Anda di halaman 1dari 11

PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK KONSEP KENDIRI POSITIF

Oleh : Khairunmisa binti Jamil Khir.

Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role
model murid Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan
membentuk ciri personaliti yang berkeyakinan Iklim sekolah yang kondusif serta ada peluang
penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang
positif.
PENGARUH KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU INDIVIDU
Penerimaan atau penolakan diri. Penerimaan kendiri apabila seseorang itu berperasaan kasih sayang
dengan keluarga, rakan ataupun guru di sekolah.Perasaan yang dirasai akan membawanya menerima
dan menghargai dirinya.Penolakan diri berlaku jika seseorang kurang mendapat penerimaan daripada
orang-orang yang berinteraksi dengannya.
IMPLIKASI KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU PELAJAR
Peranan guru dalam pembentukan konsep kendiri positif Memberi dorongan, bantuan dan sokongan
kepada usaha pembelajaran. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid
dalam pembelajaran.Menerima murid-murid sebagai dirinya.Merancang aktiviti pembelajaran yang
berpusatkan muridnya.

APAKAH ITU KONSEP KENDIRI?


Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran inilah disebut
konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal,
kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita.
Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana
ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan
perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan
berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada
orang lain.
Konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan
juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri meliputi
aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak
kanak-kanak masih kecil lagi.
Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen
perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek
iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini
memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.
Konsep kendiri boleh dianggap sudah menjadi satu perkataan yang biasa diperkatakan oleh orang ramai
dalam kehidupan mereka. Tetapi setakat mana seseorang individu faham dan jelas dengan istilah ini
bersama dengan struktur-strukturnya jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian dan
pendapat oleh ahli-ahli psikologi dan kaunseling berikut.
Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi Pusatan-Klien, beliau berpendapat bahawa konsep
kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan
penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di
bawah. Misalnya, jika seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya adalah seorang yang
baik dan bila berada di dalam sesuatu persekitaran, dia dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang
sepatutnya diberikan kepada orang baik.
ASPEK KONSEP KENDIRI

Menurut Kash & Borich (1978) dalam buku Teacher Behavior & Pupil Self-Concept, konsep kendiri
yang umum terdiri daripada lima deria kendiri iaitu deria kendiri berpendirian, deria identiti kendiri,
deria perkembangan kendiri, deria penghargaan kendiri dan deria imej kendiri. Model ini dikatakan
mewakili komponen-komponen dalam bentuk bersifat psikologi yang konsisten dan biasa kepada
kesemua konsep kendiri. Kendiri pendirian adalah yang paling dominan dan penting. Ia merujuk
kepada kebolehan merasa atau melihat yang umum berkenaan keselamatan-bahaya, penerimaanpenolakan dan percaya-tidak percaya orang lain dan persekitaran. Identiti kendiri merujuk kepada
kebolehan kendiri bergabung dengan orang lain dan persekitaran dan mempunyai identiti peranan dan
terlibat sebagai ahli sosial melalui komunikasi.
Penghargaan kendiri merujuk kepada pengesahan kendiri, pengiktirafan dan pengenalpastian berkenaan
impak daripada orang lain dan persekitaran. Imej kendiri pula merujuk kepada keadaan nilai sekarang
dan masa lepas berdasarkan imej kendiri dan nilai berdasarkan kendiri unggul
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
H.W.Marsh dan R.J.Shavelson (1985) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar mempunyai beberapa
konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Konsep kendiri mereka terbentuk oleh
konsep-konsep kendiri lain yang lebih spesifik. Secara keseluruhannya konsep kendiri dapat dibahagi
kepada 3 bahagian dalam bidang yang berbeza iaitu : Inggeris, Matematik, dan non-akademik (akhirakhir ini kajian menunjukkan bahawa kebolehan dalam bidang seni juga berpengaruh).
STRUKTUR KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri seseorang terdiri daripada 4 struktur utama. Setiap elemen-elemen ini memainkan
peranan yang penting dalam memahami bagaimana konsep kendiri berkait rapat kepada mengarah dan
mengekalkan tingkah laku individu. Elemen persepsi kendiri tersebut berkait rapat antara satu sama
lain.

JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI


Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri
negatif. Berikut akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua konsep kendiri tersebut.
1. Konsep Kendiri Positif
Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang
dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang Mempunyai konsep kendiri yang positif ini
sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga,
guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini akan sentiasa mengalami
lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Individu ini juga sering berasa gembira,
berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan
sesuatu. Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang
cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan diterimanya dengan tenang dan tabah.
Selain itu individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan
kritikan orang lain. Dia juga bersifat mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi.
Individu ini sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya konsep kendiri yang positif di dalam diri
seseorang individu. Pertamanya ialah sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang
membina, hadiah dan sebagainya sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat
kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah datangnya dari ibu bapa kerana
mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu tersebut. Di antara peneguhan yang positif
ialah: bagus cuba lagi yang lebih baik, Pandai anak ibu dan sebagainya. Individu yang sentiasa
mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada ibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan
besar akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Ini kerana individu tersebut tidak akan
merasa kekurangan dan kekosongan dalam hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa di hargai da
merasa ada orang yang ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran
keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu dalam membentuk konsep kendiri yang positif.
Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan membantu seseorang membina konsep kendiri yang
baik. Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga
akan berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut. Selain itu individu yang sering
mendapat pengiktirafan sama ada dari ibu bapa, guru dan rakan-rakannya berjaya membentuk konsep
kendiri positif. Individu ini akan sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan
orang yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya. Selain dari itu
keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang
positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri akan
menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa
merasa takut dam malu apabila mengalami kegagalan.
3. Konsep Kendiri Negatif
Jika dilihat pula individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali pun

biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya dengan
individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa
tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti
ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang
berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya
kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi
keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah.
Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam
dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan
yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan
persekitarannya. Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri
negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan.
Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai
kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan, individu ini amat mudah
dipermainkan oleh orang lain.
4. Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif
Seperti mana yang kita ketahui seorang individu yang baru dilahirkan masih belum mempunyai konsep
kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses berinteraksi dengan orang lain
sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif. Di sini akan dibincangkan mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi konsep kendiri negatif. Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih
sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru ataupun orang dewasa yang lain. Ini
mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut.
Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan akhirnya akan
membentuk satu yang di namakan konsep kendiri yang negatif. Suasana keluarga juga merupakan
faktor yang boleh mendorong kepada pembentukan konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga yang
bahagia dan harmoni akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif maka keadaan keluarga yang
sebaliknya pula akan membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarganya yang
kucar kacir serta dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan
kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang sedang membesar
berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula akan menyebabkan anak-anak
sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerunsingan dan seterusnya akan terbentuklah konsep kendiri
yang negatif. Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain juga
merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu
tersebut akan berasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya. tidak dapat dipenuhi oleh
keluarganya seperti keluarga yang lain.
Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang negatif.
Kecacatan yang dimiliki akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul
Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung kepada interaksi
sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Dalam hal ini semakin banyak seseorang bergaul,
pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu memang
mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus
mempunyai keyakinan terhadap dirinya.

Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya
menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha
meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan dengan
penuh.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif :
a) Menghargai
b) Memuji orang lain
c) Puas hati dengan pencapaian
d) Murah hati
e) Mudah berkawan
f) Puas hati dengan dirinya
g) Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
h) Peramah
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
a) Cenderung untuk merasa salah
b) Takut kepada kegagalan
c) Sering merasa bimbang
d) Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
e)Pencapaian akademik yang rendah
f) Tidak gemar kerja mencabar
g) Kurang keyakinan pada diri sendiri
h) Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
i)Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

Estim-diri - Sikap diri yang positif


Setiap pagi kita melihat diri kita di dalam cermin.Adakah kita suka melihat apa yang kita lihat? Yang
kita lihat di dalam cermin itu ialah diri kita sendiri.
Dia adalah diri kita. Perasaan suka kepada diri sendiri bermakna kita mengetahui ciri-ciri yang ada pada
diri kita dan tidak malu mengakuinya.
Ingatlah, di sekeliling kita terdapat ramai yang mahu kita menjadi seperti itu dan ini, bukan seperti
yang kita mahu. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau menolak saranan-saranan itu.
Estim-diri kita terpancar pada cara kita berperilaku dan berkata-kata. Ia juga terpancar pada sikap
yang kita miliki, pada keyakinan kita terhadap diri sendiri dan pada apa yang kita rasa berkenaan diri
kita.
Jadi, sekiranya kita mempunyai estim-diri yang tinggi, antara tanda-tandanya ialah:
1. Kita menghormati dan menghargai diri sendiri, oleh itu kita tidak melakukan perbuatan yang
memalukan dan membahayakan diri sendiri. Kita juga tidak menerima sahaja apabila orang lain
menyebabkan kita mendapat malu atau membahayakan diri sendiri. Sebagai contoh, kita tidak akan
menipu kerana perbuatan seperti itu akan menyebabkan kita boleh mendapat malu. Kita tidak akan
menunggang motorsikal dengan laju kerana takut kemalangan. Jadi, orang yang sanggup melakukan
perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak hormat kepada mereka adalah orang yang estim-diri
mereka rendah.
2. Kita dapat memisahkan antara diri kita dengan perbuatan kita. Jadi, kita dapat mengatakan kita
yang bodoh. Sebaliknya, kita akan mengatakan perbuatan kita yang silap. Umpamanya, kita akan
berkata pada diri sendiri bahawa kita pandai, cuma pada hari itu cara kita menjawab soalan
peperiksaan itu yang silap.
3. Kita dapat menerima diri kita sendiri sebagaimana adanya. Kita tahu kelebihan yang kita miliki dan
kita juga tahu kekurangan diri.

4. Kita berupaya menentukan apa yang kita mahu dan apa yang kita tidak mahu untuk diri kita sendiri.
jadi, kita tidak akan membuat sesuatu semata-mata hendak menjaga apa orang lain kata.
5. Kita boleh menerima kenyataan bahawa orang lain mungkin lebih berjaya,lebih kaya dan lebih
berbakat daripada diri sendiri. Kita tidak dengki, dan tidak berasa diri kita malang.
Estim-diri yang rendah tergambar pada perbuatan-perbuatan kita dan terpancar pada bahasa yang kita
gunakan apabila kita bercakap.
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan estim-diri. Berikut adalah beberapa cara:
1. Kita mesti yakin kita berkuasa menentukan imej diri kita sendiri. Setiap orang boleh menentukan
cara bagaimana dia mahu melihat dirinya sendiri. Oleh itu kita berkuasa mengubah imej diri kita. Kalau
sekarang kita melihat diri sebagai seorang yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan, kita mesti
mengubah tanggapan anggapan itu. Imej diri kita ada dalam minda kita. Oleh itu kita ada pilihan sama
ada mahu mengubahnya atau tidak.
2. Jangan biarkan orang lain menentukan matlamat hidup kita. Ramai orang terperangkap dalam
keadaan mereka menilai diri sendiri dengan berpandukan apa orang lain kata.
3. Kenal pasti matlamat hidup kita yang tidak realistik. Salah satu punca kegagalan kita ialah ialah kita
membuat matlamat yang di luar keupayaan diri kita untuk mencapainya.
4. Buang stail bual-diri yang negatif.
Kita semua berbual dengan diri sendiri. Perbualkan berlaku dalam otak dan hati. Kebanyakan perbualan
kita dengan diri sendiri adalah berkenaan analisis diri, iaitu apa kita kata tentang diri sendiri. Untuk
menaikkan estim-diri, kita perlu mengiktiraf keupayaan dan bakat yang ada pada kita.
5. Kukuhkan kekuatan dan keistimewaan diri.
Setengah-setengah kelemahan memang tidak dapat kita ubah, sebagai contoh warna kulit dan tinggi
tubuh kita. Hakikat ini mesti kita terima, tapi janganlah kita membesar-besarkannya.
6. Lipat gandakan usaha memperbaiki diri.
Antara perkara-perkara yang dapat kita lakukan ialah dengan membuat matlamat hidup yang realistik,
menambah ilmu pengetahuan, belajar kemahiran baru dan menukar perbualan diri daripada perbualan
negatif kepada perbualan positif.
7. Belajar menjalin hubungan positif dengan orang-orang lain. Kajian pakar-pakar psikologi mendapati
orang-orang yang mempunyai estim-diri yang rendah cenderung melakukan perbuatan atau berkatakata dengan niat merendah-rendahkan orang lain. - Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., Daya Pengaruh
dan Perubahan Sikap (Siri Komunikasi Utusan).
https://encrypted-tbn3.google.com/images?

q=tbn:ANd9GcRRska_SZN1TPgtac2PgkVU3DUw4p0jo1xvKRElI3tUegwC1y0f
Esteem Diri dan Kanak-Kanak!
Esteem diri atau Self Esteem boleh didefinisikan sebagai bagaimana orang tersebut melihat dirinya
sendiri. Wujudnya Esteem diri di kalangan kanak-kanak dapat dilihat melalui sikap dan tingkah laku
yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Perkembangan Esteem diri samada postif atau negatif
akan mempengaruhi kehidupan individu tersebut sepanjang hayatnya. Oleh itu, adalah penting bagi
ibubapa atau guru membantu kanak-kanak untuk membentuk Esteem diri yang positif.
Beberapa Fakta Tentang Esteem diri Yang Perlu Diketahui Oleh Ibubapa/Penjaga/Pendidik
1. Kanak-kanak mula membentuk kepercayaan tentang diri sendiri seawal usia mereka lagi.
2. Kanak-kanak melihat kepada perbuatan atau tingkahlaku ibubapa atau orang-orang yang berada
disekelilingnya sebagai bukti bahawa dirinya disayangi. Sekiranya bukti-bukti ini tidak diperolehi,
Esteem diri yang rendah akan terbentuk.
3. Esteem diri mempunyai kaitan dengan kejayaan dan kegagalan pelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak
yang mempunyai Esteem diri yang tinggi, iaitu percaya bahawa dia mempunyai kebolehan biasanya
akan menunjukkan pencapaian yang baik berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri
yang rendah.
4. Esteem diri mempengarahui bagaimana kanak-kanak tersebut berhubung dengan orang lain. Kanakkanak yang mempunyai Esteem diri yang tinggi akan mempunyai hubungan yang baik dengan orang di
sekelilingnya. Sebaliknya kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah akan mempunyai
masalah untuk berhubung dengan orang lain.
5. Esteem diri mempengaruhi daya kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri
yang rendah akan kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang berisiko berbanding dengan kanak-kanak
yang mempunyai Esteem diri tinggi.
6. Gaya asuhan yang diterima dari ibubapa akan mempengaruhi pembentukan self esteem kanak-kanak.
7. Kanak-kanak yang mempunyai Esteem diri yang rendah selalu mempunyai masalah atau berkonflik
dengan ibubapa atau penjaga, dan juga dengan rakan sebaya.

Panduan Bagi Meningkatkan Esteem Diri Kanak-Kanak


1.Berikut adalah cadangan aktiviti yang boleh dilakukan bagi meningkatkan pembentukan self esteem
yang positif di kalangan kanak-kanak.
2.Memberi pujian kepada anak-anak.
3.Beri perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak samada dalam bentuk fizikal atau melalui
perkatan
4.Layan dan menghormati kanak-kanak.
5.Konsisten apabila memberi peraturan atau arahan kepada kanak-kanak.
6.Jadilah role model kepada kanak-kanak.
7.Dengar dan berilah respon apabila bercakap dengan kanak-kanak.
8.Tepati janji yang diberikan kepada kanak-kanak. Contohnya apabila berjanji untuk memberi hadiah,
maka hendaklah ditunaikan. Apabila janji tidak ditunaikan, kanak-kanak akan merasa diri mereka tidak
penting dan tidak dihargai.
9.Jangan biarkan kanak-kanak mengkritik diri mereka sendiri.
Petikan Modul I Keibubapaan:
Mahani Razali
Zainiah Mohd Isa

Kamarulzaman Awang
Mohd Aziz Shah
Ciri-ciri Individu Realisasi Diri
dipetik daripada buku Bakat dan Kemahiran Memimpin (Edisi kemas kini) oleh Puan Ainon Mohd dan
Prof. Abdullah Hassan
Ada individu terdorong dengan hasrat dan keinginan menikmati yang tinggi serta ingin merealisasikan
cita-cita peribadinya. Apabila estim mereka naik ataupun mereka berjaya, mereka berasa puas hati.
Teori Maslow ini dapat menerangkan fenomena semangat, kecekalan, azam dan tekad segelintir
individu yang berjaya mencapai impian-impian mereka yang dianggap mustahil oleh individu-individu
biasa. Maslow mengemukakan ciri-ciri individu yang mempunyai dorongan realisasi diri yang tinggi. CiriCiri itu adalah mereka :
a. mempunyai persepsi yang betul berkenaan realiti.
b. mempunyai keupayaan yang tinggi bagi menerima diri mereka sendiri, menerima diri orang lain dan
menerima fitrah alam.
c. spontan.
d. memfokuskan perhatian dan penyelesaian masalah.
e. memerlukan privasi dan suka bersendirian.
f. berjiwa merdeka dan tidak mahu tunduk pada sekatan budaya.
g. mudah menghargai emosi dan mudah memberikan reaksi emosi.
h. lebih kerap mengalami saat-saat kemuncak kepuasan~Mereka mempunyai nilai kemanusiaan yang
lebih tinggi.
i. mempunyai hubungan yang sihat dengan individu-individu di sekeliling mereka.
j. mempunyai nilai-nilai dan sikap yang lebih demokratik.
l. lebih kreatif.
m. mempunyai nilai-nilai yang mereka susun dan amalkan sendiri.
Apabila pemimpin itu hendak mendorong pihak bawahannya supaya mahu mengubah sikap dan tingkah
laku, terlebih dahulu perlu diketahui keperluan-keperluan sasaran itu. Keperluan-keperluan individu
adalah faktor yang dapat mendorong terpengaruh dengan kata-kata dan tingkah laku individu-individu
lain. Adakah dia berasa tidak selamat? Adakah dia memerlukan estim? Adakah dia berasa tidak selamat?
adakah dia memerlukan estim? adakah dia sedang cuba mencapai hasrat mahu merealisasikan dirinya
yang sebenar?
Apabila mengetahui keperluan sasaran pada waktu sasaran sedang cuba dipengaruhi, mereka lebih
mudah terdorong bagi mengubah pemikiran dan sikap kerana pada waktu yang sama, individu itu dapat
memenuhi keperluan jiwa mereka. Gunakan beberapa peringkat keperluan mereka, umpamanya
apabila hendak menggunakan keperluan bagi keselamatan tetapi sasaran tidak terpengaruh, cuba tukar
kepada menggunakan keperluan estim mereka pula.