Tajuk: ASTHMA
Pengenalan
Terdapat 10 definisi asma yang berubah dari 1959 sehinggalah 1995. Definisi asma
yang pertama dihasilkan di Simposium Ciba pada tahun 1958, iaitu keadaan pesakit yang
mengalami penyempitan saluran pernafasan yang berubah keparahannya secara spontan
atau setelah diberi rawatan pada sela masa yang singkat dan ia bukanlah disebabkan oleh
penyakit
kardiovaskular
(Woolcook
1997).
Definisi
yang
sentiasa
berubah
ini
menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh pakar respiratori di dalam mencari difinisi
asma yang sebenarnya universal. Ini disebabkan oleh pemahaman yang cetek berkenaan
penyebab, sejarah semulajadi dan patogenesis penyakit asma (Kelly et al. 1996, Woolcook
1997).
Definisi asma terkini yang diterima pakai umum dihasilkan pada tahun 1995. Ia
menyatakan bahawa asma merupakan penyakit inflamasi kronik saluran udara di mana sel
mast, eosinofil dan sel T memainkan peranan yang penting. Pada individu yang rentan,
inflamasi tersebut menyebabkan episod bunyi bernafas seperti gesekan biola (wheezing).
Simptom ini biasanya dikaitkan dengan perubahan kadar pengaliran udara melalui salur
pernafasan
yang berbalik
secara
spontan
tersebut juga mengakibatkan salur pernafasan lebih reaktif terhadap pelbagai jenis
rangsangan (Global Iniative for Asthma,1995).
Pernyataan masalah
Pencarian literature
Definisi
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang
menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma,
keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol
di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan
bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.Ketika otot mengejang,
saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Asma intrinsik
- asma non alergik atau idiopatik. Ia juga dikenali sebagai asma cetusan
dewasa kerana biasanya muncul selepas infeksi respiratori semasa
dewasa. Asma jenis ini bukan disebabkan oleh kepekaan sistem
kekebalan tubuh, tetapi berpunca dari rangsangan lansung akibat infeksi.
Terdapat juga sesetengah individu yang telah pun mempunyai reaksi
alergik
terhadap
sesuatu
antigen
semasa
kecil
tetapi
hanya
Salah satu daripada pengkelasan yang dicadangkan oleh Woolcook pada tahun
1997 berdasarkan simptom yang dialami, penggunaan bronkhodilator, fungsi paru
paru asas dan hiperreaktif saluran udara (airway hyperresponsiveness) atau
pengukuran kadar aliran ekspiratori puncak (PEFR) selepas bangun daripada tidur
selama seminggu.
Status Asmatik
Status asmatik ialah suatu keadaan serangan asma berat yang berterusan serta
melampaui masa 24 jam setelah diberi rawatan asma yang standard dan mencukupi
serta berterusan. Ini merupakan perubahan metabolik gas-gas darah sehingga
mengakibatkan kegagalan sistem pernafasan pusat yang membawa kepada koma.
Perlu dijelaskan juga, serangan asma berat secara tiba- tiba tanpa memperoleh
rawatan segera juga dapat berakhir dengan kematian. Ventilator atau respirator
bantuan digunakan sekiranya terjadi kegagalan fungsi pernafasan apabila
pernafasan spontan dan teratur tidak dapat dilakukan oleh pesakit.
Serangan Asma
Ada tiga perkara penting yang terjadi semasa serangan asma iaitu keradangan,
penimbunan lendir berkahak dan kekejangan otot-otot bronkus. Kemerahan terjadi di
lapisan dalam saluran pernafasan pada peringkat bronkus. Warna merah itu
disebabkan pembuluh-pembuluh darah melebar dan membawa lebih banyak darah
ke kawasan yang diserang. Tindakan defensif ini adalah daripada sel-sel darah putih
terutama daripada jenis eosinofil. Ini merupakan ciri khas keradangan jenis alergi.
Pada amnya, pengeluaran lendir-lendir dalam keadaan normal membantu proses
fisiologi pernafasan. Namun pada masa serangan asma, timbunan kahak yang
banyak ditambah dengan hasil sisa kematian sel putih menyebabkan lubang saluran
menjadi bertambah sempit. Timbunan kahak yang berkumpul ini, kemudiannya
membentuk plug mukosal. Plug mukosal
bronkus
bersama
kekejangan
otot polos
hembusan udara keluar, ekspirasi menjadi sukar dan mengeluarkan bunyi bernada
tinggi.
Faktor-Faktor Penyebab
1. Faktor keturunan.
Pada asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah
seorang ataupun, kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti ekzema, asma
dan resdung.
2. Bahan alahan.
Bahan-bahan alahan di dalam rumah, bahan makanan atau di tempat kerja,
memainkan peranan utama dalam pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah
seperti kain bulu, serat kapas, permaidani, makanan laut, kekacang, debu, kutu
hama, debunga, bulu haiwan dan lain-lain lagi.
3. Serangga rumah.
Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang
mati menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan
untuk diapungkan oleh udara yang bergerak.
4. Pencemaran udara.
Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga
menjadi faktor penyakit asma
5. Senaman.
Senaman yang bertenaga dan terlalu aktif seperti lumba lari, bola sepak dan
seumpama dengannya merupakan pencetus penyakit asma.
6. Cuaca.
Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan
perangsang pada sesetengah pesakit.
Gejala asma
1. Ketat dada ( perasaan seolah-olah paru-paru ditekan sesuatu ).
2. Sesak nafas ( pernafasan cetek serta sukar untuk bernafas).
3. Batuk berpanjangan di malam hari atau cuaca sejuk.
4. Pernafasan berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing).
Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang
hanya mengalami salah satu daripada gejala tersebut di atas. Manakala ada yang
mengadu kesemuanya. Biasanya gejala-gejala asma menjadi lebih teruk pada waktu
malam. Serangan asma yang teruk boleh menimbulkan keadaan kecemasan dan
mengganggu aktiviti harian.
Rawatan
Nebulizer:
-
penyembuhan.
Elakkan tempat-tempat yang sesak serta berhabuk untuk mengelakkan
pada paru-paru.
Amalkan gaya hidup sihat dengan diet yang seimbang serta bersenam
untuk meningkatkan imuniti badan.
Rumusan
Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta
bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana
penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru Asma terjadi apabila otot
pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang.
Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.Keadaan
menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur
pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi, paru-paru
akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan
kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan
pernafasan menjadi pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah
alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, makanan yang tertentu seperti
kekacang, makanan laut dan sebagainya, debunga rumput dan asap rokok. Terlalu
banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma.
Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada
paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin,
wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil
ubat berkenaan.
Lampiran
Inflamasi pada bronkiol menyebabkan oksigen yang masuk ke dalam peparu tidak
mencukupi
Rujukan
1. http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/asthma/causes.html
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Asthma
3. http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/asma_tiada_ubat.htm
4. Huat Soo , Gong Lau , Hong Chew , Sarawak Handbook of Medical
Emergencies Second Edition , 2005 , Kuching.
5. Longmore , Wilkinson , Turmezei , and Kay Cheung , Oxford Handbook of
Clinical Medicine , 2007 , New York