Anda di halaman 1dari 6

GAYA HIDUP SIHAT LANJUTAN (QSU 6084)

1.1 Pengenalan
Diabetes merupakan keadaan di mana tahap gula dalam badan melebihi normal.
Diabetes adalah disebabkan oleh tubuh yang tidak mampu untuk memecah glukosa dan
menggunakannya secara efektif. Glukosa berasal dari karbohidrat yang dipecahkan dalam
proses tertentu. Glukosa sangat penting untuk penyediaan tenaga dalam tubuh, seperti gerakan
atau memperbaiki kerosakan pada tubuh. Karbohidrat biasanya dipecah oleh hormon insulin
yang dihasilkan oleh pankreas. Namun bagi penghidap diabetes, mereka mempunyai masalah
dalam proses ini. Ini berlaku samaada insulin yang mereka hasilkan tidak mampu untuk
memecah karbohidrat, atau tubuh mereka tidak menghasilkan insulin. Apabila gula tidak
dapat masuk ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam darah akan meningkat. Terdapat 2
jenis penyakit diabetes iaitu:
i.

Diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau


diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin
oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat
simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Ia disebabkan oleh kegagalan
penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari
luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

ii. Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti

tisu badan terhadap insulin) atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis
masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara
pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan
pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan
tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi
kesan samping serius kepada pesakit).
Terdapat satu lagi jenis penyakit diabetis iaitu diabetis semasa kehamilan (diabetis
gestasi). Ia merupakan keadaan di mana badan tidak mampu menghasilkan hormon insulin
yang secukupnya untuk mengawal gula dalam darah. Diabetis jenis ini memerlukan kawalan
seperti juga pesakit diabetis biasa. Namun dalam banyak kes, diabetis akan hilang dengan
sendiri setelah fasa kehamilan tamat. Tidak kurang juga , terdapat juga kes di mana diabetis
tersebut terus dihidap oleh wanita selepas tempoh kehamilan.

GAYA HIDUP SIHAT LANJUTAN (QSU 6084)

1.2 Punca
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada kepada penyakit diabetis.
Antaranya ialah:
i. Baka
Baka atau genetik yang baik atau kurang baik dalam diri ibu bapa
sememangnya mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diwarisi oleh anak-anak.
Tidak

juga terkecuali bagi penyakit diabetis. Anak-anak dari ibu bapa yang

mempunyai penyakit kencing manis, berisiko untuk mengidap penyakit ini.


ii. Permakanan
Permakanan yang tidak sihat sememangnya mengundang pelbagai risiko
penyakit kronik. Kandungan gula, kalori dan juga lemak yang berlebihan akan
memberi risiko yang besar kepada individu untuk menghadapi penyakit kencing manis.
iii. Gaya hidup
Gaya hidup yang tidak sihat merangkumi banyak aspek. Permakanan telah pun
dibincangkan. Apa yang lebih ditekankan ialah senaman yang teratur dan berkualiti.
Individu yang tidak aktif dan malas bergerak akan mempunyai risiko untuk mendapat
pelbagai penyakit kronik termasuklah kencing manis.
iv. Mempunyai kencing manis ketika hamil
Perempuan yang pernah menghidap kencing manis ketika mengandung sangat
berisiko untuk mendapat penyakit ini semula.
v. Kegemukkan/obesiti
Sebagaimana yang telah dibincangkan kegemukan atau obesiti berkaitan
dengan amalan gaya hidup yang diamalkan oleh seseorang individu. Kegemukkan
sememangnya akan mengundang risiko penyakit diabetis. Bukan itu sahaja ia juga turut
memberi risiko terhadap penyakit-penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung,
angin ahmar dan sebagainya.

GAYA HIDUP SIHAT LANJUTAN (QSU 6084)

1.3 Gejala/Akibat
pelbagai gejala atau simptom yang telah dikenalpasti akan dihadapi oleh penghidap
penyakit diabetis. Antaranya ialah:
i. Paras gula dalam darah yang tinggi dari normal
Cara paling berkesan untuk mengetahui paras gula dalam darah ialah dengan
ujian yang dibuat oleh doktor. Gula dalam darah sememangnya secara semulajadi akan
meningkat apabila seseorang itu makan. Namun demikian, peningkatan paras gula yang
terlalu tinggi dari normal akan dihadapi oleh penghidap diabetis.
ii. Dahaga berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Dahaga yang berlebihan dan kerap membuang air kencing adalah antara gejala
yang akan dihadapi oleh penghidap diabetis. Ini berlaku kerana, glukosa yang terlalu
banyak dalam darah akan memaksa buah pinggang untuk berkerja keras bagi
menghilangkan lebihan gula tersebut. Ini yang membuatkan penghidap penyakit ini
kerap mebuang air kecil terutamanya pada waktu malam. Ini merupakan cara yang
digunakan oleh badan bagi menguruskan paras gula yang tinggi dalam darah. Apabila air
makin berkurangan, penghidap diabetis akan kerap dahaga bagi menambah semula air di
dalam tubuh badan.
iii. Hilang berat badan secara tiba-tiba
Ini beralaku kerana hormon insulin tidak lagi membekalkan glukosa ke dalam
sel-sel darah di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga. Tubuh badan menganggap ia
sebagai kelaparan lalu menghuraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
Penghidap diabetis didapati boleh hilang antara 2 hingga 3 kg dalam masa 2 ke 3 bulan
sahaja secara mendadak walaupun tanpa melakukan senaman, aktiviti fizikal atau
pengawalan permakanan.
iv. Sentiasa lapar
Hampir sama dengan gejala turun berat badan yang mendadak, kelaparan yang
kerap juga turut berpunca daripada hormon insulin yang gagal berfungsi secara normal.
Glukosa tidak dapat diproses seperti biasa dan menyebabkan paras gula dalam badan
menjadi rendah. Keadaan ini akan diterjemah oelh tubuh badan sebagai kelaparan.

GAYA HIDUP SIHAT LANJUTAN (QSU 6084)

v. Luka lambat sembuh


Antara gejala yang paling sinonim dan ditakuti adalah keadaan penyempuhan
luka yang sangat lambat. Ini adalah disebabkan oleh saluran darah yang telah dirosakkan
oleh glukosa yang berlebihan yang menyebabkan darah yang diperlukan untuk proses
penyembuhan tidak dapat sampai ke anggota badan tersebut.
vi. Keletihan dan cepat marah
Ia berkaitan dengan gejala mudah lapar, kerap kencing dan dahaga semula.
Gangguan tidur disebabkan perlu kencing pada pertengahan tidur di waktu malam akan
membuatkan sesiapapun menjadi tertekan dan penah. Ini akan menyumbang kepada
keadaan mudah marah dan keletihan kepada penghidap diabetis.
vii. Terdedah kepada jangkitan kulat
Penyakit diabetis akan mengurangkan imunisasi badan. Masalah jangkitan
kulat sangat mudah mernyerang penghidap diabetis terutamanya jangkitan yis (candida)
pada faraj.
viii. Masalah kabur penglihatan
Paras gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan bentuk kanta dan mata
berubah dan menyebabkan kabur penglihatan. Namun, apabila paras gula kembali pada
paras nomal, penglihatan juga akan kembali kepada normal. Jika ia dibiarkan dalam
jangka panjang ia boleh mengakibatkan masalah kronik pada penglihatan dan boleh
menyebabkan buta.
ix. Sensasi pada tangan dan kaki
Masalah kebas, kesemutan dan terasa seperti kulit membakar di bahagian
tangan dan kaki adalah tanda-tanda saraf telah dirosakkan oleh penyakit kencing manis.
x. Kulit merengsa
Kulit di sekitar leher dan ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini pengidap
diabetis telah mengalami masalah penentangan insulin walaupun paras gula dalam darah
tidak berada pada bacaan yang tinggi.

GAYA HIDUP SIHAT LANJUTAN (QSU 6084)

1.4 Cadangan / cara atasi


i. Penjagaan pemakanan dan berat badan
Permakanan ada punca utama segala jenis penyakit tidak terkecuali juga
dengan penyakit diabetis. Makanan yang tinggi kandungan gula memberi lebih risiko
kepada seseorang individu untuk menghadapi penyakit kencing manis. Dalam hal ini,
nasihat serta rujukan dari pakar amat diperlukan dan penting.
ii. Kerap bersenam
Gula yang berlebihan dalam tubuh badan dapat disingkirkan dengan
pergerakan yang aktif di mana glukosa diproses menjadi tenaga untuk membolehkan
tubuh badan bergerak aktif. Oleh itu, senaman secara berkala dalam tempoh masa yang
betul sangat membantu diri kita dari terkena penyakit-penyakit kronik bukan sahaja
kencing manis, malah penyakit jantung, strok dan lain-lain lagi.
iii. Pengubatan
Pesakit perlu mengetahui terlebih dahulu, mereka mengidap kencing manis
jenis satu atau dua. Kencing manis jenis satu perlu mengambil suntikan insulin setiap
hari dan tidak boleh dirawat dengan pil atau ubat-ubatan. Manakala kencing manis jenis
kedua, boleh dikawal dengan ubat-ubatan atau dengan insulin.
iv. Pemakanan pesakit diabetes seharusnya lemak dan kalori serta seimbang.
Selain gula, kawalan pengambilan lemak serta kalori juga perlu dikawal oleh
pesakit diabetis. Ini kerana, orang yang obes, berisiko tinggi untuk mendapat penyakit
kencing manis.
v. Pemeriksaan berkala
Pemeriksaan kesihatan oleh doktor secara berkala dan betul sangat penting
dalam membantu pesakit diabetis untuk mengawal penyakitnya. Pesakit tidak boleh
membiarkan atau memandang ringan penyakit yang dihadapinya.

GAYA HIDUP SIHAT LANJUTAN (QSU 6084)

1.5 Rumusan / penutup


Setelah pembacaan menyeluruh dibuat mengenai penyakit diabetis, rumusan yang
boleh dibuat di sini ialah, penyakit ini sangat berkait rapat dengan amalan gaya hidup
seseorang individu selain dari warisan genetik dari ibu bapa yang tidak boleh dielakkan.
Namun begitu, kita mempunyai pilihan untuk mengawal permakanan dan mengamalkan diet
yang seimbang, memeriksa kesihatan secara berkala serta melakukan senaman yang efektif
dalam kehidupan seharian untuk mengelakkan dari mendapat pelbagai penyakit kronik
termasuk juga penyakit diabetis ini.

Anda mungkin juga menyukai