Anda di halaman 1dari 9

Sabtu, 25 Oktober 2014

Penganjur Program 'I Want To Touch A Dog' Mohon Maaf


PETALING JAYA: Selepas dikritik pelbagai pihak, penganjur program 'I Want To
Touch A Dog', Syed Azmi Alhabshi pada Sabtu membuat permohonan maaf
secara terbuka.

Beliau meminta ampun daripada semua pihak di atas perkara berbangkit dalam
acara yang dianjurkannya minggu lalu.

Syed Azmi mengakui, walaupun acara itu dianjurkan dengan niat ikhlas, ia juga
mempunyai kelemahan tersendiri.

"Saya ingin memohon maaf di atas sebarang tidaksenangan yang berbangkit


dan tindak balas yang berlaku selepas program I Want To Touch A Dog.

"Terus-terang dengan hati yang ikhlas niat saya menganjurkan program ini
adalah kerana Allah dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum
hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme...saya
akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri," katanya pada sidang media
di Kelab Golf Selangor di sini, Sabtu.

Hadir sama peguam Syahredzan Johan dan penganjur bersama Norhayati Ismail.

Menurut Syed Azmi, beliau menerima semua komen yang diterima dan
menganggapnya sebagai proses pembelajaran.

"Terima kasih atas komen-komen yang diterima.

"Ini adalah proses pembelajaran bagi saya juga. Saya sejujurnya tidak
mempunyai mana-mana niat untuk mengguris sensitiviti rakyat Malaysia,"
katanya.

Syed Azmi dalam pada itu juga sempat menegaskan bahawa program yang
dianjurkannya tidak sama-sekali menggalakkan anjing sebagai binatang
peliharaan.

Sebaliknya beliau berkata program itu diadakan bertujuan mengatasi rasa takut
terhadap anjing, cara membantu anjing yang berada dalam kesulitan dan
batasan bersama anjing dalam konteks Islam.

"Segala pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah


diterangkan semasa program tersebut.

"Ingin saya tekankan sekali lagi program ini adalah proses pembelajaran. Kaedah
sertu juga telah diterangkan dan amali dikendalikan," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan media Norhayati berkata pihaknya telah


mengikuti semua prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan
Mufti, Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Bagaimanapun katanya, timbul beberapa kelemahan dalam dari segi kawalan


dan penganjuran acara tersebut yang tidak dijangka pihak penganjur.

"Kami mengedarkan sebanyak 500 risalah tentang pandangan Islam terhadap


anjing tetapi tidak cukup kerana kita jangka 500 orang yang akan hadir tetapi
yang datang hampir seribu orang.

"Kita akui kelemahan kita kita tak dapat kawal pengunjung yang datang ke situ,"
katanya.

Katanya, kelemahan-kelemahan tersebut telah menyebabkan ada di kalangan


pengunjung yang memegang anjing bukan untuk tujuan belajar tetapi untuk
tujuan suka-suka seperti yang dilaporkan di media sosial.
Dicatat oleh Cikgu Mimi di 5:39 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Pautan pada catatan ini


Label: isu semasa
Selasa, 21 Oktober 2014
Kejahilan Program ' I WANT TO TOUCH A DOG '
I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang
jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah
khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di
dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan


orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang
ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud
mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk
bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah
lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan
najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya.
Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di
mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di
rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu?
Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak
bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu
telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan
kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh


anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie
menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi,
Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali,
maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:
Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah
dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama
dicampur dengan tanah.
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA
menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh
kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita
basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh
berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana
pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan
besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing
tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing
atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika
pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah
pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan
menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama
muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang
Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela
kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5
sebab yang dibenarkan, iaitu:
i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga
ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath." [Hadis
Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga
binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya


membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga
kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan


(harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang
sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan
datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak
datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu
sambil berkata: Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji. Kemudian
Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah
tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: Bila masuknya anjing ini? Siti Aisyah
menjawab: Saya tidak tahu. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing
itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: Engkau berjanji denganku
akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang. Jawab Jibril:
anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat)
tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia


dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina,


dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku.
Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia
tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang
yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana
pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun
kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi
keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)

Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)


Dicatat oleh Cikgu Mimi di 12:06 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Pautan pada catatan ini
Label: santapan rohani
Isnin, 20 Oktober 2014
Kempen Touch A Dog
Kempen Touch A Dog?
Kat Kuala Lumpur Malaysia?
Disertai oleh orang Islam?
Tujuan agar setiap masyarakat tidak takut pada anjing?
Boleh sentuh dan usap-usap anjing?
Tak fikir ia adalah haram dalam hukum hakam Islam?
Tak fikir masa buat?
Atau kau Islam tapi mazhab mana yang kau ambil?

Pergh..penat aku fikir. Macam-macam persoalan timbul dari dalam otak aku ni.
Bila melihat gambar-gambar mereka aku bertambah sedih pula. Di mana status
mereka sebagai Islam? Hinggakan anak murid aku PM aku di massanger
bertanyakan hal ini. Cikgu, kenapa diorang buat macamtu? Kesian kat mak ayah
diorang sebab ada anak-anak yang tak tahu hukum sentuh anjing.

Aku cuba jelaskan kepadanya walaupun aku tahu dia memang tahu perkara
tersebut salah. Mengapa semakin pelik fahaman umat Islam terhadap hukum
sesuatu perkara. Satu persatu isu besar timbul di Malaysia pada tahun ini.
Adakah perkara ini merupakan satu agenda penganut agama lain untuk
menjatuhkan Islam? Ya Allah, ampuni aku...

Aku berharap agar umat Islam di Malaysia jangan terus diperbodohkan dengan
agenda-agenda jahat tersembunyi ini. Adakah tujuan mereka untuk
memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan umat Islam di dalam negara ini?
Ternyata kempentouch a dog itu telah berjaya membuat segelintir umat Islam
bukan sahaja memegang anjing bahkan siap bergambar sambil memeluk anjing.
Apakah selepas ini bila kita sudah liberal sangat kita akan mula menganjurkan
kempen Jom pegang babi atau Jom melawat pasar babi dan lain-lain lagi?

Semoga kita hidup dalam landasan yang benar.


Ya, Allah..ampuni mereka dan semoga kita tergolong dalam kalangan orangorang yang beriman.

Anda mungkin juga menyukai