Anda di halaman 1dari 2

Jangan malu bila gagal dalam perniagaan

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi , Tip Perniagaan


No Comments

7.86kShare

1Share

Share

11Share

Bila perniagaan tak berjaya, memang rasa perit, sedih, down, stress dan sebagainya ada. Sememangnya
lumrah berjaya dan gagal dalam perniagaan. Memang rezeki perniagaan 9/10, tetapi yang gagal
dalam perniagaan pun 9/10 mungkin lebih lagi.
Sekiranya anda pernah melalui kegagalan dalam perniagaan, jangan bersedih lama sangat. Kalau nak
sedih pun, kejap-kejap sahaja. Lagi lama sedih, lagi down dan tertekan kita. So, bak kata mat salleh,
Snap out of it!

Apa yang penting apabila gagal dalam perniagaan, jangan sesekali ada perasaan malu kerana gagal.
Mungkin malu dengan rakan-rakan. Mungkin malu dengan keluarga. Mungkin malu dengan pesaing. Tak
kira kawan atau lawan, jangan ada perasaan malu.
Perasaan malu bila gagal itu, akan membuatkan kita tidak mencuba lagi. Sebab takut nanti malu pula
kali kedua. Takut nanti apa pula orang kata lagi:
Dah gagal dalam bisnes, tak serik-serik lagi tu!

Tanya sahaja pada mana-mana usahawan yang berjaya, pastinya mereka akan kata gagal dalam
perniagaan adalah biasa. Melakukan teknik atau strategi yang silap dalam perniagaan juga sering
terjadi. Gagal dalam perniagaan akibat pihak lain yang tidak bertanggungjawab seperti menipu,
mencuri, pecah amanah pun selalu terjadi
Jadi, apa yang hendak dimalukan. Daripada malu gagal dalam perniagaan, lebih baik malu
sebab TIDAK MULA BERNIAGA yang merupakan sesuatu yang amat mulia. Ianya adalah ibadah dan
sunnah Rasulullah SAW.
Kegagalan dalam perniagaan adalah perkara biasa. Saya sendiri juga pernah gagal dalam perniagaan
Internet saya yang pertama pada tahun 2000. Perniagaan saya yang pertama, hanya berjaya
mendapat 3 pelanggan sahaja dalam masa satu tahun. Kiranya gagal la tu pastinya orang lain yang
rasakan diri mereka gagal dalam perniagaan pun boleh dapat lebih dari 3 pelanggan setahun.
Tetapi, bayangkan sekiranya saya malu sebab dapat 3 pelanggan. Sekiranya saya malu untuk mulakan
perniagaan ke dua. Sekiranya saya malu kerana kegagalan, maka tiada la saya mencapai tahap
kejayaan dalam perniagaan sehingga hari ini. Alhamdulillah!
Berbanyak bersyukur sekiranya mencapai kejayaan. Berbanyak bersabar sekiranya terjumpa
kegagalan. Apa yang penting adalah ibadah dan sunnah perlu diteruskan tidak kira berjaya atau gagal
dalam hasilnya

Anda mungkin juga menyukai