Anda di halaman 1dari 2

Mohd Hanafi bin Mohd Asdi

SMKA Tun Said


Beg Berkunci No. 4
89159 Kota Belud, Sabah.
Ust. Taip Bin Abdullah
Pengetua SMKA Tun Said
Beg Berkunci No. 4
89159 Kota Belud, Sabah.

25 FEBRUARI 2015

Tuan,
MEMOHON KEMUDAHAN ASAS BARU DALAM MAKMAL BAHASA
Dengan segala hormatnya pekara di atas adalah dirujuk.
02. Bidang Bahasa SMKA Tun Said telah mengadakan perbincangan dan selaku penyelaras
Makmal Bahasa saya memohon kemudahan asas dalam Makmal Bahasa kerana bilik
tersebut tidak kondusif untuk digunakan.
03. Antara kemudahan asas baru yang perlu di bilik tersebut adalah seperti yang
disenaraikan di bawah.
Bi
l
1
2
3
4
5
6

Kemudahan
Penghawa dingin
Kipas syiling / dinding
LCD projector
Papan layar
Papan
putih
(Whiteboard)
Kerusi bertangan

Kuan
titi
1
4
1
1
1

Status
Rosak
Belum ada
Rosak
Rosak
Perlu diganti

30

Perlu diganti

04. Bagi pengetahuan pihak tuan, terdapat dua buah penghawa dingin di bilik bahasa
namun sebuah penghawa dingin telah rosak dan sebuah lagi perlu penyelenggaraan. Para
guru dan para pelajar kurang selesa berada di bilik tersebut kerana agak panas setiap kali
kelas diadakan. Makmal Bahasa juga digunakan untuk Ujian Lisan Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS) Tingkatan 3 bagi Subjek Bahasa Melayu dan Inggeris serta Program OPS
English. Oleh itu, ketidakselesaan ini dikhuatiri akan menjejaskan pencapaian pelajar.
05. Oleh itu, diharapkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk keselesaan warga pendidik dan para pelajar khususnya.
Sekian, terima kasih.
Saya yang benar,
__________________________

MOHD HANAFI BIN MOHD ASDI


Penyelaras Makmal Bahasa
SMKA Tun Said, Kota Belud.