Anda di halaman 1dari 9

DDA2313 Mekanik Bendalir (Fluid Mechanics)

Bab 1 Sifat-sifat Bendalir


1.1 Takrif : Bendalir ialah satu benda yang boleh mengalir (flow).
1.2 Prinsip Asas Bendalir

Tidak ada bentuk yang tertentu (bentuk bergantung pada bentuk bekas)
Berubah bentuk mengikut bekas yang mengandunginya

Jika suatu daya ricih yang rendah nilainya bertindak ke atas bendalir ia akan berubah bentuk
(If a shearing force, though small, acts on a fluid, the fluid will deform continuously.)
B

Deformation caused by shear forces: A-B moves to A-B and C-D to C-D
Isipadu ABCD menjadi ABCD

Kalau dalam keadaan diam tidak boleh menanggung tegasan ricih


(If a fluid is at rest, there can be no shearing forces and all forces must be perpendicular to the planes
on which they act.)

Forces act perpendicular


to the confining planes

Apabila bendalir mengalir, ia akan menerbitkan suatu daya rintangan yang bertindak berlawanan
dengan arah aliran tadi. Daya ini akan mendorong halaju alirannya hingga menjadi sifar.
Rintangan ini wujud disebabkan sifat bendalir itu sendiri. Sifat perintang ini dinamakan kelikatan
tegangan permukaan dan kemampatan.
Bendalir boleh dibahagikan seperti berikut:
1

Bendalir

Cecair (tak boleh dimampat)

Gas (boleh dimampat)

Hidromekanik

Aeromekanik

Hidrostatik

Hidrodinamik

Aerostatik

Aerodinamik

1.3 Jenis Bendalir


(i) Cecair: perubahan isipadu disebabkan oleh tekanan boleh diabaikan
(ii) Gas: perubahan isipadu disebabkan oleh tekanan selalunya penting
Apabila daya ricih dikenakan pada bendalir, bendalir itu akan mengalir ataupun berubah bentuk selagi
daya itu wujud.
1.4 Dimensi dan Unit
Jisim (Mass)
M
kg

Dimensi
Unit

Panjang (Length)
L
m

Masa (Time)
T
s

Unit yang terbit: Luas = L2 = m2


1.5 Sifat Bendalir
1) Daya (Force, F)

= jisim pecutan
= M L/T2
= N atau kgm/s2

2) Ketumpatan (Density, )
=

= kg/m3

Ketumpatan bendalir bergantung kepada suhu (temperature) dan tekanan (pressure).


Contoh,
untuk air, = 1000 kg/m3 (@ 5C)
untuk udara, = 1.23 kg/m3 (@ 15C, 1-atm)
3) Ketumpatan Bandingan (Relative density, )
2

Nisbah ketumpatan dari sesuatu bahan terhadap suatu nilai ketumpatan piawai. Untuk pepejal dan
cecair, ketumpatan piawai yang dipilih ialah ketumpatan maksimum air (pada suhu 4C dan tekanan
atmosfera, 1-atm).
=
Misalnya:
Nilai = 1.0 untuk air
Nilai = 0.9 untuk minyak
4) Berat Tentu (Specific weight, )
Berat seunit isipadu.
= g (M/L 2T2; contoh, N/m3 sebab N = kgm/s2)
g = graviti, 9.81 m/s2
Contoh,
Air biasa (4C), = 9,810 N/m3
Udara (15C, 1-atm), = 12.07 N/m3

5) Isipadu Tentu (Specific volume, Vs)


Ditakrifkan sebagai songsangan daripada ketumpatan iaitu isipadu yang terkandung seunit jisim.
Vs = (m3 /kg)
Tutorial 1.1
6) Kemampatan (Compressibility)
Semua bendalir boleh dimampatkan di bawah tekanan. Bagi cecair kemampatan ialah terlalu kecil
dan dianggap tidak boleh dimampatkan. Bagi gas, perubahan tekanan selalunya besar sehingga ia
perlu diambil kira.
Modulus keanjalan (Bulk modulus, K) ialah had di mana sesuatu bahan itu boleh menentang
mampatan.
Apabila suatu bendalir yang mempunyai isipadu V di bawah tekanan dikenakan perubahan tekanan p
yang meningkat, isipadu bendalir itu akan berkurangan dengan jumlah V.
K=
Dengan V/V ialah keterikan isipadu
Unit untuk K ialah N/m2
Dimensi untuk ialah M/LT 2
6) Kelikatan Dinamik (Dynamic viscosity, )
3

Kelikatan dinamik, , adalah keadaan di mana apabila daya ricih dikenakan ke atas bendalir, ia akan
mengalir dan kadar pengaliran itu akan berubah mengikut jenis bendalir. (Misalnya, air akan mengalir
dengan lebih mudah daripada minyak.) Rajah di bawah menunjukkan bagaimana sebuah plat ditarik
oleh satu daya F di dalam suatu bendalir dan ini menghasilkan kelikatan dinamik. Seterusnya,
persamaan yang dapat diterbitkan daripada keadaan ini adalah dikenali sebagai Hukum Kelikatan
Newton.
A

u/h

Ruang di antara kedua im diisi dengan bendalir (seperti pelincir). Bahagian atas plat mempunyai luas
tertentu A dan bebas untuk bergerak. Plat bawah tidak bebas untuk bergerak. Apabila daya ricih F
dikenakan seperti pada Rajah plat atas akan mencepat hingga ke halaju u dan apabila daya yang
dikenakan itu seimbang dengan rintangan lihat bendalir, halaju tadi akan menjadi tetap. Bendalir
sahih yang tersentuh dengan sempadan pepejal tidak akan bergerak berbanding dengan sempadan
pepejal itu. Ini bermakna bendalir tersebut tidak akan langsar di atas sempadan itu. Oleh itu bendalir
di sebelah plat atas akan bergerak dengan halaju u. Anggaplah bendalir itu bergerak di dalam keadaan
lapisan selari atau lamina sehingga agihan halaju adalah lelurus.
Daya F yang perlu untuk mengekalkan aliran:
F A, F u, F 1/h

simbol = setimpal dengan; contoh, F A supaya kalau F naik dan A


naik juga pada sama kadar

F
F=

dengan (pemalar seimbang, constant of proportionality) dinamakan kelikatan dinamik


bendalir yang diberi oleh:

Hubungan di atas biasanya ditulis yang berikut:


=
dengan ialah tegasan ricih (F/A). Pada amnya agihan halaju bagi bendalir adalah tidak lelurus dan
tegasan ricih berubah dari titik di dalam bendalir itu.
4

Hukum Kelikatan Newton

Unit dan Dimensi Kelikatan Dinamik


Daripada takrif, =

(kg/ms)

maka
dengan F = ma = ML/T2

Unit kelikatan dinamik ialah kg/ms atau Ns/m2


Dimensi bagi kelikatan dinamik ialah M/LT
Kelikatan dinamik berubah dengan suhu. Untuk cecair berkurang dengan penambahan suhu dan untuk
gas meningkat apabila suhu bertambah.
Lihat Lampiran Table A1.1
7) Kelikatan Kinematik (Kinematic viscosity, )
=

Unit kelikatan kinematik ialah m2/s


Dimensi bagi kelikatan kinematik ialah L2/T
8) Tegangan Permukaan (Surface Tension)
Pada permukaan sempadan antara dua cecair, contohnya air dengan permukaan udara (atau gas), suatu
saput tipis terhasil di permukaan disebabkan oleh daya tarikan molekul-molekul cecair di bawah
permukaan tersebut. Daya tarikan ini dinamakan tegangan permukaan iaitu kerja yang dilakukan untuk
mengeluarkan molekul dari dalam cecair ke permukaan supaya seunit luas permukaan yang baru terhasil.
Molekul udara atau gas

Molekul cecair atau air

Daya yg kuat

Daya yg lemah

Daya tegangan permukaan adalah berkadar terus dengan panjang garis permukaan dan bertindak pada
sudut tepat dengannya. Tegangan permukaan seunit panjang, T, disebut dalam Nm/m2.
Kesan tegangan permukaan ini adalah untuk mengurangkan permukaan cecair ke tahap minimum. Oleh
sebab itu, kita biasa melihat titisan cecair mengambil bentuk sfera hanya kerana untuk meminimumkan
luas permukaan. Dalam hal ini, tegangan permukaan akan mengakibatkan penambahan tekanan dalaman,
p, untuk mengimbangkan daya permukaan.

Daya dpd p di keliling permukaan


Fs = T 2 r
2

Birds-eye View

Fi = p r

Pelan View

Daya dpd p di dalam


drop

Daya daripada tekanan dalaman = p r 2

(Internal force of a drop due to pressure, radius r)

Daya daripada tekanan di keliling permukaan = T 2 r


Untuk keseimbangan,

(Force due to surface tension around bubble)

(For equilibrium, force inside = force outside)


2

pr =2rT
p = (2T)/r

(Excess pressure to keep drop from collapsing)

Persamaan ini menunjukkan bahawa tekanan menjadi tinggi untuk nilai r yang kecil, dan sebaliknya.
Dalam kebanyakan masalah bendalir, nilai tegangan permukaan diabaikan kerana ianya terlalu kecil jika
dibandingkan dengan daya-daya hidrostatik dan dinamik yang lain. Ia hanya menjadi penting apabila ada
permukaan bebas dan juga ukuran sempadan adalah kecil: contohnya cecair di dalam tiub kaca
bergarispusat kecil dan terdedah ke udara.
9) Kererambutan (Capillarity)
Kejadian rerambut adalah disebabkan oleh tegangan permukaan dan juga oleh magnitud relatif antara
jeleketan cecair dan rekatan cecair dengan dinding bekas yang mengandungi cecair itu. Cecair yang
membasahi dinding mempunyai rekatan yang tinggi daripada jeleketan. Oleh itu, jika suatu tiub yang
mengandungi air diterbalikkan ke dalam suatu bekas mengandungi air, paras air dalam tiub akan
meningkat. Keadaan sebaliknya boleh berlaku untuk raksa. Ini adalah kerana air membasahi dinding tiub
(rekatan > jeleketan) tetapi raksa tidak membasahi dinding (jeleketan > rekatan). Lihat Rajah di bawah.


tiub kaca

raksa

air

Sekiranya sudut sentuh di antara dinding dan cecair, , diketahui maka kenaikan paras cecair dalam tiub
atau paras rerambut, h, boleh dikira, iaitu:
Daya tegak dari tegangan permukaan = T kos d

(Upward pull due to surface tension)

Berat cecair yang naik dalam tiub = g

(Weight of column raised)

Oleh kerana daya pugak ke atas = daya tarikan graviti, iaitu persamaan
T kos d = g

Oleh itu, h =

air
raksa

Kesan rerambut ini merupakan salah satu punca ralat dalam bacaan aras cecair dalam tiub-tiub kaca,
terutama sekali darjah basahan dan seterusnya sudut sentuh, . Untuk mengurangkan ralat akibat
kererambutan, maka tiub-tiub kaca yang digunakan untuk membaca paras cecair hendaklah mempunyai
garispusat yang sebesar mungkin. Biasanya, untuk tiub kaca yang bersih (clean glass), sudut sentuh,
0.

Anda mungkin juga menyukai