Anda di halaman 1dari 6

Tajuk : Aktiviti 1 Siapa curi air saya

Tujuan: Untuk menyiasat hubangan di antara lubang dengan masa kelajuan air
Hipotesis: Semakin bertambah lubang semakin bertambah masa kelajuan air
Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Bilangan lubang
Pembolehubah bergerakbalas: Masa kelajuan air
Pembolehubah yang dimalarkan: Saiz lubang
Bahan: Botol air, paku, jam randik
Prosedur eksperimen:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tebuk satu lubang pada dasar botol dan masukkan air.


Catat kelajuan air.
Tebuk dua lubang pada dasar botol.
Catat kelajuan air.
Tebuk tiga lubang diikuti empat dan lima lubang.
Catat kelajuan air.
Bilangan lubang
Masa kelajuan air

1
25

2
20

3
15

4
10

5
5

8
?

(saat)
Soalan:
1. Namakan satu alatan yang digunakan dalam ujikaji ini? (mengingat)
2. Apakah yang akan berlaku kepada air di dalam botol apabila lubang ditebuk?
(memahami)
3. Berikan dua pembolehubah yang dikenalpasti dalam ujikaji ini? (mengaplikasi)
4. Ramalkan masa kelajuan air sekiranya lubang ditebuk menjadi lapan?
(menganalisis)
5. Berikan satu kesimpulan berdasarkan ujikaji ini? (menilai)
6. Ciptakan satu alatan menggunakan bahan-bahan terbuang dengan mengaitkan
konsep yang di
dipelajari? (mencipta)

Tajuk 2 :Bebaskan saya


Tujuan: Mengkaji hubangan di antara gelas yang berlainan saiz dengan tempoh

masa lilin menyala


Hipotesis: Semakin besar saiz gelas semakin lama lilin menyala
Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Saiz gelas
Pembolehubah bergerakbalas: Tempoh masa lilin menyala
Pembolehubah yang dimalarkan: Saiz lilin
Bahan: Dua batang lilin, dua gelas berlainan saiz besar dan kecil, mancis dan jam
randik
Prosedur eksperimen:
1. Sediakan dua gelas yang berlainan saiz dan dua batang lilin yang sama
saiz.
2. Nyalakan kedua-dua lilin pada masa yang sama.
3. Tutupkan kedua-dua lilin dengan gelas yang berlainan saiz.
4. Catatkan pemerhatian di dalam jadual.
Saiz gelas
Tempoh masa lilin menyala
Besar
Kecil

(minit)
2
1

Kesimpulan: Semakin besar gelas semakin banyak oksigen, semakin lama lilin
menyala.
Soalan:
1. Apakah bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen ini?
(mengingat)
2. Apakah tujuan menggunakan gelas berlainan untuk menjalankan
eksperimen ini? (memahami)
3. Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menggantikan gelas yang
berlainan saiz? (mengaplikasi)
4. Apakah perubahan yang berlaku sekiranya kedua-dua gelas sama besar
saiznya?
(menganalisis)
5. Mengapa lilin yang ditutup dengan gelas yang saiz lebih besar menyala
dengan lebih lama? (menilai)
6. Apa yang akan berlaku jika kedua-dua lilin ditutup dengan gelas yang
sama saiz? (mencipta)

Tajuk 3 :Mari kita lihat siapa yang kena


Tujuan: Untuk menyiasat hubangan di antara luas tapak model dengan masa
untuk model tumbang
Hipotesis: Semakin bertambah luas tapak model, semakin bertambah masa
untuk model tumbang
Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Luas tapak model
Pembolehubah bergerakbalas: Masa untuk model tumbang
Pembolehubah yang dimalarkan: Ketinggian model
Bahan: Suratkhabar, pita selefon besar, kipas angin meja
Prosedur eksperimen:
1. Bina dua model KLCC dengan menggunakan keluasan tapak yang berbeza
tetapi ketinggian sama.
2. Uji kesetabilan kedua-dua model dengan meletakkan model di atas meja
kemudian pasang kipas angina meja dengan kelajuan yang sama.
3. Buat catatan dengan merekod setiap model tumbang.
Model
Masa untuk model tumbang (minit)
A
20
B
10
Kesimpulan: Semakin bertambah luas tapak model semakin bertambah masa
untuk model tumbang.
Soalan:
1. Apakah bentuk model yang di bina? (mengingat)
2. Apakah yang akan berlaku sekiranya luas tapak model tidak sama ?
(memahami)
3. Antara kereta lumba dengan bas yang mana lebih stabil?
(mengaplikasi)
4. Antara bas setingkat dengan bas dua tingkat yang mana lebih stabil
apabila membelok? (mengaplikasi)
5. Ramalkan masa untuk model tumbang jika luas tapak model C lebih
kecil daripada model A tetapi lebih besar daripada model B?
(menganalisis)
6. Berikan kesimpulan berdasarkan eksperimen ini? (menilai)
7. Reka sebuah bangunan yang sesuai di tepi pantai dan jelaskan.
(mencipta)

Tajuk 4 : Kismis menari


Tujuan: Untuk mengkaji perubahan buah kismis dalam air yang berlainan
Hipotesis: Semakin banyak karbon dioksida dalam air, pergerakan buah
kismis semakin bertambah
Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Jenis air yang berlainan
Pembolehubah bergerakbalas: Perubahan buah kismis
(pergerakan)
Pembolehubah yang dimalarkan: Isipadu air minuman
berkarbonat dan air (250cm3)
Bahan: Bikar, buah kismis, air minuman berkarbonat, air
Prosedur eksperimen:
1. Tuangkan lebih kurang 250cm3 air minuman berkarbonat yang jernih
ke dalam bikar yang diisi dengan 4 hingga 5 biji buah kismis.
2. Tuangkan lebih kurang 250cm3 air ke dalam bikar lain yang diisi
dengan 4 hingga 5 biji buah kismis.
3. Catatkan pemerhatian secara terperinci.
Kesimpulan: Semakin banyak karbon dioksida dalam air, pergerakan buah
kismis semakin
bertambah.
Soalan:
1. Nyatakan bahan-bahan yang digunakan dalam eksperimen ini?
(mengingat)
2. Apakah kegunaaan air minuman berkarbonat dalam eksperimen ini?
(memahami)
3. Apakah contoh-contoh lain yang boleh menggantikan air minuman
berkarbonat? (mengaplikasi)
4. Apakah perbezaan perubahan yang berlaku di antara air minuman
berkarbonat dan air yang dituangkan ke dalam bikar yang diisi
dengan buah kismis? (menganalisis)
5. Mengapakah buah kismis akan timbul di dalam air minuaman
berkarbonat? (menilai)
6. Cuba anada fikir dan rangkakan satu eksperimen baru yang
menyebabkan buah kismis timbul? (mencipta)

Tajuk 5 :Kembangkan saya


Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara bilangan yis dengan saiz
belon
Hipotesis: Semakin banyak bilangan yis, semakin besar belon
Pembolehan: Pembolehubah manipulasi: Bilangan yis
Pembolehubah bergerakbalas: Saiz belon
Pembolehubah yang dimalarkan: Jenis belon, jenis yis, saiz
tabung uiji
Bahan: Gula, yis, belon, sudu, tabung uji, air suam, rod kaca
Prosedur eksperimen:
1. Masukkan satu sudu kecil gula ke dalam tabung uji.
2. Seturusnya, masukkan air suam ke dalam setangah tabung uji.
3. Masukkan dua sudu kecil yis dan kacau dengan menggunakan rod
kaca.
4. Letakkan belon pada mulut tabung uji.
5. Catatkan pemerhatian anda secara terperinci.
Bilangan Yis
1
2
(sudu)
Saiz Belon

Kecil

Sederhana

3
Besar

Kesimpulan: Semakin betambah bilangan yis semakin bertambah saiz


belon.
Soalan:
1. Namakan salah satu bahan yang digunakan dalam eksperimen
tersebut? (mengingat)
2. Apakah kegunaan yis di dalam eksperimen ini? (memahami)
3. Apakah bahan lain yang boleh menggantikan yis? (mengaplikasi)
4. Mengapakah berlakunya perubahan pada saiz belon? (mengalisis)
5. Apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi saiz belon? (menilai)
6. Cuba anda fikirkan cara lain yang boleh menyebabkan belon
mengembang? (mencipta)