Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Melalui kajian kami, kami mendapati sistem otot terdiri daripada organ yang

mengecut dan mengendur untuk menghasilkan gerak alih bagi seluruh bahagian
tubuh. Terdapat 3 jenis otot, iaitu licin, berjalur dan jantung. Otot licin terdapat pada
dinding saluran pencernaan, dinding salur darah dan iris mata, merupakan tindakan
yang tidak terkawal. Tisu otot berjalur pada dasarnya didapati pada semua otot dan
menggerakkan bahagian rangka. Sebahagian besar tindakan tisu berjalur adalah
terkawal. Otot jantung hanya dijumpai pada jantung, tindakannya adalah tidak
terkawal, automatik dan berentak.
Selain itu, kami telah mengkaji pergerakan menyangga bola tampar dari 7
aspek iaitu dari bahagian depan tubuh, bahu, lengan, belakang tubuh, paha, kaki
dan jantung.
Pada bahagian depan tubuh, ia melibatkan otot pektoralis major, rektus
abdominis dan eksterna oblikus. Pektoralis major merupakan otot besar di hadapan
dada, lengan atas akan dibengkokkan ke hadapan dada semasa melakukan
manyangga. Rektus abdominis pula berada di bawah otot pektoralis major. Semasa
kita melakukan teknik menyangga, badan kami akan dibengkokkan dan ia
melibatkan otot rektus abdominis.
Bagi bahagian bahu pula, ia melibatkan otot deltoid. Otot deltoid terletak di atas
bahu, semasa melakukan menyangga, lengan kita akan diangkat ke arah luar dari
sisi badan. Di samping itu, otot deltoid juga akan mengecut semasa lengan diangkat.
Aspek ketiga merupakan bahagian lengan. Ia melibatkan otot biseps brakialis,
triseps brakii, karpi ulnaris, ekstensor karpiradial dan fleksor karpiradial. Semasa
melakukan menyangga, lengan bawah perlu diangkat separa. Ini menyebabkan otot
triseps mengendur dan otot biseps mengecut. Diikuti dengan lengan bawah diangkat
sepenuhnya. Sejajar dengan itu, otot triseps akan mengendur sepenuhnya dan otot
biseps akan mengecut sepenuhnya, Akhirnya, lengan bawah kembali ke keadaan
rehat dan otot triseps dan biseps kembali ke fasa rehat. Karpi ulnaris adalah otot
yang terletak di lengan bawah manusia yang bertindak untuk melanjutkan
pergelangan tangan.Sehubungan itu, pergelangan tangan akan dilanjutkan semasa
kita melakukan teknik menyangga.
Aspek yang seterusnya ialah bahagian belakang tubuh, ia melibatkan otot
trapezius dan otot latisimus dorsi. Otot trapezius merupakan otot segi tiga yang
besar di belakang leher, bahu dan bahagian atas di belakang dada. Ia membantu
dalam gerakan sendi bahu semasa melakukan sanggaan bola tampar. Otot latisimus
dorsi pula berada di belakang dada ke bahagian atas tulang pangkal lengan. Apabila
kita melakukan cantas ping pong, otot ini membantu menurun lengan ke sisi badan
selepas lengan diangkat.
Bagi bahagian paha pula, ia melibatkan otot sartorius, kuadriseps dan
hamstrings. Otot sartouris terletak di bahagian sendi lutut. Apabila berada dalam
posisi persediaan, otot sartouris membantu membengkokkan sendi lutut,
mengangkat dan memutar sendi paha ke luar bagi melakukan pukulan cantas ping

pong. Otot kuadriseps pula terdiri daripada empat otot-otot kecil iaitu rektus femoris,
vastus lateral, vastus medial dan vastus intermedius. Ia juga berperanan untuk
melunjurkan sendi lutut setelah lutut dibengkokkan. Otot hamstrings memainkan
peranan penting dalam kegiatan seharian seperti berjalan, melompat dan
mengendalikan beberapa pergerakan asas dalam permainan ping pong. Ia juga
berperanan sebagai antagonis untuk paha depan dan bermatlamat perlambatan
perpanjangan lutut.
Bahagian yang seterusnya ialah bahagian kaki, ia melibatkan otot
gastoknemius, soleus, tendon akiles, peroneus longus dan anterior tibia. Semasa
melakukan pukulan cantas ping pong, otot gastoknemius dan soleus akan
membengkokkan sendi lutut dan tapak kaki ke bawah. Otot peroneus longus pula
terdiri daripada tiga otot yang menarik tapak kaki ke hala sisi luar.
Teknik menyangga bola tampar juga melibatkan jantung. Jantung merupakan
organ yang penting bagi manusia , sekiranya jantung seseorang manusia tiada
denyutan atau balasan , ia bermakna seseorang itu akan mengalami kematian .
Jantung manusia adalah begitu ghaib , ia menpunyai rentak dunyutan yang tetap ,
tetapi sekiranya kita melakukan sesuatu aktiviti seperti berlari , main bola keranjang ,
main bola ping pong dan sebagainya akan menyebabkan rentak denyutan jantung
kita berubah . Ia akan berdenyut dengan lebih cepat daripada biasa .
Seterusnya mari kita mengkaji cara denyutan jantung berlaku dan fungsi jantung
semasa kita menjalankan aktiviti bermain bola tampar.
Jantung berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan
yang sekata dan berulang-ulang . Dalam jantung terdapatnya atrium dan ventrikel
kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan
terdeoksigen daripada campur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya
membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh
termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium dan
pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur iaitu vena
kava superior(superior vena cava) dan vena kava inferior(inferior vena cava). Darah
kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah
terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah
kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui
vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel
kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke
seluruh tubuh kecuali peparu.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama
oksigen kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri pulmonari kiri dan kanan
yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran
darah pulmonari.

Ini merupakan proses dan fungsi jantung . Semasa kita menjalankan sesuatu
aktiviti , segala proses jantung akan dipercepatkan dan inilah menyebabkan rentak
denyutan jantung berubah .
Secara kesimpulannya, otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan
pergerakan tetapi otot juga berfungsi untukmenstabilkan sendi dan menghasilkan
haba.

Anda mungkin juga menyukai