Anda di halaman 1dari 2

Tips membuat roti dari pengalaman ros yang lepas.

Jika menggunakan tangan untuk menguli


1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan
bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi, hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan
susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku lah, suhunye lebih
kurang 30darjah.
2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus, sbb ros ade
pengalaman, kononnye nak jimat, bila buat ape pun jenis roti semua tak jadi, walaupun doh tu dah
habis lembut dan elastik.
3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh adjust, bahan yang lain kalau
boleh jangan di tokok tambah lah, terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tak
boleh lebih, sebab kandungan garam dlm dua bahan ini akan mematikan yis.
4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya, ambil air suam dlm suku cawan,
campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika
yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi
kalau confident boleh terus letak je yis kering dlm adunan.
5. Proses menguli, buat roti ni boleh terus lebur je semua bahan, tapi kalau ade penggunaan telur,
telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh, uli selama 6 hingga 8
minit tanpa henti.
6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli tangan, seperti yang pernah ros mention
sebelum ni di dalam resepi roti-roti ros, cara ini amat berkesan dan ros telah mencubanya ber ulang
kali, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin, dan masukkan
di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, masa ni boleh duduk depan tv sambil
ramas-ramas doh tu, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mane yang anda suke, tapi ros buat lebih
kurang 5-10 minit je, lepas tu keluarkan dari plastic dah uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh
akan elastik dan lembut.
7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk
di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb doh perlu
suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih,
pastikan doh naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak tau doh dah cukup
diperap ialah, apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.
8. Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa minit, kemudian bahagikan
doh mengikut kuantiti yang anda suke, dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang
8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm loyang pembakar.
9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jgn over perap, nnt liang2 roti jadi besar
dah roti takkan gebu, ros dulu ingat klu perap lagi lama lagi sedap dan roti akan naik elok, tp ros silap,
semua nye kena timing betul-betul. masa perap ni jgn lama, paling lama pun sejam, yang paling elok
hanya 40 minit, ataupun bila dah tgk naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.
10. Sebelum bakar, kena glis dulu kan, mengikut pemerhatian ros, untuk mendapatkan permukaan doh
yang berkilat tu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh,
dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal, nnt rosak permukaan doh tu, make sure bila nak bakar
sahaja baru gliss ya.

11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, tapi ros selalu guna suhu oven 180darjah
lah, bila nampak doh dah perang kt permukaan nye tu, terus buka pintu oven dah cover atas roti tadi
dengan alumunium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu
oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan pemukaan
doh yang tidak begitu perang.
Ha, macam mana byk yang perlu kita jaga kan bila buat roti ni kan, dan kalau guna breadmaker pun
kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, klu bakar terus dalam breadmaker selalu nya takde masalah.
Buat roti pun bukan terus boleh jadi, first time ros buat roti pun, rotinya keras boleh baling ke dinding,
keras sgt2, hahhahaha, tapi ros tak putus asa, ros terus cuba dan terus mencuba sampai lah mahir
dalam bab meroti ni, dan ros kongsikan pengalaman dan tips, ikhlas buat semua, jika ade yang ros
tertinggal tolong bagitau ye, dan ros akan updates kemudian.
SELAMAT MEROTI BUAT SEMUA

Anda mungkin juga menyukai