Anda di halaman 1dari 5

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

Pada tanggal 20 April 2014, pelajar PPG semester 6 yang terdiri dari opsyen
Matematik, Sains dan Prasekolah serta PJK semester 5 telah berganding bahu dan
bekerjasama bagi menganjurkan Karnival Permainan Tradisional yang dewasa ini
makin dilupakan oleh masyarakat kita. Karnival ini berlangsung di Padang IPG Kampus
Perempuan Melayu Melaka. Permainan yang telah dipersetujui adalah batu seremban,
dam haji, congkak, konda kondi, teng teng dan galah panjang.Sesungguhnya saya
banyak belajar sesuatu yang baharu dalam pengurusan dan pengelolaan carnival
permainan tradisional ini yang boleh saya bawa ke tempat saya mengajar.
KEKUATAN
Dengan menganjurkan

Karnival

permainan tradisional ini, terdapat banyak

kelebihan yang kami perolehi sepanjang proses perlaksanaannya. Antaranya ialah


sepanjang karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba
disampaikan oleh pihak penganjur. Permainan yang dijalankan juga adalah bersesuaian
dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan sentiasa
menunjukkan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap
acara permainan tradisional. Selain itu, karnival permainan tradisional ini juga sedikit
sebanyak mempunyai kaitan dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas
adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk memberikan penekanan ke arah
meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa banyak
rakyat Malaysia. Justeru dengan penglibatan semua guru PPG semester 6 dalam
karnival ini, ia dapat memupuk semangat kesukanan serta jati diri setiap guru.
Seterusnya melalui perlaksanaan karnival permainan tradisional ini juga dapat
memberi gambaran serta pengalaman kepada guru PPG semester 6 mengenai cara
bermain, peraturan permainan dan alatan permainan yang digunakan dalam setiap
permainan tradisional yang diadakan. Oleh itu, secara tidak langsung karnival ini dapat
menyemai sikap menghargai warisan permainan tradisional dengan memastikan
permainan tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi masa kini. Karnival permainan
yang diadakan ini juga melibatkan semua jenis bangsa iaitu melayu, india, cina, iban
dan sebagainya.

1 ROSZITA BT TAMYIZ (710219-01-5984)

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

Oleh itu, melalui penganjuran karnival permainan tradisional yang telah dilakukan
bersama-sama, ia dapat mengeratkan hubungan antara guru tanpa mengambil kira
perbezaan bangsa atau budaya. Malah guru juga didedahkan dengan permainan
tradisional bangsa-bangsa lain iaitu guru berbangsa India dan Cina mempelajari
permainan tradisional kaum Melayu. Secara keseluruhannya, Karnival Permainan
Tradisional ini memberi banyak kelebihan kepada setiap guru dan dapat dijalankan
dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut
berlangsung,

tiada

masalah

besar

yang

timbul

seperti

pergaduhan

atau

penyalahgunaan bahan.
Setiap AJK yang telah dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan dapat
memberi kerjasama yang padu. Setiap unit berganding bahu antara satu sama lain.
Masa pelaksanaan carnival adalah mengikut jadual yang dirancang. Kerjasama dan
bimbingan dari pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani turut membantu kelancaran
carnival.

Para pensyarah tidak jemu memberi pandangan , nasihat dan sokongan

kepada setiap unit dalam menjalankan tugasan yang diberi. Pendedahan yang saya
terima sebagai salah seorang AJK promosi semasa cuba menghebahkan carnival ini
kepada masyarakat sekelilng dan warga IPG pastinya memberi pengalaman baharu
yang sangat unik untuk saya. Pengalaman semasa mengelolakan carnival ini dapat
saya gunakan dalam pengajuran sesuatu program di sekolah saya kelak.
KELEMAHAN
Kelemahan yang paling ketara dalam pengurusan AJK Publisiti , Seranta dan
Sumbangan adalah masalah jarak antara kami yang tinggal berjauhan terutama bagi
yang tinggal di Johor. Walaupun kami mempunyai kumpulan Whatsapp yang kami
bentuk, namun ada segelintir dari kami yang tidak mempunyai internet dalam telefon
yang menyebabkan informasi yang diterima agak lambat.
Bagi permainan konda kondi, pihak penganjur telah menyediakan 4 buah
gelanggang. Bilangan gelanggang adalah mencukupi namun kedudukan antara satu
gelanggang terlalu dekat yang menyebabkan pukulan kayu anak memasuki kawasan

2 ROSZITA BT TAMYIZ (710219-01-5984)

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

gelanggang lain dan ini tentunya mengganggu pertandingan. Kerap kali pemain dari 2
gelnggang ini bertembung antara satu sama lain ketika cuba menyambut anak kayu.
Hakim yang dilantik bagi mengadili setiap pertandingan juga perlu diwakili oleh
setiap unit bagi mengelakkan ketidakpuasan hati di kalangan peserta. Keputusan yang
lebih telus dan tidak berat sebelah. Mungkin peraturan permainan difahami terlebih
dahulu oleh setiap hakim dengan lebih mendalam kerana saya dapati ramai pemain
yang tidak membaca peraturan sebelum pertandingan. Soal jawab dengan hakim yang
kurang arif telah mengambil masa yang agak panjang.
PELUANG (OPPORTUNITIES)
Peluang yang kami boleh dapatkan ialah ilmu dan pengalaman penganjuran
permainan tradisional yang mungkin tidak dimainkan lagi dewasa ini . Kanak-kanak
sekarang lebih gemar pada permaianan yang menggunakan gajet berteknologi masa
kini seperti PS2, Tab, permainan computer dan sebagainya. Penganjuran acara ini
boleh diadakan di sekolah saya. Maka, pengalaman dan ilmu yang ada ini perlu direbut
dan dikumpul secukupnya. Penggunaan muzik berkonsep tradisional dan pembesar
suara juga boleh digunakan. Apabila terdapat muzik, permainan menjadi lebih menarik
dan suasana lebih rancak.
Pemilihan jenis permainan tadisional dari setiap kaum mungkin dapat memberi
pengalaman baharu kepada kaum lain. Rakyat Malaysia yang terdiri dari masyarakat
majmuk mempunyai pelbagai kebudayaan yang berbeza dan pastinya menarik sekali.
Sebagai contoh kita boleh cuba permainan Kabaddi dari masyarakat India atau
permainan sumpit dari kaum Iban.

Kepelbagaian permainan dari kaum-kaum di

Malaysia, pastinya akan membuka minda peserta dan mengeratkan hubungan


masayarakat yang berbilang kaum.

ANCAMAN (THREAT)
Terdapat ancaman yang boleh mengganggu perjalanan carnival ini. Contoh
paling jelas ialah cuaca. Cuaca buruk boleh merencatkan perjalanan karnival. Selain itu,
3 ROSZITA BT TAMYIZ (710219-01-5984)

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

peralatan yang rosak juga boleh menyebabkan permainan yang dianjurkan menjadi
tidak selamat. Maka, langkah berjaga-jaga sepatutnya boleh diambil terlebih dahulu
seperti menyediakan tapak permainan alternative dan menyemak atau menyelenggara
peralatan terlebih dahulu sebelum memulakan karnival.
Kekurangan peruntukan kewangan turut menjadi satu kekangan dalam
pelaksanaan karnival ini. Kewangan yang tidak mencukupi sering menimbulkan
masalah kepada pihak penganjur dalam merancang dan menguruskan carnival. Guruguru PPG yang sentiasa sibuk dengan beban tugas disekolah sedikit sebanyak
mengganggu kelancaran dan pengurusan carnival.
Ancaman yang sering timbul dalam sesuatu pertandingan ialah ketidkpuasan
hati pemain. Ada sebahagian pemain yang tidak menghormati keputusan hakim. Ada
yang membantah keputusan hakim. Malah mereka menimbulkan pertelingkahan kecil
yang sedikit sebanyak telah mencacatkan kelancaran pertandingan.

Para guru

sepatutnya dapat mengawal emosi.


PENAMBAHBAIKAN
Beberapa penambahbaikan yang saya cadangkan dibawah ini mungkin dapat
membantu pengelolaan carnival dengan lebih lancar. Seperti yang kita sedia maklum
sebilangan besar guru PPG merupakan guru wanita terutama bagi opsyen Prasekolah.
Kekurangan guru lelaki menyebabkan ketidakseimbangan jumlah peserta mengikut
jantina. Bagi pertandingan Galah panjang dan Konda kondi yang memerlukan
ketangkasan, kekuatan fizikal dan taktikal pastinya menjadikan perlawanan berat
sebelah. Mungkin dengan pembahagian 2 orang guru lelaki dan 2 orang guru wanita
mewakili setiap unit dapat menyeimbangkan mutu permainan. Ini kerana pungutan
mata amatlah jauh sekiranya 4 orang guru wanita melawan 4 orang guru lelaki.
Semasa undian yang menentukan bagi kumpulan dan lawan, adalah lebih baik
sekiranya diwakili oleh setiap unit yang bertanding. Undian kumpulan telah ditentukan
terlebih dahulu tanpa ada wakil untuk undian dari unit yang bertanding. Dengan adanya
wakil setiap unit keputusan undian adalah lebih telus.

4 ROSZITA BT TAMYIZ (710219-01-5984)

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112)

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, carnival ini telah banyak membantu membina jati diri sebagai
seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Kejohanan
ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih yang lain dalam melakukan
pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu
program dengan lancar. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah
kami iaitu En. Ramle b. Taib yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada
saya dan rakan-rakan bagi menjayakan carnival permainan tradisional ini.Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama berganding bahu untuk
carnival permainan tradisional ini. Karnival ini begitu memberi impak kepada saya dan
rakan-rakan lain terutamanya dalam mengurus dan melaksanakan program yang
melibatkan penglibatan ramai peserta.Selain itu, ia dapat memupuk kerjasama antara
kami walaupun pelbagai masalah yang perlu kami harungi.

5 ROSZITA BT TAMYIZ (710219-01-5984)