Anda di halaman 1dari 6

.1.

0
DE
FINISI AYAT
.

Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Menurut Kamus TatabahasaDewan Edisi
Ketiga (halaman 432), ayat ialah pengucapan yang paling tinggi letaknyadalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap yangpengucapannya dimulai dan diakhiri
dengan kesenyapan serta mengandungi intonasiyang sempurna (Nik Safiah Karim et.al:2006:
414). Menurut Asmah Hj. Omar (1980:359), Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala
tatatingkat nahu. Dalam perkataanlain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang
mempunyai ayat sebagaiunsurnya. Ayat yang terdiri daripada klausa yang disertai dengan
intonasi ayat yanglengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan
kesenyapan danintonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai
.2.2 Ayat TunggalAyat tunggal terdiri daripada satu klausa sahaja dan di dalam klausa tersebut
hanyaterdapatsatu konstituen subjek dan satu konstituen prediket. Ayat tunggal mempunyaiciri yang sama
dengan ayat dasar, namun begitu, terdapat sedikit perbezaan padakedua-dua ayat tersebut. Salah satu perbezaan
yang ketara ialah binaan ayat tunggaltidak semestinya mengikut hukum DM. Ayat tunggal boleh terbina
dengan ayat yangsonsang.Ayat tunggal juga boleh terdiri daripada jenis ayat yang lain selain ayatketerangan.
Ayat tunggal boleh dibina untuk menjadi ayat tanya atau seruan dan tidakseperti ayat dasar yang hanya
membina ayat penyata sahaja. Dapat disimpulkan di sinibahawa ayat dasar dan ayat tunggal mempunyai
susunan yang sama pada satu-satumasa. Namun begitu, ayat tunggal adalah berbeza daripada ayat dasar jika
prediket keterangan diubah kepada prediket yang lain. Selain itu, ayat tunggal juga berbezadaripada ayat dasar
apabila sesuatu ayat tersebut disonsangkan.

Ayat tunggal secara umumnya ialah ayat yang mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar.
Kedua-duannya mempunyai elemen satu klausa yang ketara iaitu satu subjek dan satu
predikat. Bagaimanapun, ayat tunggal dibezakan dengan ayat dasar dengan kebolehannya
menerima kehadiran unsur keterangan pada pahabgian subjek atau predikatnya. Selain
daripada itu, ayat tunggal boleh disongsangkan kedudukan subjek dan predikatnya.
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman(2006)
menyatakan ayat tunggal dan ayat dasar adalah satu perkara yang sama kerana ia dibentuk
berdasarkan bilangan subjek dan predikat yang paling asas dan semestinya terdiri daripada
satu subjek dan satu predikat.
Abdullah Hassan di dalam buku Linguistik Am (2007) membariskan definisi ayat dasar oleh
para ilmuwan bahasa seperti Arbak Othman dan Asmah Hj Omar serta penggarisan konsep
ayat dasar oleh Tatabahasa Dewan.
Arbak Othman mengelaskan ayat dasar kepada beberapa bahagian seperti di bawah:
a) Subjek nama +
predikat nama (FN + FN)
b) Subjek nama +
predikat sifat (FN + FAdj)
c) Subjek nama +
predikat kopula (FN + FPemeri)

d) Subjek nama +
e) Subjek nama +
f) Subjek nama +

predikat rangkai kata depan (FN + FSn)


predikat kata kerja tak transitif (FN + FKttr)
predikat kata kerja transitif (FN + Ftr)

Asmah Hj Omar pula mencatatkan di dalam Nahu Melayu Mutakhir edisi ke-4 meringkaskan
ayat dasar kepada dua pola sahaja iaitu:
a) Frasa benda + frasa benda
b) Frasa benda + frasa karyaan

a)
b)
c)
d)

Manakala Tatabahasa Dewan 1981 menggariskan pola ayat dasar iaitu


Frasa nama
+
frasa nama
Frasa nama
+
frasa adjektif
Frasa nama
+
frasa kerja
Frasa nama
+
frasa sendi nama
Bibliografi
__________(2011)BML 3063 Sintaksis, Pusat Pendidikan Luar Universiti Pendidikan Sultan
Idris Tanjung Malim
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006)
Sintaksis SIri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. PTS Professional
Publishing Sdn Bhd
Abdullah Hassan, (2008) Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, Kuala Lumpur.
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Asmah Haji Omar (2008) Nahu Kemas Kini, Kuala Lumpur, PTS Professional Publishing
Sdn Bhd
Abdullah Hassan, (2007) Linguistik Am, SIri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor, PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Ayat Majmuk, Abdul Ghalib Yunus Munsyi Dewan Rabu 31 Mac 2010 diperolehi pada 14
April 2013 daripada agy7500.blogspot.com/2010/03/siri-370-binaan-ayat
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai
satukonstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian ayat-ayat tunggal
,seperti ayat-ayat lain juga , terbit daripada ayat dasar.Binaan ayat tunggal menyamai
binaanayat dasar, iaitu terkandung di dalamnya satu konstituen subjek dan satu kontituen
predikat,seperti
yang
berikut.JADUAL
1Subjek
Predikat Ayah
Ali peguamDia membaca buku ituPelari itu sangat letihContoh-contoh di dalam Jadual 1
merupakan contoh-contoh ayat tunggal dalam bahasaMelayu. Walau bagaimanapun , tidak
semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikutioleh predikat. Ada susunan yang
berbeza, iaitu predikat ( seluruh atau sebahagian )mendahului subjek seperti dalam ayat
songsang (aktif dan pasif), yang terdapat dalamcontoh-contoh dberikut :

i. a) Dia ke Melaka pagi tadi.b) Ke Melaka dia pagi tadi.ii. a) Buku itu di atas meja.b) Di atas
meja buku itu.iii. a) Anak itu dikucupnya.b) Dikucupnya anak itu.Terdapat juga perbezaan antara ayat
tunggal dengan ayat dasar iaitu semua ayat dasarterdiri daripada ayat penyata , manakala ayat tunggal
boleh juga terdiri daripada jenis-jenislain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya.
Kesimpulannya ,persamaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal terletak pada kenyataan
bahawa kedua-duanya mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
Kedua-duanyasama kalau terdiri daripada ayat penyata. Namun, jika ayat tunggal yang
terbentuk daripadaayat penyata itu mengalami perubahan seperti pertukaran kedudukan subjek
danpredikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi menjadi ayat dasar

Secara umum menurut Kamus Dewan, nilai adalah sifat yang mulia, berharga, bermutu,
menunjukkan kualiti dan berguna bagi manusia.

Pendidikan bermaksud suatu proses

menerapkan atau menyuntik sesuatu terhadap manusia. Oleh itu nilai pendidikan ialah sifat
positif yang hendak diterapkan ke dalam diri murid.

Pada pandangan saya, antara punca utama yang menyebabkan murid tidak dapat
menguasai kemahiran KOMSAS dengan baik ialah penggunaan alat bantu mengajar yang
tidak sesuai. Menurut Gagne (1968, dipetik daripada Boon Pong Ying 2009), pemeringkatan
pembelajaran penting bagi menbantu dengan menyusun peringkat pembelajaran daripada
peringkat asas kepada peringkat yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, bagi menjalani
setiap peringkat ini, murid sangat memerlukan satu medium yang boleh menjadi pemangkin
dalam proses pembelajaran berperingkat tersebut.

Pemilihan ABM yang sesuai sangat

penting bagi menjadi pemangkin kepada murid untuk menjalani setiap peringkat
pembelajaran.

Kaedah pembelajaran juga mungkin boleh menjadi salah satu punca kepada
permasalahan ini. Kaedah pengajaran saya yang terlalu memfokuskan kepada isi pelajaran
mungkin menyebabkan murid tidak dapat menggunakan kemahiran hubungkait dengan baik.
Fokus pemikiran murid hanya tertumpu kepada isi pelajaran yang sedang dipelajarinya sahaja
tanpa mengaitkannya dengan isi pelajaran lepas atau pun pengalaman lampau. Menurut
Ausubel (1988, dipetik daripada Boong Pong Yin 2009), konsep utama pembelajaran yang
bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman atau ilmu yang sedia ada pada murid. Oleh
yang demikian, untuk mencapai pembelajaran yang bermakna seperti yang saya nyatakan tadi
saya memerlukan suatu enzim yang mampu menjadi pemangkin kepada pencapaian tersebut.

8.1 Rumusan
Tajuk kajian ialah meningkatkan kemahiran murid tahun satu dalam membina ayat tunggal
berdasarkan gambar menggunakan teknik SAT. Kajian ini telah dilaksanakan terhadap muridmurid tahun satu di salah sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor. Kajian yang saya
laksanakan berkaitan dengan kemahiran menulis yang merupakan salah satu kemahiran yang
perlu dikuasai oleh semua murid di sekolah. Saya mengecilkan skop kajian dengan mengkaji
kemahiran menulis ayat tunggal berdasarkan gambar. Aspek kemahiran menulis ayat
berdasarkan gambar juga merupakan salah satu aspek yang diuji dalam peperiksaan di sekolah
dan konstruk 12 saringan LINUS 2.0 yang diadakan dua kali setahun bagi murid-murid tahap
satu.

Masalah-masalah dikesan melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


telah saya catat untuk di atasi. Masalah kemahiran membina ayat berdasarkan gambar ini
merupakan antara masalah yang serius yang perlu diambil tindakan dan diselesaikan dengan
cara yang paling berkesan bagi memastikan kelangsungan penguasaan kemahiran menulis

berjalan dengan lancar.Saya telah menggunakan tiga alat kajian bagi mendapatkan data awal
mengenai masalah kajian. Tiga alat kajian tersebut ialah analisis dokumen konstruk 12
Saringan 1 LINUS 2.0 dan semakan Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Tahun 1, pemerhatian
tidak berstruktur serta ujian diagnostik.

Kesemua alat kajian digunakan semaksimum mungkin sewaktu tinjauan awal masalah
dilaksanakan. Data penting yang diperoleh sewaktu menggunakan alat kajian melalui analisis
dokumen ialah dapatan daripada data saringan 1 LINUS 2.0 ialah seramai 4 orang murid iaitu
33.3% murid tidak dapat membina ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberi pada
konstruk 12. Walhal, murid ini boleh membaca walaupun tidak lancar. Semakan Buku Aktiviti
Bahasa Malaysia Tahun 1 pula mendapati dua orang murid iaitu sebanyak 13.3% murid
mendapat kosong markah dan tidak ada murid yang mendapat markah cemerlang iaitu 10
markah dalam membina lima ayat tunggal berdasarkan gambar dengan betul.

Pemerhatian awal yang telah saya laksanakan pula mendapati murid tidak dapat
mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. Mereka juga agak sukar untuk
menyatakan lima aktiviti tersebut apabila ditanya secara lisan. Kesannya, mereka mengambil
masa yang lama untuk berfikir dan mencari kosa kata yang sesuai dengan gambar atau aktiviti
yang terdapat dalam gambar.

Alat kajian terakhir yang digunakan untuk mengesan masalah ialah ujian diagnostik.
Berdasarkan ujian diagnostik ini, didapati hanya seorang murid atau 8.3% berjaya membina
lima ayat tunggal tetapi mempunyai kesalahan ejaan dan tanda baca. Empat orang murid atau
33.3% lagi hanya berjaya membina empat ayat tunggal yang mempunyai pelbagai kesalahan
ejaan dan tanda baca. Dua orang murid atau 17% berjaya membina tiga ayat tunggal. Tujuh

orang murid atau 47% hanya berjaya membina dua ayat tunggal yang mempunyai pelbagai
kesalahan ejaan dan tanda baca serta kosa kata yang tidak sesuai dengan gambar. Manakala
seorang murid atau 8.3% hanya dapat menulis kata kerja bagi gambar yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai