Anda di halaman 1dari 2

3 Cara mengelak melengah-lengahkan masa!

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi


[13] Comments

4.07kShare

3Share

Share

6Share

Orang kata masa itu emas. Tetapi, sebenarnya masa adlaah lebih berharga dari emas kerana masa yang
terlepas, kita tidak akan dapat kembali.
Adakalanya kita mendapat idea untuk memulakan perniagaan, tetapi, melengah-lengahkan masa
pula. Mungkin kita mahu melakukan sesuatu strategi perniagaan, tetapi fikir untuk tunggu dulu.
Memang niat hendak melakukan sesuatu dan tahu sesuatu tersebut dapat membantu diri dan keluarga,
tetapi terasa malas lah.
Memang biasa kita terjumpa keadaan sebegini. Mat salleh sebutkannya sebagai procrastination. Secara
perlahan-lahan, keadaan melengah-lengahkan masa ini sebenarnya membunuh motivasi kita tanpa
disedari. Setiap kali ingin melakukan sesuatu, ada sahaja alasan untuk melengah-lengahkan masa
Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya
adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan
kejayan.
Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah
pengurusan masa yang bijak!

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:


1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan
cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini esok minggu ini. Kiranya, matlamat
jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk
ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja
kerja yang ditulis.
2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita
rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih
mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin
lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana
inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi mengelakkan
kesengsaraan adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih
cekap.
Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas kita tidak akan jumpa kembali!
Sekiraya selama ini anda terasa seperti melengah-lengahkan masa dalam melakukan sesuatu yang
penting, fikirkan Its NOW or NEVER. Takut melengahkan sehari menjadi seminggu, seminggu menjadi
sebulan, sebulan menjadi setahun dan akhirnya. langsung tidak lakukan!

Anda mungkin juga menyukai