Anda di halaman 1dari 18

1

1.0 PENDAHULUAN

Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukumhukum yang umum. Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak
secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh.
Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama
bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban
hari. kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif
dalam memelihara kemaslahatan ummah kini. Terdapat lima kaedah
utama yang disepakati di kalangan fuqaha. Salah satunya ialah

) kesukaran membawa kemudahan(


Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan
dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui
had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,
bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari
melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya,
adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak
diambil kira.
Kesukaran biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan
kerja-kerja

seharian

yang

mampu

dilakukan

oleh

manusia

tanpa

mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini tidak menghalang dari


tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti
kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan
sebagainya.

()

2.0 PENGERTIAN KAEDAH

Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang mengambil


kira keringanan dan keanjalan. Ia bermaksud, kesukaran itu menarik
adanya kemudahan. Antara lain bermaksud, apabila terdapat sesuatu
kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah
Allah, perintah itu diringankan tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah
tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam
syariat Islam. Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah:

Maksudnya:

Sesungguhnya

semua

perkara

suruhan

apabila

ia

membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur


suruhan terhadapnya. Dan segala perkara tegahan membebankan hamba
menjauhinya, gugur tegahan mengenainya.
Konteks lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam itu dapat
dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi
kelonggaran dan keringanan di saat dan ketika seseorang itu terjebak
dengan kesempitan dan kesukaran. Kaedah itu juga diamalkan dan
dipraktikkan oleh Nabi. (Abd. Latif Muda 2000: 139)
Kaedah ini menjelaskan hukum Islam menginginkan kemudahan.
Ajaran Islam tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang di luar
kemampuannya, menyempitkan atau sesuatu yang tidak sesuai dengan
watak

dan

tabiat.

Allah

s.w.t

dan

Rasul-Nya

menginginkan

serta

memerintahkan pemeliharaan terhadap kemudahan dan keringanan. (Dedi


Rohayana 2008: 225)

2.0 DALIL KAEDAH


Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini. Dalil-dalil
tersebut daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya:
1) Al-Quran

Maksudnya:

Allah

menghendaki

kemudahan

bagimu

dan

tidak

menghendaki kesukaran bagimu. (Surah al-Baqarah: 185(



Maksudnya: Dan Dia sekalai-kali tidak menjadikan kamu menanggung
sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama. (Surah alHajj: 78)

2) Al-Sunnah

Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah:


Maksudnya: Bahawasanya kamu diutus sebagai orang-orang yang
memudahkan

dan

tidak

diutus

sebagai

orang-orang

yang

menyulitkan.


Maksudnya: Mudahkanlah dan jangan kamu persulitkan.(Jalaluddin AlSuyuthi 1999: 165)
Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas
r.a ketika ditanya tentang apakah (urusan) agama yang paling dikasihi
oleh Allah s.w.t baginda berkata:


Maksudnya:Adalah

agama

yang

cenderung

kepada

haq,

menghindarkan yang batil serta agama yang mempunyai kelapangan


dan toleransi.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang


bermaksud:

Maksudnya:Sesungguhnya agama ini adalah mudah. Tidak ada


seseorang pun yang memaksakan dirinya melakukan perkara agama
di luar kemampuannya melainkan dia akan dikalahkan (measakan

kesukaran dan kesusahan). Oleh itu bersederhanalah dan hampirilah


sikap sederhana dan benar.

Al hafiz Ibn Hajar berkata, agama ini disifatkan sebagai mudah


daripada agama-agama yang sebelumnya kerana Allah s.w.t telah
mengangkat daripada ummat ini bebanan yang dikenakan terhadap
ummat terdahulu. Jelas dalam ayat-ayat dan hadis di atas, bahawa
peringanan dan kelonggaran serta penafian kesempitan menjadi salah
satu daripada cirri-ciri agung syariat Islam. (Anwar Fakhri 1999: 86)

3.0 KEDUDUKAN KAEDAH INI


Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang diperakui ketinggian,
kedudukan dan keagungannya di dalam fiqh Islam sebagaimana yang
diriwayatkan secara mutawatir daripada imam. Perkara ini juga telah
disepakati oleh kitab-kitab kaedah fiqh. Ia adalah terdiri daripada kaedahkaedah asasi dan dasar-dasar utama kepada binaan fiqh Islam.
Al-Imam

al-

Shatibiyy

berkata,

Sesungguhnya

dalil

yang

menunjukkan bahawa segala kesempitan adalah diangkat dan dibuang


daripada ummat ini mencapai taraf putus (qafiyy).
Al-Suyuthi

dan

Imam

Nujaym

berkata,

kesemua

kelonggaran

(rukhsah) dan keringanan syarak adalah keluar atau lahir daripada kaedah
ini. Perlu dinyatakan juga bahawa kesukaran yang membawa peringanan
ini adalah disyaratkan ia tidak bertentangan dengan nas. Jika ia
bertentangan dengan nas maka kesukaran itu tidak diambil kira tetapi
naslah yang menjadi tempat pergantunggan hukum. (Anwar Fakhri 1999:
87)

4.0 PENJELASAN BERKAITAN MASYAQQAH ( )

Apa yang dimaksudkan dengan al-masyaqqah ialah kesukaran dan


kesusahan. Meletakkan bebanan menjadi kesukaran terhadap hamba,
untuk itu kesusahan tersebut hendaklah dihindarkan terhadap mukallaf.
Walaupaun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian
manusia mempunyai taklif yang mana ia juga berbentuk masyaqqah atau
kesusahan seperti kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga.
Namun sebenarnya itu bukan merupakan satu masyaqqah atau
kesusahan kerana

menurut adat dan kebiasaan tidak menjadi bebanan

kepada manusia, bahkan ia pula merupakan satu keperluan kepada


mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak
dapat dipisahkan dengan kehidupan, untuk itu kesusahan atau masyaqqah
tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau
rukhsah.
Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah,
sudah pasti manusia tidak akan hidup sempurna. Contohnya, sekiranya
mereka tidak berusaha gigih untuk mencari rezeki, mereka akan miskin
sedangkan rezeki itu adalah wajib hukumnya kemudian barulah berserah
kepada Allah. (Abd. Latif Muda 2000: 143)

4.1 Tujuan Masyaqqah


Tujuan masyaqqah ialah apa yang terkeluar daripada garis kesukaran
biasa. Antaranya ialah kesukaran dan kesusahan yang menyebabkan
membawa kemudaratan samada pada diri dan harta benda atau
kesukaran yang mengambil waktu yang panjang. Pada dasarnya, untuk
pelaksanaan

kaedah

ini

mempunyai

tujuan

tertentu

dan

dengan

memenuhi syarat tertentu iaitu:


1) Kesusahan yang terkeluar daripada

garisan kesusahan biasa.

Contohnya tanggungjawab yang dibebankan itu menyusahkan. Di


mana ia boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri, harta dan
sebagainya. Oleh itu, kesusahan dan kesukaran sebegitu dikira

terkeluar daripada adat kebiasaan dan perlu kepada keringanan.


Contohnya, orang sakit dibolehkan meninggalkan puasa kerana
dengan berpuasa tentu membawa kemudaratan kepada badan dan
jiwanya.
2) Masyaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebagai
sebab untuk mendapat keringanan atau rukhsah. Iaitu kesusahan
yang tidak membawa kepada kemudaratan kepada diri dan jiwa.
Contohnya, berpuasa pada musim panas dan cuaca panas, tidak
boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhasah.
(Abd. Latif Muda 2000: 144)

4.2 Sebab-Sebab Rukhsah


Menurut penelitian ulama, terdapat beberapa faktor dan sebab kesusahan
yang dapat memberi keringanan terhadap pelaksanaan hukum syarak.
Antara sebab keringanan atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan
lainnya ada tujuh perkara:
1) Musafir yang diharuskan ) .( Orang bermusafir boleh
mengambil rukhsah, antaranya ialah:
a- Qasar sembahyang.
b- Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam.
c- Berbuka puasa.
d- Jama atau himpunkan antara dua sembahyang.
2) Sakit ().Keadaan sakit dan orang yang berpenyakit menjadi
sebab hukum rukhsah serta banyak sekali bentuknya, contohnya
ialah:
a- Orang

yang

bertayammum.

mengidap
Iaitu

penyakit

sekiranya

tertentu

dengan

dibolehkan

menggunakan

air

memudaratkan. Atas nasihat dan pengesahan doktor pakar.


b- Orang yang sakit diharuskan sembahyang fardu sambil duduk
atau berbaring atau terlentang atau isyarat atau dengan hati
berdasarkan kemampuan.
c- Diharuskan doktor lelaki melihat aurat wanita untuk mengubati
penyakit yang dialami oleh pesakit.

d- Disebabkan

sakit

seseorang

sembahyang jumaat.
e- Tidak
makruh
hukumnya

itu

diharuskan

meminta

meninggalkan

tolong

orang

lain

menggosokkan anggota wuduk dan mencurahkan air.


f- Mewakilkan menunaikan haji dan melontar di jamrah.
(Abd. Latif Muda 2000: 145)
3) Terpaksa atau dipaksa ()Antara lain juga orang yang diugut
atau dipaksa dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak mampu
melawan dan tidak mampu membantah, contohnya:
a- Mengancam nyawa dan hartanya
b- Mereka yang dalam keadaan terpaksa seperti kelaparan yang
terancam

nyawanya

diharuskan

memakan

benda

haram.

(binatang yang mati atau disembelih dengan tidak mengikut


hukum syarak)
Orang yang dipaksa mensyirikkan Allah harus berbuat demikian,
tetapi hatinya mesti tetap beriman. (Abd. Latif Muda 2000: 146)
4) Lupa. Keadaan lupa atau seseorang yang melakukan sesuatu secara
terlupa

diberi

keringanan

dan

kemaafan

terhadap

apa

yang

dilakukannya. Contohnya, seseorang yang makan secara tidak


sengaja ketiak berpuasa tidak batal puasanya. Sebagaimana hadis
yang bermaksud:
Sesiapa yang terlupa sedang ia berpuasa, di ama ia makan atau
minum hendaklah ia menyempurnakan puasanya itu. Kerana
sesungguhnya Allah member ia makan dan minum.

Berkaitan dengan orang lupa dan terlupa tidak dikira salah dari
sudut syarak serta dimaafkan berdasarkan hadis daripada Ibn Umar:
Diangkat (tidak dikira bersalah) dari kalangan umatku kerana
tersalah, lupa dan terpaksa.

5) Kejahilan(). Keadaan jahil dan kejahilan seseorang dikira


sebagai salah satu keuzuran yang membawa keringanan.

Contohnya, harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah


seorang suami atau isteri sedangkan aib itu dsembunyikan salah
seorang daripada mereka, maka yang seorang lagi tidak mengetahui
kedudukan yang sebenarnya.( Mohamad Soleh Ahmad 603)
.
6) Kesukaran serta Umum al-Balwa( ) . Iaitu
perkara kesukaran umum yang tidak dapat dihindarkan. Ia juga
membawa maksud kerana terdesak dalam kesulitan atau bermaksud
perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara contohnya:
a- Lumpur di jalan raya yang terpercik pada kain atau badan
seseorang pada hari hujan dimaafkan.
b- Istinjak dengan menggunakan batu.
c- Najis yang tidak kelihatan oleh pandangan mata serta binatang
yang tidak mempunyai darah mengalir seperti belalang.
d- Harus bertahallul daripada haji apabila dikepung musuh.
e- Memakan bangkai dan harta orang lain ketika dalam keadaan
sangat terdesak.
f- Diharuskan banyak gerak serta membelakangi kiblat ketika
sembahyang dalam keadaan takut dan menghadapi musuh di
medan perang.
g- Sembahyang dengan najis yang dimaafkan seperti nanah, bisul
atau penyakit cacar. (Abd. Latif Muda 2000: 148)
7) Kekurangan( ). Ia menjadi salah satu sebab keringanan dan
kemudahan kerana merupakan satu masyaqqah. Sabda Rasulullah
s.a.w :
Diangkat kalam dari tiga orang iaitu kanak-kanak sehingga ia
baligh, orang gila hinggalah ia siuman dan yang tidur sehingga ia
sedar.
Antara contohnya:
abcde-

Kanak-kanak tidak dibebankan dengan taklif.


Kaum wanita tidak diwajibkan sembahyang jumaat.
Orang gila tidak dikenakan bebanan taklif.
Wanita diberi kemudahan memakai barang kemas dan sutera
Taklif syarak atau bertanggungjawab terhadap kaum wanita lebih
ringan berbanding kaum lelaki.

10

Bebanan dan tanggungjawab lebih ringan dikenakan terhadap


hamba berbanding orang merdeka. (Abd. Latif Muda 2000: 149)

4.3 Jenis-jenis Keringanan


Menurut pendapat Syeikh Izz al-Din bin Abd as-Salam al-Syafii, jenis
keringanan atau rukhsah ada enam. Manakala menurut ulama mazhab
Hanafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Nujaym, rukhsah ada tujuh
jenis iaitu (Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad: 604):
1)

() . Keringanan dengan menggugurkan kewajipan.

Contohnya ialah:
a- Tidak wajib gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan
tertentu.
b- Digugurkan kewajipan haji dan umrah disebabkan keuzuran.
2)

() . Keringanan dengan mengurangkan bebanan.

Contohnya ialah:
a- Memendekkan atau qasar sembahyang Zohor atau Asar menjadi
dua rakaat.
3)

() . Keringanan dengan gantian atau penukaran.

Contohya ialah:
a- Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum.
b-Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat
berpuasa dengan membayar fidyah.
4)

() . Keringanan dengan mendahulukan, contohnya:


a- Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya.
b- Sembahyang jama taqdim.

5)

() . Keringanan dengan mengakhirkan, contohnya

ialah:
a- Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir.

11

b- Sembahyang jama takhir.


6)

() . Keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak


dan terpaksa, contohnya:
a- Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air.
b- Diharuskan makan bangkai kerana terdesak.

7)

() . Keringanan mengubah atau menukar.


a-

Seperti

menukar

dan

mendirikan sembahyang

mengubah

kedudukan

serta

cara

ketika dalam keadaan ketakutan dan

menghadapi musuh.

4.4 Bahagian Rukhsah


Terdapat lima jenis dan bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah
iaitu:
1) Rukhsah yang wajib dilakukan:
a- Memakan bangkai bagi mereka yang terdesak dan kelaparan, jika
tidak akan menyebabkan kematian.
b- Berbuka puasa bagi mereka yang bimbang membawa bahaya.

2) Rukhsah yang sunat dilakukan:


a- Melihat kepada bakal pengantin atau tunang.
b- Qasar sembahyang bagi orang musafir yang jauh dan merasa penat
dalam perjalanan.

3) Rukhsah yang harus atau boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan:


a- melaksanakan urusan muamalah jual salam atau secara tempahan.

12

4) Rukhsah yang lebih utama meninggalkannya atau sepatutnya tidak


dilakukan:
a- Membatalkan puasa bagi orang musafir yang tidak mengalami apaapa kesukaran dan tiada kemudaratan.

5) Rukhsah yang makruh dilakukan:


a- Qasar sembahyang bagi mereka yang musafir kadar jaraknya kurang
daripada tiga marhalah.

5.0 HUKUM FURU


Di antara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah:
1) Diharuskan berbuka puasa bagi orang musafir dan sakit.
2) Diharuskan makan bangkai ketika kebuluran jika tiada makanan yang
lain.
3) Diharuskan jama dan qasar sembahyang bagi yang bermusafir dan
harus tidak berpuasa.
4) harus hukumnya mencela saksi-saksi yang menyaksikan.
5) Harus bagi balu yang kematian suami keluar rumah dalam tempoh
iddah apabila terdesak untuk bekerja dan mencari sara hidup.
6) Wajib menangguhkan atau memberi tangguh kepada orang yang
terdesak dan tertekan untuk melunaskan hutang hingga ia kelapangan.

6.0 KAEDAH PECAHAN


Daripada kaedah asas tersebut dapat dikeluarkan pula beberapa kaedah
pecahan lain antaranya (Abd. Latif Muda 2000: 153):

13

1)

Kaedah:
Maksudnya: Apabila sesuatu itu sempit, hukumnya menjadi luas.
a- Huraian kaedah:
Ia berasal daripada fatwa dan kata-kata imam al-Syafii. Ia juga
selaras dengan apa yang dijelaskan oleh al-Syeikh Izz al-Din bin Abd
al-Salam, dimana syariat Islam itu dibina atas dasar apabila sesuatu
perkara itu sukar dan sempit, ia menjadi mudah dan luas.
b- Hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Tidak perlu kepada keyakinan dan cukup dengan zann atau berat
sangka sahaja dalam masalah arah kiblat, suci tempat dan lainnya.
ii. Imam al-Zarkasyi menjelaskan seseorang itu harus menggunakan
bekas yang diperbuat daripada emas dan perak untuk berwudhuk
sekiranya tidak ada bekas lain.

2)

Kaedah:
Maksudnya: Apabila sesuatu itu longgar atau luas, hukum menjadi

sempit.
a- Huraian kaedah:
Ia bermaksud apabila sesuatu itu atau perlaksanaannya mudah,
hukum perlaksanaannya menjadi sempit.
b- Hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Melakukan gerakan yang sedikit ketika sedang mendirikan solat
diharuskan. Namun tidak boleh melakukan gerakan yang besar dan
berulang kali jika tidak terdesak atau sebarang keperluan.

14

ii. Seseorang sembahyang dalam keadaan lapang, seharusnya


melakukan sembahyang di awal waktu serta menepati rukun dan
syarat dengan sempurna.

3)

Kaedah:
Maksudnya: Apa yang diharuskan kerana uzur, batal dengan sebab
hilang uzur tersebut.
a- Huraian kaedah:
Sesuatu yang dihalalkan dan diharuskan ketika ada keuzuran itu
akan kembali kepada hukum asal apabila hilang keuzuran tersebut.
b- Hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Tayammum menjadi batal dengan sebab didapati atau ada air
sebelum mendirikan sembahyang.
ii. Tayammum tidak diizinkan dengan ada air sebelum masuk waktu
sembahyang.

4)

Kaedah:
Maksudnya: Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.
a- Huraian kaedah:
Banyak digunakan dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat,
jihad dan lain-lain. Kadangkala ia

membawa kerugian tetapi

hakikatnya terdapat kemaslahatan yang kuat dan rajih.


b- Hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah:

15

i. Haramnya minum arak dan berjudi.


ii. Keizinan berjihad dan memerangi musuh. Ia menyebabkan
kematian dan kerosakan tetapi akhirnya Islam telah tersebar ke
seluruh dunia.

5)

Kaedah:
Maksudnya: kemudaratan-kemudaratan itu membolehkan tegahan-

tegahan.
a- Huraian kaedah:
Merupakan

kaedah

dan

hukum

pengecualian

dalam

keadaan

terdesak dan terpaksa mengharuskan perkara yang tidak diharuskan


ketika keadaan biasa.
b- Hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah:
i. Doktor diharuskan melihat aurat lelaki dan wanita untuk tujuan
merawat.
ii. Harus melawan dan mengambil tindakan terhadap perompak,
walaupun terpaksa membunuhnya.
c- Pengecualian daripada kaedah:
Hukum yang terkecuali daripada kaedah pecahan di mana tidak
diharuskan sama sekali melakukannya

biarpun terpaksa atau

dipaksa:
i. Kufur. Seseorang tidak boleh sama sekali murtad ataupun
mengufuri Allah biarpun diugut dan akan dibunuh. Ia hanya boleh
menzahirkan kekufuran tetapi hatinya tetap beriman kepada Allah.

16

ii.

Berzina.

Jika

seseorang

dipaksa

berzina

ia

tidak

boleh

melaksanakannya.

7.0 PENUTUP
Sebagai

rumusannya,

walaupun

terdapat

pelbagai

kesukaran

dan

kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada


dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, maka tetap akan
ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedahkaedah
yang dianjurkan dalam syariat Islam.
Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia
melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh Islam
maka ia akan memberi kelonggaran dan kemudahan terhadap mereka.
Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang
dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.
Seperti mana yang telah Allah jelaskan dalam surah al-Insyirah yang
bermaksud:
Kerana

sesungguhnya

sesudah

kesulitan

itu

sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

ada

kemudahan,

17

Ayat tersebut menjelaskan bahawa walau apapun kesukaran yang dialami


atau bagaimana ia dihadapi, Allah akan menyediakan jalan keluar dan
memberikan berita gembira buat hamba-hambanya yang beriman.
Berdasarkan

penjelasan

tersebut

dapatlah

difahami

bahawa

masyaqqah atau kesukaran itu tidak dapat dipisahkan daripada hidup


manusia. Sekiranya semua keadaan diberikan keringanan, maka tidak
akan bermakna hidup manusia kerana hidup ini memerlukan kepada
perjuangan dan pengorbanan.

RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim.
Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Kaedah-kaedah
Fiqh, Pustaka Salam Sdn.Bhd, 2000.
Ade Dedi Rohayana, Ilmu Qawaid Fiqhiyyah Kaidah-Kaidah Hukum Islam,
M.Ag, terbitan Gaya Media Pratama Jakarta, 2008.
Anwar Fakhri bin Omar, Kaedah Fiqh dan Hubungkaitnya dengan
Permasalahan Fiqh Semasa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1999.
Hj. Mohd Soleh bin Hj. Ahmad, Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, Pustaka
Haji Abdul Majid.
Imam Jalaluddin Abdul Rahman Al-Suyuthi, Kaedah-Kaedah Hukum Islam
Mazhab ShafiI, terbitan Darul Iman, 1999.

18

Anda mungkin juga menyukai