Anda di halaman 1dari 6

LARAS BAHASA

PENGENALAN
DEFINISI
Laras Bahasa,

gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu

situasi. Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. setiap
laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang
berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu. Zaba (1962): laras ialah rupa susuk
bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya,
ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya.
Brian Seaton (1982): laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi
yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan.
JENIS-JENIS LARAS BAHASA
Abdullah Hassan (1997) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu
Laras Bahasa Umum ,Laras Bahasa Teknikal ,Laras Bahasa Undang-undang ,Laras
Bahasa Agama ,Laras Bahasa Himbauan , Laras Bahasa Klasik, Laras Bahasa
Kreatif ,Laras Bahasa Kanak-kanak dan Laras Bahasa Iklan.
LARAS BAHASA UMUM
Mudah difahami contoh: Sarah p pasar raya untuk beli barang-barang dapur
.Menggugurkan penggunaan kata sendi nama contoh: Adik jatuh gaung = adik jatuh
ke dalam gaung. Menggunakan ragam bahasa umum contoh: lain kali buatlah lagi

(bahasa terbalik) biarkan aku sendiri (bahasa merajuk) .Menggunakan ayat pendek
dan ringkas contoh: Saya pergi ke pasar.
LARAS BAHASA TEKNIKAL
Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk berkomunikasi dengan pakar lain
yang sebidang. Laras teknikal bermakna semua jenis teks di dalam semua jenis
bidang kepakaran sama ada bidang sains tulen, teknologi, sains pengurusan dan
lain-lain bidang kepakaran.
LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG
Laras undang-undang ialah sejenis laras teknikal. Laras undang-undang mempunyai
ciri-ciri kelainannya tersendiri iaitu tidak mengandungi gambar, jadual, simbol dan
sebagainya serta struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh
syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang. Contoh: Setelah saman
disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis
kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman
disampaikan.
LARAS BAHASA AGAMA
Terdapat unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya. Terdapat istilah agama
yang khusus bagi sesuatu agama. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan
ibarat. Contoh: Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai ''al-jannah'' yang
bermaksdu sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan
keselesaan.

LARAS BAHASA HIMBAUAN


Fungsi utama laras himbauan ialah untuk mendorong atau menarik perhatian orang
supaya melakukan sesuatu perbuatan yang mungkin berbentuk positif ataupun
negatif. Laras Himbauan mempunyai ciri-ciri seperti berikut; banyak menggunakan
perkataan yang membawa makna ajak atau tegah, banyak menggunakan contoh,
kes dan cerita yang selaras dengan tajuk, menampilkan faedah-faedah sesuatu
perbuatan, menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan dan juga bentuk bahasa
peribadi yang menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri utama laras ini.
Laras Himbauan terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan.

Contohnya khutbah,

kempen, pujukan, rayuan dan doa.


LARAS BAHASA KLASIK
Laras Klasik mempunyai ciri-ciri seperti teks asal ditulis dalam tulisan Jawi, tidak
menggunakan tanda bacaan dan tidak menggunakan perenggan.

Banyak

menggunakan struktur ayat pasif, terdapat penggunaan kata praklausa atau kata
pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa moden seperti arakian,
hatta, kalakian, empunya dan persetua. Laras Klasik juga mengandungi kosa kata
bahasa istana seperti beta, patik, bersemayam. Tidak terdapat imbuhan asing untuk
pembinaan istilah sains dan teknikal seperti dalam bahasa Melayu moden, iaitu eka,
dwi, mono, bi dan pra. Contoh Laras Klasik seperti; Hatta berapa antaranya maka
rangga dan Raden Aria pun datanglah dari benua Keling itu. Maka dipersembahkan
oranglah kepada Seri Betara mengatakan Raden Aria dan Rangga sudah datang.
Petikan: Kassim Ahmad (1971) Hikayat Hang Tuah,hlm 106.

LARAS BAHASA KREATIF


Menggunakan struktur ayat aktif dan pasif. Menggunakan bentuk dialog atau kata
bual seperti dalam skrip drama. Menggunakan bahasa pelambangan dan kiasan.
Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa dan bahasa hiasan. Tidak
terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi. harus mempunyai
kata-kata yang segar dan bertenaga supaya dapat melukiskan gambaran yang
cukup jelas dan hidup kepada pembaca. Contohnya Kuala Semantan biarpun
berabad lagi engkau tetap akan gemilang, Namamu kan lebih harum menjunjung
sekalian nama, Nama pahlawan yang hilang, Hilang di zaman silam (Puisi Kuala
Semantan Namamu Kan Tetap GemilangKarya Aripin Said)

LARAS BAHASA KANAK-KANAK


Laras Bahasa Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti kosa katanya terdiri daripada
kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif. Kosa katanya kurang
berbanding dengan kosa kata untuk orang dewasa .Bilangan imbuhan yang
digunakan terhad, dan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam
laras ini.

Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk

tunggal.Bahasa perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu juga dengan


bentuk bahasa yang berbunga-bunga. Contoh Laras Bahasa Kanak-kanak; Suatu
ketika dulu, ada seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat tentang
siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka mengambil keputusan
untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu perlumbaan.

Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan
itu. Di suatu hari yang sesuai, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selajulajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang.
Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok
di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura mengesot dengan tidak
berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur
tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.
LARAS BAHASA IKLAN
Fungsi utama laras ini untuk memperkenalkan dan menjual barangan atau
perkhidmatan

yang

diiklankan.

Laras

Bahasa

Iklan

mempunyai

ciri-ciri

seperti;terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat ketara pada
iklan yang bercetak,terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik dengan jelas
pada laras iklan pandang-dengar iaitu dalam filem dan televisyen,struktur ayatnya
pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal,menggunakan unsur retorik atau
manipulasi bahasa secara berkesan,menggunakan ungkapan istilah dan juga
menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna
seperti kaedah umpan,pujukan,kemesraan,gesaan dan doa.

KESIMPULAN
Laras bahasa amat penting. Jumlah laras sesuatu bahasa mencerminkan keadaan
bahasa itu dan dapat menjadi ukuran maju-mundurnya. Perbandingan jumlah laras
bahasa Melayu sebelum dan sesudah merdeka, misalnya dapat membuktikan
hakikat bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang amat pesat
bertambah dengan pesat.Penutur-penutur bahasa Melayu sewajarnya mengenali
laras- laras utama bahasa Melayu. Lebih penting mesti tahu membezakan antara
laras formal dengan laras tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang
tidak sesuai dengan situasi tertentu. Kumpulan pemimpin dan mereka yang terlibat
dengan media massa perlu sentiasa peka dengan penggunaan laras yang
sempurna kerana kadang kala menjadi teladan. Laras baru seharus dipelajari
sebagai satu kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai