Anda di halaman 1dari 17

Topik 10

Kegiatan
Membuat
Mozek

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengaplikasikan alat, media dan bahan dalam menghasilkan


mozek;

2.

Menggunakan teknik yang betul dalam penghasilan mozek; dan

3.

Menjalankan apresiasi seni secara mudah.

PENGENALAN
Dalam topik ini perbincangan dimulakan dengan menyentuh tentang definisi
mozek. Kemudian beralih pula kepada mengenal alatan, media dan teknik-teknik
yang digunakan dalam aktiviti mozek. Penerangan diperjelaskan lagi dengan
melihat berbagai contoh bagaimana alatan, media dan teknik di Aplikasi ke atas
aktiviti mozek. Dalam persembahan hasil karya pula melihat perbezaan cara
penilaian dijalankan di antara dahulu dan sekarang. Cara mudah menjalani
apresiasi seni ialah dengan mengambil kira aspek-aspek seperti peringkat
diskriptif, analisa formal, interpretasi, dan penilaian. Terdapat contoh-contoh
bagaimana setiap peringkat penilaian itu boleh dijalankan. Sebelum anda mula
membaca, nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan definisi mozek?

TOPIK 10

10.1
(a)

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 161

PENGENALAN AKTIVITI MOZEK

Definisi Mozek
Mengikut rujukan dari kamus
Glosari Seni Lukis, mozek
boleh didefinisikan sebagai
satu reka bentuk atau gambar
yang dibuat daripada serpihan
kaca, kayu, marmar atau
pecahan tembikar.
Dapatan seterusnya dari internet
(http://www.google.com.my
define:Mosaic) pula menjelaskan
seperti yang dinyatakan di bawah:
Sebuah gambar atau corak
hiasan
dibuat
dengan
menyusun
carikan
kecil
bahan-bahan seperti kaca,
marmar dan seramik (tessera),
di susun di atas dinding, lantai
atau permukaan yang tidak
rata
dan
menghasilkan
pantulan/kilauan.
Satu imej yang berasingan dan
tidak bertindih, disusun secara
bersebelahan.

Rajah 10.1: Contoh Mozek


Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993).

A handbook of arts and crafts.


USA: Brown and Benchmark.

Foto mozek adalah gambar


hasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu
tema/tajuk.
Satu media seni di mana kepingan-kepingan kecil kaca, batu atau
seramik disusun di bahagian latar yang di plaster.
Satu corak seni yang dihasilkan dengan menekan kepingan batu, kaca,
seramik atau tessera.
Satu seni dekoratif lama dengan menyusun kepingan kecil kaca, batu,
tessera di permukaan dinding, siling dan lantai.
Satu bentuk seni di mana kepingan bahan semula jadi atau bahan
buatan manusia yang berwarna disusun bersebelahan tidak ditindih di
atas permukaan rata untuk menghasilkan gambar atau corak.

162

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada
asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
Orang Roman pula menghias batu, marmar, seramik menggunakan teknik
mozek pada permukaan dinding dan lantai. Manakala orang Kristian
Orthodok Byzantine pada abad ke 16 menghiasi gereja mereka dengan
teknik mozek.
Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktiviti
seni di sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan
dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Ia adalah sebahagian daripada
aktiviti yang dicadangkan dalam kegiatan menggambar. Aktiviti mozek ini
boleh dijalankan dalam berbagai cara dan teknik.
Sebelum mengenal bagaimana teknik-teknik mozek dijalankan, kita perlu
mengetahui jenis-jenis alatan, bahan dan media terlebih dahulu. Mungkin
di peringkat sekolah rendah penggunaan alatan dan bahan adalah terhad
kepada tahap keupayaan murid itu sendiri. Berikut ialah cadangan
beberapa jenis peralatan yang boleh diguna pakai oleh murid-murid di
sekolah rendah:
(b)

Alat dan Media


Berbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip,
kertas nota, kertas surat khabar, kertas binaan (construction paper)
Berbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu, gam
simen
Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling, bijirin
Playar, pembaris, clear spray
Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, berbagai daun kering,
rumput
Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi
Pewarna makanan
Pensel, pen, tali
Kertas berbagai warna, kertas majalah berwarna, gambar-gambar
berwarna

TOPIK 10

(c)

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 163

Teknik
Secara amnya terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu direct
method, indirect method dan double indirect method. Yang dikatakan
dengan teknik secara langsung atau direct method itu, ialah dengan
menggambar bahan di atau permukaan seperti kertas, kadbod, permukaan
pasu, lantai dan sebagainya. Ianya sesuai dilaksanakan pada projek-projek
kecil yang mudah alih.
Kebaikan mozek cara ini ialah mozek yang dihasilkan jelas kelihatan.
Keburukannya pula pelukis atau pembuat mozek perlu bekerja secara terus
menerus di atas permukaan yang dipilih. Ianya dianggap sebagai satu hasil
kerja yang tidak praktikal pada jangka masa yang lama, tidak sesuai pada
projek berskala besar dan susah untuk mendapatkan kesamaan permukaan
yang siap. Cara ini sesuai untuk permukaan kertas lukisan, lantai dan
permukaan meja.
Teknik secara tidak nyata atau indirect method pula berlaku semasa
proses menghasilkan sesuatu kerja. Apabila mozek siap, media yang sama
diletakkan di atasnya. Hasil mozek diterbalikkan dan bahagian asli
diasingkan dari bawah mozek tadi. Teknik indirect method dan double
indirect method selalunya dibuat mengikut bahagian demi bahagian
sesuatu gambar terlebih dahulu sebelum hasil mozek itu dihantar ke
tempat destinasi untuk ditampal. Ianya amat sesuai untuk projek besar
seperti projek mural.
Terdapat juga mozek yang boleh dihasilkan dalam digital imej. Imej yang
dihasilkan tidak ditindih. Foto mozek pula adalah satu gambar yang dibuat
daripada beberapa cantuman gambar-gambar lain yang tidak ditindih.
Berikut ialah senarai beberapa teknik menghasilkan mozek dan boleh
disesuaikan untuk murid-murid di tahap sekolah rendah:
Mozek kertas
Mozek timbul
Mozek catan
Mozek campuran
Mozek potongan kertas
Mozek cebisan kertas
Mozek tebuk (puncher)
Mozek koyakan kertas
Mozek fabrik
Mozek bijian
Mozek bahan buangan

164

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

AKTIVITI 10.1
1.

Apakah perbezaan
dikemukakan?

2.

Hasilkan mozek mudah dengan menggunakan pelbagai jenis


teknik yang telah dinyatakan.

10.2

di

antara

teknik-teknik

mozek

yang

APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

Di peringkat sekolah rendah, mozek boleh digubah dengan menggunakan


carikan/potongan/guntingan/cebisan kertas-kertas berwarna dan ditampal di
atas permukaan rata seperti kertas lukisan, kadbod, kayu playwood dan
sebagainya. Walaupun cara menampal kertas-kertas dalam aktiviti kolaj dan
mozek boleh dikira ada persamaan tetapi masih terdapat perbezaan dalam
melaksanakannya.
Kolaj digubah dengan menampal keratan kertas secara tindihan manakala mozek
pula digubah dengan menampal keratan kertas secara bersebelahan dan tidak
ditindih. Kedua-dua hasil kerja ini boleh dianggap rumit juga tetapi menarik
perhatian orang ramai apabila siap. Mari kita perhatikan contoh-contoh
bagaimana aktiviti mozek itu dilaksanakan.
CONTOH 1
Jenis Mozek: Mozek dari kertas
Tema: Haiwan/figura
Alat dan Bahan: gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam atau gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas,
pensel, kertas latar
Cara-cara:
1.

Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.

2.

Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 165

3.

Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan
kertas supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat
dengan menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit
gam.

4.

Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.

Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagai-bagai. Di antaranya ialah


dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi, potongan
empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas, potongan dengan
pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu dipilih dengan betul dan
sesuai dengan tema/tajuk/objek yang hendak dihasilkan.

Rajah 10.2: Contoh mozek dari potongan kertas berbagai bentuk berdasarkan tema
figura/haiwan
Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts.
USA: Brown and Benchmark

166

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

CONTOH 2
Jenis Mozek: Mozek timbul (relief) dari biji-bijian
Tema: Tumbuh-tumbuhan
Alat dan bahan: kadbod, kertas binaan, gam putih, berbagai jenis biji-bijian dari
alam semulajadi, pewarna makanan, pensel, tali atau benang, clear spray.
Cara-cara:
1.

Hasilkan lakaran di atas kertas binaan dengan memerhatikan tempat atau


kawasan di mana bijian perlu diletak.

2.

Lekat kertas binaan di atas kadbod keras, kedua-duanya mempunyai saiz


yang sama supaya kelihatan kukuh.

3.

Letakkan gam di kawasan yang dilakar dan susun bijian, manik, objek
semulajadi pada lakaran dan penuhkan lakaran tersebut.

4.

Untuk kelihatan lebih kemas aturkan bijian di kawan rupa luar objek
terlebih dahulu kemudian penuhkan bahagian dalam pula.

5.

Bijian-bijian atau manik-manik bersaiz halus susah untuk diatur dan


memakan masa yang lama untuk menyiapkan. Untuk mempercepatkan
proses, guna pencungkil gigi yang diletakkan sedikit gam dihujungnya
supaya senang proses mengangkat bijian tersebut.

6.

Bila siap buang lebihan bijian dan sembur hasil kerja mozek dengan clear
spray untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.

Tips: Tambahan bahan boleh digunakan seperti tali, benang, kulit kayu dan lainlain yang bersesuaian untuk kelihatan lebih menarik. Lebih baik jika hasil kerja
ini dibingkaikan dengan meletakkan cermin atau plastik keras supaya bijian
kekal lama.

Rajah 10.3: Contoh mozek dari bijian, manik bertemakan tumbuh-tumbuhan dan figura
Sumber: Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts.
USA: Brown and Bench

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 167

CONTOH 3:
Terdapat juga mozek dari teknik catan. Mozek jenis ini lebih sesuai untuk muridmurid di tahap dua kerana ia memerlukan kawalan, disiplin dan ketekunan
semasa menghasilkannya. Ia juga berguna sebagai latihan mewarna. Kejayaan
mozek ini bergantung kepada latarbelakang pelukis itu sendiri. Lihat contoh
mozek dari teknik catan:

Rajah 10.4: Contoh mozek dari teknik catan


Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

Jenis mozek: Mozek catan


Tema: haiwan
Alat dan bahan: pensil, pembaris, air, berus, kertas lukisan, warna air atau warna
poster
Cara-cara:
1.

Lakar rupa bentuk ikan di atas permukaan kertas lukisan. Tambahkan


mata, sirip di bahagian dalam dan tumbuh-tumbuhan air supaya kelihatan
lebih menarik.

2.

Buat garisan dengan ukuran 2cm 5 2cm di keseluruhan kertas lukisan


termasuk lakaran. Garisan pensel perlu dibuat secara nipis sahaja.

3.

Kotak-kotak tersebut diwarnakan dengan warna air atau warna poster


dengan warna yang dikehendaki. Hadkan warna kepada tiga warna sahaja.

4.

Proses mewarna mengambil masa yang agak lama juga untuk disiapkan.
Satu warna dihasilkan sehingga siap barulah digunakan warna kedua dan
warna ketiga.

168

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

5.

Garisan yang memisahkan empat segi dalam beberapa bahagian perlu


diwarnakan dengan warna yang berlainan. Dengan cara ini corak ikan akan
kelihatan lebih menarik apabila siap nanti.

6.

Aktiviti ini sesuai dijalankan dalam kumpulan kecil.

Tips: Walaupun aktiviti mozek ini tidak menggunakan teknik menampal bahanbahan, konsep mozek masih boleh diperkenalkan. Dalam aktiviti ini adalah
dicadangkan warna-warna yang hendak digunakan adalah warna-warna kontra
supaya objek yang dilukis jelas kelihatan.
CONTOH 4:
Dalam Rajah 10.5, mozek dihasilkan dengan teknik catan dan dakwat manakala
mozek dalam Rajah 10.6 pula dihasilkan dengan menggunakan kertas yang
berjalinan dan dakwat. Rajah 10.7 mozek dihasilkan dengan menggunakan
bulatan kecil kertas ditebuk dengan menggunakan penebuk kertas (puncher).
Kertas latar adalah dari jenis kertas yang berwarna. Lihat perbezaan antara
ketiga-tiga ikan tersebut. Ia menggunakan tema yang sama tetapi menggunakan
teknik yang berlainan.
Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan di dalam kelas secara berkumpulan dimana
berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik
yang berlainan. Contoh-contoh ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi
dalam sub tajuk persembahan hasil karya.

Rajah 10.5: Contoh mozek dari catan dan dakwat

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 169

Rajah 10.6: Contoh mozek dari potongan kertas berjalinan dan dakwat

Rajah 10.7: Contoh mozek dari potongan bulatan kecil kertas


Rajah 10.5, 10.6, 10.7:
Sumber: Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford

AKTIVITI 10.2
Analisa hasil kerja seni dari aktiviti mozek oleh beberapa orang
pelukis dan bincangkan tentang tema, bahan dan teknik-teknik yang
mereka gunakan.

170

TOPIK 10

10.3

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Dalam mempersembahkan tentang sesuatu hasil karya, perkara-perkara seperti


membuat penilaian, membuat kritikan, berkomunikasi, ekspresi diri, luahan
perasaan, diskusi, dan bersoal jawab seringkali dikaitkan. Persembahan hasil
karya sendiri atau orang lain diterima sebagai bahan penting untuk dirujuk
semasa menjalani sesi apresiasi seni.
Hasil kerja seni terutama murid-murid sekolah rendah dianggap satu kerja yang
jujur, segar, berterus terang, penuh imaginatif dan intuitif. Ciri-ciri yang ada
pada diri murid-murid ini akan menghasilkan satu suasana pembelajaran yang
positif terutama bagai murid-murid dalam golongan students critical
appreciative activities.
Apabila seseorang murid itu berkomunikasi di antara rakan-rakannya atau
gurunya,dia dikatakan telah menggunakan linguistik dan ekspresi visual dalam
aktiviti harian mereka. Dalam buku Artwork For Elementary School Teachers,
bab 12 bertajuk Art Criticism m.s. 203 ada menyatakan:

Critical activities are the meeting ground between art and language arts,
and it is because of the students familiarity with the latter that they take
so readily to applying language to the understanding of artworks.
Dari kata-kata ini jelaslah menunjukkan bahawa kemahiran kritis dan kreatif
boleh dikembangkan bersama-sama dengan aktiviti seni. Dari itu guru harus
mengambil peluang terbaik dari aktiviti-aktiviti seni kegiatan menggambar
untuk menjalani sesi ekspresi diri dan apresiasi seni berdasarkan studio activity
centred method. Ia bermaksud seseorang itu percaya bahawa ekspresi diri tidak
boleh diceraikan daripada apresiasi seni. Orang-orang terdahulu juga telah lama
menjalani sesi apresiasi seni terhadap hasil kerja seni yang dihasilkan sendiri
atau orang lain. Berikut ialah perbandingan di antara dahulu dan sekarang
berkaitan cara mengembangkan apresiasi seni melalui kemahiran kritis.]
Jadual 10.1: Perbandingan Apresiasi Seni Dahulu dan Sekarang
Dahulu

Sekarang

1.

Jarang melihat reaksi spontan


dalam hasil kerja seni

1. Penilaian dijalankan setelah


pemerhatian dan kajian.

membuat

2.

Arahan secara teacher centred

2. Arahan berdasarkan komunikasi, konteks,


persepsi, kajian, pemeriksaan, aktiviti
studio.

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 171

3.

Rujukan dibuat berdasarkan


contoh-contoh hasil kerja seni
yang ada

3. Media luas seperti slaid, buku, video,


filem, hasil kerja asli, muzium, galeri,
lawatan ketempat pelukis sendiri.

4.

Perbincangan terhad kepada nilai


sentimental

4. Kualiti formal sesuatu hasil kerja seni


perbincangan terhadap isu sosial

5.

Tertumpu
pada
anecdotal
accounts kehidupan seseorang
pelukis

5. Tumpu terhadap hasil kerja pelukis


tersebut dan kritikan dengan konteks
insure

6.

Tumpuan kepada artist terkenal


sahaja

6. Pandangan lebih meluas termasuk, kraf,


ilustrasi, media, seni reka, komik, seni
halus melalui pendekatan great works.

Penilaian hasil kerja seni berdasarkan empat insurea iaitu bahagian diskriptif,
bahagian formal analisis, bahagian interpretasi dan bahagian penilaian. Menilai
kerja seni di peringkat diskriptif memerlukan seseorang menggunakan deria lihat
dan menyatakan apa yang mereka lihat dalam sesuatu hasil karya. Mereka akan
menyatakan pandangan mereka buat pertama kali tentang apa yang mereka lihat
pada sesebuah lukisan/catan misalnya. Biasanya mereka akan memperkatakan
tentang sesuatu tema/tajuk hasil kerja itu termasuk objek/imej yang terdapat
dalam hasil kerja itu.
Menilai hasil kerja di peringkat formal analisis lebih terancang. Perkara-perkara
yang perlu dibincangkan adalah seperti struktur komposisi yang terdapat dalam
hasil kerja tersebut, perbezaan antara simetri dan asimetri, mengenal pasti alatan
dan media yang digunakan dalam hasil kerja, teknik-teknik yang digunakan
dalam penghasilan hasil kerja, unsur-unsur seni, prinsip-prinsip rekaan yang
diguna pakai.
Manakala di peringkat interpretasi pula perbincangan lebih menjurus kepada
tahap-tahap imaginasi seseorang murid itu, membuat spekulasi makna yang
tersirat dalam hasil kerja tersebut dan membuat andaian tentang tujuan pelukis
melukis hasil karyanya. Untuk menghasilkan perbincangan ini, seseorang murid
ditanya bagaimana membuat perkaitan di antara struktur yang boleh
diperhatikan dengan arah tujuan pelukis yang menghasilkan hasil karya tersebut.
Di peringkat ini murid akan dapat mengetahui penggunaan komposisi elemen
yang telah digunakan oleh pelukis. Mereka juga boleh mengaitkan elemenelemen warna dengan perasaan pelukis, pandangan pelukis terhadap objek/imej
yang dilukis. Perkara-perkara tersebut memerlukan perbincangan lanjut dalam
tahap interpretasi ini. Pada peringkat ini cadangan yang dikemukakan oleh
murid-murid terhadap sesuatu hasil karya adalah bersifat terbuka dan tanpa
memikirkan jawapan yang diberi sama ada betul atau salah. Semua cadangan
mereka boleh diterima.

172

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Di peringkat penilaian pula, perbincangan lebih tertumpu kepada melihat


kejayaan seseorang pelukis sama ada berjaya dihasilkan atau pun tidak.
Peringkat ini dipanggil peringkat kritikal kerana perlu menjalani satu rumusan
terhadap kejayaan atau kegagalan hasil kerja tersebut. Hasil kerja tersebut boleh
dibuat gredkan dan dibuat perbandingan dengan hasil kerja lain.
Kritikan yang dijalankan di peringkat sekolah lebih ke arah kecenderungan sama
ada suka atau tidak terhadap hasil karya tersebut, manakala kritikan yang dibuat
oleh orang dewasa lebih ke arah tahap lebih matang dan profesional. Perbahasan
tentang sama ada suka atau tidak dalam hasil kerja itu adalah hak seseorang
murid itu. Reaksi tersebut sama ada suka, tidak, tidak menarik, tak ceria dan
sebagainya adalah reaksi psikologi yang lahir dari perasaan mereka sendiri
menyebabkan perbincangan ditamatkan.
Apabila seseorang membuat pernyataan seperti Mozek itu sangat lemah atau
Mozek itu sangat menarik maka seseorang akan menyatakan Kenapa anda
berkata begitu dan memerlukan beberapa justifikasi dalam peringkat penilaian.
Jika justifikasi itu lemah atau kontroversi, barulah dibuka untuk perbincangan
dengan lebih lanjut.
Tujuan diadakan aktiviti belajar secara kritis dan kreatif ini adalah untuk
membuat anjakan paradigma dari minda yang tertutup kepada minda yang lebih
terbuka. Selalunya dalam membuat penilaian hasil kerja, kebanyakannya akan
memilih hasil kerja yang mempunyai kualiti yang tinggi daripada hasil kerja
yang mempunyai kualiti yang rendah. Menjalankan sesi apresiasi seni tidak
perlu menggunakan masa yang lama dan hasil kerja yang mempunyai tema yang
kukuh, subject matter yang menarik dan struktur komposisi yang jelas akan
mencetuskan respons yang baik.

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 173

Contoh soalan-soalan yang boleh dikemukakan dalam sesi apresiasi seni


berpandukan Rajah 10.5, 10.6 dan 10.7:
DISKRIPSI
1.

Apakah yang anda lihat dalam gambar tersebut?

2.

Boleh anda namakan jenis-jenis ikan tersebut?

3.

Apa yang terdapat pada ikan tersebut?


ANALISA FORMAL

1.

Apakah alatan, bahan, media yang digunakan oleh pelukis?

2.

Apakah teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?

3.

Garisan-garisan apakah yang anda dapat lihat dalam gambar tersebut?

4.

Apakah bentuk-bentuk yang digunakan dalam menghasilkan mozek ini?

5.

Adakah struktur ikan ini seimbang?

6.

Warna-warna apa yang diguna pakai dalam menghasilkan mozek ini?

7.

Apakah tujuan pelukis menggunakan warna-warna kontra ini?

8.

Jalinan apakah yang anda dapat lihat dalam hasil kerja ini?
INTERPRETASI

1.

Apakah yang anda dapat bayangkan apabila melihat ikan-ikan tersebut?

2.

Agaknya kenapa pelukis menggunakan tema ikan terhadap ketiga-tiga


ikan ini?

3.

Apakah tujuan pelukis sebenarnya melukis ikan-ikan tersebut?

4.

Kenapa pelukis ini suka sangat menggunakan warna-warna kontra,


bentuk-bentuk tersebut?

5.

Kenapa jalinan dicipta oleh pelukis pada permukaan ikan-ikan tersebut?

6.

Adakah anda rasa kadar banding ikan itu sesuai?


PENILAIAN

1.

Adakah anda fikir hasil kerja ini berjaya atau tidak?

2.

Kenapa anda berkata begitu?

3.

Pada pandangan anda apakah gred yang anda akan beri terhadap ketigatiga gambar tersebut?

4.

Adakah anda suka atau tidak terhadap ketiga-tiga gambar ini?

5.

Jika suka kenapa?

6.

Jika tidak kenapa?

7.

Bolehkan anda kaitkan gambar-gambar tersebut dengan kehidupan anda?

174

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

AKTIVITI 10.1
1.

Hasilkan satu mozek dengan menggunakan teknik-teknik yang


anda ketahui.

2.

Jalani satu sesi apresiasi seni dari hasil kerja anda dan rakan anda
mengikut peringkat penilaian yang telah dibincangkan. Buat
perbandingan di antara hasil karya tersebut dari aspek asas seni
reka.

Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahanbahan tertentu di atas permukaan rata.
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan
rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan
manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak
diajar.
Orang Greek, Roman dan
menggunakan teknik mozek.

Kristian

mula-mula

seni

menggambar

Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di


dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.
Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara direct method,
indirect method dan double direct method.
Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan
alatan, bahan dan media.
Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad
kepada satu bentuk sahaja.
Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara
meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.
Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk
menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.
Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek
lebih menarik.
Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.
Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan
untuk menampal.

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

! 175

Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu


hasil kerja seni.
Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.
Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara studio aktiviti centred
method.
Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada teacher centred
dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, anecdotal accounts
dan artis terkenal sahaja.
Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian,
pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan
alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan
kritikan membina.
Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif,
analisa formal, interpretasi dan penilaian.

anecdotal accounts

Marmar

direct method

Mozek

double direct method

Mozek bahan buangan

great works

Mozek bijian

indirect method

Mozek campuran

Anjakan paradigma

Mozek catan

Asimetri

Mozek fabric

Dekoratif

Mozek kertas

Diskriptif

Mozek relief

Ekspresi visual

Mozek tebuk

Formal analisis

Penilaian

Foro mozek

Sentimental

Interpretasi

Seramik

Justifikasi

Simetri

Komposisi elemen

Tessera

Linguistik

176

TOPIK 10

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK

Define: Mosaic
google search (2007). Retrieved March 15.2007, From
http://www.google.com.my.
Haley, Ivy. (1971). Creative collage. London: Charles T. Bransford.
Herberholz, Donald & Herberholz, Babara. (2002). Artwork for elementary school
teachers: Developing Artistic and perceptual awareness, New Jersey:
McGraw-Hill.
Linderman, M. G. (Eds.). (1997). Art in the elementary school, Boston:
McGraw-Hill.
Wankelman, W.F. & Wigg, P. (1993). A handbook of arts and crafts. USA: Brown
and Benchmark.

Anda mungkin juga menyukai