Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ( C ) SU LAI

, SIBU, SARAWAK.
Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2014
Tarikh : 24 Disember 2013 ( Selasa )
Jam Mula : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKGN
Pengerusi : En. Chan Siah Kuong
(Guru Besar)
Kehadiran :
1. En. Chan Siah Kuong
(Guru Besar)
2. En. Mohd Nadzari bin Baharom
(Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Chatri a/l Sing
(Penolong Kanan KoKurikulum)
4. Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman
5. Pn. Athiyah binti Shuid
6. Pn. Jamalulhaslina binti Fuad
7. Pn. Juniza binti Hashim
8. En. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail
9. En. Rohisyam bin Abidin
10. Pn. Salihah binti AbdKadir
11. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe
12. Pn. Azizah binti Hasan
13. Pn. Fauziah binti Musa
14. Pn. Hasnah binti Wahab
Tidak Hadir Bersebab :
1. Pn. Sharifah Ajar binti Syed Endut
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
2. Pn Hartina binti Rosdi

3. Pn. Noormila Fairus binti Bahari


1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru serta guru-guru baru
ke mesyuarat kali pertama bagi sesi persekolahan 2014.
1.2. Peringatan bagi sesi persekolahan 2014, pengajaran dan pembelajaran akan
bermula pada hari pertama. Semua guru kelas perlu memastikan kelas berada
dalam keadaan kondusif untuk menerima kehadiran murid.
1.3. Guru perlu memastikan murid mendapat 1 kerusi,1 meja dan set buku teks.
1.4. Makluman pendaftaran tahun 1 pada 28/1/2013 dan pendaftaran prasekolah
pada1/1/2014. Semua guru diminta merujuk pada brochure yang berkenaan.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL 4 TAHUN 2013
2.1. Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Pn. Norliza Bt. Kadir dan disokong
oleh Pn Sharizah Bt. Abdullah.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit
4.0 PENILAIAN DAN RUMUSAN 2013
4.1. Sekolah menunjukkan peningkatan.SKPM (82.78%) versi 2010.
4.2. Penilaian kendiri sekolah mengikut skor dan justifikasi SKPM yang sebenar.
4.3. Pada UPSR 2013, SKGN berada tempat ke 6 mengikut susunan pencapaian
GPS. Walaubagaimanapun pencapaian kecemerlangan menurun dari 17 orang
kepada 8 orang.
MAKLUMAN
5.0 PERSEDIAAN SESI PERSEKOLAHAN 2014
5.1. Mengingatkan kepada guru-guru bahawa pada hari pertama pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan seperti biasa
5.2 Jadual PdP sesi 2014 telah lampirankan dalam fail mesyuarat, terdiri daripada
Jadual Kelas, Jadual Individu Guru.Jadual telah disusun dengan
mempertimbangkan beberapa kreteria:
5.2.1 Pend. Moral Tahun 1A,2A dan 3A telah dicantum serta kumpulkan selari
dengan masa waktu PdP Pend. Agama Islam untuk kelas yang
berkenaan.
5.2.1 Pend. Moral Tahun 4A,6A dan 6C telah dicantum serta kumpulkan selari

dengan masa waktu PdP Pend. Agama Islam untuk kelas yang
berkenaan.
5.2.3 Waktu mata pelajaran teras tahun 6 telah diselarikan antara kedua-dua
kelas. Hal demikian bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan kelas
ganti dan program khas yang melibatkan calon UPSR 2014.
Tindakan :SEMUA GURU, GURU KELAS
6.0 ETIKA KERJA GURU
6.1 Guru perlu melaksanakan tugas mengikut Perintah Am, Surat Ikhtisas dan
Pekeliling Surat Siaran.
6.2 Antara nilai etika Kementerian Pendidikan Malaysia:

Niat yang betul.


Perlakuan yang baik.
Penggerak ke arah kebaikan.
Memperkotakan apa yang dikatakan.
Berdisiplin dan beradab.
MAKLUMAN
8.0 PROGRAM KPM
8.1 Semua jawatankuasa peringkat sekolah perlu memahami, menterjemah dan
seterusnya melaksanakan program KPM berkaitan dengan dasar-dasar yang
sedia ada dengan penuh komitmen.
MAKLUMAN
9.0 NKRA
9.1 Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan
member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan:
1. Sub-NKRA Prasekolah
2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
9.2 Bagi sub NKRA Prasekolah dan Linus, Guru dan jawatankuasa yang terlibat perlu
memahami dan melaksanakan program yang digariskan oleh KPM dan dokumen yang

berkaitan mestilah lengkap.

Tindakan : GURU PRASEKOLAH


PENYELARAS LINUS
10.0 AGIHAN TUGAS GURU
10.1 Agihan tugas telah dibuat berdasarkan pengetahuan yang luas dalam aspek
berkaitan, kebolehan, komitmen dan pengalaman. Hal ini diberi pertimbangan
yang wajar agar sekolah dapat berfungi dengan berkesan.
10.2 Atas dasar keterbukaan, sebarang cadangan perubahan masih boleh
dikemukakan kepada GPK Pentadbiran sebelum 2 Januari 2014 .
10.3 Semua guru boleh memuat turun bidang tugas masing-masing di web sekolah.
Tindakan :PK PENTADBIRAN,SU PENTADBIRAN
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 2014
11.1 Anggaran perbelanjaan berdasarkan peruntukan Kumpulan Wang Kerajaan yang
jumlahnya berdasarkan bilangan enrolmen pada 31 Oktober 2013.
Walaubagaimanapun peruntukan tambahan dan pemulangan wang berkenaan
adalah tertakluk kepada arahan Perbendaharaan yang dikeluarkan dari masa ke
semasa.
11.1 Berdasarkan anggaran agihan perbelanjaan yang telah dibentangkan dalam
mesyuarat yang terdahulu, semua Ketua Panitia diminta untuk mengisi nota minta
bagi tujuan perbelanjaan peruntukan tersebut.
Tindakan :KETUA PANITIA
12.0 TAKLIMAT GURU BESAR
12.1 Memaklumkan guru yang bertukar iaitu Pn Nasihah bt Abdullah, Pn Norieza bt
Seron, Encik Rosli b. Hasan dan Pn Hayati bt. Yahaya.
12.2 Setiap guru perlu melaksanakan tugas dengan telus dan penuh integriti
berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang
sedia ada.
12.3 Sebarang penerimaan serahan bahan atau peralatan daripada pihak sekolah
perlu mengisi borang serahan di pejabat.
12.4 Dicadangankan untuk menyewa mesin fotostat yang akan diletakkan di satu bilik
khas untuk fotostat bahan pengajaran dan kosnya ditanggung oleh setiap guru

yang menggunakannya.
12.5 Penggunaan mesin fotostat sekolah hanya atas urusan rasmi seperti soalan
peperiksaan, surat pemakluman kepada ibu bapa hal yang berkaitan dengan
persekolahan dan urusan perkhidmatan dan perjawatan.
12.6 Dana UPSR sepatutnya boleh digunakan bagi tujuan perkembangan akademik
pelajar termasuk kos cetakan soalan peperiksaan dan digunakan pada tahun
semasa.
12.7 Uniform sekolah adalah seperti yang digariskan dalam pekeliling berkaitan dan
pemakaian kasut warna hitam adalah hasil persetujuan dalam mesyuarat agung
PIBG. Walaubagaimanapun sekiranya ada pelajar atau ibubapa yang enggan
membenarkan anak jagaan mereka memakai kasut berwarna hitam, pihak
sekolah tidak boleh memaksa atau mengambil tindakan ke atas pelajar tersebut
12.8 Borang untuk meninggalkan pejabat / sekolah ketika waktu bertugas perlu diisi
lebih awal dan diserah secara bersemuka kepada Guru Besar atau kepada
mana-mana Guru Penolong Kanan ketika ketiadaan Gutu Besar.
MAKLUMAN
13.0 TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
13.1 Guru Tahap Bahasa Arab perlu mengisi secara online Kajian Pelaksanaan Modul
Elektif.
Tindakan: MUHAMMAD SOFI BIN HASSAN
13.2 SPLG kemaskini sebelum 31.12.2013. Proses pengesahan bagi KKL (kehadiran
kursus luar) akan dijalankan sebelum 28 Februari 2014.
13.3 Pemakluman semula daripada KPM, bahawa SKPM versi 2003 akan terus
dijadikan instrumen penilaian dalam NKRA bagi mengukur pencapaian sekolahsekolah
sehingga tahun 2015.
13.4 Semua guru perlu bertindak mengikut diskripsi kreteria standard yang digariskan
dalam SKPM agar kerja buat guru menepati kehendak standard ditetapkan agar
hasil akhir dapat memberi pencapaian sebenar.
13.4 Semua guru perlu mengetahui dan memahami kreteria yang terdapat dalam
SKPM.
13.5 Setiap data yang dikemukakan ke pihak KPM/JNJK perlu ada eviden dan setiap
eviden perlu difailkan.

Tindakan: SEMUA SETIAUSAHA UNIT


13.6 Peraturan perkhidmatan tidak membolehkan baki pendapatan (gaji bersih) dalam
Penyata Gaji kurang daripada 40% daripada jumlah gaji kasar. Pegawai yang
tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
MAKLUMAN
14.0 HAL-HAL LAIN
14.1 Encik Ramlee minta penjelasan tentang penggunaan duit dana UPSR.
14.1.1 Tuan Guru Besar menjelaskan bahawa wang Dana UPSR sepatutnya
boleh digunakan bagi tujuan membantu pihak sekolah dalam program
pembangunan akademik pelajar seperti cetakan soalan peperiksan dan
sepatutnya tidak memerlukan kertas kerja untuk membolehkan
penggunaan wang tersebut.
14.2 Pn Jamalulhaslina memaklumkan tentang perbezaan uniform pengawas sekolah
dan pengawas perpustakaan, vest hanya dibekalkan kepada pengawas sekolah
sahaja.
14.3 Pn. Norliza memohon papan putih untuk diletakkan di Bilik Disiplin.
Tindakan : TUAN GURU BESAR
14.4 Guru Besar mengingatkan para guru tentang pematuhan terhadap pakaian rasmi
di majlis rasmi.
Mesyuarat ditangguhkan: 11.22 Pagi
Disediakan oleh: Minit ini dicatat oleh:
..................................................... ........................................ ........
(LIM PEK LIN)
Penolong SetiausahaPentadbiran,
Sekolah Jenis Kebangasaan Su Lai, Sibu.

Anda mungkin juga menyukai