Anda di halaman 1dari 24

ALIRAN MAZHAB

DEFINISI MAZHAB

Dari segi bahasa : jalan, tempat yang


dilalui dan aliran air.
Dari segi syarak : Mengikut sesuatu
yang dipercayai iaitu dasar pendirian
yang diikuti. Kata imam As-Syafie:
Apabila telah sah hadis, maka itulah
mazhabku.

TUJUAN MAZHAB

Ia memudahkan umat yang tidak berkemampuan


untuk mendekati ajaran al-Quran dan al-Sunnah
secara terus.

Dapat menjelaskan kepada manusia apa yang telah


difirmankan oleh Allah s.w.t dan apa yang disabdakan
oleh Rasulullah saw dengan menggunakan bahasa
yang mudah difahami oleh masyarakat umum kerana
kebanyakan ahli masyarakat tidak mampu memahami
dalil-dalil al-Qur'an dan Hadis secara langsung.

KEPENTINGAN MAZHAB

keaslian dan ketulenan ajaran agama dapat dijaga


daripada dicemari faktor-faktor politik.

dapat menyusun kaedah-kaedah fiqh yang


sistematik bagi memudahkan umat Islam
kemudian hari mencari dan mengeluarkan hukum.

ajaran Islam yang ditinggalkan oleh peredaran


zaman dapat dihidupkan kembali

SEBAB PERBEZAAN MAZHAB

Pertama :

Selepas peristiwa kegemilangan Khulafa alRasyidin mulai hilang. Memang tidak dapat
dinafikan lagi bahawa Sayidina Ali r.a ialah seorang
daripada anggota Khulafa al-Rasyidin, tetapi
pemerintahannya diganggu oleh kekacauan.
Sistem Khalifah tidak lagi memberi sinaran cahaya
yang sebelum ini pernah menarik orang ramai ke
arahnya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Selepas kewafatan Sayidina Ali r.a, apa jua keagungan


yang tinggal telah mula menurun.
Akibatnya tidak ada lagi cara yang boleh menyatukan
perbezaan dalam masalah fiqh yang muncul dari
semasa ke semasa.
Masyarakat mula hanyut, sama ada ia bergantung
pada fikirannya sendiri atau menaruh keyakinan
kepada ulama dikawasan masing-masing.
Oleh itu, tidak ada lagi institusi yang dapat
mengharmonikan perbezaan antara sesama mereka,
desakan untuk mencari keharmonian dan kesatuan
mula lenyap daripada hati-hati mereka.

KEDUA

Setelah Negara Islam berkembang, manusia


daripada berbagai latar belakang mengambil
tanggungjawab
mengeluarkan
fatwa
dan
menjalankan urusan kehakiman di pelbagai pusat di
Negara itu.

Walaupun mereka setia sekata dalam perkara


prinsip, namun perbezaan dari segi pendekatan,
pemahaman,
dan
tatacara
mereka
dalam
menjalankan ijtihad tetap wujud.

Meskipun perbezaan ini nampaknya ringan dan tidak


banyak menyentuh tentang din, tetapi oleh sebab
orang awam di setiap daerah lebih menyakini ulama
di daerahnya, maka dengan sendirinya ia lebih

BEBERAPA MAZHAB DALAM FIQH

PERTAMA : MAZHAB YANG TIDAK BERKEMBANG.

Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya cukup ramai,


terdiri daripada tabii al-tabiin atau mereka yang berikutnya,
tetapi kebanyakan mereka ini tidak ada orang yang
mengumpul dan menyebarkan mazhab mereka di kalangan
orang islam dan memfatwakannya. Akhirnya mazhab ini
semakin mengecil, hampir pupus dan hilang fiqhnya, kecuali
pandangan-pandangan mereka yang di temui bertaburan di
dalam kebanyakan kitab tafsir bil mathur, syarah-syarah
hadith dan kitab fiqh mazhab yang kekal. Di antara tokohtokoh mujtahid ini seperti Ata bin Abi Rabah, Said bin alMusayyib, Ibrahim al-Nakhaiy, Sufyan al-Thauri, Al-iman alAuzaiy, Ibnu Jarir al-Tabari, Daud al-Zahiri dan lain-lain lagi.

KEDUA : MAZHAB SYIAH DAN


KHAWARIJ.

Terdapat beberapa mazhab lain yang masih


hidup, kekal, berkembang, dan diberi
perhatian, akan tetapi ijtihad pendokongpendokongnya
telah
terkeluar
dari
lingkungan Ahli Sunnah wa al-Jamaah dari
segi Usul ( prinsip ) dan Furu. Yang terpenting
sekali ialah mazhab syiah dan khawarij,
kemudiannya yang paling masyhur sekali
ialah mazhab al-Ibadiyyah dari kalangan alkhawarij, mazhab al-Imamiyyah dari syiah,
mazhab al-Zaydiyyah dari syiah juga tetapi
ia lebih dikenali sebagai mazhab yang

KETIGA : MAZHAB-MAZHAB FIQH AHLI


AL-SUNNAH WA AL- JAMAAH.

Mazhab fiqh yang termasyhur dari


kalangan imam Ahli Sunnah wa alJamaah yang masih terus menerus
memberi khidmat dan mempunyai
pengikut
setia
yang
ramai
mengembang, menyebar, mengajar
seterusnya di pelajari ialah empat
mazhab yang terkenal iaitu Mazhab
Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab SyafiI
dan Mazhab Hanbali.

IMAM-IMAM
MAZHAB FIQH

IMAM HANAFI

Beliau ialah al-Numan bin Thabit bin Zuwata al-Kufi,


dilahirkan di Kufah pada tahun 80 hijrah dan berasal
dari keturunan Parsi, merdeka dan keturunan nenek
moyangnya tidak pernah menjadi hamba menurut
satu pendapat.
Antara tokoh gurunya yang masyhur ialah Ati bin Abi
Rabah, al-Syabi, Ikrimah maula Abdullah bin Abbas,
Nafi maula Umar, Hammad bin Abi Sulaiman dan
lain-lain lagi.
Dasar-dasar mazhab Abu Hanifah ialah sumber
syarak yang menjadi asas kepada fiqh beliau.
Sumber- sumber ini seperti Al-Quran, Al-Sunnah, AlIjma, Aqwal al-Sahabah (beliau memilih mana-mana
pendapat yang difikirkan benar ) dan Al-Qiyas dan

Abu Hanifah terkenal sebagai imam yang


banyak menggunakan pemikiran atau qiyas dan
bentuk ijtihad yang lain seperti istihsan dan urf,
kerana kehidupan beliau di Iraq sedikit hadith
sahih yang ditemuinya.

Ini kerana tercetusnya pelbagai fitnah dan


munculnya kelompok-kelompok politik yang
terdiri dari golongan Khawarij, Syiah dan lainlain dari kalangan mereka yang mencipta hadith
palsu bagi menyokong pemikiran mereka.

Beliau cukup teliti untuk menerima hadith,


apabila jelas hadith itu sahih beliau tidak akan
mengambil hadith lain sebagai sumber hukum.
Beliau akan menggunakan sumber-sumber
ijtihad hanya apabila tidak ada nas al-quran,
hadith sahih dan ijma. Maka sebab itu beliau
dikenali sebagai Imam Ahli al-Rayi.
Mazhab beliau tersebar luas di kalangan
penduduk Iraq, Syam, India, Mesir, China dan
beberapa Negara di Asia Tengah.
Di antara kitabnya adalah al-fiqh al-akbar dan
al-musnad.

IMAM MALIKI

Beliau ialah Malik bin Anas bin Abu Amir al-Asbahi,


dilahirkan di Madinah al-Munauwarah pada tahun 93 hijrah.
Menetap di Madinah dan tidak pernah keluar dari Madinah
melainkan kerana melakukan ibadat haji.
Beliau dibesarkan dalam masyarakat Islam yang penuh
dengan ilmu warisan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan
tabiin dan dididik dalam gedung ilmu, kota ilmu, dar alhijrah, sumber sunnah, tempat rujukan ulama dan tempat
lahirnya fatwa-fatwa sahabat.
Di antara guru-gurunya ialah Abd al-Rahman bin Hurmuz,
Muhammad bin Muslim bin Syihab Al-Zuhri dan mengambil
hadith, fiqh al-athar dan fatwa sahabat.

Sesungguhnya Imam Malik terkenal


sebagai salah seorang pengikut
madrasah Ahli al-Hadith, kerana beliau
banyak memberi penekanan kepada
hadith dan merujuk kepadanya.
Beliau sendiri tidak menyusun
metodogi mazhabnya dalam
beristinbat hukum dan kaedah-kaedah
berijtihad, walaupun beliau pernah
menyebut secara jelas pada setengahsetengah penulisannya dan
mengisyarat sahaja pada sesetengah

Di antara yang pernah disebut dengan


jelas dalam kitabnya Al-Muwatta
bahawa beliau mengambil pakai
amalan Ahli al-Madinah dan
diutamakan dari Khabar Ahad yang
bercanggah dengannya.
Selain itu, dasar mazhab beliau di ambil
dari Al-Quran, Al-Sunnah alNabawiyyah, Al-Ijma, Al-Qiyas, Amal
Ahli Al- Madinah, Qaul Al-Sahabi, AlIstihsan, Sadd al-Zarai, Al-Istishab dan
Al-Masalih Al-Mursalah.
Mazhab beliau tersebar dengan meluas

IMAM SYAFII ( 150 204 H ).

Beliau dilahirkan di Ghazza pada tahun 150 hijrah,


nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-Abbas
bin Uthman bin Syafii bin al-Saib bin Ubayd bin Abu
Yazid bin Hasyim bin al- Muttalib bin Abdul Manaf.
Imam Syafii dibesarkan dalam keadaan yatim,
bapanya meninggal dunia sewaktu beliau masih
dalam buaian lagi. Beliau dibesarkan di Makkah dan
mempelajari ilmu fiqh dengan Muslim bin Khalid alZanji, mufti Makkah sehingga beliau diizinkan
memberi fatwa ketika umurnya dalam lingkungan
lima belas tahun.
Kemudian beliau mengembara ke Madinah dan
berguru dengan Imam Malik, mempelajari kitab AlMuwatta dan meriwayatkannya dari Imam Malik.

Al-Syafii
mempunyai
peluang
dan
kemudahan yang banyak untuk mempelajari
mazhab-maznab
yang
terkenal
pada
zamannya,
mengkaji
dan
membuat
penyelidikan
yang
mendalam
serta
perbandingan, justeru pada mulanya beliau
mempelajari fiqh Makkah dari Muslim bin
Khalid dan tokoh-tokoh ulama yang lain.
Beliau juga memiliki kombinasi fiqh al-Hijaz
dan fiqh al-Iraq serta sempat mengarang
kitab al-Hujjah atau dikenali sebagai alMabsut.
Pemikiran dan pandangan dalam kitab ini
lebih dikenali dengan mazhab qadim. Beliau

Imam Syafii telah merumuskan dalil-dalil


hukum Syara dalam kitab al-Umm dengan
katanya: Ilmu itu ada beberapa tingkatan,
pertama Al-Kitab dan Al-Sunnah apabila
sah sabitnya, kedua ialah Al-Ijma pada
masalah yang tiada dalam kitab dan juga
al-Sunnah.
Ketiga, Qaul al-Sahabi dan keempat ikhtilaf
sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w
dalam perkara yang berkaitan dan yang
terakhir ialah Qiyas ke atas sebahagian
tingkatan-tingkatan itu.
Beliau wafat di Mesir pada tahun 204 hijrah

IMAM HAMBALI ( 164 241 H ).

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal alSyaibani al-Baghdadi. Di lahirkan di Baghdad pada bulan
Rabial-Awwal tahun 164 hijrah dan wafat pada tahun 241
hijrah.
Keyatiman beliau ini memberi saham kepada kekuatan
jiwanya, kecerdikan akalnya dan ketinggian hikmahnya.
Gurunya yang masyhur Imam al-Syafii ketika imam Syafii
tiba di Baghdad.
Namanya terkenal sebagi ahli dan imam al-Sunnah serta
himpunan hadithnya yang terkenal dengan Musnad alImam Ahmad bin Hanbal.
Beliau juga adalah guru kepada Imam Bukhari dan Imam
Muslim yang menghasilkan karya hadis sahih.

Beliau membina fiqhnya di atas lima dasar :


Pertama :
Nas dari al-quran atau al-sunnah,apabila
beliau menemui nas, beliau tidak akan
berpaling kepada apa yang menyalahinya.
Sunnah bagi beliau lebih besar dari
pendapat-pendapat yang sering
bercanggah, walaupun Sunnah itu ahad
sehingga yang menyalahi Sunnah itu
sendiri dari para mujtahid dan fuqaha yang
agung.
Hadith sahih tetap didahulukan dari
amalan ahli al- Madinah, pendapatpendapat, qiyas,qaul al-sahabi dan juga
ijma.

Kedua :
Fatwa sahabat yang tidak diketahui dan
sahabat lain yang menyalahinya, beliau
mengambil pakai fatwa ini dan tidak
pula dinamakan ijma.
Ketiga :
Apabila
berlaku
perselisihan
di
kalangan sahabat beliau akan memilih
pendapat mana yang dikira lebih
hampir kepada al-Kitab dan al-Sunnah.

Keempat :
Mengambil pakai hadis mursal dan juga
hadis dhaif apabila tidak ada dalil lain
yang
menolaknya,
bahkan
beliau
mengutamakan hadis dhaif ke atas qiyas
kerana hadith tersebut sebahagian dari
hadith sahih dan bukannya hadith batil.
Kelima :
Al-qiyas. Ia merupakan dasar terakhir bagi
beliau,sumber ini diamalkannya ketika
darurat apabila tidak ada nas dalam AlQuran dan Al-Sunnah , fatwa sahabat,
hadis mursal dan hadis dhaif.

Beri Nilai