Anda di halaman 1dari 2

Matlamat tak kesampaian. Nak buat apa?

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi


No Comments

3.25kShare

Share

Share

6Share

Tak semua matlamat yang kita tetapkan akan tercapai. walaupun dah berusaha, dah belajar, dah
berkorban tapi tak kesampaian juga. Maksudnya, dah bermula, tetapi tak capai apa yang dihajati
mengikut masa atau target yang ditetapkan.
Pertama sekali, ini bukanlah satu KEGAGALAN. Tidak mencapai matlamat bukanlah gagal
sekiranya kita telah bermula, mencuba, dan berusaha.
Kalau kita tak mula, tak cuba dan tak usaha, maka itu boleh dikira sebagai KEGAGALAN. Tetapi, kalau
dah berusaha sebaiknya, capai atau tidak matlamat, jangan dikira sebagai gagal.

Memang kita akan rasa sedih dan down bila tak capai matlamat. Kita sedih kerana kita melihat apa
yang kita tidak capai.
Sebenarnya, perlu fikir dengan cara lain. Fikirkan apa yang anda telah lalui walaupun tak capai
matlamat tersebut. Bila kita sering sedih kerana tak capai matlamat, kita akan lupa untuk bersyukur
dengan apa yang kita sedia ada. Sedangkan bersyukur itu sendiri adalah kunci dalam menarik reseki
yang diberkati.

Lagi banyak bersyukur, lagi banyak nikmat yang kita akan terima. Bersyukur dengan apa yang kita ada,
walaupun sekiranya kita tidak capai sesuatu matlamat. Bila bersyukur, baru kita akan rasa nikmatnya
usaha kita. Kalau tak bersyukur, nanti tertutup pula pintu rezeki akan datang.
Pastinya ada terasa sedih bila lepas berusaha dan tidak capai target yang ditetapkan. Hingga
adakalanya rasa tidak puas hati dengan usaha yang dilakukan. Maka, dalam keadaan ini, kita tidak
dapat merasa nikmat usaha kita selama ini.
Sememangya usaha itu penting. Sekiranya kita sudah ikhtiar untuk mencapai sesuatu itu, tetapi tidak
kesampaian juga, fikirkan rezeki itu bukan milik kita di waktu itu.
Tambahkan usaha untuk mencari rezeki yang lain dengan sentiasa bersyukur atas usaha-usaha
kita sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai