memenuhi
keperluan harian, pengembangan ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur hayat, serta
tuntutan kerjaya. Berasaskan matlamat tersebut, kandungan kurikulum Bahasa Melayu
dijuruskan kepada tiga bidang penggunaan bahasa iaitu:
1. Bidang interpersonal: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks
mengekalkan hubungan dan interaksi sosiallain seperti memberikan pendapat, rundingan,
membuat pertimbangan, memujuk dan transaksi.
2. Bidang maklumat: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks memperoleh,
memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dalam pelbagai disiplin.
3. Bidang estetik: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa bagi apresiasi keindahan bahasa
pelbagai karya penulisan dan penghasilan genre penulisan.
Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah yang berasaskan penggunaan bahasa
merupakan urutan yang logik daripada penekanan pada kemahiran bahasa pada peringkat
sekolah rendah kepada aspek fungsian bahasa Melayu dalam pelbagai konteks kebahasaan
sebenar pada peringkat menengah. Kemahiran bahasa dan kecekapan berbahasa (dijelmakan
dalam pernyataan hasil pembelajaran) yang perlu dikuasai oleh murid menengah mencakup
keperluan fungsi ketiga-tiga bidang penggunaan bahasa tersebut. Harus diingat bahawa bidang
penggunaan bahasa tidak mewakili kemahiran bahasa tertentu. Anggapan bahawa bidang
interpersonal mewakili kemahiran mendengar dan bertutur, manakala bidang maklumat mewakili

kemahiran membaca, dan bidang estetik mewakili kemahiran menulis adalah tidak tepat sama
sekali. Setiap hasil pembelajaran dalam bidang penggunaan bahasa boleh menjurus kepada
kemahiran dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan atau menulis. HPK 2.3 Memperkuat
hujah dengan menggunakan contoh dan bukti boleh merujuk dua kemahiran bahasa, iaitu
kemahiran bertutur dan menulis.
Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran adalah set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh
murid melalui proses pembelajaran bahasa (Melayu). Ini sejajar dengan pandangan Skinner
(1992) bahawa pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku melalui pengalaman
pembelajaran pengetahuan, kemahiran dan sikap dapat dibentuk. Hasil pembelajaran dibina
mengikut bidang penggunaan bahasa (interpersonal, maklumat atau estetik). Pernyataan hasil
pembelajaran berteraskan kemahiran bahasa dan disepadukan satu atau lebih perkara berikut,
iaitu sistem bahasa, komponen sastera dan elemen pengisisan kurikulum. Te1iti hasil
pembelajaran berikut:
1.4 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan
dengan menggunakan ungkapan yang sesuai
a. Mentafsir maksud tersurat/tersirat ialah unsur kemahiran berfikir, menganalisis dan kecerdasan
verbal-linguistik, iaitu satu daripada elemen pengisian kurikulum
b. Merujuk sistem bahasa iaitu kosa kata
c. Maksud rangkai kata/petikan yang ditafsir mungkin daripada bahan komponen sastera.
Hasil pembelajaran terbahagi dua: hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus.
5.1 Hasil Pembelajaran Utama (HPU)
Hasil pembelajaran utama bagi setiap bidang penggunaan bahasa adalah seperti yang berikut:
Bidang Interpersonal
1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat
4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan
5.0 Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain melakukan sesuatu
6.0 Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
Bidang Maklumat
7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton
8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu

Bidang Estetik
10.0 Memaharni dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera
11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif
12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
5.1 Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
Hasil pembelajaran utama yang tersenarai di atas masih bersifat umum. Oleh itu, setiap hasil
pembelajaran utama mengandungi set hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai untuk
memastikan hasil pembelajaran utama telah dikuasai o1eh pelajar. Contohnya, terdapat lima
HPK 2.1,2.2,2.3,2.4 dan 2.5 perlu dikuasai murid untuk mencapai HPU 2.0
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
2.1 Mencetuskan idea bemas dan teliti semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.
2.2 Menghuraikan idea bemas secara kritis dan rapi.
2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.
2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk membantu dalam membuat penyelesaian.
2.5 Berbincang dan membuat penje1asan secara spontan tentang sesuatu perkara terhadap isu
yang dikemukakan.
Berdasarkan taksonomi Bloom, iaitu konsep daripada yang mudah daripada mudah kepada yang
sukar, HPK 2.1 ialah HP yang relatifnya mudah berbanding 2.2, dan HPK 2.5 ialah HP yang
paling sukar bagi HPU 2.0.
Hasil pembelajaran utama (HPU), hasil pembelajaran khusus (HPK), hinggalah kepada
pernyataan yang lebih spesifik iaitu huraian hasil pembelajaran (HHP) mempunyai implikasi
pedagoginya. Dalam konteks pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran:
petunjuk kepada kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai
membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan tatacara pengajaran serta penilaian
yang relevan dan berkesan
Pernyataan Huraian Hasil Pembelajaran (HHP)
Suatu perkara dalam kandungan huraian sukatan pelajaran yang perlu dianalisis dan difahami
oleh guru ialah huraian hasil pembelajaran. Bagi tujuan yang lebih spesifIk untuk memenuhi
keperluan pedagogi di bilik daIjah, setiap hasil pembelajaran khusus diperincikan mengikut
tahap kesukaran isi pelajaran dan tahap pembelajaran dan pre stasi pelajar. Perincian ini
terkandung huraian hasil pembelajaran yang juga disebut pemyataan aras pembelajaran; sarna
ada aras as as [Aras I], aras sederhana [Aras 2], atau aras cemerlang [Aras 3]. Pemyataan aras
pembelajaran dibina berdasarkan pemyataan HPK. Oleh sebab tidak semua pemyataan aras ada
bagi semua HPK bagi ketiga-tiga aras, maka guru hams berupaya mengesan HPK bagi
pernyataan aras tersebut. Di bawah ini diperturunkan huraian hasil pembelajaran dari aras 1,2

dan 3 bagi HPU 1.0 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga, dan sila teliti
pertalian antara HPK dan HHP.
Aras 1
1. Berbual, menambah dan menyambung bicara ten tang masyarakat dengan menggunakan
ungkapan yang sesuai dan ayat yang gramatis. (HPK 1.1)
2. Mendengar pemyataan dengan aktif dan menghubungkaitkannya dengan kejadian atau
peristiwa yang dibaca, didengar, dan didalami sebagai respons. (HPK 1.2)
3. Mengisahkan dan menceritakan semula sesuatu perkara dengan teratur dan menarik perhatian.
(HPK 1.3)
4. Menyatakan pandangan dengan menghuraikan maksud tersurat dan tersirat daripada pelbagai
sumber (HPK 1.3)
5. Mengemukakan soalan dalam bentuk ayat tanya tanpa kata tanya dan menggunakan soalan
pengikat untuk mengundang respons (HPK 1.4) VI.
6. Menolak pandangan seseorang dengan memberikan penjelasan yang sopan (HPK 1.5)
7. Memberikan penjelasan tentang maksud dan kedudukan sebenar secara sopan.
Aras 2
1. Mengutarakan soalan bertumpu dan bercapah serta memberikan jawapan yang tepat dalam
perbincangan (HPK 1.4)
2. Menghujah secara sop an tentang pemyataan atau isu yang bersifat sensitif dan berupa tuduhan
(HPK 1.5)
3. Menyatakan penghargaan, pengakuan, kecenderungan dan mendapatkan pertimbangan. (HPK
1.6)
Aras 3
1. Menafikan pemyataan dan menolak tuduhan dengan mengemukakan hujah yang meyakinkan
tanpa menyentuh hal sensitif. (HPK 1.5)
2. Menyatakan kesediaan, keprihatinan, kekhuatiran tentang sesuatu, serta menegur perlakuan
yang tidak menyenangkan dengan menyisipkan peribahasa. (HPK 1.6)
Pemyataan dalam huraian hasil pembelajaran ialah pemyataan yang dipilih dan diukur oleh guru
dalam menyediakan rancangan pengajaran harian. Selain menggunakan kreativiti dan
pengalaman untuk merangka dan memikirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi hasil

pembelajaran yang dipilih, guru digalakkan menggunakan cadangan aktiviti dalam lajur 3 HSP
yang mengambil kira aspek pedagogi, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sumber dan bahan bantu belajar.
Komponen Sastera dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Pembelajaran unsur sastera bagi murid-murid sekolah mula diberikan penekanan dalam sukatan
pelajaran Bahasa Melayu 1988 sebagai unsur sastera. Mulai tahun 2000 pembelajaran unsur
sastera dimantapkan melalui pelaksanaan komponen sastera yang dijelaskan dalam edisi
penyesuaian Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu seta penggunaan teks sastera wajib yang
ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum Bahasa Melayu semakan
pelaksanaan 2003, komponen sastera diteruskan. Dengan semangat yang sarna dinyatakan dalam
objektif pelaksanaan komponen sastera, iaitu:
1. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera,
2. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Komponen sastera harus difahami dalam perspektif yang tepat, iaitu:
1. komponen sastera diperkenalkan bukan untuk mengajarkan sastera per se, dalam kelas Bahasa
Melayu.
2. komponen sastera merupakan medium atau wahana untuk mencapai matlamat pendidikan
bahasa Melayu iaitu keterampilan berbahasa Melayu, dengan itu mengukuhkan kemahiran
bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) serta penguasaan sistem bahasa (tatabahasa,
kosa kata dan sebagainya) murid.
Aspek sastera seperti tema persoalan gaya bahasa, plot, pengajaran, dan sebagainya
diperkenalkan tetapi tidak begitu terperinci seperti kandungan pedidikan Kesusasteraan Melayu
elektif.
Dengan ini, komponen sastera dalam konteks sukatan semakan terjelma dalam dua bentuk:
Sebagai HPU dari HPK, khususnya HPU 10.0 memahami dan memberikan respons peribadi
tentang karya sastera
Teks atau karya sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja untuk
mencapai HPU 10.0, tetapijuga boleh digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran dengan
HPU yang lain termasuk bidang interpersonal dan maklumat
Teks komponen sastera boleh digunakan sebagai bahan untuk mengajarkan tatabahasa dan
mengembangkan kosa kata murid.
Pengajaran menggunakan teks sastera dapat merealisasikan manamana kemahiran bemilai
tambah yang sesuai sarna ada kemahiran berfIkir, teknologi maklumat dan komunikasi, belajar
cara belajar, kajian mas a depan, kontekstual, konstruktivisme atau kecerdasan pelbagai.

Berdasarkan pemahaman ini, kekeliruan dapat dielakkan dan guru dapat merancang strategi
pengajaran yang berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran serta menepati objektif sebenar
komponen sastera.
Pengisisan Kurikulum
Selain kemahiran dan kecekapan yang khusus diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu, kurikulum semakan menggariskan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai
yang hams dimiliki oleh murid yang dididik. Hasrat ini dinyatakan dalam pengisian kurikulum.
Terdapat beberapa pernyataan hasil pembelajaran secara tersurat memperlihatkan penekanan
elemen pengisisan kurikulum yang khusus. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana elemen
tersebut tidak dinyatakan dalam pernyataan HP, penyerapan pengetahuan, kemahiran serta sikap
dan nilai perlu dirancang dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima
elemen dalam pengisian kurikulum iaitu:
Ilmu - pengintegrasian isi atau kemahiran khusus mata pelajaran dan disiplin lain dalam
pendidikan Bahasa Melayu
Nilai - penyerapan 17 nilai murni yang as as atau subnilai merentas kurikulum
Kewarganegaraan - tuntutan meningkatkan patriotisme mood kepada negara.
Peraturan sosiobudaya - pendidikan berteraskan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia
Kemahiran bernilai tambah - kemahiran generik yang dibina melalui kemahiran dan pendekatan
dan gaya pembelajaran berikut: a. Kemahiran berfikir b. Kemahiran teknologi c. Maklumat dan
komunikasi Kemahiran belajar cara belajar d. Kajian masa depan e. Kecerdasan pelbagai f.
Pembelajaran konstruktivisme g. Pembelajaran kontekstualisme
Bagi menyerapkan elemen di atas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan,
pertimbangan pedagogi perlu dibuat bagi menyesuaikan hasil pembelajaran dengan mana-mana
elemen tersebut.
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Analisis dan pemahaman kandungan sukatan pelajaran perlu disusuli praktis yang berkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu menggariskan strategi pengajaran dan pembelajaran
berikut yang perlu diamalkan dan dilaksanakan:
1. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan menggalakkan interaksi dan
penguasaan kemahiran meIaIui pengalaman sendiri serta memberi peluang untuk maju mengikut
kadar keupayaan mereka sendiri.
2. Pendekatan masteri untuk memastikan murid menguasai isi pelajar dan kemahiran, meIaIui
pengubahsuaian teknik mengikut tahap kebolehan murid dan penilaian formatif yang jitu dan
berterusan serta tindakan susulan yang sesuai.

3. Kepelbagaian pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan kebolehan murid serta keberkesanan
pengolahannya.
4. Kepelbagaian sumber dan bahan seperti akhbar, majaIah, kamus, bahan daripada internet,
perisian kursus, bahan sastera dan bukan sastera, bahan pelbagai disipIin, bacaan luas serta
penggunaan pusat sumber dan komputer.
5. Penggunaan tatabahasa yang tepat melalui pengajaran terancang, penggunaan aspek tatabahasa
dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna. Tatabahasa Dewan dijadikan
pegangan utama.
6. Pengajaran dan pembelajaran bertema meliputi bidang iImu, hal persendirian dan
kemasyarakatan serta isu semasa dirancang supaya hasil pembelajaran, kemahiran bahasa,
pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata disepadukan dan dikukuhkan.
7. Bacaan luas dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera untuk
meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca.
8. Penggabungjalinan antara dua atau Iebih kemahiran bahasa, serta hasil pembelajaran dengan
sistem bahasa. Bagi tujuan ini, guru harus mengenal pasti sekurang-kurangnya dua hasil
pembelajaran bagi setiap waktu pengajaran dengan satu daripadanya sebagai fokus utarna, dan
selebihnya fokus sampingan. Penggabungjalinan tatabahasa dan kosa kata perlu dilaksanakan
dalam setiap waktu pengajaran.
9. Penyerapan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan
kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Kemahiran bedikir perlu
diserapkan dalam setiap waktu pengajaran BM.
10. Pemulihan dibuat untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai
mengikut kadar kemampuan mood.
11. Penilaian formatif dan sumatif yang berterusan dijalankan untuk menentukan pencapaian
hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran, serta mengenal pasti tindakan
susulan yang perlu diambil misalnya aktiviti pemulihan atau pengayaan.
12. Pengayaan perlu diberikan bagi murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal
daripada jangka masa yang ditetapkan melalui aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar.
Kesimpulan
Semakan kurikulum menuntut guru menganalisis semula kandungan kurikulum, sukatan dan
huraian sukatan pelajaran supaya guru dapat melaksanakan tugas mengajar dengan sebaiknya
mengikut matlamat, objektif dan ketetapan yang dibuat. Setelah memaharni kandungan sukatan
pelajaran, tugas yang lebih berat ialah penyediaan rancangan pengajaran tahunan dan harian,
seterusnya pelaksanaan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di sinilah

pengetahuan kurikulum, ilmu tentang bahasa (Melayu), strategi pengajaran berkesan dan
kecintaan kepada tugas mengajar dipersatukan bagi memastikan muridlah yang pada akhirnya
mendapat yang terbaik daripada pengajaran yang ditawarkan oleh guru serta pengalaman
pendidikan yang dilalui oleh murid.

UNSUR FPK DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU


Unsur- unsur penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan hubungannya dengan
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan
tonggak kemajuan,tidak kira sama ada kemajuan individu masyarakat mahupun
Negara.Pendidikan jugalah yang akan menentukan dan membezakan corak manusia dan
masyarakat.Manusia yang berpendidikan lebih berdisplin,berbanding manusia yang tidak
mendapat pendidikan yang sempurna. Pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat diperolehi
jika wujud sistem yang teratur. Pendidikan ini adalah satu proses pengajaran pembelajaran yang
melibatkan perhubungan dan interaksi antara individu, tidak kira sama ada guru dan murid serta
hubungan dengan rakan sebaya atau sebaliknya.Para guru harus menjalankan tugas berlandaskan
garis panduan falsafah pendidikan kebangsaan.Banyak tugas guru perlu digalas demi memenuhi
matlamat pendidikan negara ini,supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekali gus
menjadi identiti sistem pendidikan negara Malaysia. Bagi membantu guru melaksanakan
pengajaran pembelajaran secara berkesan, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
disediakan untuk rujukan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran serta mengandungi
organisasi kandungan kemahiran bahasa,hasil pembelajaran,sistem bahasa dan pengisian
kurikulum. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
dengan menggunakan tatabahasa secara optimis,mengungkap ilmu pengetahuan dari mata
pelajaran lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir,maka Kurikulum Bahasa Melayu
telah digubalkan.Ia bertujuan melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani,intelek
dan sosial. 2.0 Konsep serta pengertian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran
2.1 Pengertian Falsafah Pendidikan Dalam perkembangan pendidikan konsep falsafah
mempunyai pengertian yang besar dan boleh dipisahkan.Maju mundurnya sistem pendidikan
sesebuah negara selalu dikaitkan dengan falsafah pendidikan. Falsafah sebenarnya berasal dari
dua perkataan Yunani iaitu philein yang bermaksud mencintai atau to love dan Sophia yang
bermaksud kebijaksanaan.Oleh itu,cantuman dua perkataan ini bermaksud mencintai
kebijaksanaan,kesempurnaan dan kehikmahan (Mohd Salleh Lebar-Perkembangan dan haluan
kurikulum pendidikan Malaysia).Suria Sumantri(1990) mendefinisikan,falsafah ialah kegiatan
berfikir secara mendalam.Aristottle(1984)falsafah ialah ilmu pengetahuan yabg meliputi
kebenaran berdasarkan fizik,logik,estetika,ekonomi dan politik.Manakala Syarifah Alwiah(1994)
falsafah ialah sesuatu penyiasatan yang komprehensif dan logik mengenai asas pemikiran semua
aktiviti manusia khususnya bidang sains,agama,seni dan pendidikan. Berdasarkan pengertian
falsafah tersebut,dapatlah dirumuskan bahawa falsafah bermaksud pertimbangan atau
penaakulan bijaksana yang berasakan kebenaran untuk menjelaskan sesuatu. 2.2 Pengertian
pendidikan James Mill, berpendapat pendidikan ialah proses membantu setiap anggota
masyarakat supaya hidup penuh kegembiraan.Mohd. Athiyah al-Abrasyi (1974)pendidikan ialah
proses mempersiapkan seseorang supaya dapat hidup dengan sempurna,bahagia,cinta dengan
negerinya,kuat jasmaninya,sempurna budi pekertinya,sistematik pemikirannya,halus
perasaannya,suka bekerjasama dan mengamalkan perbuatan yang baik.Mohd. Quth, pendidikan
ialah proses untuk membina manusia yang menyeluruh.Al-Ghazali, proses pendidikan
merangkumi aspek intelek,jasmani dan pembinaan akhlak mulia serta menghormati satu sama
lain. Tokoh tempatan Hamka berpendapat pendidikan ialah proses yang membentuk tingkah laku
yang baik,sikap berani,sabar.rendah diri dan hormat-menghormati orang yang lebih
tua.Manakala Syarifah Alwiah berpendapat pendidikan ialah proses latihan,perkembangan
diri,berterusan untuk kemajuan diri seseorang sebagai aktiviti yang bersepadu,sesuatu

disiplin,seni dan sains. Jadi, falsafah pendidikan berfungsi sebagai pedoman atau hala tuju yang
tepat bagi menyelamatkan perkara yang berkaiatn dengan pendidikan. 2.3 Falsafah Pendidikan
Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan
kritis berlandaskan daripada ideology negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam
Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama
ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan.Jika dilihat daipada intipati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ia boleh diterjemahkan sebagai suatu hasrat untuk memastikan
usaha berterusan dalam pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku seharusnya dapat
mencakupi dari segi rohani,emosi,jasmani dan intelek.Seterusnya,apabila rohani,emosi,jasmani
dan intelek dapat disepadukan dalam proses pendidikan maka akan lahirlah individu yang
seimbang dan harmonis.Di akhir matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
adalah untuk melahirkan insan yang menghayati nilai-nilai agama dan berpegang kepadanya 2.3
Unsur penting Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Negara tidak lengkap kalau
tidak disertakan dengan unsur-unsur penting yang terdapat di dalam falsafah tersebut.Unsurunsur yang dimaksudkan itu adalah seperti yang terdapat dalam Rajah 2.1. Berdasarkan rajah
tersebut,beberapa unsur penting yang diharapkan patut dicapai oleh setiap individu yang sedia
memahaminya. Rajah 2.3 Unsur-unsur penting Falsafah Pendidikan Negara Menjadi
warganegara Malaysia yang baik Unsur intelek Unsur rohani dan emosi Unsur jasmani
Memperkembangkan potensi individu Menyeluruh dan bersepadu Insan yang seimbang
Kepercayaan kepada Tuhan Rakyat Malaysia yang boleh memberi sumbangan 2.4 Faedah dan
peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai faedah
dan peranannya yang tersendiri ,iaitu antaranya ialah: Sebagai rujukan dan panduan kepada
pendidikan dalam merancang sistem pendidikan mengikut keperluan semasa dan wawasan yang
harus dicapai. Menjadi asas kepada matlamat pendidikan yang harus dituju oleh setiap
individu. Menyenangkan setiap individu untuk menjalankan segala aktiviti sama ada semasa
berada di bangku sekolah atau di luar daripada pengajian sekolah. Menyenangkan pihak guru
dan ibu bapa untuk mengawal anak- anak mereka daripada terdedah kepada tingkah laku buruk
atau perbuatan yang boleh merugikan. Melahirkan insan atau generasi baru yang lebih
bertanggungjawab kepada kedua ibu dan bapa.,masyarakat,agama,dan negara yang dicintai iaitu
berdasarkan kepada amalan prinsip rukunegara dan sisem demakrasi. Mewujudkan masyarakat
baru yang berkemahiran, maju dan sedia berkorban untukmemajukan negara, iaitu mengikut
kemampuan masing-masing. Membolehkan setiap individu menikmati pelbagai kemudahan
asas melalui perlaksanaan dalam amalan pendemokrasian pendidikan. Mewujudkan perpaduan
rakyat melalui sistem pendidikan yang sama. Membolehkan setiap individu mendapatkan
peluang peluang yang lebih luas. Dengan itu pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat
diperoleh apabila wujud satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu digarisi visi dan misi,
matlamat , peraturan dan undang- undang.Antara aspek pendidikan sempurna dan bersistem ialah
apabila digubal satu falsafah pendidikan yang seragam untuk semua bangsa dalam sesebuah
negara yang berdaulat. Pada awalnya, falsafah pendidikan dalam sistem pendidikan Malaysia
ialah dinamakan Falsafah Pendidikan Negara Namun sekitar akhir tahun 1990-an, pernyataan
falsafah pendidikan telah disemak dan diperkemaskan. Kini ia dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Ianya diterjemah sebagai: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani ,emosi,dan

jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhakepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 2.5 Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu(SPBM) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu , merupakan satu dokumen yang
menjadi panduan guru untuk melaksanakan pengajarannya di dalam kelas.Di dalamnya terdapat
beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak
dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian
kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa serta Kemahiran Bernilai Tambah.Aspek ini yang
menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya.Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu
ada lebih seragam, terkawal dan bersistematik. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu disediakan
bagi persekolah peringkat rendah yang dibahagikan kepada dua tahap iaitu 1 dan 2.Pada tahap
1,murid dibimbing untuk menguasai kemahiran asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dengan menggunakan bahan ilmu daripada pelbagai sumber. Manakala pada tahap 2
pula,penekanan diberikan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pembacaan,
perbincangandan penulisan.Secara keseluruhannya, Sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini
mengandungi perkara yang dapat dipraktikan di kelas dan diamalkan dalam kehidupan seharian
murid untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan perhubungan dengan masyarakat. (Perkembangan
dan Haluan Kurikulum Pendidikan di Malaysia- Mohd. Salleh Lebar) 2.6 Matlamat Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahas dan menghayati serta
menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan , bahasa ilmu, sesuai
dengan semangat rukunegara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.7 Objektif Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu. Setiap sukatan pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah,
mempunyai objektif masing-masing. Objektif ini akan berubah-berubah setiap kali semakan
dilakukan. Hal ini bagi memenuhi keperluan semasa dan satu sistem pendidikan yang berkesan.
Objektif Sukatan Pelajaran ( KBSR) , Bahasa Melayu (edisi semakan ) cetakan tahun 2003 ialah
sebagaimana disenaraikan : Mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati
pengucapan dalam konteks perbuatan harian dan situasi formal. Bertutur petah dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. Berbincang dan
berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat
keputusan tentang sesuatu perkara. Membaca pebagai bahan sastera dan bahan berunsur
pengatahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk
memperolehi ilmu dan meemproses maklumat secara kritis. Menyemai budaya membaca
sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.
Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni
melalui aktiviti bertutur,membaca dan menulis. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis
penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis
proses penulisan yang sesuai dan betul. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa
kata,tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme
dan perasaan cinta akan negara. 2.8 Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah mempunyai empat
bahagian iaitu: Kemahiran Bahasa Hasil Pembelajaran Sistem Bahasa Pengisian

Kurikulum 3.0 UnsurUnsur Penting Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan


Hubungannya Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 3.1 Pendidikan suatu
usaha berterusan,untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Jika
kita merujuk semula kepada unsur-unsur penting dalam FPK,iaitu pendidikan suatu usaha yang
berterusan, bermaksud proses memperolehi pengetahuan,nilai murni, dan kemahiran adalah
secara berterusan iaitu sejak dari kecil hinggalah ke akhir hayat. Proses memperolehi ilmu ini
akan berlansung secara berterusan selepas alam persekolahan dalam usaha meningkatkan
ilmu,kemahiran dan akhlak. Peringkat memperolehi ilmu secara formal , iaitu di alam
persekolahan,murid-murid akan didedahkan ilmu yang berteraskan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu. Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu iaitu menyemai budaya membaca sebagai
satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pengajaran dan pembelajaran secara
berterusan.Sejak lahir lagi individu memiliki pelbagai keupayaan dan bakat atau potensi, dan
semuanya ini masih lagi terpendam. Jadi pendidikan akan memainkan peranan utama untuk
memperkembangkan potensi pelajar atau individu ke tahap yang cemerlang. Usaha ke arah itu
perlulah dirancang dan dilaksanakan secara teratur dan tersusun, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Pada masa inilah para guru akan memainkan peranannya untuk
memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu . Untuk
merealisasikannya , dalam proses pengajaran, guru perlulah merujuk Sukatan Pelajaran , yang
mana Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu, sendiri yang bermatlamatkan untuk melengkapkan
murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi supaya memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu,perhubungan sosial dan urusan harian.Bahasa sebagai alat untuk
menggerakkan potensi individu serta memajukan diri.Seseorang murid yang berjaya dalam
peperiksaan kerana kemampuannya menggunakan bahasa bagi menyampaikan maksud atau
kehendak soalan. Menyedari potensi pelajar boleh dimajukan ,maka sistem pendidikan di
Malaysia , seperti yang termaktub dalan FPK, memberi peluang yang secukupnya dan sama rata
kepada setiap individu untuk memajukan diri.Jika kita melihat objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu itu sendiri , iaitu untuk memperkembangkan kekuatan imaginasi,kreativiti,pemikiran
kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,membaca dan menulis serta
mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang betul Ada di kalangan individu
yang mempunyi bakat dan keupayaan untuk memajukan diri. Namun segala bakat serta
kebolehan itu tidak mampu digerakkan bersendirian, melainkan ada sokongan dari individuindividu lain. Justeru itu guru dan masyarakat perlu berganding bahu mencungkil ,memupuk,
memperkembang dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang 3.2 Insan yang
seimbang dan harmonis intelek Seimbang dalam FPK membawa erti, memberi tempat yang
sewajarnya dan adil kepada semua keperluan pendidikan manusia khususnya dari segi
pertumbuhan akal, perkembangan sahsiah secara sihat dan bersepadu.Harmonis pula, wujud
keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dengan pertumbuhan dan
perkembangan rohani. Insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran
tenteram, sihat tubuh badan,cergas dan hidup bermasyarakat.Semua ciri- ciri ini sangat penting
untuk perkembangan intelek.Individu yang sempurna inteleknya ialah yang dapat menguasai
kemahiran asas bertutur, membaca, menulis dan mengira. Oleh itu, Sukatan Pelajaran berperanan
dan dapat membantu guru merancang pengajaran secara tersusun dan terancang bagi melahirkan
insan yang mempunyai intelek dan berdaya fikir tinggi serta mampu bersaing antara satu sama
lain, seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. Manusia yang berintelek ialah

manusia yang bijaksana, berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu
menghuraikan,mencerakin,menaakul,merumus dan menghasilkan idea-idea bernas. Inti pati FPK
ini jelas sekali terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa iaitu setiap individu yang berintelek
mampu mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kritis dan kreatif serta
dapat mengemukakan idea-idea bernas dalam bentuk penulisan. 3.3 Insan yang seimbang dari
segi rohani Unsur kerohanian ini adalah yang berkaitan dengan jiwa dan kalbu serta hubungan
yang erat dengan ketuhanan dan Pencipta. Ia lebih menjurus kea rah amalan keagamaan.
Keteguhan rohani pada setiap individu akan melahirkan kemurnian akhlak dan keinsafan kepada
Pencipta.Perkaitan antara FPK dan Sukatan Pelajaran Bahasa di sini jelas dapat dilihat dari segi
aspek nilai-nilai murni yang diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
berlangsung.Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam diri
murid-murid ialah nilai kasih-sayang,bekerjasama,disiplin,bertolak ansur,kesyukuran dan
sebagainya.Jika nilai murni ini dapat diterapkan dalam diri murid,sudah tentu akan mendorong
murid untuk tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan sentiasa menunjukkan sikap
yang baik, bersopan dan berakhlak mulia. 3.4 Insan yang seimbang dari segi jasmani Jasmani
merujuk kepada sifat- sifat luaran fizikal tubuh ,iaitu yang berkaitan dengan anggota tubuh badan
manusia.Seimbang jasmani, bererti setiap individu perlulah memiliki kecergasan fizikal untuk
kecerdasan mental. Kesediaan mental dan fizikal yang sihat akan akan mempengaruhi kemahiran
yang akan dicapai oleh setiap individu .Seseorang individu yang mempunyai fizikal yang sihat
boleh menguasai kemahiran teknikal,manipulatif dan sosial. Individu yang mempunyai fizikal
yang sihat akan menyumbangkan tenaga kerja kepada negara, yang mana tenaga kerja yang
produktif akan menghasilkan peningkatan produktiviti serta daya pengeluaran negara. Dalam
pengajaran Bahasa Melayu,juga menekankan aspek jasmani.Aspek jasmani boleh diterapkan
melalui proses penggabungjalinan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam
Bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen- elemen kesihatan . Contohnya pengajaran tentang
tajuk berkaitan penjagaan diri,makanan seimbang, kebersihan alam sekitar,penyakit-penyakit dan
sebagainya.Kreativiti guru penting, supaya aspek penggabungjalinan mata pelajaran ini dapat
menarik minat murid mengikuti pengajaran guru sehingga selesai. 3.5 Insan yang seimbang dari
segi emosi Emosi adalah yang berkaitan dengan jiwa dan perasaan. Emosi akan mempengaruhi
tingkah laku seseorang individu.Seimbang emosi dapat menjana tingkah laku dan pemikiran
sihat, matang dan bertoleransi ,antara individu.Seseorang individu yang mempunyai emosi yang
seimbang dapat berperasaan tenang dan tingkah laku terkawal, rasa kasih sayang terhadap semua
makhluk, memiliki semangat kekitaan,perpaduan dan menghormati orang lain, menghargai dan
menyayangi keindahan alam sekitar,menghargai keindahan buatan manusia ,selagi ia tidak
bertentangan dengan agama dan adat. 3.6 Insan yang berilmu pengetahuan Manusia yang
berilmu pengetahuan, sentiasa berusaha mencari, mendalami serta memanfaatkan ilmu
tersebut.Ilmu yang diperolehi itu pula akan disebarkan. Pendidikan yang diberikan sejak dari
peringkat pra hinggalah ke tingkatan enam kepada setiap warganegara, jelas terbukti bahawa
kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan.Disebabkan pentingnya ilmu
pengetahuan dalam diri setiap individu maka tidak hairanlah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
juga bermatlamatkan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan , beretika dan
berkemahiran ICT. Dalam pengajaran Bahasa Melayu , aspek tatabahasa yang diajar, misalnya
dapat dipraktikkan, apabila murid ingin berkomunikasi dalam kehidupan harian mereka.Mereka
juga perlu menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan
yang betul.Semuanya ini adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi supaya memenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu, perhubungna sosial dalam

urusan harian mereka. 3.7 Insan yang mempunyai bakat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga
menekan elemen bakat.Bakat dan keupayaan yang dikurnia oleh Allah sejak dari lahir,semuanya
masih lagi terpendam.Dengan pendidikan,bakat dan keupayaan yang sedia ada itu akan
dikembangkan ke arah kecemerlangan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu pelbagai bakat boleh
dilatih dan diajar contohnya aktiviti lakonan, nyanyian,mendeklamasi sajak,bersyair,berpidato
dan sebagainya . Semua aktiviti ini adalah ke arah mencungkil bakat dalam diri setiap individu.
3.8 Insan yang berakhlak mulia Berakhlak mulia merangkumi segala perbuatan dan tingkahlaku
yang baik,berdisplin dan bersopan santun. Individu yang berakhlak mulia akan menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni serta perlakuan-perlakuan yang baik.Mereka juga tahu yang
mana nilai yang patut diikuti dan tidak patut diikuti .Pada masa yang sama juga mereka perlu
menghayati nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dalam pengajaran
Bahasa Melayu dapat merealisasikan aspek ini,misalnya guru perlu menerapkan nilai-nilai murni
ke dalam diri murid-murid.Contohnya amalan membantu rakan sebaya dalam pengajaran
berkumpulan,amalan bekerjasama semasa aktiviti ko kurikulum, hormat-menghormati,memberi
salam dan banyak lagi nilai-nilai murni yang boleh diselitkan semasa proses pengajaran
pembelajaran Bahasa Melayu berlangsung.Nilai kewarganegaraan juga boleh dipupuk dalam diri
seseorang individu sejak dari kecil lagi, iaitu melalui pengajaran bahasa. Mengajar Bahasa
Melayu berkisar tentang tema Cintai Tanah Air, sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat
sekolah , Pertandingan mencipta sajak kemerdekaan dan sebagainya, secara tidak langsung akan
menerapkan nilai kewarganegaraan dalam diri murid-murid. Penutup Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala tuju kepada Sistem Pendidikan
Kebangsaan.Falsafah yang diterapkan oleh guru-guru di peringkat pra sekolah hinggalah ke
sekolah menengah diharap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan iaitu untuk melahirkan
insan yang kamil.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam pengajaran
pembelajaran Bahasa Melayu, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam FPK itu
untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan seimbang dari segi rohani,intelek, emosi
dan jasmani dapat direalisasikan dengan jayanya.

KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH


RENDAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1.1 PENGENALAN
1.1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.
Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas,
dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara
ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama
ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.( Roselan Baki,2003). Bagi mencapai matlamat ini,
sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala
aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam
melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu
melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.
(http//:www. myais.fsktm.um.edu.my).

1.2 KAITAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF


Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah
Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib,
selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid
berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas
berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),
membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. (
Abdullah Hasan,1996).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian,
penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur,

membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang
sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan
Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di
SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak
berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contohcontoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat
kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangancadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga
boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan,
dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff,2003).
1.2.1 MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang
berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.
1.2.2 OBJEKTIF
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan
Negara, adalah terlebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita
dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau
menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Negara. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah
pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan
melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang di ajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma
beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk
memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:
Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa
yang sesuai dan bertatasusila;
Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan
dan hiburan;
Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;


Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat
yang berbilang keturunan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru
adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan
murid (Roselan Baki,2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung
kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.
1.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DAN
KAITANNYA DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Fasafah Pendidikan Negara dengan
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, terlebih dahulu ingin saya jelaskan
apakah bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.
1.3.1 PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dukuasai serentak. Cara ini juga dapat
mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran- kemahiran boleh
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau
kemahiran daripada mata pelajaran lain.
1.3.2 PENYERAPAN
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah, dan lainlain.
1.3.3 PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana
keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini
hendaklah diberikan bahan-bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan,
dan bahan-bahan aktivit boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahirankemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang
ditentukan.
1.3.4 PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang telah ditetapkan lebih sukar. Bahan-bahan
untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain
yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.

Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran.
1.3.5 PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah
dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses
penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang
murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat
dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara
yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan
sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti
diatas, apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat perkaitan antara sukatan pelajaran
dengan Falsafah Pendidikan Negara?.
Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ), matlamat
serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan itu suatu
proses yang berterusan. Sebagai saluran Pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya
menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula.
KBSR akan memastikan Pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati
ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah
yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan
kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas
yang teguh dan mampat, segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi
mudah (Abdullah Hasan,1996).
KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang
harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu
pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam
seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya
pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga
boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.
Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan
itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal.
Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak
langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi
yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.

2.0 FUNGSI PENGAJARAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN
2.1 SEJARAH EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa
Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi
menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem
bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi
lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah
rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih
mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian
tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan
dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakan
sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau
pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan- tulisan oleh
orang- orang Inggeris dalam abad ke- 19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan
(Roselan Baki,2003).
Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan
Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan
yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah- sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang
dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan
diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan
di semua sekolah umum. (http//:www. Infolib.bernama.com/equipbernama/images/nota_ejaan.pdf).
Pakatan Belajar- Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan
peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat.
Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun
1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu
baku yang kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung
Malim sejak tahun 1922.( Raja Masittah Raja Ariffin, 1997). Perkembangan dan pemantapan
sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan
dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan
Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson
telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidikdi SITC. Di
antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato Muda
Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim
(1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924).
( Ismail bin Dahaman, 1996).
Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah
"Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi Zaba
disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan
Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita
Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan
judul "Petua- petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba.

Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat
penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah Melayu dan
ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50 kemudiannya menjadikan Ejaan
Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang
berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada
sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan
dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah
dan buku.( Ismail bin Dahaman, 1996).
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan
prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan
pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi
pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang
dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang
sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa
supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia.( Ismail bin Dahaman, 1996).
Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi,
kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata
berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan
wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk
beberapa dasawarsa yang akan datang. (http//:www. Infolib.bernama.com/equipbernama/images/nota_ejaan.pdf).
2.2 FUNGSI DAN KEGUNAAN SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sejak merdeka, dengan terlaksananya Dasar Pendidikan Kebangsaan pada Abdul Rahman
Yaakub sebagai Menteri Pendidikan, Bahasa Melayu telah digunakan sepenuhnya, untuk
menyampaikan pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Keutuhan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pendidikan memang jelas kelihatan pada hari ini apabila Bahasa Melayu
mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan. (Abdullah Hassan,1989). Bahasa Melayu
mengalami proses pemodenan daripada segi pengistilahan, pengekodan, dan penyeragaman. Ini
memungkinkan Bahasa Melayu dapat menjalankan pelbagai tugas dan fungsi sesuai dengan
tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Antara
fungsi pengajaran sistem ejaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
2.2.1 Bahasa Ilmu
Sistem ejaan Bahasa Melayu yang disusun akan membentuk satu bentuk dan rantaian bahasa
yang boleh digunakan didalam pendidikan. Sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, ia
memperkatakan segala ilmu pengetahuan, Bahasa Melayu seharusnya di perkembangkan dan di
sesuaikan dengan kehendak-kehendak baru.
Sistem ejaan dalam Bahasa Melayu digunakan untuk menyampaikan pengetahuan moden dalam
berbagai-bagai bidang seperti sains dan teknologi, undang-undang, kedoktoran, kejuruteraan,
sastera dan sebagainya. Dalam bidang perubatan misalnya, pelbagai istilah telah diwujudkan
dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. Antaranya ialah dalam bidang anatomi, mikrobiologi,
fisiologi, biokimia, ginekologi dan sebagainya. Dalam bidang kejuruteraan pula, terhasil
berbagai-bagai istilah dalam Bahasa Melayu melalui sistem ejaan dalam bidang kejuruteraan

awam, mekanikal, kimia, elektrik, kejuruteraan teknologi maklumat, dan sebagainya.


2.2.2 Alat Penulisan
Fungsi pengajaran sistem ejaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
membentuk murid-murid memahami dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat penulisan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Raja Masittah Raja Ariffin, 1997).
Melalui sistem ejaan, nilai kefahaman pelajar terhadap kesantunan berbahasa dan ditambah lagi
dengan aktiviti pengayaan yang dibuat oleh guru dapat memahirkan murid menulis dengan baik
dan teratur dan jika sistem ejaan ini digunakan sepenuhnya, maka tidak hairanlah jika sistem
ejaan ini akan mampu berfungsi sebagai alat penulisan yang baik dan berkesan.
2.2.3 Pemahaman Tatabahasa
Didalam penyelarasan dan perlaksanaan ejaan sistem rumi, sistem ejaan Bahasa Melayu
membentuk satu sistem atau struktur tatabahasa yang jitu dan dengan kepelbagaian bentuk
tatabahasa yang dibuat, dapat memberi lebih kefahaman tatabahasa kepada pelajar (Raja
Masittah Raja Ariffin, 1997).
Contoh sistem ejaan seperti:
(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy
Sistem ejaan ini bertindak dan berfungsi sebagai asas kepada pemahaman tatabahasa kepada
murid-murid.
2.2.4 Sebagai Unsur Gaya Dalam Penulisan
Gaya bermaksud bahawa ada sesuatu unsur atau gabungan unsur-unsur tertentu yang memberi
kualiti terhadap bahasa semasa di dalam pertuturan ataupun tulisan. Ada unsur-unsur seperti
kesederhanaan di dalam penggunaan bahasa yang membawa keindividulan bahasa, tuturan, atau
tulisan tersebut (Abdullah Hassan 1987).
Di dalam pengertian yang lebih luas, gaya akan mencakupi unsur-unsur yang membezakan
seseorang penutur atau penulis daripada yang lain. Unsur-unsur yang digunakannya itu akan
bersifat individu kesannya, sehingga kita dapat mengenal gaya Shahnon Ahmad, Usman Awang,
Keris Mas, Kemalawati, dan lain-lain. Bahasa bukan sastera lebih banyak mempunyai unsur ini
sekiranya diteliti (Abdullah Hassan 1987).
3.0 BINCANGKAN KEPENTINGAN KELAS BESTARI SERTA PENGAPLIKASIAN ICT DI
SEKOLAH
3.1 PENDAHULUAN
Program pendidikan di negara ini, khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa pembangunan insan itu
perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang disampaikan
perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.
Teknologi Maklumat ialah satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya

komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan
perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Bidang ilmu ini adalah antara
bidang ilmu yang paling pesat berkembang dan takrifan serta skopnya sentiasa disesuaikan
seiring dengan perkembangan bidang ilmunya. Bidang teknologi maklumat digunakan sebagai
satu sumber utama di dalam di dalam pengaplikasian Sekolah Bestari yang menjadi salah satu
'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun
2000 (Md. Sidek Abd Hamid 1993).
Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan keperluan Bahasa
Melayu di kalangan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang mengambil
kira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda
akan mempunyai peluang untuk menghalusi Bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui
kegiatan dan aktiviti bercorak Bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang
diasaskan oleh kemudahan internet. Adalah disedari umum akan dominasi Bahasa Inggeris dalam
internet yang menjadi pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan
oleh masyarakat dunia. Dalam hal ini, masyarakat mestilah tegas dalam menentukan kedudukan
Bahasa Melayu dan peranan bahasa yang dipelajari dalam sistem pendidikan mereka. Jika bahasa
asing yang dipelajari memerlukan makmal dan program khusus dalam menguasainya maka tidak
perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan prasarana dan program yang sedemikian rupa
kepada Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.
Penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat masih belum mencapai tahap
yang memuaskan. Perkara ini dapat dilihat dalam kegiatan bercorak pendidikan seperti
persidangan teknologi maklumat di mana tahap penggunaan Bahasa Melayu amat sedikit dan
kurang mendapat sambutan daripada orang ramai. Ini disebabkan oleh sebilangan anggota
masyarakat berasa lebih selesa dan lebih maju jika menggunakan medium Bahasa Inggeris.
Sementelahan, penggunaan Bahasa Melayu dalam kegiatan teknologi maklumat dianggap tidak
bertaraf antarabangsa kerana penggunaan Bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi
dan sosial yang lebih tinggi berbanding dengan Bahasa Melayu.
3.2 KEPENTINGAN KELAS BESTARI SERTA PENGAPLIKASIAN ICT DI SEKOLAH
Kelas Bestari mempunyai konsep yang berlainan daripada Sekolah Bestari, di mana Kelas
Bestari tidak semestinya wujud di Sekolah Bestari, malah ia boleh wujud di sekolah di kawasan
pedalaman sekalipun jika guru yang mengajar itu bijak menggunakan alatan ICT yang betul dan
menggunakannya dengan berkesan sebagai alat pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.
Multimedia boleh digunakan sebagai media pendidikan yang berkesan. Kelebihan multimedia
berbanding dengan media-media lain adalah jelas. Multimedia mampu merangkumi pelbagai
media: teks, suara, imej, grafik, dan animasi dalam satu persekitaran digital. Multimedia
membolehkan interaktiviti dengan pengguna. Kewujudan multimedia dalam persekitaran
pendidikan telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu
dunia pendidikan menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bahkan
kalau boleh untuk menarik minat para pelajar untuk melakukan proses penyatupaduan (Zuraini
Abdullah 1993).
Kelas Bestari mungkin wujud jika seseorang guru itu melakukan proses pengajaran berbantukan
komputer (PBK PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran
dengan melibatkan pelajar secara aktif. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar.
Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan program komputer.
Terdapat beberapa keistimewaan PBK ialah :

Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan diantara rangsangan dengan


jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan
meningkatkan minat.
Pengulangan :Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk
memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan amat
diperlukan kebebasan dan kreativiti daripada pelajar.
Maklumbalas dan Peneguhan : Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum
balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif
yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan ( Zuraini Abdullah 1993).
Justeru itu, yang perlu difahami oleh para guru pada hari ini ialah, kita tidak perlu mengajar di
sekolah elit untuk membolehkan kita mengaplikasikan ICT di sekolah, tetapi dengan
berbekalkan komputer riba, kita boleh mengaplikasikan Kelas Bestari di sekolah walaupun
sekolah itu terletak jauh di pedalaman.
Dengan berbekalkan teknologi maklumat, pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih aktif dan
berkesan. Murid-murid dapat diajar mencari maklumat dan ilmu pada bila-bila masa dan di mana
sahaja. Cara ini menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan para pelajar.
Guru dapat melakukan kepelbagaian aktiviti dan pendidikan tentang teknologi maklumat dalam
pendidikan dapat di beri kepada murid-murid pada peringkat umur seawal yang mungkin dan
dapat merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan kawasan pedalaman.).

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN


RENDAH.

BAHASA MELAYU SEKOLAH

PENGENALAN

Diketahui umum,

Pelajaran Bahasa

Melayu

diajarkan

sebagai

mata

pelajaran teras, selaras dengan status Bahasa Melayu yang berperanan sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Selain

sebagai

bahasa

perpaduan rakyat Malaysia, Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba

ilmu

pengetahuan.

Oleh itu penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan dan penggunaanya perlu
diperbetulkan sama ada dari segi peraturan tatabahasa yang betul dan tepat, struktur
ayat dan sebagainya. Ini dapat melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi serta mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang
lain. Di samping itu ia dapat mengembangkan pemikiran mereka secara lebih kritis
dan kreatif.
Justru, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka Guru sebagai ejen penyampai
mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan amanah sebagaimana
hasrat dan cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
menyediakan pelajar mengharungi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke 21.
Di dalam tugasan ini, kumpulan kami diberi tugasan untuk menyiapkan
tentang sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Tugasan

kami berfokuskan kepada menghasilkan langkah-langkah aktiviti


pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan aspek-spek
penggabungjalinan Kemahiran Bahasa, Kemahiran Bernilai tambah dan
Sistem Bahasa.
Diharapkan tugasan ini akan memberi banyak menafaat kepada
kami dalam menyempurnakan tugasan ini di samping member impak besar

dalam pengajaran kami sehari-hari di dalam kelas dan khasnya kepada anak
didik kami yang sentiasa kehausan ilmu pengetahuan.
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan \kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat
dalam

kerajaan

bidang pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan

individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada
intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.
Justru bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab harus
dipikul oleh mereka yang bergelar guru. Mereka mestilah menerapkan
segala aspek di kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul
dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan
dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa
dilakukan.

Ada dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan peringkat


rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara.

Oleh yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah


memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran ini
membolehkan murid menggunakan

Bahasa Melayu secara berkesan dalam

kehidupan harian dan sebagai ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.


Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya
pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang
kurikulum Bahasa Melayu.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan
senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh
murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini
meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis.
Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
( Abdullah Hasan,1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula,


mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai
kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca,
menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan
kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil
kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu,
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza

daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran


berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah
perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru
tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan.
Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan
keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya
dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini
juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.
Sewaktu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah
diharapkan agar guru dapat memberikan penekanan kepada unsur bernilai
tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran
secara konstruktivitisme. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat
memberikan keyakinan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian .

Kesemuanya jika dapat dilaksanakan akan dapat

memenuhi dan mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan dan


dapat di laksanakan seperti yang diharapkan.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk
melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa,

menghargai serta

menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa


perpaduan dan bahasa ilmu, Ini membolehkan juga murid-murid
berkomunikasi untuk keperluan diri dan memperolehi ilmu, perhubungan

sosil dan urusan harian mereka ,sesuai dengan semangat Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, muridmurid sepatutnya dapat:
1. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.
2. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam
pelbagai
situasi.
3. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,
mencapai
persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
4. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan
menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk
memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.
5. Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya
pembelajaran berterusan.
6. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
7. Mengenali dan menghasilkan pelagai penulisan jenis kreatif dan berunsur
pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul.
8. Menggunakan Bahas Melayu baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa,dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
9. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya berunsur ilmu.
10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat
patriotism dan perasaan cinta akan Negara.

Secara keseluruhannya jika diteliti, objektif Sukatan Pelajaran Bahasa


Melayu Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran bertutur,
membaca dan menulis.

Setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu , murid-murid dapat mendengar, memahami dan


menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-harii,
bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta
menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila.
Murid-murid juga ditekankan dengan kemahiran membaca untuk
memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan, menjadikan dan
membolehkan pembacaan mereka sebagai satu kebiasaan dan amalan
bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.
Selain daripada itu

murid juga ditekankan dengan kemahiran menulis

pelbagai jenis karangan dan pelbagai bentuk penulisan kreatif seperti surat
kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; memahami dan mengisi
borang yang sesuai dengan betul. Mereka juga dapat menghargai dan
menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul
dan sesuai; Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk
berkomunikasi antara ahli masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum
dan keturunan.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus


kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini
berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan
peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

ORGANISASI KURIKULUM
Organisasi kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah dapat diringkas seperti
berikut:
ORGANISASI KANDUNGAN
KEMAHIRAN BAHASA
HASIL PEMBELAJARAN
SISTEM BAHASA
PENGISIAN KURIKULUM

KEMAHIRAN BAHASA
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
i.Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti ,
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas.

ii.Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan
dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

iii.Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar
serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Mereka berupaya memahami dan menghayati teks yang
dibaca.
iv.Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan
kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk
prosa, puisi, dan grafik.
HASIL PEMBELAJARAN
Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum
bahasa.

Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk

yang jelas tentang

kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran
berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran
dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran

yang relevan dan berkesan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat


kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus
kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil
Pembelajaran.

Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat

pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

SISTEM BAHASA
Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa
MMelayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata
dan peribahasa.

Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala

aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata
pelajaran yang lain pada peringkat rendah.
Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu aku yang terdiri daripada tatabahsa, ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.
SEBUTAN
Bahasa Melayu
Sistem Bahasa dapat diringkaskan seperti berikut:
TATABAHASA
Morfologi
Sintaksis
KOSA KATA
Umum
Istilah

SISTEM BAHASA
SISTEM EJAAN
Pola keselarasan vocal

Ejaan Kata Pinjaman


Ejaan kata dasar dan
Kata pinjaman
Peribahasa
Bahasa Kiasan
Simpulan Bahasa
Perumpamaan
Pepatah
Perbilangan
INTONASI MENGIKUT POLA
Jenis ayat
Susunan ayat
Ragam ayat

PENGISIAN KURIKULUM
Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan
terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan
sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar
cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan,
kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen

ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan
nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat
negara membangunkan masyarakat madani.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan tahap
satu dipersembahkan dalam tiga lajur. Lajur pertama ialah pernyataan
Hasil Pembelajaran, lajur kedua ialah Huraian Hasil Pembelajaran dan lajur
ke tiga ialah Cadangan Aktiviti/Nota.
i)

Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran dalam lajur satu ialah pernyataan yang ditafsirkan
daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataanhasil pembelajaran
merupakan petunjuk yang jelas tentangset kemahiran yang perlu dicapai
oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran bahasa yang
terdapat dalamsetiap hasil pembelajaran. Dalamkonteks pengajaran
danpembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapaidengan
menggabungjalinkan keempat-empat kemahiranbahasa, sistem bahasa, dan
pengisian kur ikulum.
Hasil Pembelajaran tahap satu adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN
BAHASA
Mendengar dan
Bertutur

Membaca

HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN


BERBAHASA
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

1.1,
2.1,
3.1,
4.1,
5.1,
6.1,

1.2,
2.2
3.2 ,
4.2,
5.2
6.2,

1.3, 1.4,
3.3
4.3, 4.4
6.3, 6.4, 6.5,

6.6
7.0
7.1, 7.2, 7.3
8.0
8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5,
8.6
Menulis
9.0
9.1, 9.2, 9.3
10.0
10.1, 10.2, 10.3
11.0
11.1, 11.2, 11.3, 11.4
Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi
kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan maklumat , dan berbincang. Kemahiran
membaca pula memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat, membaca dan
memahami maklumat serta membaca, menaakul, dan menghayati teks yang dibaca.
Bagi kemahiran menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakanpelbagai
jenis ayat dan wacana dalam menghasilkan penulisan. Penekanan juga diberikan pada
kemahiran mencatat dan menyusun maklumat serta menghasilkanpenulisan kreatif dan
bukan kreatif. Murid juga dilatih unttuk membuat ulasan tentang penulisan yang
dihasilkan oleh penulis lain.

b. Huraian Hasil Pembelajaran dan Aras Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas


aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan
dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1
ialah aras paling asas yang perlu dicapai oleh semua murid. Kandungan
kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang harus dikuasai
oleh semua murid. Aras 2 adalah aras bagi murid yang berpencapaian
sederhana manakala aras 3 ialah aras yang paling tinggi bagi murid yang
berpencapaian cemerlang. Pemeringkatan berdasarkan aras ini
adalahsejajar dengan pembelajaran masteri dengan membolehkan murid
yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid-murid yang
berpencapaian rendah.

Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh


meneruskan pembelajaran ke aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya
seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1,maka guru
hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut sehingga murid boleh
menguasai Aras tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini Penilaian terhadap
pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti
sama ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran
seterusnya.
ii)

Cadangan Aktiviti/Nota
Cadangan aktiviti dalam Jalur Aktiviti /Nota mengandungi cadangan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar di dalam
bilik darjah. Cadangan disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta
disesuaikan dengan elemen yang terkandung di dalam Pengisian Kurikulum
contohnya kemahiran meramal, menggunakan kajian masa depan, atau
mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang
murid. Semua cadangan tersebut hanyalah sebagai panduan guru. Guru
bebas memilih dan mengubahsuai teknik dan kaedah lain yang bersesuaian
mengikut kebolehan murid itu sendiri.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )


Mata pelajaran
Tahun
Bilangan Murid
Tema
Tajuk
Tarikh
Masa

:
:
:
:
:
:
:

Bahasa Melayu
3 Mercuri
30 orang
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Udara
18 Mac, 2011
60 minit

Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat :


i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman
mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.
ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran
iii.Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan
menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.
Aras 1: (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 : (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan
pada intonansi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3: (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan
ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran Bahasa :
Sistem Bahasa
:
Penyerapan/ilmu
Nilai

Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.


Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
intonasi
: Bahasa Melayu, Alam sekitar, Sains
: Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):


Kemahiran Berfikir(KBK) : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan kemahiran
Mengkategori, meghubungkait, menjana idea,Memerhati
Kemahiran Belajar(KB) : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai (KP) : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam
sekitar dengan cara dialog dan membina ayat dengan
menggunakan ayat mudah.
Bahan Bantu Mengajar (BBB) : Power point, buku latihan dan alat tulis.
Isi Pelajaran
Murid
ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
jenis-jenis
pencemaran.

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran
Set Induksi (5 minit)
i)Murid diminta untuk melihat paparan
power point dan menghayatinya.

KBK: Memerhati,
menghubungkait,Membuat
inferens
KB: Mendengar aktif

ii)Murid diminta untuk membezakan


jenis-jenis pencemaran dan menyatakan
pengalaman mereka sendiri..
iii)Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan
tajuk pengajaran yang akan diajari pada
hari itu.

Guru memberi
teks cerita yang
berkaitan dengan
Pencemaran
Udara sahaja melalui
power point

Catatan

BBB : power point


(Gambar mengenai sungai
yang dipenuhi sampah,
asap kilang, sampah sarap
yang berselerak dan bunyi
kenderaan contoh:
kapalterbang, kereta,
motorsikal)

Langkah 1 (15 minit)


i)Guru memaparkan teks cerita.

Nilai: Peka terhadap


kebersihan persekitaran
KB K: menghubungkaitkan,
menjana idea

ii)Murid diminta membaca petikan itu


secara individu dengan kuat dan
mengikut intonansi serta gaya yang

KB: Membaca dengan


intonasi yang betul,
mendengar dengan aktif,

betul. Ulangi dengan membaca secara


kumpulan dan secara kelas.
iii)Murid-murid yang lain dikehendaki
mendengar dan meneliti teks sambil
memahami petikan tersebut.

Isi Pelajaran

iv)Guru membimbing murid mengeja dan


membaca ayat tunggal dan ayat majmuk
yang terkandung dalam teks.
Aktiviti Pengajaran dam
Pembelajaran
iv)Guru menanyakan soalan kepada
murid berkaitan dengan petikan.
v) Guru bersoaljawab dan membimbing
murid memahamkan perkataan dan
ayat yang terdapat dalam teks.

KP : verbal linguistik,visual,
intrapersonal, interpersonal
Nilai : kerjasama, hormat
menghormati, peka dengan
kebersihan alam sekitar
Catatan
BBM: Powerpoint (teks),
Contoh soalan:
Di manakah kejadian ini
berlaku?
Mengapakah
pencemaran udara
berlaku?
Apakah kesan daripada
Pencemaran itu kepada
kesihatan manusia?

Langkah 2 (15 minit)


Murid-murid
dibahagikan kepada
beberapa kumpulan
dan membuat sesi
perbincangan dalam
kumpulan

Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.
Aktiviti
Pengayaan:
Menulis karangan
pendek
berdasarkan

i)Dalam kumpulan murid-murid


dikehendaki berbincang mencari isi
penting daripada teks tersebut
sambil guru turut membimbing
mereka

KB K: menghubungkaitkan,
Menjana idea

ii) Guru berbincang dengan murid


tentang isi penting yang murid hasilkan
dan mencatatkan di papan hitam.

Nilai: kerjasama,
menghargai

iii)Murid-murid diminta mencatat isi


penting ke dalam buku tulis mereka.
Langkah 3 (20 minit)
i)Guru terlebih dahulu menanyakan
kepada murid sekiranya mereka masih
tidak memahami tajuk pengajaran pada
hari tersebut.
ii)Guru memberi latihan kepada murid
iaitu membuat karangan pendek

KB: Mencari maklumat/isi


penting

BBM: Buku tulis


KBK : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.
KB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP: intrapersonal,

tajuk yang diberi.


Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat kosong
Akhir: Menilai hasil
Kerja murid
Isi Pelajaran
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid akan apa
yang mereka
telah pelajari

mengenai pencemaran udara dengan


mengambil isi-isi penting daripada
petikan.
iii)Guru membimbing kumpulan murid
yang memerlukan pemulihan dengan
member latihan mudah.
iv)Guru mengambil satu contoh
karangan murid dan murid tersebut
membacanya di hadapan kelas.
v)Guru menyemak dan membetulkan
kesalahan yang dibuat oleh murid
Aktiviti Pengajaran dam
Pembelajaran
Penutup (5 minit)
i)Murid digalakkan supaya mengumpul
maklumat tambahan daripada bahanbahan yang lain bagi menambahkan
pengetahuan mereka.
ii)Guru memperdengarkan lagu dan
murid-murid menyanyi bersama-sama
tajk lagu hijau melalui LCDkomputer.

interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,.
BBB : Buku Latihan

Catatan
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghargai
-Bekerjasama
BBM: Komputer/LCD

iii)Guru bertanya kepada murid tentang


nilai-nilai murni yang terdapat dalam
pelajaran hari ini dan dalam lagu yang
mereka nyanyikan itu.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, tugasan kami ialah memuatkan Pengajian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah di samping itu kami telah
menyediakan satu persediaan mengajar atau rancangan pelajaran harian
yang kami rasakan Ia telah mengisi semua kriteria-kriteria yang
dikehendaki, iaitu aspek 5P (penggabungjalinan, Penilaian, Pemulihan,
Penyerapan dan Pengayaan), system bahasa dan lain-lain elemen pengisian
kurikulum.

Dalam persediaan mengajar kami yang kami telah sediakan, kami


pastikan persediaan itu bersesuaian dengan tahap murid dan ada kaitan
antara satu langkah dengan langkah yang lain.

SISTEM BAHASA
Pengenalan
Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa
kata, dan peribahasa.
Tatabahasa
Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai
tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang
betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab itu, kecekapan
berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks
pembelajaran sejak murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran
tatabahasa di peringkat sekolah rendah menitikberatkan aspek penggunaan.
Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 12), iaitu;
(a) mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan
menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan;
(b) menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks;
(c) menggunakan frasa yang betul;
(d) membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan
(e) membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.
Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis.
(a) Morfologi
Secara mudah, aspek morfologi ialah berkenaan kajian tentang perkataan dan
pembentukannya. Secara khusus, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003)
menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata,
bentuk kata, dan golongan kata. Tiga aspek itu diajar sejak sekolah rendah lagi.

Yang dikatakan struktur kata ialah susun atur bentuk bunyi sesuatu perkataan
apabila diujarkan. Ia juga merangkumi aspek susunan lambang-lambang huruf
(tulisan) sehingga menjadi satu unit (kesatuan) bahasa atau perkataan yang
bermakna. Maksud bermakna dalam konteks ini ialah bagaimana membunyikan
setiap huruf dalam perkataan berkenaan hingga menghasilkan bunyi yang betul,
atau susunan huruf yang betul apabila dibunyikan dan ada makna. Contohnya,
huruf vokal (v), huruf konsonan (k), dan pola suku kata.
(a) huruf vokal bahasa Melayu : [a], [e], [i], [o], dan [u]
(b) Huruf konsonan bahasa Melayu : [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [p],
[q], [r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z].
Terdapat dua pola suku kata bahasa Melayu. Pertama, pola suku kata asli bahasa
Melayu, dan kedua, pola suku kata pinjaman bahasa Melayu. Setiap suku kata
terdiri, sama ada, KV, VK, KVK, VKV, VKVK, KKVK dan sebagainya. Manakala, yang
dikatakan bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (perkataan / gabungan huruf)
yang bermakna. Bentuk kata boleh terdiri daripada;
(a) kata tunggal (kata tidak menerima imbuhan dan ada makna);
(b) kata terbitan (kata telah menerima imbuhan);
(c) kata ganda (kata tunggal yang digandakan); dan
(d) kata majmuk (terdiri daripada beberapa kata tungga yang membentuk satu
makna).
Kata terbitan ialah kata tunggal yang menerima imbuhan bagi menghasilkan
perkataan lain. Makna kata terbitan adalah berbeza dengan makna kata tunggal.
Dalam ilmu bahasa, penerimaan imbuhan itu dipanggil proses pembentukan kata.
Ada tiga cara proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Pertama,
pengimbuhan, iaitu kata tunggal menerima imbuhan dan menghasilkan perkataan
baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan.
(i) Imbuhan awalan : ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, di-,
ter-, pe-, pem-, pen-, per-, peng-, penge-, pel-, se-, ke-, maha-, tata-, pra-, pro-, dan
anti-.
Kata tunggal + imbuhan awalan = kata terbitan
( Lari + pe- = pelari )
(ii) Imbuhan akhiran : -an, -i, -kan, -wan, -man, -wati, dan nita.
Kata tunggal + imbuhan akhiran = kata terbitan
( Lari + -an = larian )

(iii) Imbuhan apitan : me- ... kan, mem- ... kan, men- ... kan, meng- ...
kan, menge- ... kan, me- ... i, mem- ... i, men- ... i, meng- ... i, ke- ... an, pe- ...
an, pem- ... an, pen- ... an, peng- ... an, penge- ... an, per- ... an, pel- ... an,
di-- ... kan, dan di- ... i.
Kata tunggal + imbuhan apitan = kata terbitan
( Lari + pe- ... an = pelarian )
Kedua, kata tunggal menerima pengandaan dan menghasilkan perkataan baharu
yang dipanggil sebagai kata terbitan. Formulanya;

Kata tunggal + pengandaan = kata terbitan


( Orang + orang = orang-orang )
Ketiga, kata tunggal menerima kata tunggal dan menghasilkan kata majmuk yang
dipanggil sebagai kata terbitan, atau istilah atau metafora. Ia terdiri daripada
beberapa kata tunggal, sama ada kata tunggal itu telah menerima imbuhan atau
belum. Formulanya;
Kata tunggal + kata tunggal = kata majmuk
( Segi + empat = segi empat )
( Merah + hati = merah hati )
Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan fungsi perkataan berkenaan. Terdapat empat jenis golongan kata dalam bahasa
Melayu, iaitu;
(a) kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu);
(b) kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan);
(c) kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan
(d) kata kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu).
Kata tugas dalam bahasa Melayu terdiri daripada;
(i) kata hubung
(ii) kata seru
(iii) kata tanya
(iv) kata perintah
(v) kata pangkal ayat
(vi) kata bantu
(vii) kata penguat
(viii) kata penegas
(ix) kata nafi

(x) kata pemeri


(xi) kata sendi
(xii) kata pembenar
(xiii) kata bilangan, dan
(xiv) kata arah.
(b) Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan
pembentukan ayat. Berbeza dengan morfologi yang mengkaji bentuk perkataan,
sintaksis mengkaji gabungan beberapa bentuk kata yang membina ayat atau
terhasilnya ayat. Aspek sintaksis yang dikaji ialah;
(a) komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai
kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;
(b) jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;
(c) ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;
(d) susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;
(e) binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;
(f) proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses
penyusunan semula, proses peluasan; dan
(g) aspek tanda baca dalam ayat.

Sistem Ejaan
Perkataan yang diberikan penekanan ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b)
ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan kata dasar dan kata terbitan. Sistem ejaan rumi
bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan,
kata ganti singkat, kata sendi / kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata
pertikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu
perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud
ujaran.
Sebutan dan Intonasi
Tekanan nada ketika membunyikan huruf atau perkataan (sebutan) dan intonasi
nada adalah mempunyai maksud atau makna berlainan. Oleh sebab itu, murid
wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan huruf atau perkataan) dan tekanan
atau intonasi nadanya dengan cara yang betul. Kemahiran yang diperlukan ialah
membezakan bunyi huruf atau suku kata dan tekanan nada dalam situasi yang
berbeza supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Pengajaran
sebutan hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala, pengajaran intonasi ayat
hendaklah mengikut pola ayat yang betul berdasarkan jenis-jenis ayat. Di samping
itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga hendaklah diajar agar murid dapat
menyampaikan maksud dengan jelas. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memulakan

pengajaran menggunakan ayat tuggal mudah.


Kosa Kata
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menjelaskan bahawa kosa kata
terdiri daripada kata-kata umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus.
Setiap bidang ilmu mempunyai kata-kata khusus dengan ilmu dalam bidangnya.
Murid hendaklah diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang
ilmu. Misalnya, istilah subjek ayat dalam ilmu bahasa adalah berbeza maksud
dengan istilah subjek yang merujuk nama-nama mata pelajaran. Demikian istilah
segi empat tepat hanya terdapat dalam Matematik atau Sains. Istilah itu tidak
terdapat dalam bidang ilmu Sejarah atau Geografi. Guru hendaklah selalu
mendedahkan kosa kata kepada pelajar agar pembendaharaan katanya bertambah
dan pelbagai. Galakkan murid menggunakan istilah-istilah yang sesuai dengan
bidang ilmu yang berkenaan. Salah satu aktiviti memperkayakan kosa kata ialah
mencari makna seerti, makna berlawanan, atau menjawab teka silang kata.
Peribahasa
Yang dimaksudkan dengan peribahasa ialah rangkai kata yang mempunyai yang
mempunyai makna tertentu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata-kata hikmah. Pengajaran
peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia. Galakkan murid menggunakan peribahasa dalam karangankarangan yang mereka hasil. Tujuannya, ialah agar karangan tersebut lebih
bertenaga, bervariasi dan menarik dibaca.
Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan didapati bahawa Sistem Bahasa turut berperanan
menambahkan kemahiran berbahasa murid-murid. Walaupun dalam setiap sesi
pengajaran mempunyai objektif tertentu yang hendak dicapai, namun guru tidak
boleh mengabaikan aspek bahasa kerana kebolehan murid berbahasa dengan baik
akan mempengaruhi kejayaan objektif pengajaran guru. Sebaik manapun objektif,
jika murid tidak dapat mengungkapkan isi pelajaran dengan menggunakan bahasa
yang baik, pengajaran guru itu tetap dianggap gagal. Justeru, guru hendaklah
memberi tumpuan terhadap aspek berbahasa murid. Malah, keberkesanan
pengajaran guru dan kejayaan murid dalam pembelajarannya adalah bergantung
kepada kemampuan guru dan murid menggunakan bahasa yang tepat dan
berkesan.