4.5kShare
Share
Share
8Share
PENGUMUMAN: HARI INI adalah HARI TERAKHIR untuk pendaftaran Program Intensif Perniagaan
Internet dan Strategi Media Sosial, dan kelas bermula esok.Dapatkan maklumat lanjut dan
pendaftaran secara online di www.OpenEdu.com.my
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard
Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.
Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat
penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian!
Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara
lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. Ke garisan sedia MULA!
kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!
Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat foul start dan pengadil terpaksa menghentikan
perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang
sehingga jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang
pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan
perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang
kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin
mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan
dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah membuang masa atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu
dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar
untuk anda hentikan diri anda sendiri!