Anda di halaman 1dari 18

CONTOH ESEI:GEJALA RASUAH

Rasuah dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat Malaysia kini. Ia


dilihat sebagai masalah sosial yang semakin hari semakin parah. Setiap hari
ada sahaja berita yang melaporkan tentang gejala rasuah ini. Perkataan rasuah
berasal daripada perkataan Arab iaitu l-risywah. Di dalam al-Quran, rasuah
digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain
seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Dalam al-Quran sendiri telah
mendifinisikan perkataan rasuah ini adalah berkaitan dengan sesuatu yang
tidak baik dan dilaknat.

Secara amnya, rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan


oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah
bagi kepentingan dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur
biasa, dia tidak akan memperolehi kehendaknya itu. Ini bermaksud, kuasa yang
telah diberikan kepadanya akan disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan
diri sendiri. Mereka juga lebih cenderung bersikap pilih kasih dan bermukamuka dalam setiap tindakan bagi mengelak daripada perbuatannya di ketahui
umum.

Di Malaysia, dari segi undang-undang, segala perkataan yang membawa


maksud kepada memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada
perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Kes-kes rasuah biasanya
membabitkan pihak-pihak yang mempunyai kuasa untuk menentukan atau
meluluskan sesuatu perkara. Masalah rasuah di Malaysia sememangnya
semakin menjadi-jadi. Banyak kes-kes dilaporkan yang membabitkan rasuah.
International Transparency telah mendedahkan indeks persepsi rasuah global
pada tahun 2009. Mengikut laporan berkenaan, kedudukan Malaysia adalah
ditangga ke 56 berbanding 180 negara. Ini dapat membuktikan betapa
parahnya masalah rasuah di negara kita.

Punca penglibatan
Terdapat pelbagai punca yang membolehkan seseorang cenderung untuk
melakukan jenayah ini. Antaranya adalah disebabkan oleh individu itu sendiri.
Maksudnya, individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti
kurangnya iman dan bersifat meterialistik. Secara logiknya, seseorang itu
sememangnya mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang oleh agama dan
undang-undang, tetapi sanggup melakukannya dengan seribu satu alasan
peribadi.. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat

kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang
lemah keperibadiannya.
Rasuah juga berpunca daripada sosial dan budaya yang telah diterapkan dalam
masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk di Malaysia sering
mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena
menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari
perkahwinan dan sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima
rasuah akan merasakan kegiatan mereka adalah sesuatu perkara biasa atau
perkara normal di mata masyarakat.

Disamping itu, arus permodenan yang berlaku kini juga menjadi antara
penyebab utama gejala rasuah ini semakin berleluasa. Pembangunan sosial
ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan
menyebabkan masyarakat memandang mudah terhadap masalah rasuah ini.
Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang
juga akan meningkat. Golongan yang terlibat mengambil kesempatan untuk
mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Contohnya adalah kontraktorkontraktor sanggup melakukan jenayah rasuah ini bagi mendapatkan tender
sesuatu projek.

Kesan penyalahgunaan rasuah

Rasuah sememangnya akan mendatangkan banyak masalah. Bukan sahaja


terhadap individu yang melakukannya, bahkan kepada masyarakat sekeliling
dan lebih parah apabila mula melibatkan negara kita. Kegiatan rasuah boleh
melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Pentadbiran sesebuah
negara juga boleh menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia boleh menimbulkan
masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan
masyarakat dan sebagainya. Akhirnya boleh menghancurkan pentadbiran dan
pemerintahan sesebuah negara. Contohnya, di Filipina yang mencatatkan
sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan
disebabkan amalan rasuah yang tidak dapat dikawal lagi.

Langkah_langkah mengatasi

Melihat kepada akibat daripada amalan rasuah ini, langkah-langkah


membanteras perlu dilakukan dengan tegas dan konsisten. Semua pihak harus
bekerjasama bagi menjayakan langkah pencegahan ini. Antaranya adalah
dengan komitment masyarakat. Masyarakat perlu peka terhadap masalah
rasuah yang berlaku di negara ini. Masyarakat perlu ada jatidiri yang kuat untuk
menghindarkan diri dari melakukan rasuah. Selain itu, Peranan ibubapa dalam
didikan agama dan moral tentang keburukan terhadap perlakuan rasuah perlu
diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya gejala rasuah ini
tidak wujud dalam generasi akan datang.

Kerajaan juga memperlihatkan kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah


ini. Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan untuk membanteras masalah
rasuah ini yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia(SPRM) bagi membuat siasatan yang lebih mendalam atau
membanteras masalah ini hingga ke akar umbi. Kerajaan juga telah
meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bagi sesiapa
yang terlibat dalam rasuah ini. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang
perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius
masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat perlu sedar akan bahaya serangan penyakit sosial


yang telah melanda dunia sejak sekian lama ini. Malah penularan penyakit ini
dilihat semakin menjadi-jadi dinegara kita. Tanpa sedar, masalah ini boleh
menyebabkan negara menjadi huru-hara dan timbul banyak masalah. Oleh itu,
semua pihak harus bekerjasama dalam membanteras masalah ini supaya dapat
memupuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas.
Akhirnya, kita dapat membentuk generasi akan datang yang bebas daripada
rasuah.

CONTOH KARANGAN

Pada zaman dahulu ilmu seni mempertahankan diri merupakan senjata


utama untuk berjuang menentang seteru atau melindungi keselamatan
diri serta keluarga. Dengan perkembangan teknologi, seni
mempertahankan diri tidak lagi digunakan untuk bertempur sematamata. Kini, seni ini turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah
yang digemari ramai.
Antara kepentingan seni mempertahankan diri ialah kita boleh
menjadikannya sebagai kegiatanriadah yang menyihatkan. PErgerakan
serta langkah yang menjadi elemen seni mempertahankan diri mampu
menggerakkan semua otot tubuh kita. Seni mempertahankan diri 'taichi' sebagai contoh amat popular dalam kalangan masyarakat kini.
Pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri mampu
menjadi pelindung kepada kita dalam situasi yang mendesak.
Peningkatan kes ragut, samun, dan rogol pada masa ini menuntut kita
agar lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan
diri.
Seni mempertahankan diri menjadikan kita berasa lebih yakin
untuk menjalani kehidupan seharian.
Kesimpulannya, seni mempertahankan diri tidak harus diketepikan
kerana amat relevan dengan kehidupan kita pada hari ini. Kita harus
mempertahankannya agar seni yang unik ini tidak pupus ditelan
zaman dan terus segar bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas.
Faedah-faedah Mempelajari Seni Pertahanan Diri

Marcapada ini, dunia kita yang kian mengalami perubahan dari pelbagai segi telah
menyingkirkan sesetengah amalan atau budaya masyarakat dahulu. Keadaan yang
menyedihkan ini mungkin kurang mendapat perhatian daripada masyarakat, malahan tidak
dikesan oleh mereka. Dalam perkara ini, seni pertahanan diri telah semakin dilupakan oleh
masyarakat terutamanya generasi muda. Hal ini boleh disamakan dengan peribahasa
ibarat melukut di tepian gantang. Pada hakikatnya, hal ini tidak sepatutnya berlaku.
Perkara ini disebabkan oleh seni pertahanan diri boleh mendatangkan pelbagai manfaat
kepada kita. Jenis-jenis seni pertahanan diri termasuklah silat gayung, Wushu, silambam
dan sebagainya. Persoalannya, apakah faedah-faedah yang boleh didapati dengan
mempelajari seni pertahanan diri?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Dengan mempelajari seni


pertahanan diri, kita dapat menyihatkan tubuh badan kita dan seterusnya mengelakkan diri
kita daripada penyakit.Perkara ini berlaku apabila melakukan pergerakan tertentu ketika
berlatih, kita akan mendapat kebaikan yang sama seperti bersenam. Mengikut kajian
saintifik, dipercayai bahawa apabila badan kita mengeluarkan peluh, toksik-toksik dari
badan turut akan dikeluarkan mengikut air peluh. Sekiranya toksik-toksik dari badan telah
dikeluarkan, maka kita akan berasa lebih sihat dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti
seharian. Tambahan pula, badan kita akan menjadi lebih cergas disebabkan oleh otot-otot
badan kita yang semakin kuat melalui latihan seni pertahanan diri. Secara tidak langsung,
otak kita juga akan menjadi cerdas kerana badan cergas, otak cerdas.

Seterusnya, kita mampu mempertahankan diri apabila keselamatan diri kita tergugat
khususnya kepada golongan wanita. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah yang
menyebabkan kehilangan harta mahupun nyawa semakin menjadi-jadi seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Kes-kes tersebut telah menjadi perkara yang izhar dan
menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya masyarakat. Oleh yang demikian,
kita wajar melakukan sesuatu demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa
penjenayah yang seterusnya kerana pepatah ada mengatakan malang itu tidak berbau.
Dengan mempelajari seni pertahanan diri, kita dapat menggunakan teknik yang dipelajari
semasa kecemasan untuk menyerang penjenayah. Bukan itu sahaja, kita juga dapat
menghulurkan bantuan kepada orang lain dengan ilmu seni pertahanan diri yang dipelajari.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berdisiplin akan dilahirkan jika masyarakat
sanggup mempelajari seni pertahanan diri. Hal ini terjadi kerana kita akan diterapkan nilainilai murni apabila mempelajari seni tersebut. Sebagai tamsilan, nilai menepati masa, nilai
baik hati, nilai bekerjasama dan lain-lain. Dengan kata lain, kita akan menjadi lebih gagah
dan berkeyakinan diri untuk melakukan perkara yang betul seperti menegakkan keadilan
apabila diri kita dilengkapi ilmu seni tersebut. Lagipun, kita boleh mendisiplinkan diri
dengan mempelajari seni ini. Perkara ini berlaku kerana kita mesti menepati masa berlatih
yang ditentukan setiap kali. Walaupun pada mulanya kita tidak senang hati dengan
peraturan ini, tetapi lama-kelamaan amalan yang terpuji tersebut akan tertanam dalam diri
kita secara tidak langsung, bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa.

Pada masa yang sama, kita turut berpeluang mengharumkan nama sekolah dengan
menyertai pertandingan seni pertahanan diri yang dianjurkan. Tambahan pula, peluangpeluang tersebut telah memberi ruang kepada para pelajar untuk memajukan diri dan
mencipta nama dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya, terdapat pelbagai jenis seni
pertahanan diri yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Antara jenis seni pertahanan diri yang
popular termasuklah Taekwando, Karate, silat, Tang Soo Doo dan sebagainya. Justeru,
pelajar boleh bebas melibatkan diri dalam jenis seni pertahanan diri yang diminati untuk
mengasah potensi diri yang tersembunyi dan menunjukkan bakat yang ada.

Sementara itu, seni pertahanan diri merupakan salah satu wadah yang baik untuk
kita bersosial. Dengan kata lain, kita boleh menambah kenalan yang baru dengan
mempelajari seni pertahanan diri. Ghalibnya, kita mudah mendapat kenalan baru yang
terdiri daripada ahli-ahli lain yang mengikut latihan seni pertahanan diri bersama kita. Kita
juga boleh saling berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan
seni pertahanan diri bersama kawan kerana perbuatan ini akan mendatangkan manfaat
kepada kedua-dua pihak. Sekiranya kita mempunyai kawan, kita tidak akan mudah berasa
kesunyian. Oleh itu, kita tidak sepatutnya bersikap seperti kera sumbang kerana sikap
tersebut tidak memanfaatkan kita untuk mendapat kenalan baru.

Intihannya, kita boleh memperoleh pelbagai kebaikan dengan mempelajari seni


pertahanan diri. Jadi, kita tidak seharusnya beranggapan bahawa seni tersebut tidak lagi
sesuai dengan arus pembangunan masa kini dan mengabaikannya.Hal ini turut disebabkan
oleh seni pertahanan diri merupakan warisan budaya yang tidak ternilai harganya dan patut
dikekalkan oleh masyarakat. Dengan itu, kita perlulah bertanggungjawab memastikan adat
lama tersebut tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Pelbagai pihak harus memberi
kerjasama dalam usaha ini terutamanya pihak kerajaan, media massa, masyarakat dan
lain-lain. Sekiranya pelbagai pihak dapat menyumbangkan kerjasama, sudah pasti
keindahan seni pertahanan diri dapat dipelihara kerana bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.
Contoh Karangan : Penerangan : Punca Kerenggangan Hubunga Kekeluargaan.
Teh Zawani Azizul Fata
Institusi keluarga merupakan aset utama kepada pembentukan sebuah masyarakat
madani yang harmonis. Sebuah keluarga yang bahagia dan aman akan melahirkan individu-individu
yang menjadi penjana atau penggerak utama kepada kemajuan negara. Sesebuah negara hanya
akan melonjakkan namanya di persada antarabngsa jika setiap ahli dalam institusi kekeluargaan itu

bertanggungjawab, berdaya saing dan intelektual. Namun begitu, pada alaf baru ini, isu
kekeluargaan sering dipandang enteng dan hanya menjadi sesuatu yang remeh bagi kebanyakkan
ahli masyarakat. Dunia tidak lagi mengambil berat tentang isu kekeluargaan, walaupun pada
hakikatnya, institusi keluarga amat penting bagi kehidupan manusia sejagat. Natijahnya, keluarga
menjadi goyah, porak- peranda dan seolah-olah diibaratkan hanyut dan tenggela dalam arus
kemodenan dunia. Gaya hidup masyarakat yang sudah berubah ke arah yang tidak mementingkan
kasih sayang menjadi salah satu faktor utama kepada kebobrokan institusi kekeluargaan pada hari
ini.
Wang dan harta kekayaan menjadi salah satu daripada tahap pengukur kebahagiaan
seseorang. Walaupun begitu, wang tidak boleh dianggap sebagai pengganti kasih sayang dalam
sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, rata-rata manusia berfikiran materialistik
dan menjadikan kehidupan mereka bertuhankan wang. Inilah yang menjadi faktor utama kepada
kerenggangan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa tidak lagi bagai menatang minyak yang penuh
terhadap anak-anak mereka. Sebaliknya sibuk mengejar kemewahan dunia yang sementara.
Mereka rerlalu leka mencari wang untuk kepuasan diri sehingga mengabaikan tanggungjwab
mereka yang paling penting iaitu sebagai peneraju utama keluarga. Peraana sebagai ibu bapa
hanya dilaksanakan bak melepaskan batuk di tangga seolah-olah sebagai kerja sampingan yang
tidak berfaedah. Keghairahan ibu bapa mencari kekayaan material menghalang mereka untuk
memberi kasih sayang dan didikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak menjadi seperi
hamba yang kehausan kasih sayang dan diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan mas ibu bapa
dihabiskan ditempat kerja dan lebih menyedikan, ada ibu bapa yang sanggup mengorbankan masa
cutinya di rumah untuk pergi bekerja. Jika diimbas kembali pada masa silam, hubungan
kekeluargaan menjadi kukuh kerana ibu bapa banyak meluangkan mas bersama anak-anak,
contohnya makan bersama, bekerjasma membersihkan rumah dan beriadah bersama. Namun kini,
semua gaya hidup ini semakain pudar dan ditinggalkan walaupun masih ada segelintir manusia
yang masih sedar kepentingan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, jelaslah bahawa cara hidup ibu
bapa yang terlalu mementingkan material telah menyebabkan kemerosotan dalam hubungan
kekeluargaan.
Selain itu, institusi keluarga pada hari ini mengamalkan cara hidup yang tidak
mementingkan pendidikan agama dan kerohanian. Ibu bapa lebih mengutamakan pendidikan
bercorak duniawi tanpa menitikberatkan oengetahuan agama yang menjadi cara hidup yang
sepatutnya diamalkan. Anak-anak lebih didedahkan kepada dunia terknologi berbanding kepada
ajaran agama. Akhirnya, anak-anak menjadi tidak bermoral, bersikap liar dan tidak lagi menghormati
ibu bapa. Sikap hormat kepada orang yang lebih tua kurang diamalkan oleh anak-anak kerana
anak-anak tidak diajar dan diberi didikan agama yang sempurna. Sesebuah keluarga hanya dapat
hidup sejahtera dan bahagia sekiranya setiap anggota keluarga memahami prinsip agama yang
sebenar. Ibu bapa yang cetek dalam pengetahuan agama juga akan kurang bertanggungjawab
kerana mereka tidak berasa bahwa amanah yang dipikul itu adalah sesuatu yang berat dan perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, keluarga yang dibentuk tidak sempurna dan ikatan
kekeluargaan yang dijalin menjadi tidak kukuh dan renggang. Oleh itu, oendidikan agama yang
kurang sempurna akan menyebabkan sesebuah keluarga itu kucar-kacir dan tidak aman.
Pada hari ini, ibu bapa dilihat terlalu sibuk dengan aktivit kemasyarakatan ataupun sosila.
Cara hidup sebegini banyak berlaku terutamnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

Kebanyakan ibu bapa gemar melibatkan diri secara aktf dalam kegiatan sosial, contohnya kelabkelab, persatuan atau badan-badan sukarela. Usaha melibatkan diri dalam kegiatan sosial
sememangnya suatu amalan yang baik dan digalakkan namun, ibu bapa tidak sepatutnya
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan
ini menyebabakan masa bersama anak-anak menjadi kurang. Mereka sewajarnya mengimbangkan
masa mereka antara keluarga dan ativiti luaran. Sekiranya masa banyak dihabiskan luar rumah,
maka mereka tidak berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak agar hubungan kasih
sayang dapat diwujudkan. Akibatnya, anak-anak kekurangan kasih sayang dan didikan yang
menjadi aset utama kepada anak-anak yang membesar. Mereka akan berasa terasing dan
kesunyian makah lebih malang lagi jika mereka terlibat dalam gejala sosial. Terbuktilah bahawa
gaya hidup ibu bapa pada hari ini yang terlalu aktif dalam kegiatan sosial boleh meruntuhkan
institusi keluarga.
Selain itu, anak-anak kini lebih suka tinggal secara berasingan dengan ibu baoa untuk
membina kehidupan sendiri. Kebanyakan anak-anak yang sudah bekerja atau telah berumah tangga
menetap di kawasan yang jauh daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, mereka sukar untuk menemui
ibu bapa mereka dan hanya berpeluang untuk pulang ke rumah ibu bapa pada hari-hari cuti
khususnya hari perayaan. Ada juga anak-anak yang terus menghilangkan diri setelah berpindah ke
tempat lain. Mereka terus leka dan lalai dengan kehidupan sendiri hingga melupakan jerih lelah ibu
bapa mereka yang telah membesarkan mereka hingga berjaya. Ikatan kekeluargaan yang terjalin
menjadi linggar akibat kurangnya hubungan mesara dan komunikasi bersama ibu bapa. Sikap anak
bak kacang lupakan kulit semakin berleluasa di kalangan masyarakat dan menjadikan institusi
keluarga tidak lagi bahagia. Oleh itu, kurangnya komunikasi atau interaksi antara ibu bapa dan anak
yang tinggal berjauhan menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan.
Jelaskan implikasi penggunaan laman sosial ini terhadap masyarakat.
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial
seperti Facebook, My Space, Frienster, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di
negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara
kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan
penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka.
Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik
perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan
kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Penggunaan laman sosial seperti Facebook yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh
menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut.
Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku
dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang
menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan
keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah
menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan
mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa
penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan
negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.
Kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak
penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku

terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru
dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta
oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan
dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan
menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat
yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang
dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi
mangsa rogol.
Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam
melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat
dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan
pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka.
Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan
pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami
kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat.
Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.
Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur
pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di
laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah
diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman sosial
seperti Facebook dan My Space diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh
penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti Black Metal, Punk, Gothic, dan Skin
Head akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja
untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah
bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis
nilai-nilai moral masyarakat.
Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada
kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak
dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana
penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai
estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang
menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap
corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting
untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah
corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti
yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas
pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa
berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Isu : Bencana Alam

Mutakhir ini, kita seringkali digemparkan dengan berita bencana alam yang berlaku
tidak kira dalam negara mahupun di luar negara. Bencana alam yang menimpa kian
berlaku sejak kebelakangan ini dan tidak dinafikan bahawa hal ini sememangnya sudah
menjadi lumrah dunia. Antara bencana alam yang sering melanda ialah tanah runtuh,
gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Musibah yang berlaku ini telah
memberikan impak negatif kepada semua pihak terutamanya ialah ribuan nyawa telah
terkorban akibat bencana alam yang berlaku. Justeru, punca kejadian ini harus dikenal
pasti dan diselidik secara terperici agar langkah yang efektif dapat diambil untuk
menangani permasalahan ini yang hanya meninggalkan seribu satu kesan negatif bukan
sahaja terhadap manusia malah negara.

Punca yang ketara menyebabkan berlakunya bencana alam ialah kemusnahan


alam yang dilakukan terutamanya oleh manusia itu sendiri dalam menjalani aktiviti harian
mereka. Tingkah laku mereka yang tidak bermoral juga turut menyumbang ke arah
kemusnahan alam berlaku. Kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya semakin
berleluasa lebih-lebih lagi pada era moden dewasa ini. Kemusnahan yang sebegitu sudah
pasti akan mendorong untuk berlakunya musibah yang tertentu kerana bumi tetap
memerlukan masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik walaupun mempunyai
keluasan yang besar. Oleh itu, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami
kemusnahan alam yang begitu pantas sehinggakan dunia itu sendiri tidak mampu
mengawalnya. Tegasnya, kerakusan manusia mengeksploitasi alam telah mengundang
padah kepada manusia sendiri dalam bentuk bencana alam.

Bukan itu sahaja, bencana alam turut berlaku kerana kegagalan manusia untuk
membuat perancangan. Kita semua sudah sedia maklum bahawa manusia sudah boleh
meramal musim hujan, kejadian ribut taufan, dan juga memahami kejadian tsunami.
Namun begitu, mengapakah angka kematian semakin meningkat? Jawapannya mudah
sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat
lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana mahupun tidak mempunyai
piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk
merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah
akan keupayaan bencana alam ini atau menganggap nyawa manusia itu tidak bernilai lalu
membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.

Umum mengetahui, setiap bencana alam yang melanda pasti akan meninggalkan
impaknya. Tidak dinafikan, bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh
dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya kerosakan infrastruktur dan harta benda
awam seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan membawa
kerugian yang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang
terlibat dengan bencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari

segi kewangan mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.Sebagai


contoh, gempa bumi yang berlaku di China telah mengakibatkan banyak kemusnahan
rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur elektrik dan komunikasi. Gempa bumi
sekuat 7.8 magnitud itu berlaku pada waktu petang sekaligus mengakibatkan 80 peratus
bangunan di daerah Beichuan Qiang musnah. Ratusan orang tertimbus di Shifang selepas
beberapa buah sekolah, kilang dan asrama musnah. Selain itu, bekalan elektrik dan air
juga terputus akibat gempa bumi yang berlaku. Hospital menjadi sesak dan para pesakit
terpaksa dipindahkan ke luar hospital dan duduk untuk menunggu bantuan daripada pihak
hospital.

Di samping itu, bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut banyak nyawa
yang tidak berdosa terutamanya kepada kanak-kanak , warga tua dan wanita. Bencana
alam juga telah menyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang
tempat bergantung dan menjadi anak yatim piatu. Kanak-kanak terpaksa hidup
berseorangan tanpa keluarga untuk memberi sokongan moral dan kata-kata semangat
antara satu sama lain. Hal ini demikian akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana
alam ini hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak tenteram. Bencana alam adalah
sesuatu yang menggerunkan dan boleh mengorbankan orang ramai tidak mengira usia
dan pangkat, mahupun bangsa.Tsunami merupakan salah satu contoh ketara yang
memperlihatkan ramai nyawa terkorban disaat bencana ini berlaku. Bencana ini berlaku
pada 26 Disember 2004, melibatkan beberapa negara di Asia termasuklah Malaysia.
Namun begitu, angka korban yang tertinggi adalah di Indonesia.

Dalam pada itu, langkah yang drastik dan pragmatik perlulah diambil untuk
mengurangkan risiko kejadian bencana alam. Rentetan itu, pihak kerajaan perlulah
menubuhkan sistem amaran awal yang berkesan dan berteknologi tinggi supaya mereka
dapat meramalkan jenis bencana alam, kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk
ditimpa bencana alam serta waktu bencana alam untuk berlaku. Dengan ini, pihak kerajaan
dapat membuat persiapan awal dalam menghadapi bencana alam seperti menyediakan
tempat tinggal sementara bagi rakyat, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum
hujan. Waimanya, pihak kerajaan hendaklah menghebah-hebahkan maklumat mengenai
bencana alam yang akan ditimpa kepada masyarakat melalui media massa sama ada
elektronik atau bercetak. Misalnya, wadah media massa yang popular dalam kalangan
rakyat seperti televisyen dan radio dapat menyampaikan mesej dengan segera tentang
bencana alam yang akan melanda negara kita dalam sekelip mata. Hal ini demikian
kerana, masyarakat akan lebih berwaspada dan bersedia untuk menghadapi bencana alam
serta-merta.

Pada waktu yang sama, pihak sekolah juga seharusnya mendidik para pelajar
tentang cara-cara menghadapi bencana alam sejak di bangku sekolah lagi kerana

melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan satu
sukatan pelajaran baru yang bertemakan Bencana Alam dalam Pendidikan Moral mahupun
Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Melalui kaedah ini, pendedahan awal tentang
cara-cara menghadapi bencana alam dapat diberikan kepada pelajar. Selanjutnya,
kegiatan unit beruniform di sekolah juga dapat membina individu yang berfizikal lasak dan
memiliki ketahanan yang kuat. Pelajar-pelajar juga diberi ilmu pertolongan cemas dan
diajar bahasa isyarat yang boleh diaplikasikan semasa sesuatu bencana alam berlaku.
Dengan diikuti kegiatan kokurikulum di sekolah, para pelajar dapat menggambarkan situasi
sebenar bencana alam dan mampu membuat pertimbangan akal yang wajar.

Sebagai penggulung bicara, punca-punca berlakunya bencana alam harus diselidik


hingga ke akar umbi bagi menyelesaikan permasalahan ini yang hanya memberikan
implikasi negatif kepada semua pihak. Oleh itu, langkah mengatasi masalah ini harus
dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan angka nyawa yang terkorban akibat
bencana alam pada masa akan datang sekali gus dapat menyediakan diri sebelum
berlakunya bencana alam. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula
keadaan alam kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa
hendak buat seribu daya, tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua
dalam menangani kemelut ini.
LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan
signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik
telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia.
Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang
disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan Gagasan 1
Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi
memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?

Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan


rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam
bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih
bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia
untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung
dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana
mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan

pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa
Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris
dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi
memadamkan kegemilangan bahasa Malaysia di peringkat lokal. Jika teras
pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu
era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'Melayu'.
Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi
membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.

Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan


Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut
berkemampuan memperkasakan bahasa Cina dan bahasa Tamil lantas
menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat
dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan
tidak sejajar dengan penerapan 1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka,
polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai
agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihakpihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir
secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.

Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam


sanubari rakyat rencaman golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti
yang menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti
seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen
Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi
memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah
yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan
rakyat.

Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang


sudah dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa
rojak. Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan
pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak.

Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk


mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus
berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan
Undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia
bukanlah sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu
dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporari yang berpegang teguh dengan
bahasa ibunda.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk


meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan
harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita
menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan
mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa
Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut,
"yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu
bahasa". Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata
dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas'
KEBAIKAN PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilancarkan oleh pada 16 Februari 2004.
Program ini merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai
patriotik kepada generasi muda ke arah cinta akan negara. Program ini berbeza daripada
kerahan tenaga yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara lain kerana program ini
menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial,
budaya dan ekonomi. Program yang dilaksanakan ini sebenarnya banyak mendatangkan
kebaikan walaupun terdengar suara-suara yang meragui keberkesanannya.

(APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam
kalangan remaja pada hari ini. (MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan
cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan
penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula
langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, PLKN
dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul
kenegaraan yang didedahkan. (BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN),
sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat
menjalani kem PLKN. (KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina
remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi
yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan
cabaran dari dalam dan dari luar negara.

(APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri
remaja.(MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha
kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana
percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin
anak-anak mereka. (BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang
peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang
berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program
ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji
ketahanan mental dan fizikal. (BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan
sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif
dan mempunyai hala tuju yang jelas. (KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin
dalam PLKN telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar
dalam hidup mereka.
(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum
juga dapat memperkukuh integrasi nasional. (MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia
mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei
perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan
PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara
kaum. (BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan
dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan
kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama.
Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah
air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem
pentadbiran. (KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh
ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling
menghormati antara satu sama lain.
Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan
kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar
menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang,
gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah
dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara
dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada
masyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut
seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.

Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan

Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid


1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan
pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan
dalam kalangan murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan
serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan
atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan
telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan
bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga,
renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy.
Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan
disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan
mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan
itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan
jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin
murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat.
Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta
menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap
petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang
aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan
rakan-rakannya yang tidak bersukan.
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan
demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk
memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya,
seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan
sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga
berjaya dalam pelajaran.
Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang
berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan
seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak
cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa
walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh
itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang
mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya
murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain permainan
komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat

beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti
mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Izharnya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa
faedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak
kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan
anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan
adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara
yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak
melakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Setiap orang mempunyai permainan kegemaran sendiri. Saya juga tidak
terkecuali. Permainan kegemaran saya ialah badminton.
Pada hari jadi saya yang ke-8, ayah dan ibu telah menghadiahi saya
raket badminton dan bulu tangkis. Pada waktu petang, ayah akan bermain
badminton dengan saya di halaman rumah. Semenjak itu, saya pun meminati
permainan ini.
Saya juga menyertai kelab badminton di sekolah saya. Pada setiap hari
Sabtu dan Ahad, saya akan menjalani latihan badminton di dewan sekolah.
Jurulatih saya ialah Encik Razali. Beliau mengajar saya teknik-teknik memukul
bulu tangkis yang betul. Kadang kala, saya akan bermain badminton bersamasama jiran saya, Ah Meng di gelanggang badminton.
Bermain badminton bukan sahaja dapat mengisi masa lapang saya,
malahan dapat menyihatkan badan saya. Semasa bermain badminton, badan
saya akan berpeluh. Oleh itu, badan saya cergas dan minda saya cerdas.
Ayah dan ibu sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk menceburi
bidang sukan badminton. Mereka juga sering menasihati saya agar berlatih
dengan bersungguh-sungguh. Saya pernah menggondol pingat emas dalam
perlawanan badminton yang dianjurkan di sekolah saya. Ayah dan ibu berbesar
hati dengan kejayaan saya.
Dato Lee Chong Wei merupakan idola saya. Saya ingin mengikut jejak
beliau untuk menjadi seorang pemain negara yang terkenal dan
mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Saya sangat gemar bermain badminton. Saya berharap agar usaha saya
akan membuahkan hasil.
Seekor anjing yang mendapatkan sebuah tulang dari seseorang, berlari-lari
pulang ke rumahnya secepat mungkin dengan senang hati. Ketika dia melewati
sebuah jembatan yang sangat kecil, dia menunduk ke bawah dan melihat

bayangan dirinya terpantul dari air di bawah jembatan itu. Anjing yang serakah
ini mengira dirinya melihat seekor anjing lain membawa sebuah tulang yang
lebih besar dari miliknya. Bila saja dia berhenti untuk berpikir, dia akan tahu
bahwa itu hanyalah bayangannya. Tetapi anjing itu tidak berpikir apa-apa dan
malah menjatuhkan tulang yang dibawanya dan langsung melompat ke dalam
sungai. Anjing serakah tersebut akhirnya dengan susah payah berenang menuju
ke tepi sungai. Saat dia selamat tiba di tepi sungai, dia hanya bisa berdiri
termenung dan sedih karena tulang yang di bawanya malah hilang, dia
kemudian menyesali apa yang terjadi dan menyadari betapa bodohnya dirinya.
Sangatlah bodoh memiliki sifat yang serakah

Anda mungkin juga menyukai