Anda di halaman 1dari 34

1

Nilaikan keberkesanan dasar realpolitik bismarck sebagai senjata


terhadap dasar dalam dan luar negara.
1.0 PENDAHULUAN
Otto Von Bismarck sememangnya telah dikenang oleh para sarjana
khususnya di Jerman dikaitkan sebagai

penyatuan Jerman. Bismarck

merupakan seorang Aristokrat Prusia. Bismarck datang daripada seorang


Junker atau bangsawan

Jerman.

Bismarck born in 1815, bismarck had inherited his powerful


intellect and imagination from his mother. Bismarck father was
a dull- witted Junker, who gave him nobility, social position and
wealth, but nothing else.1
Bismarck juga

telah memegang beberapa jawatan penting dalam

kerajaan Prusia seperti wakil Prusia di Parlimen Frankfurt. Kemudian


Bismarck telah menjawat jawatan Menteri Pertama dan Menteri Luar, dan
akhirnya Canselor.2 Bismarck telah melakukan penyatuan Jerman dengan
usaha diplomasi, kekerasan serta kebijaksanaan Bismarck sendiri.
To non-Germans as well, the personality and achievement of the Junker genius
have a magnetic attraction. His political career of almost half a century was one
of the longest in the annals of statecraft. For nearly three decades of that time he
was the dominant figure in German and European politics. 3
Bismarck diingati disebabkan oleh kejayaan dan cara yang digunakan iaitu
menggunakan mementingkan kejayaan semata-mata dalam pentadbiran
politiknya. Apa yang biasa dianggap sebagai prinsip moral dan tradisi
telah dikesampingkan oleh Bismarck dan cara berpolitik begini dikenali di

1 H.Hearder, Europe in the nineteeth century 1830-1880, Longman Group Limited,


London,1966, Hlm. 217.

2 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 106.

3 Otto Pflanze, Bismarck and the development of Germany the period of unification,
1815-1817, Princeton University Press, New Jersey, 1971, Hlm .3.

Barat sebagai realpolitik atau politik ala Machiavelli.4 Oleh itu, Bismarck
telah

menggunakan

pendekatan

realpolitik

sebagai

senjata

dalam

melaksanakan dasar dalam dan luar negara semasa Bismarck memimpin


Jerman.
Oleh itu, dalam esei ini keberkesanan dasar realpolitik Bismarck
sebagai senjata terhadap dasar dalam dan luar negara akan ditekan
sepenuhnya bersesuaian dengan kehendak soalan esei.
2.0 DASAR REAL POLITIK
Realpolitik adalah amalan politik yang telah dipelopori oleh Niccolo
Machiavelli . Seorang pemikir berbangsa Itali, Niccolo Machiavelli telah
mengembangkan falsafah politik melalui bukunya The Prince. Amalan ini
menggunakan slogan The End Justifies the Mean iaitu mewajarkan apa
sahaja cara ataupun konsep matlamat menghalalkan cara. Seseorang itu
boleh menggunakan apa sahaja cara dan tindakan seperti tipu helah,
pemalsuan dokumen, pembunuhan politik, provokasi, ugutan ancaman,
kekerasan bersenjata, dan peperangan untuk mencapai matlamat politik
oleh pihak-pihak berkepentingan. Deceptive frankness and moderation in victory were
important weapons in Bismarck's tactical armory.5

[...] matlamat utama politik ialah pencapaian dan pengekalan


kuasa; segala yang lain adalah sampingan.6
Walaupun dia sedar bahawa tindakan kejam dan jahat boleh menjejaskan
kejayaan politik itu sendiri , namun aspek ini tidak ditekankan. Otto
Eduard Von Bismarck telah menggunakan idea ini ataupun kaedah
4 Qasim Ahmad, Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .106.
5 Otto Pflanze, Bismarck and the development of Germany the period of unification,
1815-1817, Princeton University Press, New Jersey, 1971, Hlm. 7.

6 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985, Hlm 106.

realpolitik dalam menyatupadukan, membina negara Jerman serta dalam


melaksanakan dasar dalam dan luar negeri Jerman. Ciri-ciri tindakan
politik Bismarck juga boleh dilihat melalui melaksanakan dasar dalam dan
luar negara.
Sewaktu revolusi melanda Eropah, Bismarck telah melahirkan sifat
politiknya yang mencemuh dasar lemah lembut dan menolak taktik
bertolak ansur kerana dianggap asing oleh Bismarck. Sewaktu Bismarck
memasuki bidang politik dan menjadi ahli parlimen Prusia dalam tahun
1847. Dengan keras

beliau berucap menentang golongan liberal di

Parlimen.7 Dasar yang diamalkan oleh Bismarck juga dianggap sebagai


dasar darah dan besi dan setelah Bismarck menjawat jawatan Canselor,
maka gelaran Canselor besi pula telah diberikan kepada Bismarck. 8 Hal
ini kerana, cara dan tindakan yang telah digunakan oleh Bismarck dalam
mencorakkan pentadbirannya9.

Bagi Bismarck, apabila melaksanakan

sesuatu dasar, ia harus dilaksanakan dengan tegas tanpa menggunakan


dasar lemah- lembut.
Menurut Bismarck, tugas negarawan adalah rumit dan hidup sebagai
negarawan perlu sentiasa bersedia. In the attainment of that for which he strives he is
too dependent on the participation of others, a fluctuating and incalculable factor.Even after the
greatest success he cannot say with certainty, 'Now it is achieved; I am done with it,' and look
back at what has been
accomplished with complacency.To be sure, one can bring individual matters to a conclusion. 10

7 Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm. 193.

8 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 107.

9 Hajo Holborn,Bismarcks Realpolitic, Journal of the History of Ideas, 1990,Vol.21


(1): 84-98

2.1 ISU PERLEMBAGAAN PRUSIA YANG MEMBAWA KEPADA


PENYERTAAN BISMARCK DALAM PEMERINTAHAN
Isu perlembagaan Prusia telah menyebabkan dan membawa Bismarck menjadi orang penting
kerajaan iaitu dilantik menjadi menteri pertama dan menteri luar negeri di Prusia. Isu
perlembagaan Prusia ini wujud apabila negara Jerman menubuhkan sebuah negara yang
bersatu padu di bawah satu pemerintahan pusat yang teratur . Namun, wujud masalah apabila
golongan liberal telah memenangi pilihan raya Prusia pada tahun 1859. Kemenangan ini
merupakan sesuatu yang kurang disenangi oleh Raja William I (1860-1889) kerana Prusia
sebagai negara yang konservatif dan di bawah monarki. Pastinya akan berlaku masalah dalam
10 Otto Pflanze, Bismarck and the development of Germany the period of
unification, 1815-1817, Princeton University Press, New Jersey, 1971, Hlm 4.

menggubal undang-undang bagi kepentingan negara secara keseluruhan kerana bertentangan


pendirian antara fahaman. Bagi golongan bangsawan, mereka melihat kemenangan golongan
liberal di Prusia sebagai ancaman kepada golongan bangsawan itu sendiri. Bismarck juga
kurang senang dengan keadaan ini kerana beliau berpendapat bahawa fahaman liberal adalah
salah satu penghalang kepada penyatuan Jerman daripada mengambil contoh daripada
kegagalan revolusi 1848 dalam membawa kepada penyatuan Jerman dan Bismarck pada
masa itu juga seorang anggota kerajaan Prusia yang pro konservatif.
Antara isu yang wujud adalah apabila raja William I bersama-sama Von Roon sebagai
menteri perang dan Von Molke sebagai ketua Turus Angkatan Tentera telah membuat
rancangan untuk memperkuat angkatan tentera Prusia iaitu dengan menambah bilangannya
daripada 500,000 kepada 750,000 orang. Untuk memperkuatkan angkatan Tentera, Raja
William dan dua menteri telah mendesak parlimen untuk menambah cukai.

11

Langkah Raja

William I berpunca daripada usaha baginda untuk mendapat sokongan tentera kerana
golongan tentera amat berpengaruh dalam kerajaan Prusia dan sekiranya tercetus sebarang
usaha revolusi untuk menjatuhkan kerajaan.
[...] mereka membangkang cadangan membesarkan tentera, tetapi mereka mahu
parlimen menurut mereka supaya Parlimen mengawal Raja. Oleh itu, mereka
mencadangkan undang-undang tentera dipinda sebagai syarat dalam penerimaan
cukai-cukai baru12
Golongan liberal sebenarnya menyokong usaha demi kepentingan negara Prusia tetapi
mereka agak meragui dengan tindak-tanduk sebahagian pegawai dalam pasukan tentera
Prusia yang dianggap cuba menggunakan tentera bagi menekan pihak golongan pertengahan.
Otto Von Bismarck pada masa ini berada di St Petersburg Rusia kerana beliau merupakan
seorang duta di Rusia. Bismarck telah menerima sepucuk telegram daripada Albert Von Ron
yang diterima pada tahun 18 september. Bismarck pulang ke Prusia dan pada 22 september,
Bismarck telah mengadap raja dan bersedia untuk memerintah negara tanpa restu daripada
diet. Dia juga menyatakan bahawa akan berkhidmat kepada raja tanpa syarat dan tanpa
perasaan gentar menghadapi sebarang ancaman daripada puak lain. Di sini kita dapat lihat

11 Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm.194.

12 Ibid., Hlm .195.

bahawa dalam diri Bismarck telah menerapkan amalan realpolitik apabila beliau tidak gentar
dan mementingkan matlamat sahaja.
Peristiwa ini bermula apabila Albert Von Roon iaitu menteri perang Prusia telah
mengkhianati pihak diet dan Majlis Perhimpunan pada malam 18 september 1862 apabila
mengisytiharkan pemerintahan tanpa perlembagaan.13
Apabila Bismarck kembali ke Prusia, Bismarck telah dilantik menjadi menteri luar negeri.
Bismarck telah menjadi orang penting dalam kerajaan Prusia. Pelantikan Bismarck sebagai
Menteri Luar Prusia telah memudahkan beliau dalam menjalankan penyatuan Jerman.
[..]menteri luar negeri dahulu, Count Bernstorff dan menteri kewangan, Von der
Heydt telah meletakkan jawatan mereka kerana enggan terlibat dalam
pemerintahan yang melanggar perlembagaan
Melalui peristiwa pada Pada 27 Januari 1863 telah menunjukkan lagi ciri-ciri realpolitik atau
ala pemikiran Machiavelli dalam sikap dan tindak tanduk Bismarck iaitu beliau telah
memberi ucapan dan telah membela dirinya semasa berucap di dalam diet. Dalam ucapannya,
dia telah mengemukakan interpretasinya tentang perlembagaan Prusia dan menurut Bismarck
dalam ucapannya, diet tidak mempunyai kuasa mutlak dalam hal peruntukan kewangan dan
menegaskan bahawa persoalan utama pada masa itu ialah persoalan mengenai penerusan
pemerintahan negara. Soal mengenai diet bersetuju atau tidak bukanlah soal yang mustahak.
Monarki Prusia belum lagi mencapai matlamatnya dan belum lagi rela untuk semata-mata
tunduk kepada arahan diet.

3.0 KEBERKESANAN DASAR REALPOLITIK OTTO VON BISMARCK DALAM


PEMERINTAHAN DI FASA PERTAMA : TAHUN 1862-1871
Semasa

pemerintahan

di

fasa

pertama,

memperlihatkan

Bismarck

mengamalkan

pemerintahan bersifat mengancam dan mengakibatkan berlakunya tiga peperangan. Pada


masa ini, kita dapat melihat dasar yang dilakukan oleh Bismarck semasa menjadi Menteri
Luar Negeri sehingga membawa kepada penyatuan Jerman.Pemerintahan di fasa pertama
memperlihatkan dengan jelas permainan bismarck berdasarkan pengamalan dasar realpolitik
beliau. Pada fasa ini, memperlihatkan kebijaksanaan Bismarck dalam mengeksploitasi dan
13 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 107.

memanipulasi sesuatu keadaan untuk mencapai matlamat beliau. Di fasa pertama ini, kita
dapat melihat dengan jelas keberkesanan dasar realpolitik Bismarck dan telah menunjukkan
dasar realpolitik yang diamalkan oleh Bismarck berkesan dan berjaya melalui penaklukan
Daerah Schleswig-Holstein, Perang Prusia-Austria, Peperangan dengan Perancis, dan
membawa kepada pembentukan empayar Jerman14.
Bismarck did not have two character, a warlike aggressive one before 1871 and
peaceful defensive one after 1871. He had a cautious, calculating preference for
limited objectives from start to finish 15

3.1Penaklukan Daerah Schleswig-Holstein


Keberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga boleh dilihat melalui kejayaan Bismarck dalam
menakluki daerah Schleswig- Holstein. Dalam peristiwa ini telah menunjukkan keupayaan
Bismarck dalam memanfaatkan sesuatu krisis politik untuk mendapatkan sesuatu keuntungan
bagi Prusia. Perkembangan daripada peristiwa ini juga kita dapat menilai bagaimana
Bismarck mengaplikasikan dasar realpolitik dalam peristiwa penaklukan Daerah SchleswigHolstein dan dengan mudahnya Bismarck menjadikan Austria sebagai kawan apabila perlu
dan sebagai lawan apabila sesuatu keadaan lain pula timbul. Daerah Schleswig-Holstein
berada di bawah kuasa Vienna selepas penyelesaian Vienna 1815.
For many centuries the twin Duchies of Schleswig and Holstein had been ruled
by Denmark. This arrangement hels a good during the Napoleonic war and was
confirmed by the Vienne Setlement of 1815.16

14 Dalam penyatuan Jerman, Bismarck telah mengambil peluang melalui kesilapan yang
dilakukan oleh kuasa-kuasa lain seperti Denmark dan Perancis. Bismarck telah menunggu
masa yang sesuai dalam operasi penyatuan dan dasar luar Bismarck yang halus dalam
menguasai negeri-negeri Jerman serta Bismarck juga dengan mudah telah
mengishtiharkan kerana mendapat sokongan ketenteraan dan Raja William I.

15 L.C.B Seaman, From Vienna to Versailles, Methuen & CO LTD, Great Britain,1955, Hlm.
98.

16 Alan Palmer, Bismarck,Weidenfeld and Nicolson,London, 1976, Hlm . 90.

Peristiwa ini bermula apabila berlaku pergolakan di daerah Schleswig-Holstein akibat


daripada kebangkitan semangat kebangsaan disebabkan daripada revolusi-revolusi 1848.17
Ekoran daripada itu, telah membawa kepada Perjanjian London 1852 yang telah
ditandatangani oleh kuasa-kuasa besar Eropah yang terdiri daripada Rusia, Austria, Prusia,
Perancis, Britain, Denmark, dan Sweden. Semasa tahun 1863, Raja Denmark yang baru
dilantik telah meletakkan daerah ini di bawah kuasanya dan hasrat ini juga hasrat rakyat
Denmark.
Apa yang dilihat oleh Bismarck ialah apabila pihak kerajaan Denmark terpaksa
memasukkan wilayah Schleswig- holstein di bawah kekuasaan Denmark adalah
usaha kerajaan Denmark untuk memenuhi aspirasi rakyatnya terhadap kawasan
tersebut18
Hasrat yang dinyatakan oleh Raja Denmark telah mengejutkan Jerman. Isu ini amat sensitif
kerana Schleswig-holstein mempunyai minoriti bangsa Jerman yang ramai jumlahnya. 19
Selain itu, isu ini juga akan menjadi ancaman kepada usaha penyatuan Jerman dan pasti akan
menimbulkan rasa marah orang-orang Jerman terhadap Denmark.

Pada masa itu juga

terdapat seorang pesaing kepada raja baru Denmark yang ingin merebut takhta. Oleh itu,
Bismarck telah mengambil kesempatan ini memanipulasi serta mengeksploitasi keadaan
tersebut. Pada waktu ini, kita dapat keberkesanan dasar realpolitik Bismarck dalam
mengeksploitasi keadaan untuk kepentingannya. Bismarck telah mengatur strategi dengan
mendapatkan persetujuan dari Diet dan Austria untuk melakukan serangan terhadap Denmark
dengan tentera berikat Prusia-Austria. Bismarck sebenarnya tidak memandang ringan
kemampuan Denmark kerana juga merupakan negara yang kuat sungguhpun tidak sehebat
kuasa Eropah yang lain yang lebih menonjol dalam soal penaklukan.20 Langkah yang difikir
oleh Bismarck ialah cuba mendapat sekutu bagi melawan Denmark. Hasil daripada kejayaan
Bismarck yang menggunakan dasar realpolitik menunjukkan keberkesanannya apabila
17 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 108.
18
19Ibid,.Hlm.109.

20 Koch, A history of Prussian, London, longman Group Limited,1978. Hlm .255-256.

Bismarck telah memaksa Denmark menyerah kalah dan pada 30 oktober 1864, perjanjian
Perdamaian Vienna telah ditandatangani. 21Kesan daripada perdamaian Vienna menyebabkan
Schleswig- holstein telah diserahkan oleh Denmark kepada pihak Prusia dan Austria.22
Peperangan dan perdamaian ini telah memansuhkan Perjanjian London 1852 yang
pernah diiktiraf oleh kuasa-kuasa besar di Eropah. Kesan daripada peristiwa ini juga telah
menyebabkan penimbangan kuasa di Eropah turut berubah. Hal ini kerana, terdapat kuasa
lain yang kurang setuju dengan perkembangan yang berlaku ini kerana mereka terikat dengan
hal masing-masing untuk bertindak balas secara terus. Rusia pula mengamalkan dasar
berkecuali kerana tahun sebelumnya Prusia telah berjanji untuk membantu Rusia jika bangsa
Pole yang berada di bawah pemerintahan Rusia memberontak kerana bimbang Britain dan
Perancis membantu pemberontakan bangsa Pole di Rusia. Hal ini telah mencerminkan sikap
pentingkan diri sendiri Rusia dan tiada kesepakatan di antara kuasa-kuasa besar Eropah. Di
sudut lain pula memperlihatkan keberkesanan dasar realpolitik Bismarck mencapai kejayaan
dan berjaya dalam menjalankan strategi untuk menakluk Daerah Schleswig-Holstein.
Tindakan Bismarck menunjukkan bukan sahaja sikapnya nekad serta keghairahannya
memperjuangkan kepentingan Jerman tetapi turut berupaya memanipulasi keadaan politik
yang rapuh dalam kalangan kuasa-kuasa besar Eropah pada masa itu. Bismarck telah
menggunakan kesempatan melalui pergolakan politik yang berlaku di Eropah pada ketika itu.
Bismarck juga menggunakan pemikiran ala Machiavelli melalui tindak-tanduk yang
dilakukannya iaitu selagi ada kesempatan, Bismarck akan sedaya upaya menggunakan
peluang yang ada untuk kepentingan Jerman. Hal ini jelas dapat dinilai bahawa melalui
penaklukan daerah Schleswig-Holstein telah menunjukkan keberkesanan dasar realpolitik
Bismarck berjaya.

3.2 Perang Prusia-Austria


21 Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm .196.

22 Eyck, Bismarck And The German Empire, George Allen and Urwin Book L.t.d,
London,1958, Hlm .89.

10

Melalui Perang Prusia- Austria juga dapat menilai keberkesanan dasar realpolitik Bismarck
selepas berlakunya penaklukan daerah Schleswig-Holstein. Walaupun Prusia dan Austria
bersepakat dalam memerangi Schleswig- Holstein tetapi kesefahaman ini kekal lama apabila
berlaku perselisihan faham dalam urusan pemerintahan daerah Schleswig-Holstein.
Permasalahan tersebut telah diselesaikan melalui konvensi Gastein. Melalui konvensi Gastein
suatu pembahagian telah dilakukan iaitu Holstein di bawah Austria dan Schleswing di bawah
kuasa Prusia. Tapi isu masih lagi timbul sehinggalah isu ini dibawa ke dalam diet bagi
konfederasi Jerman di Frannkfurt.23
[...] Schleswig would provisionally be assigned to Prusia, Holstein to Austria24
Pada masa rundingan Gastein lagi, Bismarck telah melaksanakan dasar realpolitiknya apabila
cuba mendapatkan persetujuan Itali dan Perancis untuk membentuk pakatan sulit bagi
menentang Austria. Walaupun awalnya gagal tetapi Bismarck tidak mengaku kalah apabila
pada tahun berikutnya, Bismarck telah mendapatkan persetujuan daripada raja Prusia untuk
mengadakan pakatan sulit dengan Itali. Bismarck meramalkan bahawa peperangan PrusiaAustria adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ketua-ketua tentera memihak kepada
Bismarck dan raja. Namun, putera Mahkota Prusia tidak bersetuju dengan rancangan
Bismarck. Pada bulan mac 1866, seorang wakil Itali datang ke Berlin dan menyebabkan
termaktub perjanjian sulit di antara Prusia dan Itali. Dalam perjanjian tersebut, Prusia tidak
terikat untuk melakukan perang terhadap Austria

tetapi

Itali terpaksa mengikuti jejak

langkah Prusia sekiranya Prusia berperang dengan Austria. Namun, sekiranya Prusia tidak
melancarkan peperangan dalam masa tiga bulan, syarat Itali untuk mengikuti Prusia
berperang akan dimansuhkan.25 Bismarck telah menggunakan segala kemahiran politiknya
kerana hendak menetapkan bahawa apabila timbul konflik terakhir antara Prusia dengan
Jerman, Austria tetap tanpa sekutu.26
23 Koch, History of Prussia, A longman Paperback L.t.d, London, 1978,Hlm. 257.

24 Alan Palmer, Bismarck,Weidenfeld and Nicolson,London, 1976, Hlm . 104.

25 Eyck, Bismarck And The German Empire, George Allan and Urwin Book L.td,
London,1959, Hlm. 123.

11

Bismarck cuba untuk melakukan provokasi ke atas pihak Austria dengan membawa
masuk tentera Prusia ke Holstein agar pihak Austria akan membina peperangan dengan Prusia
tetapi pihak Austria di Holstein di bawah pimpinan Koblenz tidak membalas dengan kekuatan
senjata sebaliknya hanya mengiringi semula tentera Prusia keluar dari Holstein secara damai.
Hal ini menyebabkan Bismarck kecewa kerana beliau berharap melalui peristiwa ini pihak
Austria melancarkan peperangan dan memudahkan Prusia untuk berperang kerana bulan
tersebut ( bulan Jun 1866) adalah bulan terakhir bagi perjanjian Sulit Itali-Prusia. Bismarck
bimbang jika perang tidak disegerakan akan menyebabkan masalah lain timbul iaitu Prusia
tidak akan ada sekutu yang sesuai dan menyukarkan penentangan terhadap Austria. Bismarck
merupakan seorang pemimpin yang bijak dan licik, apabila pihak Austria membawa hal ini
di diet di Frankfurt pada 14 Jun 1866 sebagai tanda bantahan terhadap peristiwa tersebut.
Bismarck sengaja mengarah wakil Prusia di Frankfurt untuk mengisytiharkan bahawa
tindakan negeri-negeri lain tentang isu ini adalah bertentangan dengan semangat konfederasi
Jerman kerana negeri-negeri Jerman dianggap sebagai tidak memenuhi semangat konfederasi
Jerman. Tujuan Bismarck adalah untuk memastikan negeri-negeri Jerman di Utara dan
Austria berasa

tercabar dan membawa mereka kepada perang dengan Austria. 27 Kesan

daripada tindakan Bismarck telah memberi kejayaan kepada Prusia apabila Bismarck bukan
sahaja dapat menyingkirkan Austria tetapi berjaya membawa negeri-negeri utara di Jerman ke
dalam penyatuan Jerman di bawah Prusia. Oleh itu, terbukti keberkesanan dasar realpolitik
Bismarck sebagai senjata terhadap dasar Bismarck berjaya melalui perang Prusia-Austria dan
mencapai kejayaan

kerana selepas kemenangan di Sadowa,28 Prusia berjaya singkirkan

26 Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah
Othman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm .198.
27 H. Hearder, Europe in the nineteenth century 1830-1880, Longman Group Limited,
London, 1970, Hlm . 151.

28 Semasa peperangan berlaku, Bismarck telah memastikan tiada kuasa besar yang
campur tangan. Hal ini telah memberi peluang kepada Moltke untuk mengirimkan
tentera sebanyak tiga ketumbukan menerusi laluan gunung yang berasingan dan
bertemu di tanah datar Bohemia lalu menyerang tentera Austria di Sadowa. Peralatan
peperangan ( senapang) Prusia jauh lebih baik dari tentera Austria. Paul Kennedy,
Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar, Pen.tej Mohd. Nor Long, Mohamed Diah
Isa & Abdul Razak Ator, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, Hlm 245

12

Austria dari persekutuan Jerman dan muncul sebagai kuasa utama di Jerman Utara. 29 Pada
bulan Oktober 1866, Pihak Austria/ Habsburg terpaksa menyerah Venetia dan berundur
daripada sebarang kepentingan di Jerman.30
Dari peristiwa Prusia-Austria telah memperlihatkan bahawa bismarck telah
menggunakan dasar realpolitik sebagai senjata untuk mencapai matlamatnya.

Daripada

konsep matlamat menghalalkan cara telah di aplikasi oleh Bismarck dibuktikan apabila
peruntukan perjanjian sulit yang dilakukan oleh Bismarck merupakan sesuatu yang tidak
wajar kerana telah melanggar semangat dan fasal perlembagaan persekutuan Jerman yang
melarang mana-mana ahlinya mengadakan pakatan dengan kuasa asing bagi tujuan
menentang mana-mana ahli persekutuan yang lain.31 Oleh itu, Bismarck telah berjaya untuk
melanggar tradisi persekutuan yang berusia lima puluh tahun ini. Melalui pakatan sulit juga
membuktikan

bahawa

Bismarck

telah

menggunakan

kebijaksanaannya

dengan

memperalatkan Itali agar menyertai perikatan dengan menawarkan perkara yang


menguntungkan kepada pihak Itali iaitu Wilayah Venetia dan Bismarck telah menunaikan
janjinya. Melalui dasar realpolitik yang diterapkan juga menyebabkan Bismarck
memutarbelitkan keadaan dan mengakibatkan kedua-dua pihak bermusuhan.
[...] Bismarck patut berbangga dengan kejayaannya mempengaruhi raja Prusia
dan merupakan kejayaan penuh dasarnya32
Bismarck juga menyebabkan pengkhianatan terhadap sekutu lamanya iaitu Austria dan
falsafah politik Bismarck sangat sesuai dengan cara beliau mengendalikan Austria dan ini
29Kejayaan ini disebabkan kesan daripada reformasi ketenteraan oleh pentadbiran
Bismarck yang membangunkan teknologi ketenteraan Prusia sehingga mewujudkan
kekuatan tentera Prusia berbanding musuh di medan peperangan. Koch, History Of
Prusia, ALongman paperback Ltd, London, 1978,Hlm .260.

30 Paul Kennedy, Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar, Pen.tej Mohd. Nor
Long, Mohamed Diah Isa & Abdul Razak Ator, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1994, Hlm .246.

31 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .109-110.

32 Ibid, Hlm .110.

13

juga faktor keperibadian Bismarck yang mewujudkan penyatuan Jerman itu sendiri. 33 Tetapi
juga menjadi bukti bahawa Bismarck amat bijak memanfaatkan suasana serta menggunakan
masalah sebagai alat yang berkesan dalam menyatukan Jerman serta memahami kehendak
musuh Austria iaitu Itali.
Selain itu, keberkesanan dasar realpolitik Bismarck sememangnya mendatangkan
kebaikan kepada Jerman tetapi juga memberikan impak yang tragis kepada kuasa-kuasa
Eropah yang lain yang bertelagah disebabkan tindakan Bismarck .Apa yang dapat
dirumuskan ialah melalui peristiwa ini sememangnya menunjukkan keberkesanan dasar
realpolitik Bismarck sebagai senjata terhadap dasar Bismarck sehingga berjaya membawa
Prusia untuk memimpin sebuah negara Jerman bersatu sendiri.

3.3 Peperangan dengan Perancis.


Selain daripada isu Penaklukan Daerah Schleswig-Holstein dan Perang Prusia-Austria,
keberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga dapat dilihat sewaktu peperangan dengan
Perancis. Perang ini adalah rentetan daripada fasa-fasa penyatuan oleh Jerman. Bismarck
sedang menumpukan usaha untuk menguasai negeri-negeri selatan Jerman seperti Bayern,
Batavia34, dan negeri lain-lain ke dalam Persekutuan empayar Jerman sebelum bermula
pertelingkahan dengan Perancis.

35

Dasar realpolitik Machiavelli ini telah diterapkan lagi

dalam pembentukan Konfederasi Jerman Utara yang mendatangkan kekhuatiran bukan sahaja
kepada pihak Empayar Austria-Hungary tetapi juga ke pihak Perancis.36
33 Tenbrock, A history Of German,Longman, Greens And Co L.td, London,1968, Hlm .205.

34Di Batavia, parti anti Prusia telah memenangi dalam piliharaya negeri tersebut dan hal
ini telah membimbangkan Bismarck kerana dianggap menjadi penghalang kepada
penyatuan Jerman.

35 Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah & Zaidah Othman,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, Hlm .202.

36 Otto Pelanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period of


Unification,1815-1871.Princeton University Press, New Jersey,1963.hal.373.

14

Kebimbangan melanda Perancis dengan perimbangan kuasa yang baru. Melihat kepada
kebimbangan Perancis ini, sekali lagi Bismarck mencelah dan menyuruh pihak Perancis
mengemukakan hajatnya untuk menambahkan daerah kuasanya secara bertulis. Perancis
bersetuju dengan cadangan Bismarck. Namun, apa yang berlaku adalah, Bismarck telah
mendedahkan surat tersebut kepada akhbar sehingga Perancis digambarkan sebagai satu
Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah takluknya.37 Bismarck sebenarnya ingin
memastikan Perancis disisihkan serta Perancis dilihat sebagai pengancam kedaulatan Eropah.
Oleh itu, Bismarck berasa bangga kerana beliau telah mencapai matlamatnya apabila kuasakuasa Eropah mengetahui tindakan Perancis tersebut. Di samping itu, terdapat peristiwa yang
lain seperti krisis warisan takhta Sepanyol yang akhirnya tercetus peperangan di antara
Perancis dan Prusia pada tahun 1870.38
Jelaslah bahawa Bismarck telah merealisasikan dasar realpolitik dalam mencetuskan konflik
dalam Negara Perancis. Bismarck berjaya membuatkan kuasa-kuasa Eropah lain melihat
Perancis sebagai Negara yang agresif yang ingin meluaskan daerah taklukannya. Jika
dianalisis, Bismarck sendiri yang mencadangkan kepada Perancis untuk meluaskan daerah
taklukan. Apabila Perancis menurut cadangan Bismarck, Bismarck telah memanipulasikan
keadaan tersebut dan melabelkan Perancis sebuah Negara yang agresif. Oleh itu, kuasa
Eropah yang lain mempunyai satu pandangan di mana, mereka akan mengelakkan diri untuk
menjalinkan kerjasama dengan Perancis. Bismarck seperti menikam belakang Perancis
kerana Perancis hanya menurut tuntutan Bismarck. Bagi Bismarck juga, tindakan ini
merupakan cara yang terbaik agar Perancis tidak berada dalam kelima-lima kuasa kuat
Eropah tersebut. Jika dilihat dengan jelas, peperangan antara Prusia dan Perancis tersebut
hanya disebabkan oleh sepucuk surat sahaja.
Perang antara Prusia dan Perancis berlangsung dengan lama namun pada akhirnya
Perancis telah kalah. Gencatan senjata telah diadakan pada 28 Januari 1871 dan Perjanjian
37 Surat yang didedah oleh Bismarck di surat khabar Jerman dan Perancis pada 10 Julai
1870.

38 Isu pewarisan takhta sepanyol timbul semasa berlaku revolusi di Sepanyol yang
menyebabkan Maharani Sepanyol telah digulingkan oleh parti politik Sepanyol untuk
digantikan dengan Leapord of Hollenzellern dan Bismarck telah mengaplikasi dasar real
politiknya dengan cara memujuk Leapord untuk menaiki takhta di Sepanyol dan
bertujuan untuk menjadikan sepanyol sebagai sekutu baru Prusia dan boleh
berkerjasama dengan Prusia jika Perancis serang Prusia.

15

Frankfurt ditandatangani pada 10 Mei.39 Perancis telah menyerah daerah Alasce dan Lorraine
kepada Jerman dan membayar ganti rugi sebanyak lima billion franc (200 juta pound
sterling) kepada Jerman. Bismarck akhirnya berjaya menyatukan Jerman setelah beberapa siri
peperangan berlaku. Bismarck menyatakan,
[...]without me, three great wars would not had happened and 80,000 men
could not have perished.40
Oleh itu, penyatuan Jerman ini merupakan usaha Bismarck dengan menggunakan dasar
realpolitik untuk mengatur strateginya. Konfederasi Jerman yang baru telah diisytiharkan
pada 18 September 1871 di Versailes. Raja Prusia iaitu William I telah dilantik sebagai
Maharaja kerana khuatir bidang kuasanya di Prusia akan berkurangan.

Bismarck pula

menjadi Canselor Reich41 ketika itu. Kuasa di dalam Kemaharajaan Jerman, atau Reich nyata
terletak pada Prusia dan kuasa di Prusia berada pada tangan Bismarck. Maka, dalam tempoh
pemerintahan Bismarck, ia dikenali sebagai zaman Bismarck. Daripada analisis daripada
peristiwa peperangan dengan Perancis membuktikan Bismarck telah bertanggungjawab
dengan penyatuan Jerman serta terbukti apabila Bismarck telah berjaya menggunakan dasar
realpolitik dalam menyatukan Jerman dengan menggunakan penipuan dan pemalsuan
dokumen dalam menjalankan misinya.

39 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm.164.

40 Erick Eyck,Bismarck and The German Empire,Unwin University


Books,London,1968,Hlm.174.

41 Reich merupakan badan parlimen yang terdapat di Prusia. Dalam parlimen tersebut,
terdapat dua dewan iaitu dewan rakyat (Reighstag) manakala dewan Negara
(Bundesrat).

16

The German Empire in 1871

17

4.0 KEBERKESANAN DASAR REALPOLITIK OTTA VON BISMARCK DALAM


PEMERINTAHAN DI FASA KEDUA : 1871-1890

Matlamat Bismarck dasar dalam dan luar negara semasa fasa kedua ialah memperkukuhkan
empayar Jerman.42 Beliau telah menjadikan monarki Prusia sebagai akar tunjang kepada
dasar yang digubal dan menjadi tulang belakang kepada empayar Jerman. Empayar Jerman
yang kukuh akan mampu mengawal segala kegiatan diplomasi di Eropah. Dalam
melaksanakan segala dasar, Bismark akan memegang teraju sebagai pengarah utama dan
kuasa-kuasa besar Eropah seperti Rusia, Britain, Perancis dan Austria-Hungary perlu diawasi
dan dikemudikan Bismarck . Namun begitu, Jerman diyakini merupakan kuasa yang lagi
besar dan Bismarck menyatakan bahawa Jerman akan menjadi sebuah Negara yang
digeruni.43
After 1871 the achievement was of a somewhat different character. Bismarck
survived, and so did the empire44
DASAR DALAM
4.1 Dasar dalam pengukuhan Kuasa di Reich
Keberkesanan dasar realpolitik juga boleh dinilai melalui pengukuhan kuasanya dalam Reich
iaitu semasa Bismarck memegang teraju utama dalam Reich. Untuk mengukuhkan lagi
kedudukan kuasanya dalam Reich , Bismarck telah melaksanakan pelbagai dasar. Dalam
dasar realpolitik sendiri ada dinyatakan bahawa matlamat utama politik ialah
pencapaian dan pengekalan kuasa; segala yang lain adalah sampingan.
Oleh itu, pengetahuan kepimpinan Bismarck dapat dilihat melalui cara
Bismarck menyusun pembahagian suara dan kuasa dalam diet. Untuk
menyusun langkah dalam pentadbiran agar lebih mantap, Bismarck telah
membuat pembahagian suara dan kuasa Dewan Rakyat menjadi terhad
42 E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.Britain.1969.Hlm.85.

43 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm.129.

44 W.N.Melicott, Bismarck and modern Germany, The English Universities Press


LTD, London, 1965, Hlm 178.

18

iaitu undang-undang yang digubal oleh dewan rakyat ( Reichstag) harus


disahkan oleh dewan negara (Bundesrat ).
Diet mempunyai dua dewan iaitu dewan rakyat (Reichstag) dan
dewan negara (Bundesrat).45Dewan Rakyat hanya mempunyai kuasa
untuk mengubal undang-undang, menolak rang undang-undang, menolak
peruntukan

belanjawan

tetapi

tidak

berkuasa

untuk mempengaruhi dasar kerajaan. Misalnya, Dewan rakyat hanya


boleh menyekat kelulusan belanjawan negara apabila tidak bersetuju
dengan sesuatu dasar tetapi dewan negara yang lebih berkuasa kerana
boleh mengesahkan undang-undang yang digubal oleh Dewan Rakyat.
Di dewan negara pula kuasa dan pengaruh seolah-olah dibolot oleh
Prusia.

Kewujudan Dewan Negara hanyalah sebagai topeng kepada

pemerintahan Prusia terhadap Empayar dan dewan negara bukanlah satu


institusi daripada parlimen tetapi satu perhimpunan para Duta.46
Dasar realpolitik Bismarck juga dapat dilihat apabila beliau sedaya upaya
cuba melumpuhkan tentangan terhadapnya yang datang dari pihak parti
pembangkang di dewan rakyat (Reichstag) yang terdiri daripada Parti
Liberal Kebangsaan, Parti Tengah Katolik, Parti Progresif, dan Parti Sosial
Demokratik. Bismarck telah mengaplikasikan dasar realpolitik demi
mencapai matlamat melalui kuasa dan cara-caranya yang pelbagai rupa.
Bismarck telah mengamalkan pujukan, penentangan secara terangterangan serta pelaksanaan dasar-dasar yang boleh menyaingi atau yang
lebih baik daripada parti lawan dalam usaha untuk menjejaskan pengaruh
parti-parti ini. Dalam setiap dasar yang diamalkan oleh Bismarck adalah
untuk kepentingan matlamatnya. Contohnya, demi menjaga hati golongan
bangsawan dan tentera di Prusia,

Bismarck telah mengetepikan kelas

menengah dan bawahan Negara. Bagi Bismarck, golongan bangsawan


dan tentera menjadi tunjang kepada kejayaan di Prusia. Sungguhpun
45
46 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 114.

19

begitu,

Demi

kepentingannya

memenuhi cita-cita

juga

Bismarck

sedaya

upaya

untuk

golongan menengah agar mereka memberikan

ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi.


Jelaslah, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik sebagai
senjata untuk mengukuhkan kuasanya di Reich. Terdapat parti-parti yang
menentangnya tetapi Bismarck sedaya upaya menangkis serangan
tersebut. Pada penilaian penulis, Dasar realpolitik yang digunakan oleh
Bismarck

memang

Bismarck

juga

berkesan

perlu

menjaga

untuk

mencapai

kebajikan

matlamatnya

rakyatnya

tanpa

tetapi

mengira

kedudukan dan darjat seseorang.

4.2 Dasar dalam Undang-undang Tentera dan Kulturkampf


Keberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga dapat dilihat dan dinilai
melalui dasar dalam undang-undang tentera dan Kulturkampf. Undangundang tentera adalah rang undang-undang yang telah dibentangkan
oleh Bismarck bagi mendapatkan kelulusan daripada dewan rakyat
(Reichstag). Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik melalui rang
undang-undang yang dibuat kerana hanya mementingkan kejayaan dalam
matlamat beliau. Oleh itu, rang undang-undang
menghapuskan pengaruh

dibuat adalah untuk

Dewan Rakyat (Reichstag) ke atas hal ehwal

tentera buat selama-lamanya.47 Dalam undang-undang ini, ia telah


menyatakan bahawa jumlah tentera haruslah melebihi 400,000 dan
mencadangkan jumlah tentera harus dipadankan dengan jumlah rakyat
Jerman. Puak Liberal kebangsaan tidak bersetuju pada awalnya. Oleh itu,
Bismarck juga telah mengugut untuk mengadakan pilihan raya setelah
jawatankuasa di Dewan Rakyat ( Reichstag) di bawah puak liberal
berhaluan kiri menentang rang undang-undang ini. 48 Tindakan Bismarck
yang mengugut untuk mengadakan pilihan raya menyebabkan puak
47 E.J Passant , Short History of Germany 1815-1945, Cambridge University Press, London, 1969, Hlm. 89.

20

liberal bersetuju dan menerima penetapan jumlah tentera dalam tempoh


tujuh tahun sahaja. Hal ini memberi kesan kepada kuasa dewan rakyat (
Reichstag) apabila pemansuhan hak mutlak diet dalam menentukan
belanjawan dan jumlah tentera kerana diet di Jerman bertukar setiap tiga
tahun sekali. Akhirnya melalui dasar realpolitik menyebabkan Bismarck
berjaya mencapai matlamatnya iaitu semua parti Liberal Kebangsaan
bersetuju dengan rang undang-undang ini sebagai dasar kerajaan untuk
cuba untuk mendapatkan faedah dari Bismarck sebagai balasan.
Seterusnya, melalui dasar Kulturkampf49 juga kita dapat menilai dasar
keberkesanan realpolitik Bismarck. Dasar ini bertujuan untuk memerangi
pengaruh mazhab katolik. Oleh itu, Parti yang menjadi sasaran Bismarck
ialah Parti Tengah Katolik. Bismarck telah memansuhkan bahagian Katolik
yang terdapat dalam Kementerian Hal Ehwal Agama dan Pelajaran kerana
menganggap bahagian tersebut telah dipergunakan oleh pihak gereja
untuk mempengaruhi pentadbiran kerajaan.50 Pada bulan Mac 1872, pengawasan
sekolah-sekolah oleh pihak gereja telah dihapuskan. Berdasarkan amalan realpolitik yang
mementingkan matlamat dan kejayaan menyebabkan Bismarck akan melakukan sesuatu jika
boleh menghalang matlamatnya. Oleh itu, Bismarck tidak menyenangi pentadbiran sekolah
dan gereja di bawah urusan negeri dan bukannya urusan pusat. Bagi Bismarck keadaan ini
menghalang beliau mengawasi golongan agama yang tidak bersetuju dengan dasarnya. Jadi,
Bismarck telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan gereja dan telah mendatangkan
ketidakpuasan hati dalam kalangan golongan Konservatif. Di samping itu, berlaku beberapa
48 Tindakan Bismarck mengugut untuk mengadakan pilihanraya baru telah
menyebabkan puak liberal tukar fikiran kerana puak liberal adalah sebuah parti yang
dipilih oleh rakyat dan apabila membuat pilihan raya baru mereka perlu menghadapinya
dan pihak liberal sebenarnya tidak berani menghadapi pilihan raya baru dan khuatir
untuk berdepan dengan rakyat sekali sebagai penentang Bismarck.

49 Dasar Kulturkampf berkaitan dengan aspek kebudayaan atau perang budaya yang dianjurkan untuk
membebaskan soal politik dan pentadbiran negara dari pengaruh dan kawalan agama. Pengaruh agama dilihat
begitu berpengaruh dalam politik dan pentadbiran negara. Maka, dasar ini diperkenalkan untuk menyingkirkan
pengaruh agama dalam politik dan pentadbiran negara yang boleh membantutkan polisi kenegaraan yang
dirangka. Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa
dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .119.

50 E.J.Passant.Short History of Germany 1815-1945.Cambridge University Press.London.1969.Hlm.89.

21

pertelagahan antara Bismarck dengan golongan Katolik ini dan akhirnya digubal siri undangundang yang dikenali nama Undang-undang Mei 1873. Perkara utama dalam undang-undang
tersebut adalah memindahkan kekuasaan Paus dalam soal kehakiman dan disiplin ke atas
golongan Katolik kepada pihak kerajaan. Begitu juga, pada 5 Februari 1875 pihak Paus di
Rom mengisytiharkan segala perundangan mengenai agama Katolik di Jerman sebagai tidak
sah. Kerajaan telah menyekat segala bentuk bantuan yang disalurkan kepada gereja sehingga
para biskop bersedia untuk menerima undang-undang kerajaan.51
Kesimpulan kecil yang dapat dilihat melalui dasar ketenteraan ialah Bismarck mahu agar
jumlah tentera ditambah. Dasar ketenteraan yang dibuat oleh Bismarck merupakan salah satu
strategi Bismarck untuk menjaga keamanan Jerman daripada serangan kuasa luar. Dasar
realpolitik telah digunakan oleh Bismarck untuk mencapai setiap matlamatnya dan
pengaplikasian dasar realpolitik dalam undang-undang ketenteraan dilihat berkesan sehingga
rang undang-undang tentera yang dibuat oleh Bismarck dipersetujui oleh semua parti
Liberal Kebangsaan dan dijadikan sebagai dasar kerajaan. Melalui dasar
Kulturkampf pula, Bismarck dan puak liberal mahukan soal politik dan pentadbiran
Negara bebas dari pengaruh dan kawalan agama.52 Pendirian mereka ini sebenarnya rentetan
daripada arus sekularisme yang sudah tercetus semasa Revolusi Perancis. Namun, tidak
berjaya kerana telah gagal untuk tundukkan golongan katolik melalui dasar Kulturkampf.
Menurut Bismarck, dia tidak melihat kegagalannya sebagai sesuatu yang menandakan
kelemahan prinsipnya dan kekuatan pihak lawan tetapi disebabkan oleh kelemahan strategi
dalam pelaksanaan dasarnya.
4.3 Dasar dalam Tarif dan Undang-undang Anti-sosialis
Dasar realpolitik Bismarck juga dapat dinilai melalui dasar Tarif dan Undang-undang Antisosialis. Para liberal telah gagal dalam memanfaatkan kesepakatan mereka dengan Bismarck
dalam kes dasar Tarif bebas. Bismarck telah mengamalkan dasar ekonomi bebas sebelum
tahun 1877. Namun, dasar yang diamalkan oleh Bismarck tidak disukai oleh golongan tuan
tanah dan para industrialis yang mengalami tekanan ekonomi akibat daripada saingan Negara
asing.

Golongan

bangsawan

Jerman

merupakan

pengeksport

utama

bijiran

dan

51 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .120.

52 William M.Sloane.1900.Bismarck as a Maker of Empire.Political Science Quantely. Vol.15(4d) :


647-666.

22

menguntungkan mereka. Pada tahun 1870-an, Jerman telah mengalami kekurangan bijiran
untuk keperluan dalam negeri sendiri.

53

Oleh itu, dasar ekonomi bebas telah dimansuhkan

dalam tahun 1870-an. Pemansuhan dasar ekonomi bebas telah melindungi industri di Jerman
daripada saingan barang import dan berjaya menstabilkan ekonomi Jerman. Sebelum dasar
ekonomi bebas dirombak, Bismarck telah menggunakan dasar realpolitik untuk mencapai
matlamatnya dengan cara bertemu dengan ketua Parti Liberal Kebangsaan, Rudolf von
Bennigsen dan menawarkan jawatan naib canselor dan menteri dalam kabinet Prusia. Motif
Bismarck ialah untuk memastikan golongan sayap kanan Parti Liberal Kebangsaan akan
menyokong dasar ekonomi tersebut. Tetapi jawatan yang ditawarkan kepada Bennigsen telah
dibatalkan kerana Bennigsen mahukan dua orang lagi rakannya dari sayap kiri Parti Liberal
Kebangsaan diberikan jawatan. Bismarck dilihat hanya bersedia bersekutu dengan Parti
Liberal Kebangsaan apabila perlu dan meninggalkan mereka apabila tidak perlu.
Pada tahun 1878, Bismarck telah membentangkan Rang Undang-undang Anti-Sosialis di
Reichstag dan ini menyebabkan Parti Liberal Kebangsaan membantah. Bismarck telah
menggunakan dasar realpolitiknya apabila telah menggunakan alasan daripada peristiwa 11
Mei 1878 untuk mengetengahkan undang-undang anti-sosialis ini.54 Rang undang-undang ini
telah ditolak apabila pertama kali dibentangkan di Reichstag kerana hanya parti Konservatif
yang memberi sokongan. Namun, Bismarck bukanlah seorang yang mudah berputus asa
sebaliknya Bismarck telah mengambil kesempatan daripada percubaan satu lagi percubaan
membunuh Raja William I untuk membubarkan diet dan mengadakan satu pilihan raya baru.
Kesan daripada pilihan raya umum yang dijalankan telah membuktikan kejayaan Bismarck
dalam mengaplikasikan dasar realpolitiknya apabila rang undang-undang Anti-Sosialis yang
dibentangkan buat kali kedua pada September 1878 oleh Bismarck telah berjaya diluluskan
dengan mudah. Keputusan pilihan raya yang telah diadakan menunjukkan Parti Liberal
Kebangsaan kehilangan 30 kerusi dan Parti Progresif 10 kerusi. Sebaliknya, Parti Konservatif
dan Konservatif bebas berjaya menambahkan bilangan kerusi dari 78 ke 115 kerusi. Pihak
kerajaan juga gagal mendapatkan suara majoriti di Reichstag kerana kerusi Parti Konservatif
53 Imanuel Geiss, Jerman Foreign Policy: 1871-1914, Routledge and kegan Paul,
London,1976, Hlm .9.

54 Peristiwanya ialah percubaan membunuh Raja William I oleh Hodel iaitu


pernah menjadi ahli Parti Demokratik Sosial dan Bismarck menuduh Parti
Demokratik Sosial perlu bertanggungjawab.

23

yang menyokongnya tidak melebihi jumlah kerusi parti lain. Namun, Kebanyakan calon Parti
Liberal Kebangsaan yang menang telah berjanji kepada para pengundi mereka untuk
menyokong Bismarck dalam tindakan antisosialisnya.55
Berdasarkan undang-undang ini, kerajaan boleh menyekat atau mengharamkan segala
persatuan, perjumpaan dan penerbitan Parti Demokratik Sosial, sosialis dan komunis. Begitu
juga, kerajaan boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah yang mengancam politik
Bismarck serta menarik balik lesen penerbit, pencetak dan pengedar yang ingkar. Rang
Undang-undang yang dibuat oleh Bismarck juga adalah untuk kepentingan matlamat beliau.
Hal ini kerana apabila undang-undang ini dilaksanakan, ia dikatakan berjaya menghapuskan
semua institusi Parti Demokratik Sosial yang mencakupi perusahaan persuratkhabaran,
percetakan dan kesatuan sekerja. Kesannya, terdapat 900 orang telah disingkirkan dari rumah
dan 1500 orang dipenjarakan dalam jangka masa 12 tahun undang-undang ini dilaksanakan.
Jelaslah, Dasar realpolitik Bismarck yang di aplikasi dalam Undang-undang Anti-Sosialis
menunjukkan keberkesanan dan berjaya .
DASAR LUAR.
4.4 Dasar pengasingan Perancis
Keberkesanan realpolitik Bismarck juga dilihat menerusi salah satu dasar luar Jerman iaitu
Pengasingan Perancis. Melalui pengasingan Perancis memperlihatkan kejayaan Jerman dan
mampu mengekalkan keamanannya di bawah pemerintahan Bismarck.
Bismarck mencorakkan dasar pengasingan Perancis kerana untuk mengelak Perancis
balas dendam terhadap Jerman. Hal ini disebabkan kemarahan Perancis terhadap Jerman
apabila daerah Alasce dan Lorraine telah dirampas oleh Jerman. Alasce dan Lorraine adalah
daerah yang telah ditadbir oleh Perancis selama lebih kurang dua abad. Bismarck merampas
dengan menggunakan cara kekerasan Alasce dan Lorraine adalah disebabkan soal ketenteraan
dan kedua-dua daerah tersebut amat penting bagi pertahanan Jerman untuk menghadapi
kemungkinan serangan yang akan datang dari Perancis terutama di bahagian Barat Laut
Jerman.56 Oleh itu, untuk menghadapi permasalahan ini, Bismarck telah melaksanakan satu
55 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan
Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985, Hlm .123.
56 Otto Pflanze.Bismarck and The Development of Germany: The Period Of Unification,1815-1871.Princeton
University Press.America., Hlm.477.

24

dasar untuk mengasingkan Perancis. Selepas tahun 1871, bismarck giat sekali berusaha
mengadakan pakatan dengan negara Eropah untuk mengelak Perancis membalas dendam
terhadap Jerman apabila Jerman terlibat di dalam peperangan dengan Negara lain. Hal ini
berkait rapat dengan akibat peperangan Perancis-Jerman .Jadi, Bismarck pula dengan licik
mula merapatkan Jerman dengan kuasa-kuasa besar Eropah yang lain yang mungkin akan
menjadi sekutu Perancis. Bismarck juga mahu kuasa-kuasa besar yang lain bersikap
berkecuali jika tercetusnya peperangan di antara Jerman dan Perancis. Sekiranya Perancis
menjadi sekutu Rusia, Bismarck akan mengalami kekalahan.
[...] jika terjalin ikatan perancis-Rusia maka Jerman mungkin terpaksa
berperang di dua pembatasan57
Dasar realpolitik Bismarck jelas menunjukkan Bismarck seorang yang bijak dalam mengatur
starategi agar mencapai matlamat dan merupakan suatu kepuasan baginya sekiranya
mencapai matlamat tersebut. Dalam situasi pengasingan Perancis jelas menunjukkan dasar
realpolitik telah di aplikasi oleh Bismarck dan menunjukkan berkesan dan berjaya.
4.5 Dasar luar terhadap Liga Tiga Maharaja
Keberkesanan dasar realpolitik Bismarck juga boleh dilihat menerusi dasar Luar Negara iaitu
Liga Tiga Maharaja. Liga tiga maharaja ini dikaitkan dengan konflik di antara Jerman
(Bismarck), Russia dan Austria- Hungary. Dalam konflik liga tiga maharaja ini, Bismarck
sebenarnya ingin mengelakkan keadaan yang akan memaksanya untuk memilih sama ada
berpihak kepada Russia atau Austria-Hungary.58 Hal ini kerana, sekiranya berlaku konflik dan
peperangan di antara Russia dan Austria-Hungary, secara tidak langsung ia akan memberi
kesan yang berlarutan terhadap kestabilan politik Jerman. Bagi mengatasi permasalahan
tersebut, Bismarck telah mengadakan dasar berbaik-baik semula dengan Austria-Hungary
yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi musuh kepada Jerman. Dasar berbaik-baik
dengan Austria-Hungary sebenarnya merupakan satu tindakan yang bijak dilakukan oleh

57 Qasim Ahmad.Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.Dewan Bahasa dan


Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm. 131.

58 Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976.Hlm.26.

25

Bismarck kerana sekiranya ditinjau dari dasar luar Jerman, ia jelas menguntungkan Jerman. 59
Dasar berbaik-baik ini menjamin agar Austria-Hungary tidak terlalu bersikap baik dengan
Perancis dan Britain sehingga ia boleh menjejaskan kepentingan Jerman. Rentetan daripada
dasar berbaik-baik yang dianjurkan oleh Bismarck ini, maka pada tahun 1873, lahirlah liga
tiga maharaja.
Perjanjian Liga Tiga Maharaja ini disertai oleh Russia, Austria-Hungary dan Jerman.
Perjanjian ini juga sebenarnya memberi kelebihan kepada Jerman kerana ia juga merupakan
rentetan daripada dasar pengasingan Perancis. Hal ini kerana, apabila Jerman, AustriaHungary dan Rusia bersekutu, maka Perancis pula akan kehilangan sekutu yang kuat. Dalam
perjanjian tersebut, ketiga-tiga maharaja ini akan bersatu padu untuk menghadapi ancaman
luar. Begitu juga, mereka bersetuju untuk berhubung di antara satu sama lain mengenai soal
Timur Dekat, yakni Balkans atau daerah di bawah naungan Empayar Turki pada ketika itu. Ia
tidak membayangkan suatu pengiktirafan kepada pemerintahan Jerman ke atas Alasce dan
Lorraine tetapi Bismarck melihat ia sebagai suatu tindakan yang ditujukan kepada Perancis.60
Walaupun begitu, Liga Tiga Maharaja ini tidak begitu mencapai matlamatnya kerana pada
akhirnya semasa Perancis menyerang Jerman, Perancis telah meminta bantuan daripada Rusia
dan Rusia serta Britain tidak begitu senang dengan pendirian Jerman yang memusuhi
Perancis. Hal ini menyebabkan Bismarck tawar hati dan ia seterusnya mengancam strategi
Bismarck untuk berada dalam kalangan tiga kuasa daripada lima kuasa besar Eropah yang
lain. Sungguhpun begitu, krisis ini tidak berlanjutan menjadi satu peperangan. Oleh itu, jika
dilihat kepada perjanjian Liga Tiga Maharaja ini, Bismarck sedaya upaya menjadikan Jerman
sebagai sebuah kuasa besar di Eropah. Dalam mencapai matlamat ini, sekali lagi dapat
menganalisis bahawa Bismarck berusaha untuk menyingkirkan Perancis dengan mengadakan
pakatan dengan Austria-Hungary dan Russia melalui dasar berbaik-baik dengan kedua-dua
Negara tersebut. Jika sebelum ini, hubungan Jerman dengan Austria-Hungary dan Russia
tidak baik tetapi disebabkan ingin menjaga kepentingan Jerman, Bismarck sanggup
mengadakan pakatan dengan mereka.

59Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976,Hlm.27.

60 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala


Lumpur,1985,Hlm.192.

26

Realitinya, Bismarck menerapkan dasar realpolitik dalam mengadakan perjanjian


Liga Tiga Maharaja tersebut walaupun pada penghujungnya, perjanjian itu adalah gagal.
Kesannya, Rusia dan Britain tidak bersetuju dengan pendirian Bismarck. Namun begitu,
nasib Bismarck agak baik kerana krisis di antara Perancis tersebut tidak berakhir dengan
peperangan. Nasib Bismarck seakan seperti telur di hujung tanduk kerana masih ada banyak
ancaman lain yang boleh menggugat kestabilan politik Jerman. Justeru, bagi Bismarck, dasar
realpolitik yang dianjurkan dalam dasar luar Negara Jerman sememangnya berkesan kerana
ia merupakan salah satu cara yang mutlak yang digunakan Bismarck untuk menjaga
kepentingan Jerman.
4.6 Dasar luar terhadap Krisis di Balkans
Bismarck sekali lagi menerapkan dasar realpolitik sebagai senjata dalam melaksanakan dasar
luarnya apabila Bismarck meneruskan keazamannya untuk mengekalkan keamanan di Eropah
melalui krisis di Balkans atau Timur Dekat. Dasar realpolitik yang digunakan oleh Bismarck
untuk krisis di Balkans tidak melibatkan peperangan, tipu helah, ataupun mengeksploitasi
sesuatu keadaan tetapi

bertujuan untuk menunjukkan bahawa Bismarck atau untuk

menjadikan dirinya dapat dilihat sebagai pemimpin yang peka terhadap permasalahan yang
berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah pada ketika itu. Justeru, apa yang kita boleh analisis di
sini adalah, Bismarck cuba menggunakan muslihat untuk menjadi sebagai seorang
penyelamat dalam menyelesaikan pertelagahan di antara Rusia, Austria-Hungary dan Britain
dalam soal mendapatkan daerah taklukan di Turki.
Peristiwa ini bermula pemerintahan di Turki menjadi goyah, kuasa-kuasa Eropah
tertarik untuk menjadi pengganti kepada Turki. Kuasa yang mempunyai kepentingan di
Balkans ialah Rusia, Austria-Hungary, dan Britain. Sementara itu, Bismarck telah menjadi
tuan rumah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara Rusia dan AustriaHungary. Hal ini kerana, setelah Rusia dapat menakluki Turki, Rusia mendapat daerah yang
lebih besar daripada Austria-Hungary.61
Tetapi apa yang memeranjatkan Austria-Hungary, keadaan sedemikian tidak berlaku
berdasarkan perjanjian yang dilakukan. Hal ini menyebabkan Austria-Hungary tidak berpuas
hati dan membawa kes ini ke dalam Kongres Berlin. Bagi Bismarck pula, keadaan ini
merupakan satu jalan untuk mengambil hati kuasa-kuasa Eropah yang sedang bertelagah ini.
61 Herbert L.Peacock. A History of Modern Europe:1789-1978.Heinemann
Educational Books Ltd.London. 1958.Hlm.194.

27

Semasa kongres tersebut, Bismarck telah membahagikan daerah-daerah peninggalan empayar


Turki tersebut sama rata kepada tiga kuasa yang hadir iaitu Russia, Austria-Hungary dan
Britain tanpa memperuntukkan mana-mana daerah tersebut kepada Jerman.
Walaupun Jerman tidak mendapat daerah Turki, tetapi apa yang ingin dicapai oleh
oleh Bismarck ialah hubungan yang baik antara ketiga-tiga negara tersebut iaitu Rusia,
Austria- Hungary, dan Britain.
Justeru, apa yang kita boleh analisa di sini adalah, Bismarck bertindak menjadi
sebagai seorang penyelamat dalam menyelesaikan pertelagahan di antara Russia, AustriaHungary dan Britain dalam soal mendapatkan daerah taklukan di Turki. Berdasarkan tindakan
yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau sebenarnya secara halus menerapkan dasar
realpolitik dalam tindakan tersebut. Hal ini kerana, apabila beliau bertindak sebagai seorang
pengaman dan berkecuali dalam krisis ini, secara tidak langsung. Bismarck dapat
mengekalkan kedaulatan dan pengaruh yang ada pada dirinya sebagai seorang pemimpin
yang disegani, bertanggungjawab, dan bertoleransi. Bismarck juga mengambil kesempatan
ini untuk menjadikan dirinya dapat dilihat sebagai pemimpin yang peka terhadap
permasalahan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah pada ketika itu. Ia juga dilihat
sebagai satu penghormatan kepada Bismarck kerana beliau berusaha untuk mengekalkan
keamanan di Eropah pada ketika itu dengan menjadi orang ketiga dan berkecuali dalam krisis
di Balkans. Walaupun Jerman tidak mendapat daerah pengaruh di Turki, namun apa yang
ingin dicapai oleh Bismarck adalah hubungan yang baik di antara ketiga-tiga Negara tersebut
iaitu Russia, Austria-Hungary dan Britain. Malah, menurut Eyck Bismarck sebenarnya tidak
peduli jika krisis Balkan berterusan. Hal ini kerana, Hubungan antara Negara yang Bismarck
penting kerana beliau ingin meletakkan Jerman sebagai salah satu kuasa Eropah yang
berpengaruh dan sentiasa aman. Maka, melalui krisis di Balkans Bismarck telah berjaya
menggunakan muslihatnya sebagai salah satu dasar realpolitiknya dan menunjukkan
keberkesanan.
4.7 Dasar luar terhadap Ikatan Dua dan Tiga Kuasa
Dasar realpolitik Bismarck juga boleh dilihat menerusi dasar ikatan dua dan tiga kuasa.
Melalui dasar luar negara ini telah berjaya mendatangkan kebaikan kestabilan politik dan
hubungan luar Jerman serta berkesan terhadap pentadbiran Jerman. Ikatan dua dan tiga kuasa
ini merupakan rentetan yang berlaku semasa Kongres Berlin di mana pada ketika itu
Bismarck menjadi tuan rumah dalam menyelesaikan pertikaian daerah pengaruh di antara

28

Russia, Austria-Hungary dan Britain.62 Setelah Kongres Berlin di adakan, Britain merasakan
bahawa Jerman merupakan kuasa eropah yang tamak. Russia pula tidak berpuas hati dengan
keputusan yang dikeluarkan dalam Kongres Berlin. Maharaja Russia iaitu Alexander II telah
meluahkan rasa tidak puas hati tersebut kepada Maharaja Jerman, Raja William I. Walaupun
Bismarck mahu berbaik-baik dengan Rusia dan Austria-Hungary. Namun, Jerman sebenarnya
ingin memperbaiki hubungan persahabatan dengan Austria-Hungary.

In year 1879 was

begining of the special relationship between Germany and Austria. 63 Oleh itu, itu wujud satu
pakatan Anti-Russia di antara Jerman dan Austria-Hungary yang kemudiannya dikenali
sebagai Ikatan Dua kuasa, 1879.64 Ikatan dua kuasa ini merupakan satu perjanjian yang
mempunyai fasal-fasal sulit. Sebelum termeterai ikatan dua kuasa secara rasmi. Bismarck
perlu mendapatkan pengesahan daripada daripada maharaja Jerman iaitu Raja William I.
Bismarck telah menggunakan dasar realpolitiknya apabila telah mengugut Raja William I
untuk meletakkan jawatan beliau kerana awalnya Raja William I tidak mahu mengesahkan.
Hal ini menyebabkan Raja William I terpaksa mengesahkan. Namun begitu, fasal sulit AntiRusia ini akhirnya dapat dihidu oleh kuasa Eropah yang lain seterusnya boleh menyebabkan
Jerman diheret ke dalam kancah konflik antarabangsa dan kemungkinan akan berhadapan
dengan Rusia. Dalam menghadapi permasalahan ini, Bismarck telah mengatur strategi dan
membuat percaturan bahawa beliau ingin menarik Britain ke dalam Ikatan Dua Kuasa
tersebut.
Percaturan yang ingin dibuat oleh Bismarck dibatalkan kerana apabila Rusia menerusi
pengantaraan diplomatiknya ingin berbaik-baik dengan Jerman pada bulan September 1879.
Peristiwa ini menyebabkan Bismarck menarik balik strateginya untuk menarik Britain ke

62 W.N.Medlicott.Bismarck and Modern Germany. The English Universities


Press.Ltd.London.1965.Hlm.99.

63Peter Pulzer,Germany 1870-1945 politics, state Formation, and war, Oxford University
Press, New York, 1997, Hlm 43.

64Ikatan dua kuasa , tahun 1879 ialah satu perjanjian antara Jerman dan AustriaHungary untuk menentang Rusia. Perjanjian ini telah menyebabkan Jerman dan AunstriaHungary akan saling membantu jika salah seorang dari mereka akan diserang oleh
musuh. Qasim Ahmad,Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa
dan Pustaka,Kuala Lumpur,1985,Hlm .133.

29

dalam ikatan dua Kuasa. Sikap berbaik-baik Rusia terhadap Jerman tanpa mengira kewujudan
ikatan dua kuasa telah merintis ke arah pembaharuan Liga Tiga Maharaja pada 18 Jun 1881.65
Sementara itu, ikatan dua kuasa telah diperbesarkan menjadi ikatan Tiga kuasa pada tahun
1882 iaitu Itali menjadi ahli ketiga. Kemasukan Itali hingga membawa kepada ikatan tiga
kuasa adalah muslihat Bismarck dan mempunyai tujuan tertentu yang menunjukkan Bismarck
mengaplikasikan amalan realpolitik. Bagi Bismarck penyertaan Itali dalam Ikatan Tiga Kuasa
bertujuan untuk mengawasi kegiatan Itali dan menghalangnya dari cuba mencetuskan
peperangan yang akan merosakkan keamanan dan kestabilan Eropah. Apa yang penting bagi
Bismarck adalah, kestabilan politik di Eropah harus dikekalkan bagi kepentingan nasional
Bismarck sendiri. Apabila politik di Eropah stabil, maka ia juga memberi kelebihan kepada
Bismarck untuk mengadakan hubungan diplomatik yang baik di antara kuasa-kuasa Eropah
yang lain. Melalui tindakan yang dilakukan oleh Bismarck ini, beliau berusaha akan
menyingkirkan kuasa lain yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik Jerman dan
membantutkan matlamat Jerman untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki olehnya.
Contohnya,dalam dasar penyingkiran Perancis dan cubaan menyingkirkan Rusia tetapi
dibatalkan. Hal ini jelas menunjukkan, Bismarck telah berjaya menggunakan dasar realpolitik
dalam melaksanakan dasar luar Negara Jerman iaitu dapat dilihat menerusi ikatan dua dan
Tiga kuasa.
4.8 Dasar luar terhadap Perjanjian Insurans Berlapis
Seterusnya, dasar realpolitik Bismarck juga boleh dinilai menerusi perjanjian insurans
Berlapis. Bismarck masih meneruskan usaha untuk mengekalkan kestabilan politik di Eropah
semasa tahun 1887. Peristiwa ini berlaku apabila Maharaja Rusia enggan memperbaharui
Liga Tiga Maharaja yang sepatutnya diperbaharui pada tahun itu. 66 Namun, Bismarck tidak
mudah untuk berputus asa. Oleh itu, Liga Tiga Maharaja telah digantikan dengan Perjanjian
Insurans Berlapis dan ia telah ditandatangani oleh pihak Jerman dan Rusia pada 18 Jun
1887.67 Perjanjian ini berlaku di antara Rusia dan Jerman ini sebenarnya menghidupkan
65 Erich Eyck. Bismarck and The German Empire. Unwin University Books.London.1968.Hlm.188.

66 Imanuel Geiss.German Foreign Policy:1871-1914.Routledge and Kegal Paul.London.1976.Hlm..35.

67 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala


Lumpur,1985,Hlm. 134.

30

semula peruntukan yang terdapat di dalam Liga Tiga Maharaja, Cuma Austria-Hungary tidak
lagi termasuk dalam perjanjian ini. Apa yang menjadi pertikaian di sini adalah, Perjanjian
Insurans Berlapis ini sejajar atau tidak dengan peruntukan yang terdapat dalam Ikatan Dua
Kuasa dan Ikatan Tiga Kuasa.68 Hal ini kerana, dalam peruntukan tersebut, Jerman sepatutnya
membantu Austria-Hungary jika ia diserang oleh Rusia manakala dalam Perjanjian Insurans
Berlapis Jerman terpaksa meneruskan dasar berkecuali sekiranya Austria-Hungary yang
bersalah atau yang memulakan peperangan. Hal yang berlaku ini menunjukkan seolah-olah
Jerman berpaling tadah dari Austria-Hungary kerana Jerman telah menandatangani Perjanjian
Insurans Berlapis bersama Rusia.69 Jika dilihat kembali, dalam Ikatan Dua Kuasa, Jerman dan
Austria-Hungary telah bersekutu. Oleh itu, peruntukan yang terdapat dalam Ikatan Dua
Kuasa tersebut terhapus begitu sahaja disebabkan oleh tindakan Jerman yang berpaling tadah
dari Austria-Hungary. Oleh itu, berdasarkan tindakan yang diambil oleh Bismarck ini,ternyata
beliau akan menyebelahi pihak yang hanya akan mendatangkan kepentingan kepada beliau.
faedah yang jitu daripada ikatan Austria-Hungary dengan Jerman telah
dihapuskan oleh perjanjian insurans berlapis70
Kesimpulan kecil menunjukkan, segala perjanjian yang dilakukan oleh Bismarck dalam
dasar luarnya lebih kepada kepentingan Negara Jerman sendiri. Begitu juga, unsur yang dapat
kita lihat dalam siri-siri perjanjian yang dilakukan oleh Bismarck ternyata berupa sulit atau
rahsia dan dilakukan di antara Negara yang mempunyai kuasa yang kuat. Dalam siri
perjanjian tersebut, Jerman yang diwakili oleh Bismarck merupakan aktor utama manakala
Austria-Hungary, Russia dan Britain hanyalah watak sampingan sahaja dalam merealisasikan
matlamat Bismarck. Bismarck sering menyatakan bahawa beliau akan terus memburu
kestabilan politik di Eropah kerana beliau cuba menjaga kestabilan politik di Jerman dengan
membuat dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah yang dianggap oleh beliau cuba
mengancam Jerman. Sungguhpun begitu, ramai ahli sarjana berpendapat bahawa tindakan
Bismarck ini telah memulakan proses yang menjatuhkan kualiti diplomasi di Eropah dan

68Ibid.Hlm.136.

69 Qasim Ahmad,Eropah Moden:Aruspolitik dan Pemerintahan,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala


Lumpur,1985,Hlm .136.
70 Ibid,. Hlm .135.

31

menjadikan hubungan antarabangsa begitu penuh dengan keadaan yang syak wasangka. 71
Jelaslah, Bismarck telah menerapkan pendekatan realpolitik dalam dasar luar Negara, maka
tidak hairan jika Bismarck sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan beliau dan
Negara Jerman dan menerusi perjanjian insurans berlapis boleh dinilai dasar realpolitik
Bismarck .

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengaplikasian dan penerapan dasar realpolitik Bismarck sebagai senjata ke


atas dasar dalam dan luar negara dilihat mempunyai keberkesanan kerana telah berjaya
membawa kepada kejayaan dalam pemerintahannya. Dasar realpolitik yang dianjurkan oleh
Bismarck juga telah menyebabkan beliau digelar sebagai Canselor Besi dalam melaksanakan
dasar dalam dan luar negara Jerman. Kredibiliti Bismarck dengan sikapnya yang suka
mengeksploitasi sesuatu keadaan dan daripada kelemahan musuh-musuhnya telah
menyebabkan beliau berjaya dalam menyatukan Jerman dan berjaya membawa Jerman
sebagai sebuah negara yang kuat.
Bismarck juga telah berjaya menempah kejayaan sehingga beliau meletak jawatan pada tahun
1890. Namun selepas perletakkan jawatan, pentadbiran Jerman berada dalam keadaan yang
tidak stabil sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama. Oleh itu, penulis dapat menilai
bahawa dasar realpolitik Bismarck menunjukkan keberkesanan sebagai senjata dasar dalam
dan luar Jerman. Jerman di bawah kepimpinan Bismarck juga menunjukkan lebih teratur
dan berjalan lancar dengan dasar realpolitik beliau. Namun, selepas Bismarck meletakkan
Jawatan dan diambil alih oleh William II, keadaan Jerman berada dalam keadaan kucar-kacir.

71 Ibid,.Hlm. 137.

32

6.0 RUJUKAN.

Alan Palmer.1976. Bismarck. London: Weidenfeld and Nicolson.


E.J.Passant.

1969.

Short

History

of

Germany

1815-1945.

Britain:

Cambridge University
Press.
Eyck. 1958. Bismarck And The German Empire. London: George Allen and
Urwin Book
L.t.d.
Herbert L. Peacock. 1976. Sejarah Eropah Moden, Terj. Amri Hasbullah &
Zaidah Othman.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
H.Hearder.1966. Europe in the nineteeth century 1830-1880. London.:
Longman Group
Limited.
Imanuel Geiss. 1976. German Foreign Policy:1871-1891.London:Routledge
and Kegan Paul.
Otto Pflanze. 1971.

Bismarck and the development of Germany the

period of unification,
1815-1817. New Jersey: Princeton University Press.

33

Koch. 1978. A history of Prussian. London: Longman Group Limited.


L.C.B Seaman. 1955. From Vienna to Versailles. Great Britain: Methuen &
CO LTD.
Paul Kennedy. 1994. Kebangkitan dan kejatuhan kuasa-kuasa besar,
Pen.tej Mohd. Nor
Long, Mohamed Diah Isa & Abdul Razak Ator.

Kuala

Lumpur:

Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Peter Pulzer. 1997. Germany 1870-1945 politics, state Formation, and war.
New York:
Oxford University Press.
Qasim Ahmad. 1985. Eropah Moden:Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tenbrock. 1968.A history Of German,Longman. London: Greens And Co
Ltd.
W.N.Melicott. 1965. Bismarck and modern Germany. London:The English
Universities Press
LTD, London.

Jurnal
Hajo Holborn. 1990. Bismarcks Realpolitic, Journal of the History of Ideas.Vol.21
(1): 84-98

William M.Sloane.1900. Bismarck as a Maker of Empire. Political Science Quartely. Vol.15


(4) :647-666.

34

Anda mungkin juga menyukai