Anda di halaman 1dari 2

e 3 Mar 2015

Bila berfikiran negatif adalah baik


Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
[12] Comments

3.73kShare

Share

Share

7Share

Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif
juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti

Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya


Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita
tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita

Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif
yang menjadi suatu refleks apablia membuat keputusan.

Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai
contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda
(berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam
memberi cara pemikiran yang lebih kritikal dalam mencari niche permintaan anda sendiri (berfikiran
positif yang akan dapat memberi keuntungan).

Sama juga keadaan di mana menyertai sebarang skim cepat kaya atau pelaburan yang meragukan.
Pastinya terasa was-was dan mempunyai perasaan negatif terhadap peluang-peluang sebegini.
Perasaan negatif tersebut semestinya adalah benar.
Sememangnya sebagai usahawan, kita perlu mengambil risiko. Namun, bukan risiko sebarangan ataupun
melakukan sesuatu membuta sahaja dengan alasan berfikir positif. Risiko yang perlu diambil adalah
calculated risk risiko yang telah diselidik sedalam-dalamnya kebaikan dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai