Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembetukkan suatu alam pembelajaran
serta usaha untuk mengekalkannya di mana iklim kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran supaya objektif yang ditetapkan dapat tercapai ( Mok
Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam
bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap
tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri ( Noraini Idris,
2009).
Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi
tumpuan pada proses penyampaian isi pelajaran guru sahaja. Ia turut mengambilkira
kaedah dan pengaplikasian kemahiran- kemahiran yang sesuai dalam mengendalikan
PDP yang dirancang. Kecekapan dan keberkesanan kemahiran guru dalam mengurus
bilik darjah dapat mengalakkan pembentukkan iklim pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
Oleh itu, PISMP semester 7 wajib mengambil kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanakkanak (EDU 3073) supaya dapat mempertingkatkan kemahiran- kemahiran asas
kaunseling yang berkesan seperti kemahiran melayan, kemahiran memberi perhatian,
kemahiran menyoal dan lain- lain sebelum menamatkan pengajian perguruan. Dalam
tugasan yang diberi, topik yang perlu dibincangkan ialah mengulas secara kritis tentang
penggunaan kemahiran- kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan oleh guru dalam
video yang telah ditonton serta memberi justifikasi tentang Teori Pemusatan Perorangan
Carl Rogers yang dapat membantu guru pelatih dalam menangani masalah- masalah
murid dalam bilik darjah.

2.0 TUGASAN SATU: ULASAN KRITIS


Dalam video pengajaran yang telah saya tonton, saya perhatikan bahawa terdapat
penggunaan beberapa kemahiran- kemahiran asas kaunseling serta telah diaplikasikan
oleh guru tersebut semasa proses pengajarannya.
Melalui pemerhatian saya, saya mendapati guru tersebut telah menggunakan
kemahiran memberi tindak balas dalam sesi pembelajaran dan pengajaran beliau.
Guru tersebut sering memberikan tumpuan dan fokus kepada perasaan serta ekspresi
lisan murid sepanjang pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Sekiranya guru
mendapati sesiapa yang tidak menumpukkan perhatian ataupun bising semasa
pengajaran dan pembelajaran guru akan memanggil nama tersebut serta memberi
isyarat ataupun menunjukkan mimik muka (marah ataupun tidak suka) dan memberi
nasihat kepada murid supaya dapat menumpukkan perhatian dalam pembelajaran.
Di samping itu, guru juga mengaplikasikan kemahiran memberi perhatian terhadap
murid semasa PDP dijalankan. Saya dapat perhatikan guru tersebut sering memberikan
perhatian terhadap segala gerak- geri murid dalam kelas. Dengan kemahiran ini guru
dapat memahami lebih dalam keadaan murid. Semasa PDP dijalankan, guru tersebut
sering memperhatikan kedudukan murid dalam kelas supaya memastikan murid dapat
duduk dengan selesa. Guru juga memastikan muridnya berada dalam keadaan yang
bertenang serta duduk dalam satu keadaan yang selesa supaya murid dapat mengikuti
PDP yang sedang dijalankan. Sebagai contoh, guru tersebut telah memberikan tindak
balas positif kepada muridnya iaitu menyoal, memparafrasa dan merumus. Dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran, guru telah mengemukakan pelbagai soalan kepada
murid supaya dapat membantu muridnya lebih memahami tentang topik yang
dibincangkan. Sebagai contoh, guru tersebut telah mengemukakan soalan terbuka
kepada murid supaya murid boleh lebih memahami isi pembelajaran yang dipelajari.
Soalan terbuka ini dapat membantu murid mengemukakan maklumat yang difikirkan
perlu semasa menjawab soalan serta membantu murid berfikir secara menyeluruh.
Selain itu, melalui pemerhatian saya juga dapat mengesan bahawa guru tersebut telah
mengaplikasikan kemahiran menginteprestasi tingkah laku semasa pembelajaran
dan pengajaran dijalankan. Guru tersebut telah menyampaikan mesej secara bukan
lisan termasuklah kontak mata dan intonasi suara. Sebagai contoh, guru telah
meninggikan intonasi suara semasa memberi nasihat kepada murid yang membuat
2

bising supaya dapat menarik semula perhatian murid tersebut. Tambahan pula, demi
menjayakan sesi pembelajaran dan pengajaran guru tersebut juga menunjukkan
ekspresi muka yang sesuai untuk memberi isyarat kepada murid supaya tidak membuat
bising semasa PDP dijalankan. Sebagai contoh, guru tersebut telah menunjukkan
ekspresi marah semasa mengesan seseorang murid tersebut tidak mengikut
pembelajaran dan pengajaran.
Penggunaan komunikasi bukan lisan seperti ekspresi muka, kontak mata, postur dan
pergerakan badan, ruang dan jarak serta suara juga merupakan kemahiran yang
penting bagi setiap guru dan perlu digunakan supaya dapat mengendalikan PDP
dengan berjaya. Suara guru memainkan peranan yang penting semasa pembelajaran
dan pengajajaran dijalankan. Kadar kekuatan suara yang sesuai dan jelas dapat
membantu sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan dengan berjaya. Semasa PDP,
guru tersebut telah menggunakan ton suara yang sesuai untuk menunjukkan perasaan
sebenar guru terhadap respon murid. Sebagai contoh, guru telah meninggikan ton
suaranya semasa menasihat murid yang berbuat bising semasa PDP supaya dapat
menumpukkan semula perhatian terhadap PDP yang dijalankan.
Seterusnya, kemahiran melayan dan mendengar juga diaplikasikan oleh guru tersebut
semasa melaksanakan PDP.
Menurut Covey ( 2001), perbuatan melayan melibatkan kombinasi berikut, kontak mata,
kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran menfokus, ekspresi muka, tahap tenaga,
kedudukan dan jarak dan dorongan menima.
Kontak mata merupakan komunikasi yang penting. Hal ini demikian, kontak mata dapat
mengekalkan arus perbualan dan melibatkan orang lain untuk memberikan tindak balas.
Dalam video, saya mendapati guru sering berhadapan dengan murid serta sering
mengadakan kontak mata dengan murid dalam kelas. Melalui pengekalan kontak mata
antara guru dengan murid, guru dapat mengesan kefokusan murid sama ada murid
tersebut dapat mengikuti PDP yang dijalankan. Kontak mata mengikut keselesaan
peribadi dan budaya terhadap murid semasa mengajar telah menunjukkan bahawa guru
menghormati muridnya. Di samping itu, semasa PDP dijalankan guru tersebut telah
melayan muridnya dengan mesra serta menggunakan intonasi suara yang sesuai
semasa menyampaikan pengajaran kepada murid. Dalam video tersebut, saya dapat
perhatikan guru telah menggunakan nada suara yang jelas dan kelajuan percakapan
3

yang sesuai. Dengan cara ini, murid akan berasa selesa dengan penyampaian guru
serta sering bersedia untuk memberi respon kepada guru. Hal ini demikian, dengan
kualiti vokal yang sesuai murid berasa lebih tenteram dan selesa untuk mengikut PDP
yang telah disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, saya juga dapat mengesan
bahawa guru Bahasa Malaysia telah melayan muridnya secara selektif. Semasa PDP
dijalankan, terdapat beberapa murid yang cuba mengganggu sesi PDP seperti
menggantuk, bercakap dan lain- lain. Maka, guru tersebut telah membuat keputusan
untuk memberikan nasihat dan peneguhan yang sewajarnya kepada murid yang tidak
menumpukkan perhatian semasa PDP dijalankan. Tambahan pula, guru tersebut juga
memberikan dorongan minima untuk memberi respon. Dorongan minimum termasuklah
gerak isyarat anggukan kepala, ulangan perkataan- perkataan yang penting serta
berkata ya semasa murid dapat menjawab soalan untuk mendorong murid turut
bertindak secara aktif sepanjang PDP dijalankan. Guru telah meminta murid- murid yang
lain memberikan tepukan kepada murid yang dapat menjawab soalan guru dengan
tepat. Dengan cara ini, keyakinan diri terhadap diri seseorang murid dapat ditingkatkan
secara tidak langsung.
Walaubagaimanapun, kadang- kala guru juga menghadapi masalah kesukaran dalam
mengawal tumpuan atau fokus murid dalam PDP.
Menurut Sapora et al. (2001), suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan
membolehkan serta memudahkan perbincangan tanpa rasa terancam, bergantung
kepada tiga keadaan yang memudahkan iaitu empati, hormat- menghormati, berbaik
sangka, jujur dan ikhlas.
Oleh itu, keadaan bilik darjah yang kondusif memainkan peranan yang penting semasa
mengendalikan sesi PDP. Dengan keadaan bilik darjah yang kondusif dapat
mempengaruhi keseluruhan PDP yang telah dirancang supaya dapat dijalankan dengan
lancar serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Hal ini demikian, kita sering terdedah kepada gangguan luaran seperti persekitaran dan
pada ketika- ketika tertentu, ia akan menyebabkan seseorang itu kehilangan tumpuan
dan fokus. Oleh itu, sebelum PDP dimulakan, guru perlulah memastikan bilik darjah
adalah dalam keadaan yang kondusif serta memastikan murid adalah bersedia untuk
belajar. Sesebuah bilik darjah yang kondusif termasuklah pencahayaan yang sesuai,
pengaliran udara, penyusunan perabot dan lain- lain. Pada awal PDP, guru telah
4

mengaplikasikan

kemahiran

membina

hubungan.

Kemahiran

ini

memberi

perangsangan kepada murid agar sentiasa tenang dengan memberi perhatian untuk
mengikut PDP. Guru tersebut telah membina suasana alam sekeliling dengan
memastikan kerusi meja murid disusunkan dengan sesuai dan selesa untuk diduduk,
minta murid menyimpan barang- barang yang berada di atas meja ke dalam laci supaya
murid tidak dipengaruhi oleh objek- objek yang lain. Seterusnya, guru juga menyediakan
pelbagai jenis modal makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat bagi tujuan PDP. Guru
telah menggunakan bakul untuk membawa makanan seperti modal buah- buahan,
modal sayur- sayuran dan lain- lain untuk menarik perhatian para murid serta modal
yang ditunjukkan dapat membantu murid lebih memahami bagi maksud makanan
berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. Murid dapat membuat banding beza bagi
model makanan kepada dua kategori iaitu makanan berkhasiat dan makanan tidak
berkhasiat.
Di samping itu, jarak komunikasi antara guru dan murid juga diambilberat oleh guru
tersebut. Guru Bahasa Melayu telah menggunakan jarak yang sesuai serta berhadapan
dengan murid semasa mengajar dalam kelas. Jarak yang sesuai dapat menimbulkan
rasa selesa dalam diri murid serta murid dapat memberi perhatian yang baik kepada
PDP yang dijalankan.
Pada akhir pembelajaran, guru telah menggunakan kemahiran merumus untuk
merumuskan pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi yang telah diperolehi
dalam PDP. Guru telah memberi lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk yang
dibincang. Dalam lembaran kerja tersebut, murid dapat menghasilkan suatu rumusan
yang ringkas bagi menggabungkan isi pelajaran yang penting serta yang perlu diketahui
dan difahami dengan tepat. Dengan cara ini, murid dapat mengimbas kembali apa yang
telah dipelajari serta lebih memfokus pernyataan yang dibincang semasa PDP. Tidak
lupa juga, guru tersebut telah memberi sokongan dan galakan kepada muridnya supaya
turut dapat meningkatkan keyakinan dan minat mereka dalam pembelajaran dan
pengajaran.
Kesimpulannya, seseorang guru yang professional perlulah sering meningkatkan
kemahiran- kemahiran yang tertentu supaya dapat mengurus karenah murid semasa
mengendalikan PDP dalam kelas. Guru perlulah bersabar dan mahir mengaplikasikan
kemahiran yang dipelajari ke atas murid pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.

Seseorang guru yang berjaya perlulah mempunyai kemahiran- kemahiran yang baik
serta personaliti yang baik barulah seseorang guru tersebut dapat melaksanakan
tugasannya dengan penuh dedikasi serta dapat melahirkan modal insan yang holistik.

3.0 TUGASAN KEDUA: ULASAN REFLEKTIF


Berdasarkan pengalaman saya semasa berpraktikum di prasekolah SJK ( C) Poy Hwa,
saya telah mengaplikasikan teori pemusatan perorangan dalam pengajaran saya. Teori
pemusatan perorangan juga dikenali sebagai Teori Humanustik PCC. Teori PCC ini
dipelopori Rogers hasil daripada pengaruh Field Theory. Bagi konsep asas Teori PCC,
individu adalah unik dan mempunyai potensi diri untuk berkembang menjadi lebih
cemerlang dalam kehidupan. Seseorang individu boleh dipercayai dan berkemampuan
untuk menyelesaikan masalah demi menuju ke arah kesempurnaan. (Self Actualization).
Pada pandangan Rogers, sifat semula jadi manusia telah dibahagikan kepada empat
iaitu: individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri, tingkah laku dilihat dari
sudut persepsi, cenderung ke arah kesempurnaan kendiri dan manusia baik dan boleh
dipercayai.
Saya menyokong padangan Rogers bahawa setiap manusia mempunyai harga diri dan
penghormatan diri. Setiap insan mempunyai rasa harga diri terhadap diri sendiri tidak
kira peringkat umur sama ada kanak- kanak mahupun orang dewasa. Oleh itu, sebagai
guru prasekolah saya telah memberikan peneguhan kepada anak murid saya semasa
saya menjalani praktikum di prasekolah. Bagi murid prasekolah yang bertingkah laku
baik, saya telah memberi peneguhan positif seperti ganjaran, pujian dan galakan supaya
murid tersebut dapat mengekal dan mengukuhkan tingkah laku tersebut. Sekiranya,
saya mendapati murid prasekolah melakukan tingkah laku yang tidak sepatutnya seperti
berlawan, mengacau kawan yang lain ataupun berbuat bising semasa PDP dijalankan,
maka saya akan menanya kepada murid tersebut kenapa dia berbuat demikian. Sebagai
guru prasekolah saya perlulah bertindak adil serta melihat tingkah laku murid dari
pelbagai sudut persepsi supaya tidak mengabaikan mana- mana pihak ataupun
berlakunya bias semasa menyelesaikan masalah yang timbul.
Di samping itu, setelah mendengar penjelasan murid tersebut saya akan memberi
nasihat

kepada

murid

tersebut

serta

memberitahu

perbuatan

tersebut

akan

menyedihkan guru dan rakan- rakan yang lain. Tujuan saya berbuat demikian kerana
saya percaya semua manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri. Murid
prasekolah yang masih kecil amat memerlukan bimbingan orang dewasa untuk
mencapai ke arah kesempurnaan kendiri. Oleh itu, sebagai guru prasekolah saya
perlulah membimbing murid prasekolah tersebut melangkah ke pangkal jalan yang
7

sebenarnya seperti mana andaian asas Rogers bahawa manusia itu adalah boleh
dipercayai dan mempunyai potensi yang luas untuk memahami diri mereka dan
menyelesaikan masalah sendiri. Murid prasekolah boleh berkembang secara positif
sekiranya wujud suasana mesra, ikhlas, permisif dan penuh kefahaman. Rogers
menyatakan bahawa setiap manusia senantiasa akan menuju ke arah nirwana kendiri.
Hal ini demikian, pencapaian ke tahap tersebut adalah manusia yang telah mencapai
perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan potensinya.
Antaranya satu ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan
kendiri ialah seseorang individu akan mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu
lebih mengutamakan kebajikan orang lain. Sebagai guru prasekolah, saya haruslah
menyediakan pelbagai jenis persekitaran yang berlainan untuk murid prasekolah
mengadaptasi pelbagai situasi.

Sebagai contoh, saya telah mengadakan aktiviti

lakonan, main peranan bagi kanak- kanak untuk memainkan peranan sebagai kakak
atau abang menolong ibu bapa menjaga adik yang masih muda semasa mereka tidak
berada di rumah.
Di samping itu, dalam buku Three Character Classic ataupun juga dikenali sebagai San
Zi Jing ( teks klasik cina) menyatakan:
People at birth are naturally good, their natures are similar but their habits make them
different.
Dengan ini, saya mendapati San Ji Jing ini sedikit sebanyak mirip kepada teori PCC
yang percaya bahawa manusia dilahirkan pada asalnya adalah baik. Kanak- kanak
ibarat kertas yang putih semasa dilahir ke dunia ini, dia menjadi rosak mungkin kerana
dicemari sedikit demi sedikit daripada persekitaran sekelilingnya. Walaubagaimanapun,
sebagai guru prasekolah yang bertanggungjawab saya haruslah membantu dan
membimbing murid prasekolah bermula di peringkat prasekolah lagi. Bak kata pepatah,
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya perlulah bekerjasama bersama pihak lain
seperti pihak sekolah dan pihak ibu bapa untuk mendapatkan komitmen dalam
membantu murid prasekolah membina sahsiah diri serta perkembangan kanak- kanak
secara menyeluruh. Hal ini demikian, murid prasekolah memerlukan penerimaan tanpa
isyarat termasuklah kasih sayang, kemesraan, dihormati, penjagaan) untuk membentuk
persepsi terhadap diri atau konsep kendiri dan personaliti yang sihat dan selaras dengan
pandangan orang lain.

Selain itu, Rogers juga menyarankan tiga keadaan untuk mewujudkan suasana galakan
pertumbuhan supaya individu dapat berkembang mengikut keupayaannya iaitu
genuinness atau realness, penerimaan atau diberi perhatian dan pemahaman yang
mendalam. Rogers percaya jika sikap ini digunakan dalam perhubungan, maka manusia
akan mengurangkan mekanisma belah diri dan akan lebih bersikap terbuka terhadap
pengalamannya serta persekitarannya. Dalam diri kanak- kanak terdapat sifat egosentrik
yang agak tinggi, dan sifat ini telah menjadikan kanak- kanak sering berfikir diri
sendirinya adalah baik berbanding dengan orang yang lain serta sukar untuk menerima
padangan orang lain. Oleh itu, dalam pelaksanaan aktiviti PDP saya telah
merancangkan aktiviti kumpulan supaya dapat mengurangkan sifat egosentrik dalam diri
kanak- kanak. Melalui aktiviti kumpulan, murid dapat menjalankan tugasan ataupun
aktiviti bersama dengan rakan- rakan yang lain supaya mereka dapat saling
bekerjasama untuk menghasilkan suatu hasil kerja seperti kolaj, membina blok dan lainlain. Di samping itu, murid prasekolah juga dapat mempelajari cara berinteraksi dengan
individu yang lain serta memupukkan sikap keterbukaan dalam kalangan kanak- kanak.
Dalam teori PCC, Rogers mempercayai matlamat terapi digunakan adalah untuk
menolong pelajar supaya kongruen diri dan persekitarannya. Oleh demikian, guru perlu
menekankan aspek yang menggalakkan diri murid itu memahami persepsi tentang
dirinya dengan alam sebenar. Maka, perhubungan antara guru dengan murid yang
berasaskan konsep kongruen, penerimaan tanpa syarat dan empati perlu diwujudkan
dalam sesi PDP. Sebagai guru prasekolah saya perlu kongruen di dalam perhubungan
dengan semua murid dalam prasekolah. Maksud kongruen adalah merujuk kepada guru
perlu bertulus ikhlas semasa menjalani sesi PDP. Oleh itu, sebagai guru prasekolah
saya dikehendaki bersifat terbuka dan menjalin perhubungan yang baik agar dapat
menyakinkan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuklah kaum melayu,
kaum cina, kaum siam dan sebagainya. Semasa membuat perancangan PDP, saya
perlulah mengambilkira pelbagai aspek termasuklah unsur agama, latar belakang dan
sebagainya supaya PDP yang dirancangkan tidak menyentuh isu- isu sensitif serta
menyinggung perasaan mana- mana pihak. Dengan adanya keyakinan kukuh, maka
murid prasekolah akan bersedia mengikut aktiviti yang yang dirancang.
Bagi maksud genuine pula adalah kejujuran guru dalam menjalinkan hubungan baik
dengan murid prasekolah. Sebagai guru prasekolah, saya perlulah bertindak secara adil
tanpa rasa bias serta menerima semua murid dengan fikiran, tanggapan dan sikap
9

terbuka. Saya mestilah bersikap mesra dengan murid prasekolah walaupun berlainan
bangsa, berlainan agama ataupun nilai- nilai yang dipegang oleh murid bertentangan
dengan nilai- nilai guru.
Seterusnya sikap yang kedua yang perlu ada pada seorang guru ialah sikap mengambil
berat yang mendalam dan ikhlas terhadap murid prasekolah. Perasaan ambil berat ini
pula tidak seharusnya tercemar oleh penilaian- penilaian tentang perasaan, fikiran,
tingkah laku murid sebagai baik atau tidak baik ( Corey, 1982). Oleh itu, pembelajaran
berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenangdan bebas daripada ancaman serta
perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap
layanan yang sewajarnya. Rogers menyarankan penerimaan semua murid sebagai
individu yang ada potensi dan yang sedang berkembang. Menurut Kohn ( 2005),
sebagaimana dipetik oleh Eggen dan Kauchak (2007):
Students who felt unconditionally accepted by their teachers were more likely to be
interested in learning dan to enjoy chanllenging academic tasks, instead of just doing
schoolwork because they had to and preferring earsier assignments at which they know
they would succeed.
Oleh itu, saya dapat mengesan betapa penting guru perlu memberi penghargaan yang
tinggi kepada murid dan menerimanya dengan penuh kemesraan tanpa meletakkan
sebarang syarat terhadap penerimaan itu. Inilah yang dikatakan oleh Rogers sebagai
pertimbangan positif tanpa syarat.
Tambahan pula, sebagai guru prasekolah saya juga perlu membuat pemahaman yang
mendalam ataupun empati yang tepat terhadap latar belakang dan perkembangan dari
semasa ke semasa bagi seseorang murid prasekolah. Rogers percaya bahawa empati
berada bersama orang lain dengan cara empati adalah satu cara yang cukup berkuasa
untuk membawa perubahan personaliti ( Grummon, 1973). Konsep empat merujuk
kepada keupayaan guru memahami murid dan membantu dengan tepat seperti apa
masalah yang dialami oleh murid itu sendiri. Sebagai guru saya haruslah berfikir secara
rasional dan cuba merasai perkara yang dialami oleh murid dengan mengikut tahap
kognitif murid tersebut. Dengan mempersepsikan dunia dalaman seseorang murid
dengan tepat, maka guru akan dapat memahami apa yang dialami oleh murid. Matlamat
empati yang tepat ialah untuk membantu murid mendekati pengalamannya sendiri yang
pula menjadi rujukan bagi memandu tingkah lakunya dan permahaman kendirinya.
10

Kesimpulannya, Teori Pemusatan Klien atau Pemusatan Perorangan yang diasaskan


oleh Carl Roger adalah satu teori yang cukup berkesan dalam proses PDP. Teori ini
mewujudkan suasana penerimaan terhadap klien tanpa syarat proses yang aman
damai dan kefahaman yang mendalam terhadap pelajar.

11

4.0 RUMUSAN
Ekoran dari perkembangan dunia pendidikan era ini, peranan dan tugas guru dalam
mendidik anak bangsa menjadi semakin mencabar. Seorang guru yang bertindak
sebagai pengurus bilik darjah efektif akan berusaha mempertingkatkan serta
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkesan demi dapat membantu
murid dalam pembelajaran dan pengajaran serta berjaya dalam kehidupan.
Justeru, kemahiran- kemahiran asas kaunseling yang berkesan seperti kemahiran
melayan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran memberi pemerhatian dan lain- lain
serta teori- teori kaunseling seharusnya dipraktikkan dalam usaha mengendalikan PDP
masa kini secara berkesan serta membentuk satu persekitaran pembelajaran yang
postif dan kondusif di sekolah. Guru wajar mengamalkan kemahiran tertentu yang
dirasakan paling sesuai dengan tahap murid sebagai usaha menjadikan murid seronok
berada di dalam kelasnya serta berjaya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.

12

BIBLIOGRAFI
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2013). Bimbingan dan kauseling kanak- kanak.
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Khoo B.L ( 2013). Bimbingan dan kaunseling kanak- kanak. Selangor: Penerbit
Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati. A. Rashid & Boon. P.Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan
alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Shariff Mustaffa & Jamaludin Ramli & Zainudin Hassan. Aplikasi pendekatan
kaunseling pemusatan klien dalam menangani masalah emosi remaja di sekolah.
Retrieved February 23, 2015 from http://eprints.utm.my/17069/1/JOE-1-2011-029.pdf
Teori kaunseling dan psikoterapi. Retrived February 25, 2015 from
http://jamr3.brinkster.net/bahan/teori%20kaunseling%203.pdf

13