Anda di halaman 1dari 3

Faktor-faktor perkembangan dan keruntuhan tamadun

Faktor pertama perkembangan tamadun ialah politik yang kukuh dapat menyumbang
kepada kejayaan sesebuah tamadun umpamanya tamadaun Rom dan Parsi pada awalnya
mempunyai asas politik yang kukuh dengan system pemerentahan yang teratur dan kuat. Pihakpihak musuh tidak dapat mengganggu-gugat Negara meyebabkan usaha-usaha membangunkan
tamadun tidak terhenti. Kedudukan sesebuah tamadun atau Negara yang strategic boleh
menyebabkan sesebuah tamadun itu dapat berkembang dengan pesat kerana penyebaran
tamadun sesebuah Negara itu samada jalan air atau darat.
Di samping itu. rangsangan keagamaan juga boleh menyebabkan sesebuah tamadun itu
berkembang maju. Keadaan ini dapat kita lihat dengan tamadun islam. Agama islam mendorong
umatnya supaya mencari ilmu penmgetahuan samaada melalui Al-Quran itu sendiri atau melalui
tanda-tanda alam sekitar dan budaya manusia. Keadaan ini telah menyebabkan tamadun islam
berkembang pesat semasa khulafak umayyah dan juga pada zaman pemerentahan khulafa
Abasiyyah. Ketiga ialah toleransi dengan tamadun lain juga boleh menyebabkan sesuatu
tamadun yang baru akan lebih berkembang dengan pesatnya dengan mengkaji tamadun yang
telah lalu dengan penambahbaikan sesuatu ilmu pengetahuan seterusnya mencipta tamadun
mereka sendiri.

Kedudukan yang strategic juga merupakan factor perkembangan tamdun. Pada masa
awal, pertempatan masyarakat bertujuan memperoleh sumber semula jadi demi kelangsuangan
hidup. Faktor lokasi yang merujuk kepada kesesuaian factor geografi telah dilihat menggalakkan
kemunculan tamadun China di lembangan sungai Hwang-He and Yangtze, tamadun India di
lembangan sungai Ganes and Brahmaputra, dan tamadun Mesir di lembangan sungai Nil. Faktor
yang seterusnya ialah rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani
mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang murni serta membentuk
kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan
berusaha membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan nilai dan ketinggian
budaya. Inilah permulaan kehidupan bertamadun.

Ekonomi yang mantap juga menyumbang kepada perkembangan tamadun. Ekonomi tamadun
awal banyak bergantung kepada sungai sebagai sumber air, pertanian dan keperluan harian.
Kegiatan perdagangan, perkapalan dan sistem cukai juga berpusat di sungai. Ini dapat dibuktikan
kerana hamper semua tamadun awal di dunia telah bermula di sekitar lembah atau lembangan
sungai. Contohnya, Sungai Indus di Inda, Sungai Hwang-He di China dan sungai serta
perlabuhan di Selat Melakafaktor ialah budaya masyarakat yang tinggi. Tatacara yang tersusun
dalam pentadbiran dan perekonomian telah memakmurkan kehidupan masyarakat yang
mendorong ke arah kegemilangan.
Faktor pertama keruntuhan tamadun ialah jurang kaya-miskin. Ketidakadilan berlaku
dalam masyarakat apabila wujud jurang perbezaan yang ketara antara kaya dengan miskin.
Situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada abad ke-3 dan ke-4
M. begitu juga dapat diperhatikan di penghujung pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Jurang antara kaya-miskin akan menimbulkan konflik dan pertentangan yang membawa kepada
keruntuhan masyarkat dan Negara. Faktor kedua ialah penindasan dan kezaliman. Kehidupan
bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak
dihormati. Berdasarkan sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun
Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai, terutama dalam kalangan pemimpin.
Wilayah-wilayah colonial yang merupakan sebahagian kepada tamadun Barat telah tumbang
disebabkan penidasan dan kezaliman yang dilakukan. Berlakunya keruntuhan moral dan nilai
masyarkat, terutama dalam kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan
terhadap budi pekerti yang murni dan mulia.
Faktor lain termasuklah penerimaan perubahan sikap tidak mahu menerima perubahan.
Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya
membawa kepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan. Contohnya, tamadun
Islam Uthmaniyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu
menerima perubahan teknologi dan sosial. Faktor keenam ialah keruntuhan akhlak. Keruntuhan
akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor kemerosotan sesebuah
tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap berfoya-foya,
amalanrasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa.

Akhirnya, ketidakadilan dan perbezaan jurang di kalangan rakyat dan pemerentah akan
menyebabkan sesuatu tamadun itu akan jatuh atau musnah kerana banyak pemerontakan berlaku
dan akhir sesebuah tamadun yang diciptakan itu musnah dengan tangan rakyatnya sendir.
Penindasan dan kezaliman juga akan menyebabkan sesebuah tamadun itu akan musnah sedikit
demi sedikit kerana melalui pemerontakan yang berterusan akan memusanhkan sesebuah
tamadun yang telah dibina itu sedikit demi sedikit. Pementah tiadk mempunyai masa untuk
memajukan tamadun manakala rakyat pula sibuk dengan pemerontakan dan mereka tidak
mempunyai masa untuk membina budaya dan tamadun mereka. Malapetaka dan bencana alam
juga boleh membawa kepada kemusnahan buadaya dan tamadun itu sendiri. Banyak kisah-kisah
sesebuah tamadun yang hebat Musnah disebabkan bencana yang berlaku samaada melalui gempa
bumi, gunung berapi, rebut yang kencang dan sebagainya telah memusnahkan sesebuah tamadun
itu

Anda mungkin juga menyukai