Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid
ialah mengadakan pelbagai tenik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid
secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat
memperolehi pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui
pelbagai aktiviti yang telah disarankan.
Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi
sumbangan ke arah mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Melalui
simulasi, murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul
maklumat melalui pembacaan, temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi
penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru.
Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi
pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelsaikan masalah berdasarkan peranan
yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktiviti simulasi ini murid-murid
digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat
dan kerjasama kumpulan.
Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri
situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini
sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin
mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu.
Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam
Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada

mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama
untuk mata pelajaran lain.

APAKAH SIMULASI
Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah dalam
keadaan terkawal (Ee Ah Meng, 1989). Simulasi memerlukan peserta berinteraksi sesama
sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, isi atau tugasan tertentu.
Terdapat persamaan dan perbezaan antara simulasi dengan main peranan. Dari
segi persamaan, kedua-dua teknik ini berdasarkan situasi, dan peserta memegang peranan
atau tanggungjawab tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi
penglibatan peserta, peranan, persediaan dan situasi yang diwujudkan (Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1992). Perbezaan ini dapat dilihat seperti berikut :

Simulsi

Main Peranan

Bilangan Peserta
Lebih daripada seorang

Seorang atau lebih untuk memainkan


peranan yang telah ditentukan.

Peranan
i.

Menggayakan situasi

Mengayakan peranan atau aksi.

ii.

Menyelesaikan masalah

iii.

Membuat keputusan

iv.

Melaporkan hasil perbincangan


atau menghasilkan penerbitan

Situasi
Melaksanakan tugasan, projek atau

Situasi ditentukan oleh peserta secara

program yang bersesuaian dengan :

spontan

i.

Objektif tertentu

ii.

Kumpulan atau orang yang


bertanggungjawab

iii.

Jangka waktu yang ditetapkan

Persediaan
i.

Peserta mengumpulkan

i.

maklumat
ii.

Menentukan atau mengagihkan


tugasan

iii.

Merancang tugasan

MATLAMAT SIMULASI

Menerima dan memahami


arahan

ii.

Memainkan peranan

Tujuan simulasi adalah adalah untuk membolehkan pelajar :


a. Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi.
b. Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi.
c. Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan
kritis.
d. Menghasilkan laporan dengan berkesan.
e. Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
f. Mengalami sendiri sesuatu situasi.
g. Meyakinan diri sendiri.

JENIS SIMULASI
Aktiviti simulasi dapat diwujudkan berasaskan masalah dan penyelesaian
masalah. Masalah ini boleh diambil daripada masalah murid, masyarakat atau masalah
yang diketahuinya. Apabila masalah dapat diselesaikan, murid-murid dikehendaki
menyediakan dan menyampaikan laporan sama ada secara lisan atau penulisan. Secara
amnya simulasi dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu :
i. Pemusatan kepada masalah.
ii. Pemusatan kepada penerbitan.

i.

Pemusatan Kepada Masalah.


Simulasi jenis ini memerlukan peserta berbincang tentang sesuatu masalah atau

isu dan kemudian membuat keputusan serta menyelsaikan masalah tersebut. Semasa

perbincangan, kemungkinan timbul konflik atau percanggahan pendapat. Namun


demikian, keputusan mesti dibuat berdasarkan kata sepakat.
Pemusatan kepada masalah memerlukan peserta menyediakan laporan atau
cadangan setelah sesuatu masalah atau isu itu dibincangkan. Antara contoh-contoh
masalah yang sesuai dengan peranan dan situasi tertentu ialah masalah seperti yang
berikut :
a. Menentukan lokasi yang sesuai untuk membina zoo mini di kawasan sekolah.
b. Pencemaran yang disebabkan oleh tempat pembuangan sampah yang
berhampiran dengan kawasan perumahan.
c. Kemalangan jalan raya yang sering berlaku di lebuhraya kuala Lumpur
Karak.
d. Orang awam tidak mahu guna jejantas ketika menyeberang jalan di bandar
raya.
e. Murid suka menconteng dinding bangunan sekolah.
f. Kerosakan harta benda sekolah.
Masalah-masalah tersebut merupakan pokok persoalan yang perlu dikembangkan
menjadi situasi yang sesuai supaya dapat dibincangkan menjadi situasi yang sesuai
supaya dapat dibincangkan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

ii. Pemusatan Kepada Penerbitan


Simulasi jenis ini mengandungi komponen penyelesaian masalah pada peringkat
awal, tetapi sebahagian besar adalah untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam
simulasi jenis ini, perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu

projek atau penerbitan. Sesuatu projek yang dihasilkan itu merupakan hasil usahasama
yang positif.
Perbincangan dan keputusan yang dibuat merupakan sebahagian proses
penerbitan.
Antara contoh-contoh simulasi jenis pemusatan kepada penerbitan ialah :
a. Menerbitkan rancangan radio seperti membaca berita.
b. Menerbitkan rancangan televisyen.
c. Menerbitkan majalah mingguan sekolah.
d. Mengadakan pameran dan pementasan drama.
Melalui simulasi ini, peserta-peserta seolah-olah bertanggungjawab untuk
menerbitkan sesuatu program yang telah dirancangkan. Kemudian, program ini
dipersembahkan kepada kelas.

PERANCANGAN AKTIVITI SIMULASI.


Sebelum sesuatu simulasi hendak digunakan, guru boleh mengemukakan soalansoalan yang berikut kepada diri sendiri :
a. Apakah masalah dan situasi yang hendak dikemukakan ?
- Jenis masalah dan situasi.
b. Siapakah yang mengambil bahagian ?
- Bilangan peserta, peranan dan tanggungjawab.
c. Apakah yang perlu mereka lakukan semasa melaksanakan simulasi ?
- Membuat keputusan atau menerbitkan sesuatu.
- Menerbitkan sesuatu program.

d. Apakah yang perlu peserta sediakan sebelum simulasi dijalankan.


- Mengumpulkan maklumat.
- Meningkatkan pengetahuan.
- Memahami situasi.
Keempat-empat soalan di atas merupakan asas kepada penggubalan sesuatu
simulasi. Sekiranya kita hendak membina sesuatu simulasi tentang pemilihan lokasi
untuk membina contohnya sebuah zoo mini di kawasan sekolah, soalan-soalan yang
berikut hendaklah difikirkan.

KEPERLUAN UTAMA DALAM AKTIVITI SIMULASI.


Untuk menjalankan aktiviti simulasi, guru perlu menyediakan kad arahan bertulis.
Apakah kad arahan ? Kad arahan ialah kad atau kertas yang dicatatkan arahan bertulis
yang bertujuan membolehkan murid menjalankan tugas yang ditentukan. Terdapat dua
jenis kad arahan, iaitu :
i. Kad arahan am
ii. Kad arahan Khusus.
i.

Kad arahan am.


Ialah kad yang dapat menggambarkan secara umum tentang situasi, masalah dan

tugas yang perlu dijalankan oleh kumpulan berkenaan.


ii. Kad arahan khusus.
Disediakan untuk individu yang memgang peranan yang telah ditentukan. Arahan
yang diberi dapat membantu murid menjalankan peranan atau tugas yang diharapkan.

MEMBINA KAD ARAHAN


Memandangkan hal ini merupakan salah satu asas terpenting dalam pembinaan
simulasi, maka cara-cara membuat kad arahan ini disertakan dengan contoh-contoh.
Sebaik sahaja aktiviti simulasi dikenal pasti, guru perlu membina kad arahan, iaitu kad
yang mengandungi arahan dan peranan untuk membolehkan setiap peserta memahami
tugas yang disarankan kepadanya. Kad arahan hendaklah disediakan mengikut jumlah
kumpulan yang akan mengambil bahagian. Jika empat kumpulan telah ditentukan, maka
guru hendaklah menyediakan empat set kad yang sama.

PERANAN GURU DAN MURID.


Peringkat
Sebelum simulasi

Guru
Merancang dan menyediakan :
i.

Jenis simulasi masalah dan


dan situasinya.

ii. Objektif pembelajarn


iii

Penggabungjalinan
kemahiran.

iv. Penyerapan.
v. Penilaian.
vi. Pengukuhan dan pengayaan.
vii. Langkah dan aktiviti.
viii. Alat dan bahan

Murid
Membantu guru membuat
persediaan yang bersesuaian

Semasa Perlaksanaan

Guru menjadi pemudah cara

simulasi

dalam mengendalikan perkaraperkara di atas mengikut tahap :

i. Fasa permulaan.
ii. Fasa perkembangan.
iii. Fasa penutup.

Selepas simulasi.

Menjalankan aktiviti susulan :

Melanjutkan penglibatan

i. Pengukuhan dan pengayaan.

secara aktif dalam aktiviti

ii. Kemahiran.

pengayaan dan pngukuhan.

iii. Pengetahuan nilai.

Sebagaimana yang terdapat dalam jadual di atas, secara amnya ada tiga peringkat
untuk melaksanakan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu atau mata pelajaran lain.

RUMUSAN
Berdasarkan penerangan yang diberikan, diharap guru dapat mengamalkan teknik
simulasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknik ini, murid-murid
berpeluang meningkatkan lagi kemahiran berbahasa mereka terutamanya dalam

kemahiran lisan, membaca dan menulis. Murid-murid juga digalakkan untuk


menyelesaikan masalah dan membuat keputusan apabila mereka menghadapi masalah.
Melalui situasi yang diwujudkan, murid-murid juga berpeluang untuk
mengumpulkan makluma, berbincang, bertukar-tikar fikiran, memberikan pendapat dan
melaporkan keputusan sama ada secara lisan ataupun bertulis. Peluang seperti ini sudah
tentulah dapat memperkaya dan memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid.
Melalui cara ini, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan bermakna.