Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PENDIDIKAN RENDAH)


TUGASAN PROJEK
JANUARI MEI 2015
NAMA IPG : IPG KAMPUS PERLIS
NAMA KURSUS : PSIKOSOSIAL SUKAN
KOD KURSUS

: PJM3172

TARIKH MULA : 2 FEBRUARI 2015

NAMA PELAJAR :
UNIT/KUMPULAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2012
(MAJOR PJ)
TARIKH HANTAR : 9 MAC 2015

Hasil Pembelajaran :
1.
2.

Menyatakan konsep dan proses penyelesaian masalah sukan dengan pelbagai pendekatan psikologi.
Menggunakan pengetahuan tentang psikologi dan sosiologi sukan dalam program latihan mental.

3.

Mempamerkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan aktiviti

4.
5.

Menghuraikan teori dan konsep psikologi serta perkembangan tingkah laku individu di dalam sukan
Menghuraikan teori sosiologi dan proses sosialisasi dalam masyarakat melalui medium sukan.

Projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5.


Objektif Tugasan :
Pada akhir tugasan projek ini, pelajar-pelajar dapat :
1.

menyatakan satu huraian terperinci perkembangan sukan kanak-kanak dan tahap penglibatan ibubapa serta dapat
mengaitkan teori-teori psikososial yang berkaitan.

2.

menyediakan kertas cadangan program sukan untuk kanak-kanak dan boleh diaplikasikan secara praktikal dengan
berkesan.

3.

mengendalikan satu program sukan untuk kanak-kanak berdasarkan kertas cadangan yang telah dirancang.
1.

Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan
dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua,
1990). Karl Groos dalam Teng Boon Tong (1984), mengatakan bahawa kanak-kanak mempunyai sifat kecenderungan untuk
bermain dan ini adalah bersifat persediaan iaitu menyediakan kanak-kanak dari aspek fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk
masa akan datang.
Permainan kini diakui akan membawa perkembangan jasmani, mental dan sifat-sifat kemasyarakatan dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Justru itu anda sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani perlu tahu
mengenai sukan kanak-kanak dan bagaimana ianya dikendalikan dan anda juga bertanggungjawab untuk melaksanakannya
serta menjadikannya lebih menarik dan kanak-kanak tertarik untuk menyertainya. Anda juga perlu memberi tumpuan kepada
aktviti permainan dan prosedur pengendaliannya agar dapat menjadikan sukan kanak-kanak menjadi lebih menarik dan
berkualiti .
Sebelum merancang dan mengendalikan program sukan kanak-kanak yang menarik dan berkesan, anda terlebih dahulu
perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi. Pengetahuan dan kemahiran inilah yang dapat
diaplikasikan dalam proses merancang dan mengendalikan sukan kanak-kanak .
Arahan tugasan
1.0

2.0

Penulisan esei
1.1

Huraikan sukan untuk kanak-kanak dan kaitkan dengan teori-teori psikososial yang relevan.

1.2

Berikan penerangan mengenai penglibatan dan penarikan diri kanak-kanak dalam sukan .

1.3

Huraikan mengenai penglibatan ibubapa dan orang dewasa di dalam perkembangan sukan kanak-kanak.

1.4

Berikan pandangan dan cadangan anda mengenai sukan kanak-kanak dan cadangan penambahbaikannya.

1.5

Panjang esei 1,200 patah perkataan tidak termasuk rujukan dan gunakan fon arial saiz 11.

Penyediaan kertas cadangan


2.1

Aktiviti untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 7 tahun hingga 12 tahun.

2.2

Jenis aktiviti permainan yang sedia ada ( selalu dimainkan )


2.

2.3
2.4
3.0

Menjelaskan prosedur setiap aktiviti yang dicadangkan.


Menggabungjalinkan unsur fizikal, emosi, rohani dan intelek.

Pengendalian program
3.1

Mengendalikan aktiviti permainan yang sesuai untuk kanak-kanak seperti dalam kertas cadangan.

3.2

Setiap aktiviti merangkumi lima hingga enam orang.

3.3

Aktiviti dikendalikan di kawasan lapang serta peralatan yang mencukupi.

3.4

Jangka masa setiap aktiviti adalah di antara 10 hingga 15 minit.

3.5

Menyediakan laporan dan dokumentasi.


3.5.1 Bukti perlaksanaan program (gambar & video).
3.5.2 Membuat refleksi (individu) - Kebaikan dan kelemahan program serta cadangan penambahbaikkan.
3.5.3 Rumusan dan penutup.

4.0

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


4.1

Isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

4.2

Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:

4.2.1

kandungan / bahan-bahan yang relevan dengan isi kandungan kursus (Psikososial Sukan).

4.2.2

persembahan hasil tugasan menampilkan kesungguhan dan berpengetahuan luas dari pelbagai aspek.

4.3

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong tugasan anda hendaklah dikemukakan.

4.4

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil tugasan anda.

4.5

Hasil tugasan perlu kemas, menarik dan koheren.

Tugasan disediakan oleh


___________________________
(
MOHAMAD IDRIS S.SYED AHAMED

Disahkan oleh
)

_________________________________
(
)