Anda di halaman 1dari 13

1.

Maklumat Asas Program


1.1

Latar Belakang

Motto sekolah iaitu Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia , melakar tugas yang
sangat berat iaitu merealisasikan kesejagatan kepemimpinan dalam semua pelajar
ASiS sebagai produk pemimpin masa hadapan yang memiliki kecemerlangan ilmu,
kemapanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi
melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan
tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21.
Kesepakatan dan kepemimpinan pengetua ASiS, Tn. Hj. Mohd. Idrus bin Abd. Hamid
mencetuskan program jaringan pendidikan, dapat menjadi landasan bagi melahirkan
pelajar yang memiliki sifat-sifat kepimpinan sejagat. Kejayaan ASiS juga telah
mendahului hasrat peringkat tertinggi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia yang
telah menjelaskan secara terperinci perlunya program jaringan dengan sekolah-sekolah
di peringkat antarabangsa dan Institusi Pengajian Tinggi di peringkat kebangsaan
menjadi kebitaraan (niche area) Sekolah Berasrama Penuh, bersesuaian dengan
matlamatnya dalam memikul agenda negara.
Sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, barisan kepimpinan sekolah juga
memerlukan paradigma baharu dalam aspek kepemimpinan, pengurusan dan
pentadbiran sekolah. Usaha membina pasukan yang akan menggerakkan organisasi
memerlukan semua guru dan staf sokongan sekolah diberi pendedahan terkini dalam
pelbagai amalan pengurusan, pentadbiran dan juga dinamika amalan pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, program penandaarasan merupakan medium paling berkesan
untuk pihak sekolah meneroka pembaharuan dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Kejayaan SM Sains Alam Shah dalam mendahului pelbagai program pengantarabangsaan
dan penglibatan dalam program-program yang melibatkan inovasi sains dan teknologi di
peringkat antarabangsa, melahirkan keyakinan pihak sekolah untuk mengadakan jalinan
dengan sekolah yang memiliki sistem pendidikan yang lebih kurang sama di Brunei.
Latar belakang budaya masyarakat yang serumpun merupakan antara pemangkin
terhadap keupayaan membina persefahaman untuk merintis perkongsian yang
mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Atas rasional inilah, ahli Majlis Pengurusan Sekolah telah melaksanakan lawatan kerja
untuk meneroka amalan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah cemerlang di
Brunei dan menjalankan program jaringan dengan sekolah terbaik Brunei. Kunjungan ke
Pejabat Suruhanjaya Brunei di Kuala Lumpur telah membuka jalan kepada kejayaan
ASiS untuk mencapai hasrat tersebut. Melalui perbincangan, pihak Pejabat Suruhanjaya
Brunei bersetuju untuk memanjangkan hasrat ASiS untuk menjalinkan hubungan dengan
Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS) dan juga mengadakan lawatan kerja
ke Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Brunei.

1.2

Objektif Program Lawatan Kerja Peningkatan Mutu Pengurusan &


Pentadbiran Sekolah

1.2.1

Meninjau amalan kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang berkesan


dalam kalangan pentadbir sekolah.

1.2.2

Membina perkongsian pintar dalam ilmu kepimpinan, pengurusan dan


pentadbiran sekolah.

1.2.3

Mendedahkan barisan pentadbir SM Sains Alam Shah dengan pelbagai amalan


kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran di peringkat antarabangsa.

1.2.4

Mendapatkan input-input terkini dan inovatif bagi menjalankan programprogram koakademik khasnya program-program inovasi sains dan teknologi,
keterampilan berbahasa dan kecekapan aplikasi ilmu di SM Sains Alam Shah.

1.2.5

Membudayakan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan


tenaga pendidik di SM Sains Alam Shah melalui kepakaran akademik dan
pengurusan pendidikan di Brunei Darussalam selaras dengan Teras ke-5 Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan iaitu meningkatkan profesion keguruan.

1.2.6

Merealisasikan Teras ke-6 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu


memartabatkan institusi pendidikan dengan meletakkan SM Sains Alam Shah
sebagai institusi yang ulung dalam memartabatkan pendidikan bumiputera.

1.3

Objektif Program Jaringan Pendidikan

1.3.1

Merangka program-program bagi meningkatkan kecemerlangan dalam


kerjasama pendidikan yang melibatkan kepentingan sebuah sekolah berstatus
elit di Brunei dan SM Sains Alam Shah.

1.3.2

Membuka ruang kepada kedua-dua buah sekolah dalam merealisasikan peranan


membina (networking) dengan masyarakat untuk sama-sama menunaikan
tanggungjawab membina sahsiah masyarakat di luar institusi pendidikan tinggi.

1.3.3

Meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar kedua-dua buah sekolah dalam


pelbagai program untuk membina komuniti sosial yang sihat.

1.3.4

Mendapatkan input-input terkini dan inovatif bagi menjalankan programprogram koakademik khasnya program-program inovasi sains dan teknologi,
keterampilan berbahasa dan kecekapan aplikasi ilmu kedua-dua buah
sekolah.

1.4

Ahli Jawatankuasa Program

Pengerusi

Hj. Mohd. Idrus bin Abd. Hamid


Pengetua

Timbalan Pengerusi

En. Razmi bin Abdul Razak


Penolong Kanan Akademik

Naib Pengerusi 1

En. Mohd. Khiruddin bin Awang


Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid

Naib Pengerusi 2

En. Rijaludin bin Che Mat


Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras Program

Pn. Norzila bt. Ali Musa (GKMP Bahasa)

AJK

Pn. Nur Ainun bt Muhammad


(GKMP Teknik & Vokasional)
Pn. Rohaya bt Bakar
(GKMP Sains & Matematik)

1.5

Maklumat Program

Berikut ialah maklumat berkaitan lawatan yang dicadangkan:


Tarikh
Hari
Bilangan Peserta

1.6

: 27 Februari 2 Mac 2011


: Ahad - Rabu
: 7 orang (semua ahli Majlis Pengurusan Sekolah)

Tentatif Program
TARIKH/MASA
27 Februari 2011

AKTIVITI
(Ahad)

4.30 pagi

Bertolak ke LCCT Sepang

6.45 pagi

Berlepas dari LCCT Sepang

9.05 pagi

Tiba di Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei

10.00 pagi 11.30 tgh


11.30 tgh
12.00 3.00 ptg

Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik )


Bertolak ke penginapan DAnggerik Service Apartment
Urus Diri, Solat & Makan Tengah Hari

3.00 5.30 ptg


6.00 ptg 7.30 mlm
8.30 10.00 mlm
10.30 mlm
28 Februari 2011
5.00 7.00 pagi
7.30 pagi
8.30 pagi 3.30 ptg
3.30 4.30 ptg
4.30 ptg 6.30 ptg
7.00 8.30 mlm
9.00 10.00 mlm
10.30 mlm

Taklimat & Perbincangan Program


Urus Diri, Solat & Makan Malam
Mesyuarat Majlis Persaraan Pengetua
Rehat
(Isnin)
Urus Diri, Solat & Sarapan
Bertolak ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan
Sesi penandaarasan
Pulang ke Penginapan, Urus Diri & Solat
Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik )
Makan Malam
Taklimat & Perbincangan Program
Rehat

1 Mac 2011 (Selasa)


5.00 8.00 pagi
8.30 pagi
9.30 pagi 2.30 ptg
2.30 4.30 ptg
4.30 ptg 6.30 ptg

Urus Diri, Solat & Sarapan


Bertolak ke Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Brunei
Sesi penandaarasan
Pulang ke Penginapan, Urus Diri & Solat
Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik )

7.00 8.30 mlm

Makan Malam

9.00 10.00 mlm

Perbincangan

10.30 mlm

Rehat

2 Mac 2011 (Rabu)


5.00 - 8.00 pagi
8.30 pagi 12.00 tgh
12.30 tgh

Sarapan
Aktiviti Bebas ( Lawatan Tempat Menarik )
Makan Tengah Hari & Check out

1.30 tgh

Bertolak ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, Brunei

3.55 ptg

Berlepas dari Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan,


Brunei

6.10 ptg

Tiba di LCCT Sepang, Malaysia

1.7

Proses Kerja

Berikut ialah prosedur kerja yang dilaksanakan bagi menjayakan program ini:
10 Januari 2011 Mesyuarat Pengurusan Ke-1 memutuskan program jalinan dijalankan
dengan institusi sekolah di Brunei. Penyelaras memulakan carian web untuk
mendapatkan maklumat berkaitan program. Panggilan telefon dibuat ke Pejabat
Suruhanjaya Tinggi Brunei di Kuala Lumpur untuk menetapkan temu janji. Surat hasrat
dan kertas kerja disediakan.
11 Januari 2011 Kunjungan ke Pejabat Suruhanjaya Tinggi Brunei oleh Pengetua,
Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelaras Program. Perbincangan
diadakan selama 2 jam dengan Tn. Hj. Marzuki bin Hj. Achee. Hasil perbincangan ialah:
a)
surat hasrat dan kertas kerja akan dipanjangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi
Brunei untuk sokongan sebelum dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran Brunei
dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.
b)
Pejabat Suruhanjaya Tinggi akan mendapatkan maklumat untuk memudahkan
perhubungan lisan dibuat dengan pegawai di Kementerian Pelajaran Brunei dan
pegawai di MSPSBS.
12 Januari 2011 Urusan permohonan bagi mendapatkan kelulusan Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)
melalui
surat :SMSASKL/08/09/003 Jld.3/( 32 ).
13 Januari 2011 Urusan permohonan pembiayaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) melalui surat : SMSASKL/08/08/003 Jld.3 (33).
9 Februari 2011 Kelulusan daripada BPSBPSK diterima melalui surat :
KPM(BPSBPSK)202/001 Jld.4 (27)
21 Februari 2011 Urusan tempahan tiket penerbangan dibuat selepas pengesahan
lisan melalui panggilan telefon daripada Hajah Norlina binti Haji Mohd Nor, pegawai di
Unit Hal-Ehwal Antarabangsa dan Perhubungan Awam [KUHEA/PA], Kementerian
Pendidikan Brunei.
22 Februari 2011 Faksimili daripada Unit Antarabangsa Jabatan Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Brunei telah diterima untuk surat persetujuan menerima
kunjungan ASiS melalui surat : KD/DS/55 yang bertarikh : 19 Februari 2011.
22 Februari 2011 Urusan tempahan penginapan dan tempahan pengangkutan ke
LCCT.
25 Februari 2011 Makluman kepada Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pelajaran Malaysia dibuat melalui surat : SMSASKL/08/09/003 Jld.3/(122)
bertarikh 25 Februari 2011.

1.8
BIL
1.

Maklumat Penerbangan
Pergi

Waktu Bertolak

Waktu Ketibaan

Air Asia : AK 262

0645 (6.45 am)


27 Februari 2011
Dari LCCT Sepang

0905 (9.05 am)


27 Februari 2011
Di Lapangan Terbang Seri
Begawan

Balik

Waktu Bertolak

Waktu Ketibaan

1655 (4.55 pm)


1910 (7.10 pm)
02 Mac 2011
2.
Air Asia : AK 267
02 Mac 2011
Dari Lapangan Terbang Seri
Di LCCT Sepang
Begawan
* penerbangan AK 267 telah delay selama satu jam
* Delegasi telah diiringi oleh pegawai daripada Unit Hal-Ehwal Antarabangsa dan
PerhubunganAwam [KUHEA/PA]
1.9

Penginapan

Tempahan penginapan dibuat secara atas talian melalui Agoda Company Pte Ltd.,
Company Number : 200506877R(1336), C/O Agoda Services Co. Ltd., 999/9 Rama 1
Road, Central World, 27th Floor, Patumwan, Bangkok, Thailand. Tempahan telah
dibuat di DAnggerik Service Apartment, sebuah hotel yang paling strategik dengan
lokasi lawatan dan berdekatan dengan lapangan terbang.
1.10

Kewangan

1.10.1 Perbelanjaan
BIL
1.
2.

ITEM
Flight Fare
(pergi - balik )
Penginapan
(D Anggerik Service Apartment)

HARGA (RM)

JUMLAH

RM 577.00 x 7 org

4039.00

196.60 x 3 bilik x 3 malam

1769.40

3.

Pengangkutan

BND 90.00

216.00

4.

Makanan

RM 30.00 x 7 x 3 hari

630.00

Jumlah

6654.40

1.10.2 Sumber Kewangan


Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Tabungan
Pembiayaan Oleh Peserta

= RM 2500.00
= RM 1000.00
= RM 3154.40

2.0

Laporan Lawatan ke Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (28 Februari 2011)
8.30 9.45 pagi
- KUHEA/PA, Kementerian Pendidikan Brunei (KPB) telah bermurah hati menghantar
dua pegawai (Hjh. Ainah Hj. Ibrahim & Hj. Ibrahim)untuk menjemput, menghantar
dan mengiringi delegasi ASiS ke MSPSBS.
- Ketibaan delegasi ASiS dan pegawai JSS disambut oleh Timbalan Pengetua MSPSBS,
Pg. Zarinah Bte Pg. Hj. Mohd Saleh.
- Delegasi dibawa ke auditorium dan disambut oleh Pengetua MSPSBS, Dk. Sarimah
Binti Pg. Hj. Ahmad.
- Delegasi berpeluang menyaksikan upacara sambutan Hari Kemerdekaan Brunei yang
ke-27 yang wajib disambut di semua sekolah di Brunei. Delegasi amat kagum
dengan kualiti penguasaan bahasa Inggeris menerusi pementasan drama oleh Kelab
Seni Pementasan MSPSBS.
- Seterusnya delegasi sempat beramah mesra dengan para pelajar tingkatan 5 yang
terlibat dengan sambutan tersebut.
9.45 10.45 pagi
- Sesi taklimat kedua-dua buah sekolah diadakan di bilik persidangan.
- Pembentangan MSPSBS adalah berkaitan sejarah penubuhan MSPSBS yang bermula
sebagai sebuah sekolah menengah yang kemudiannya dinaik taraf sebagai maktab
selepas dibenarkan mengambil pelajar A level.
- Tenaga pengajar seramai 197 orang dan staf sokongan seramai 28 orang.
- Kemasukan ke MSPSBS bermula daripada Tahun 7 iaitu pelajar yang berumur 12
tahun (kanak-kanak di Brunei bermula persekolahan wajib pada umur 6 tahun di
peringkat sekolah rendah).
- Terdapat 82 kelas P&P di MSPSBS dengan 1865 orang pelajar.
- Hanya sebilangan kecil pelajar yang menginap di hostel kerana faktor lokasi maktab
yang berdekatan dengan tempat tinggal pelajar.
- Minimum 11 subjek bagi pelajar menengah rendah (Tahun 7 dan Tahun 8), 12 subjek
bagi pelajar menengah atas (Tahun 8 dan Tahun 9) dan minimum 3 subjek A level
dan 1 subjek Sains Sosial bagi pelajar pra universiti.
- Terdapat dua sesi persekolahan
- Sistem penilaian yang digunakan ialah SPA ( School Based Assessment + Student
Progress Examination ) untuk Tahun 7 dan Tahun 8, GCE O Level untuk Tahun 9
dan Tahun 10, GCE A Level bagi Pra Universiti
- Jadual waktu pra universiti menggunakan sistem kuliah seperti di universiti.
- Keputusan peperiksaan MSPSBS merupakan yang terbaik di Brunei.
- Biasiswa Khas yang dianugerahkan kepada pelajar lepasan O dan A Level ialah
Biasiswa Diraja, DANA, Skim Khas KPB, Biasiswa Kementerian Pertahanan dan BAS
serta NUS High School, Singapore ( hasil MOU dengan kerajaan Singapura ).
- Terdapat program yang berfokus pada membina kapasiti iaitu : Homework Policy,
Maths E-Learning, Differentiated Learning, Learning Study, Kajian Tindakan, La
Main a la Pt dan Gifted & Talented.
- MSPSBS juga sedang melaksanakan Action Learning Programme yang bertajuk
Predictors of Achievement in Mathematics (Case Study) and Ways to Increase
Achievement in Additional Mathematics.
10.45 11.30 pagi
- Jamuan

11.30 pagi 12.30 tengah hari


- Pembentangan oleh Kaunselor MSPSBS berkaitan Best Practice di MSPSBS iaitu
Program Qiaddah yang mempunyai persamaan dengan Kem Kepimpinan yang
dianjurkan oleh ASiS saban tahun.
- Kekuatan program ini di MSPSBS ialah kerjasama yang diperoleh daripada Yayasan
Sultan Hasanal Bolkiah, NGOs dan juga Kementerian Pertahanan Brunei
12.30 pagi 1.30 petang
- Sesi soal jawab
- Soalan oleh Pengetua MSPSBS : Siapakah yang mengendalikan program di asrama
ASiS ?
- Jawapan oleh Pengetua ASiS : Semua program di asrama dirancang oleh Majlis
Pengurusan Sekolah dengan mematuhi program peringkat BPSBPSK dan program
peringkat JPN serta program sekolah. Semua program dikendalikan oleh semua guru
yang telah disusun untuk terlibat dalam aktiviti pelajar di asrama.
- Soalan oleh Pengetua ASiS berkaitan autonomi yang ada pada MSPSBS.
- Jawapan oleh Pengetua MSPSBS : Pengetua memiliki autonomi dalam semua urusan
pentadbiran dan kewangan tetapi mematuhi arahan JSS.
- Soalan oleh Penolong Kanan Hem MSPSBS berkaitan kelayakan kemasukan ke ASiS,
kenapakah semua lelaki?, program-program sehingga berjaya kekal dalam
kedudukan 5 terbaik dalam SPM dan isu masalah disiplin di ASiS.
- Jawapan oleh Pengetua ASiS : hanya pelajar yang mendapat 8A sahaja yang layak
masuk ke ASiS. Semua urusan permohonan adalah secara atas talian dan diurus
sepenuhnya oleh BPSBPSK. Sekolah tiada autonomi untuk memilih pelajar. Ambilan
pelajar lelaki sahaja adalah sebagai kesinambungan sejarah tapak ASiS sebagai
sekolah lelaki aliran melayu pertama di Malaysia.
- Jawapan oleh Pen. Kanan 1 : semua program kecemerlangan akademik di ASiS
adalah sama dengan program di MSPSBS dan penjelasan diberikan dalam program
Tutor Tutee, MKS dan Kelas Klinikal yang tiada di MSPSBS.
- Jawapan oleh PK Hem : ASiS tidak berhadapan dengan masalah buli kerana faktor
sesi dua tahun persekolahan dan juga kekuatan ukhuwah yang telah menjadi tradisi
ASiS.
- Soalan oleh PK 1 ASiS : Kedudukan bahasa Melayu di Brunei berikutan dasar bahasa
pengantar sekolah di Brunei yang menggunakan bahasa Inggeris.
- Jawapan oleh Ketua Unit KUHEA/PA, Dayang Hajah Noridah binti Abdullah : bahasa
Melayu tidak pernah dipinggirkan malahan telah berjaya dimartabatkan melalui
pelbagai kaedah, misalnya syarat lulus cemerlang sebagai syarat utama
penganugerahan biasiswa, silibus bahasa Melayu yang mewajibkan penguasaan
tulisan Jawi serta dasar kerajaan dalam mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada
semua peringkat.
- Soalan oleh Penyelaras Program berkaitan prosedur yang perlu dilalui untuk
menjalinkan program jalinan dengan MSPSBS.
- Jawapan oleh Pengetua MSPSBS : melalui dua cara iaitu berhubung secara langsung
dengan KUHEA/PA ataupun berhubung terus dengan pihak MSPSBS yang akan
memanjangkan cadangan kepada KUHEA/PA untuk kelulusan.

1.30 2.30 petang


- Sesi lawatan untuk pemantauan kemudahan fizikal, perbincangan dengan guru dan
pengalaman P & P di bilik darjah.
i.

Dapatan pemantauan :
semua bilik darjah berpendingin hawa

ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.

semua makmal berpendingin hawa


semua kelas tidak melebihi 25 orang
semua kelas dan makmal dilengkapi teknologi pengajaran & pembelajaran
terkini
semua kemudahan dijaga dengan sangat baik
reka bentuk bangunan yang moden
semua pelajar fasih berbahasa Inggeris
penggunaan modul yang maksimum
Kantin dan kafeteria yang bersih
bilik guru agak sempit kerana bilangan guru yang ramai
kemudahan untuk guru adalah mencukupi
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru yang mengajar subjek yang
tidak menggunakan bahasa Inggeris (bahasa Melayu, Melayu Islam Beraja &
Pendidikan Islam) sangat baik.
pelajar yakin untuk berkomunikasi dengan pelawat
program kokurikulum dijalankan dengan sangat aktif

2.30 3.30 petang


- Jamuan makan tengah hari, sesi bertukar-tukar cenderamata
3.30 petang
- Bertolak ke penginapan dengan diiringi oleh seorang pegawai Unit Antarabangsa JSS
dan seorang guru MSPSBS
3.0

Laporan Lawatan ke Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Brunei.


(1 Mac 2011)
3.1

Laporan Sesi bersama Timbalan Pengarah JSS

9.00 10.00 pagi


- KUHEA/PA Kementerian Pendidikan Brunei (KPB) telah bermurah hati menghantar
tiga pegawai untuk menjemput, menghantar dan mengiringi delegasi ASiS ke JSS.
- Ketibaan delegasi ASiS dan pegawai JSS disambut oleh pegawai-pegawai KUHEA/PA
dan Pengerusi, Jawatankuasa Pengetua, Timbalan Pengetua Sekolah-Sekolah
Menengah & Maktab-Maktab Kerajaan Negara Brunei Darussalam(JAPTIM).
- Delegasi dibawa ke bilik taklimat dan disambut oleh Penolong Pengarah Jabatan
Sekolah-Sekolah, Pg. Roslin Shaari dan Pengerusi JAPTIM, Pg. Haji Zahari bin Pg. Hj.
Ahmad.
- Delegasi diberikan taklimat tentang sejarah sistem pendidikan Brunei dan
berpeluang mendengar dengan begitu terperinci Sistem Pendidikan Negara Abad ke21 (SPN 21) oleh Penolong Pengarah JSS, Pg. Roslin Shaari.
10.00 10.30 pagi
- Sesi soal jawab
-

Soalan oleh Pengetua ASiS : Bagaimanakah KPB melaksanakan dasar bahasa


pengantar bahasa Inggeris di sekolah di samping menjaga kedaulatan bahasa
Melayu?
Jawapan oleh Timbalan Pengarah : Kerajaan Brunei tidak pernah mengabaikan
bahasa Melayu kerana sistem pendidikan Brunei amat kuat dipengaruhi oleh sistem
British kerana latar belakang sejarah Brunei yang baru merdeka 27 tahun. Warisan

kekuatan memelihara kedaulatan bahasa Melayu didukung oleh insitusi diraja


Brunei.
-

Soalan oleh Penyelaras Program berkaitan kesahan SBA dan SPE yang dilaksanakan
di sekolah.
Jawapan oleh Timbalan Pengarah : JSS mempunyai instrumen pemantauan dan juga
peraturan-peraturan ketat dalam mentadbir SBA dan SPE di sekolah.
Jawapan oleh Pengarah KUHEA/PA : Semua SBA dan SPE perlu mematuhi standard
yang telah ditetapkan oleh JSS dan ada pegawai yang memantau sepanjang masa.

10.30 11.00 pagi


- Jamuan
11.00 pagi 12.00 tengah hari
- Seterusnya ialah taklimat oleh Pengerusi JAPTIM tentang jawatankuasa yang
ditubuhkan untuk menjaga kebajikan Pengetua dan Timbalan Pengetua di Brunei.
Keistimewaan JAPTIM adalah tidak didaftarkan sebagai sebuah kesatuan yang
membuka ruang pengurusan dan pentadbiran yang tidak terikat dengan peraturanperaturan sebagai sebuah kesatuan.
12.00 tengah hari 1.00 petang
- Pengerusi JAPTIM yang juga Pengetua Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOASC)
telah memberikan taklimat tentang SOASC yang merupakan sekolah aliran Inggeris
pertama di Brunei.
- SOASC merupakan sebuah sekolah elit yang memiliki budaya kecemerlangan
setanding dengan ASiS. Kebitaraan SOASC adalah dalam subjek Seni Persembahan.
1.00 2.00 petang
- Sesi soal jawab
-

Soalan oleh Pengetua ASiS berkaitan program sekolah berkembar SOASC dengan
Victoria School di Australia.
Jawapan oleh Pengetua SOASC : Program ini adalah hasil MOU antara KPB dengan
Kementerian Pendidikan Australia. Semua program sebegini adalah di bawah
kawalan dan seliaan KPB.

Soalan oleh Pengetua ASiS tentang kerjasama pendidikan antara KPB dan KPM.
Jawapan oleh Pengarah Unit Antarabangsa JSS : Perbincangan peringkat
kementerian antara Brunei dan Malaysia telah diadakan di Kuching dan sehingga
kini pihak KPB belum menerima maklum balas daripada KPM berkaitan usaha untuk
menandatangani MOU bagi memulakan kerjasama pendidikan. Beliau juga mengalualukan ASiS untuk berhubung dengan pihak JSS bagi mewujudkan kerjasama dalam
semua aspek pendidikan.

Soalan oleh Penyelaras Program berkaitan pengalaman pegawai-pegawai di KPB


yang telah melalui pendidikan yang menggunakan bahasa pengantar bahasa
Inggeris.
Rumusan jawapan oleh pegawai-pegawai JSS : mereka mewarisi sistem pendidikan
aliran Inggeris melalui ibu bapa mereka yang hidup dalam zaman penjajah British.
Oleh itu, berbahasa Inggeris sudah dibudayakan sejak zaman kanak-kanak lagi.
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sudah sebati sehingga semua

10

pegawai kerajaan di Brunei fasih berbahasa Inggeris. Namun, bahasa Melayu juga
didaulatkan dalam semua urusan rasmi kerajaan dengan sepenuhnya tanpa
kompromi. Keadaan ini sebenarnya sedikit sebanyak turut menggugat penguasaan
bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda hari ini, kerana subjek bahasa
Melayu telah menjadi antara subjek kritikal.
2.00 2.30 petang
- Sesi bertukar-tukar cenderamata & fotografi
4.0

Impak Program
4.1

Kekuatan

Lawatan kali ini membuat penemuan yang boleh dijadikan asas untuk ASiS mengambil
langkah seterusnya dalam membina jalinan dengan sekolah di Brunei. Kekuatankekuatan yang boleh dijadikan landasan program jaringan ialah :
4.1.1

Kecekapan Bahasa Inggeris

Pelajar ASiS merupakan pelajar yang terpilih daripada kalangan pelajar yang mendapat
kelulusan cemerlang 8 agregat dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Semua
pelajar mendapat A dalam subjek Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar ASiS memiliki
kemahiran dan kompeten dalam berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga dijadikan
kebitaraan niche area ASiS. Mulai 2011, amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris telah dirancang dengan lebih terperinci sebagai memenuhi tuntutan status ASiS
sebagai sekolah SBT. Pelajar MSPSBS dan juga SOASC juga merupakan pelajar elit di
Brunei yang memiliki kemahiran dan kompetensi yang sama.
4.1.2

Latar Belakang Program Kecemerlangan Akademik

Sekolah-sekolah elit di Brunei memiliki 90 % persamaan dari segi silibus, kemasukan


pelajar yang cemerlang, pengalaman mencemerlangkan pelajar dan juga pencapaian
akademik yang cemerlang dalam peperiksaan awam sama seperti sekolah-sekolah
berasrama penuh(SBP) di Malaysia. Sebagai sekolah yang berjaya mengekalkan
kecemerlangan dalam SPM, ASiS mempunyai banyak perkara yang boleh dikongsi
bersama.
4.1.3

Sistem Pendidikan

Sebagai sekolah aliran sains, kedua-dua buah sekolah memiliki kurikulum yang hampir
sama. Hal ini boleh dimanipulasikan dalam membina perkongsian pintar. Kejayaan KPB
memartabatkan bahasa Melayu malahan tulisan jawi yang telah dimansuhkan dalam
sistem pendidikan kebangsaan merupakan pengalaman berharga yang diperoleh.
4.1.4

Penglibatan Peringkat KPB dalam Program Sekolah

Sepanjang program ini berjalan, ASiS menyaksikan komitmen yang sangat baik yang
ditunjukkan oleh pegawai-pegawai Unit Antarabangsa dalam membantu sekolah-sekolah
membina jaringan di peringkat antarabangsa. Bertindak sebagai saluran antara pihak

11

sekolah di Brunei dengan sekolah-sekolah di luar negara, Unit Antarabangsa, JSS dilihat
amat aktif dan cekap dalam menguruskan program-program sebegini.
4.1.5

Publisiti Media terhadap Institusi Pendidikan di Brunei

Seperkara yang amat berbeza ialah sepanjang 4 hari berada di Brunei, pihak ASiS
langsung tidak membaca atau menonton berita tentang isu-isu negatif yang berlaku di
sekolah yang merupakan bahan berita yang lumrah bagi media di Malaysia. Programprogram ilmiah yang dijalankan di semua institusi pendidikan di Brunei diberikan
publisiti dengan baik sekali menerusi media cetak dan media elektronik. Berbeza
dengan media Malaysia yang amat mudah menonjolkan berita-berita sensasi yang
menjatuhkan imej dunia perguruan.
4.1.6

Kepercayaan Institusi Diraja Brunei terhadap Sistem Pendidikan Brunei

Campur tangan pelbagai pihak dalam urusan sekolah di Brunei amat kurang, kecuali
rungutan oleh ibu bapa. Pengalaman MSPSBS menerima kerabat diraja Brunei yang
terdiri daripada anakanda sultan dan juga kerabat yang lain merupakan contoh terbaik
yang boleh dicontohi oleh masyarakat elit di Malaysia. Keluarga Diraja tidak pernah
menganggu pentadbiran sekolah, malahan anakanda dan kerabat-kerabat memiliki budi
bahasa yang amat tinggi serta tahu menghormati guru.
4.2

Kelemahan

4.2.1 Persaingan Kecemerlangan berasaskan Jantina


Berbeza dengan Malaysia, pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah-sekolah di
Brunei dikuasai oleh pelajar perempuan. Kejayaan SM Sains Seremban dan ASiS dalam
mengekalkan kecemerlangan akademik merupakan satu perkara yang sangat dikagumi
oleh pegawai-pegawai di JSS, KPB.
4.2.2 Tidak ada sekolah berasrama penuh di Brunei
Keadaan ini menyebabkan banyak program tidak dapat dilaksanakan dalam konteks
yang terkawal. Pihak sekolah berhadapan dengan masalah menganjurkan program di
luar waktu persekolahan. Malahan program semasa cuti sekolah juga berhadapan
dengan ketidakhadiran pelajar yang dibudayakan dengan amalan bercuti ke luar negara
semasa cuti penggal persekolahan.
4.3

Cadangan Program Jaringan

Oleh itu, adalah dicadangkan perkara-perkara berikut sebagai aktiviti yang boleh
dilaksanakan secara kolaborasi antara SM Sains Alam Shah dan Maktab Sains Paduka Seri
Begawan Sultan dan Maktab Sultan Omar Ali Sharifuddin.
4.3.1

Kunjungan dua hala ( guru dan pelajar ) untuk class attachment

4.3.2

Perkongsian Kepakaran
i) bekerjasama membangunkan bahan-bahan dan inovasi pengajaran, melalui
kepakaran tenaga pengajar yang ada di kedua-dua belah pihak.
ii) Tenaga pakar saling berkongsi pengalaman melalui pertukaran guru.

12

4.3.3

Penganjuran Program Tahunan Koakademik


i)
Debat Bahasa Inggeris & Debat Bahasa Melayu
ii)
Seminar/Forum
iii)
Essay Writing Competition & Pertandingan Menulis Esei
iv)
Home Stay
v)
Drama Competition

4.4

Cadangan Umum

Oleh itu, adalah dicadangkan perkara-perkara berikut dibuat percambahan minda di


peringkat pentadbiran oleh .... iaitu :
4.4.1

Peranan Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA),


Kementerian Pelajaran Malaysia

Adalah dicadangkan peranan BDHA dikaji semula dalam membantu sekolah-sekolah di


Malaysia membina jaringan di peringkat antarabangsa.
4.4.2

Kedaulatan bahasa Melayu

Adalah dicadangkan majlis dialog diadakan antara pihak KPM dengan pihak KPB
berkaitan pengalaman kedua-dua buah negara memartabatkan bahasa Melayu.
4.4.3

Publisiti Isu-Isu Pendidikan Negara

Adalah dicadangkan pihak KPM berbincang dengan Kementerian Penerangan... bagi


memastikan pelbagai berita berkaitan dunia pendidikan diberikan liputan yang
seimbang dengan isu-isu negatif yang disiarkan sekarang.
5.0

Penutup

Lawatan kali ini dilihat boleh merintis jalan untuk ASiS membina jalinan baharu dalam program
pengantarabangsaan iaitu kebitaraan sekolah. Brunei merupakan destinasi paling ekonomik dari
segi pulangan profesional yang boleh dibina atas jalinan hubungan yang bakal dirintis. Kejayaan
program ini akan disusuli dengan perbincangan lanjut dengan pihak Unit Antarabangsa di JSS,
KPB untuk ASiS menghantar delegasi bagi program class attachment dan beberapa program
lain bagi merealisasikan cadangan yang telah dinyatakan di atas.

Disediakan oleh,

...............................
NORZILA BINTI ALI MUSA
Penyelaras Program

13

Anda mungkin juga menyukai