Anda di halaman 1dari 3

KANTIN SEKOLAH

Kantin sekolah ini bersaiz sederhana. Murid akan pergi berehat di kantin pada waktu
yang telah ditetapkan oleh sekolah. Terdapat tiga sesi waktu rehat untuk berlainan darjah
disebabkan kantin tidak boleh memuatkan untuk 900 pelajar. Pelbagai makanan yang telah
disediakan oleh pihak kantin untuk pelajar memilih makanan rehat mereka. Demi keselamatan
pelajar, makanan ditutup dengan plasitk putih untuk mengelak daripada lalat menghingap
makanan tersebut. Harga makanan juga berpatutan dan tidak terlalu mahal.
Selepas makan, murid akan mengambil pinggan makanan yang telah disediakan
masukkan ke dalam satu besen. Hal ini untuk memastikan meja kantin sentiasa dan pelajar lain
boleh menggunakan meja tersebut lagi dengan selesa. Di setiap sinki basuh tangan terdapat
sabun cuci tangan untuk membasuh tangan pelajar selepas makan. Terdapat guru yang akan
bertugas di kantin semasa murid rehat. Guru akan memastikan murid makan dengan baik dan
mencatat dalam buku rekod.
Dari segi aspek keselamatan, terdapat palang pembahagian semasa membeli makanan,
dimana murid dikehendaki beratur semasa membeli makanan. Ini bagi mengelakkan sebarang
kemalangan yang akan berlaku semasa murid mengambil makanan selepas membeli. Makanan
yang disediakan juga berkhasiat, dimana pihak kantin ada menjual buah-buahan untuk para
murid. Terdapat tiga jenis tong sampah yang mempunyai kriteria pembuangan disebelah kanan
kantin. Murid akan membuang sampah mengikut jenis-jenis sampah.
Terdapat meja dan kerusi yang panjang disediakan. Meja dan kerusi kantin disusun
rapat antara satu sama lain. Meja dialas dengan kain yang lawa beserta plastik putih. Kantin
dihias dengn cantik dengan mempunyai renda-renda dan lukisan yang dilukis oleh murid
digantung diatas syiling.
TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
Tempat pembuangan sampah berada di suatu sudut berdekatan dengan padang
sekolah. Saiz tempat pembungan sampah bersaiz kecil. Tempat pembuangan sampah sentiasa
ditutup agar sampah tidak boleh dihidu busuk. Tempat pembuangan sampah dipagar agar tidak
diselongkar oleh haiwan. Murid tidak dibenarkan untuk mendekati pembuangan sampah kecuali
dengn arahan guru. Sampah dikutip oleh pihak pembuangan sampah dua minggu satu kali.
Barang-barang yang tidak boleh digunakan juga turut dibuang oleh pihak sekolah kerana
hendak mengelakkan sebarang kemalangan.

Sampah daripada beberapa tempat contohnya dari kantin akan dibuang ke dalam
tempat pembuangan sampah. Sampah kelas juga akan dibuang oleh murid ke dalam tempat
pembuangan sampah. Sampah-sampah ini akan dikumpul dan dikutip oleh pihak pembuangan
sampah. Murid-murid tidak dibenarkan bermain di tempat pembuangan sampah.
Sekolah ini juga telah menyediakan tong sampah kitar semula untuk murid-murid
membuang sampah. Tong-tong sampah juga diletakkan di beberapa kawasan strategik bagi
memastikan pelajar tidak membuang sampah di merata tempat
LONGKANG DAN PARIT
Longkang dan parit sekolah sentiasa bersih dan tidak mempunyai sampah. Setiap pagi,
kakitangan sokongan sekolah akan mebersihkan kawasan sekolah termasuk longkang dan parit
sekolah. Tiada sampah atau air yang tersumbat di sepanjang longkang sekolah. Longkang dan
parit yang tersumbat atau bertakung akan menyebabkan pembiakan aedes.
Saya dapati longkang sekolah tidak ditutup. Hal ini akan menyebabkan kemalangan
berlaku apabila murid terjatuh ke dalam longkang. Selain itu, terdapat satu parit besar
dihadapan sekolah. Parit itu juga tidak ditutup oleh pihak sekolah dan saiznya sangat besar dan
dalam. Murid akan melalui kawasan tersebut semasa sampai ke sekolah. Jika murid tidak
berhati-hati, kemungkinan besar pelajar akan jatuh ke dalam parit tersebut.
Saya memberi cadangan kepada pihak sekolah untuk menutup parit tersebut dengan
pagar dan mereka menerima cadangan tersebut sebagai langkah keselamatan pelajar.
TANDAS
Tandas murid berada dalam keadaan baik dimana saya perhatikan di setiap tandas
murid tidak ada contengan dan tiada sebarang vandalisme di dalam tandas. Murid dikehendaki
mencurahkan air ke tandas selepas digunakan. Dicermin tandas terdapat kertas yang ditapal
dengan arahan Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan. Murid tidak dibenarkan
bergurau di dalam tandas bagi aspek keselamatan. Murid-murid diarahkan untuk bekerjasama
untuk menjaga kebersihan tandas.
Diluar tandas, terdapat satu tong sampah yang telah disediakan untuk membuang
sampah. Pekerja kontrak menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang ditetapkan agar
tandas sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa digunakan. Tandas dan singki sentiasa
bersih, tidak bau dan tersumbat. Takungan air sentiasa ditutup, bersih dan bebas daripada
pembiakan nyamuk. Lantai dicuci dengan sabun dan dimop supaya sentiasa bersih dan tidak
licin. Tandas guru juga bersih dan sentiasa dicuci oleh pekerjanya.

BILIK DARJAH
Bilik darjah di sekolah ini hanya berada tahap memuaskan. Saya dapati di setiap bilik
darjah tidak mepunyai penyapu sampah. Pihak sekolah juga tidak pasti kehilangan penyapu
sampah di setiap bilik darjah. Maka, keadaan kelas menjadi tidak bersih dan kotor. Ini akan
menyebabkan keadaan bilik darjah tidak kondusif. Murid turut tidak selesa untuk mengikuti
aktivit pengajaran dan pembelajaran.
Saya dapati bilik darjah sekolah ini agak berlainan susunan dan kerusi. Susunan kerusi
dan meja berbentuk V dan menghadap ke papan putih. Di tengah-tengah bilik darjah tersebut
mempunyai karpet yang saiznya agak besar. Saya dapati karpet ini adalah untuk diduduk oleh
pelajar apabila mereka hendak menyalin nota di papan tulis. Kemungkinan susunan kerusi
menyebabkan murid yang duduk di bahagian belakang tidak nampak maka adanya karpet
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai