Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, sekian lamanya tidak berblog.

Kadang-kadang rindu juga ingin


mengarang, tapi kekangan masa dan idea menyebabkan laman ini sering kontang
dari entri terbaru. Huhuhu. Tidak mengapalah.
Insya Allah pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsikan sebuah perkara
bersama kalian. Iaitu tentang isu memakan daging unta membatalkan wudhu.
Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang perkara ini dan ada juga yang
masih baru tentang hal ini. saya sendiri pun agak baru mendengar tentang hukum
ini. maklumlah, negara kita tidak punya unta, maka sangat jarang kita memakan
dagingnya.
Dalam beberapa bulan yang lepas, saya ada mengikuti sebuah program anjuran
asia global marketing. Saya dijemput sebagai fasilitator kepada sekumpulan pelajar
dari uitm shah alam. Banyak aktiviti dan pengisian yang menarik sepanjang saya
berada dalam program tersebut.
Dan antara yang menariknya adalah tentang bengkel wudhu dan solat menurut
sunnah. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang program tersebut
walaupun hakikatnya saya bukan peserta.
Dan antara yang diperbincangkan adalah tentang batalnya wudhu apabila
memakan daging unta. Pada mulanya saya juga pelik dan hairan kenapa ianya
membatalkan wudhu, sedangkan memakan daging-daging selain unta tidak batal
pula.
Alhamdulillah sepanjang perbincangan kami, ustaz yang membimbing kami dalam
program tersebut telah menerangkan tentang asal-usul kejadian atau peristiwa
yang menyebabkan makan daging unta menyebabkan batal wudhu.
Pada suatu hari, Rasulullah saw bersama para sahabat baginda makan bersamasama dalam satu majlis jamuan. Makanan yang dihidangkan dalam majlis tersebut
adalah daging unta bakar. Maka mereka semua pun makanlah dengan gembiranya.
Tiba-tiba ada salah seorang sahabat yang terkentut dalam majlis tersebut sehingga
menyebabkan majlis menjadi riuh rendah. Tiada siapa yang tahu siapa gerangannya
si pengentut itu kecuali Rasulullah. Usai majlis, masuknya waktu solat dan
rasulullah mengarahkan semua sahabat untuk bersolat. Maka dalam ramai-ramai
itu semua menunggu siapakah yang akan pergi mengambil wudhu kerana orang
yang mengambil wudhu sudah tentulah orang yang kentut dalam majlis jamuan
tadi. Namun tiada seorang pun yang berani untuk mengambil wudhu. Menyedari hal
itu, maka rasulullah pun bersabda bahawa sesiapa yang memakan daging unta
bakar maka batallah wudhunya, dengan tujuan untuk menutup keaiban sahabat
baginda itu. Mendengar perintah itu, maka semua orang pun pergilah mengambil
wudhu beramai-ramai dan solatlah mereka berjemaah bersama rasulullah selepas
itu..
Demikianlah apa yang disampaikan oleh ustaz yang membimbing kami semasa
program tersebut. Saya tidak dapat mengenal pasti adakah ianya benar-benar
datang dari sumber yang sahih kerana saya pun terlupa untuk bertanyakan hal itu
kepada beliau.

Saya cuba juga mencari tentang kisah ini di internet (dalam hati, saja ingin test ada
ke kisah ni kat internet), tapi tiada. Yang ada hanyalah beberapa hadis dan
pandangan fuqaha tentang hukum batal wudhu memakan daging unta. Nak
merujuk dari kitab lagilah tak sempat. Huhuhu.
Walaupun begitu, yang menarik perhatian saya adalah bagaimana rasululllah begitu
menjaga keaiban sahabat baginda di hadapan orang ramai sehingga secara tidak
langsung baginda telah menggagaskan satu hukum baharu dalam dunia fiqh. Hanya
kerana ingin menutup rasa malu yang menyelubungi sahabat baginda maka hukum
ini diwujudkan. Demikianlah betapa besarnya nilai maruah dan martabat seseorang
insan di sisi islam. Betapa islam menjaga maruah diri antara muslim dengan muslim
yang lain.
Maka secara tidak langsung, hukum tersebut wujud kerana ia disabdakan oleh
baginda saw. Tapi ianya hanya khusus pada daging unta bakar sahaja, kalau rebus
atau buat sup atau selain daripadanya ianya tidak membatalkan wudhu. Itulah
antara keindahan yang ditunjukkan oleh rasulullah dalam islam.
Sama-samalah kita hindari sikap suka memburukkan orang lain di hadapan umum
kerana ianya merupakan sesuatu yang sangat dibenci oleh Allah. Malah anda
sendiri pun akan berasa marah kalau ada orang lain yang membuka keburukan
anda di hadapan orang lain secara umum. Begitu jugalah perasaan orang lain kalau
anda membuka keaiban mereka di hadapan umum.
Apa-apa pun, saya sekadar berkongsi apa yang diberikan oleh ustaz tersebut
semasa program. Saya sendiri pun masih tidak berani menjadikan ianya hujah
untuk hukum tersebut (dalam hati kata, takpalah dia ni ustaz salafi, mungkin betul
kot..huhuhu). Insya Allah kalau ada dalam kalangan kalian yang lebih mengetahui
tentang sumber kisah ini, diharap dapat memberi teguran dan memperbetulkan
saya. Saya hanya sekadar insan biasa yang sedang mendalami ilmu-ilmu agama,
banyak yang harus ditimba lagi. Semoga bermanfaat.
*dah lama tak menulis, ayat macam budak-budak balik.. =,=

Anda mungkin juga menyukai