Anda di halaman 1dari 2

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan
pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Pergerakan lokomotor
berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan
kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan
badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
Bentuk Pergerakan Lokomotor
Berjalan
- Merupakan asas bagi berbagai corak langkah.
- pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain.
- kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai.

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan
i) Berjalan naik tangga

Berlari
- pergerakan yang lebih pantas daripada berjalan dan memerlukan lonjakan.
- lebih laju, menolak lantai dengan lebih kuat, berada di udara seketika.
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat
e) di berikan dan berlari semula
f) Berlari kehadapan serta berundur kesisi
g) Berlari mengikut seorang ketua

h) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan


i) Berlari mengikut arah zig zag
j) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

Pergerakan bukan lokomotor


Bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa
beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak
menggunakan otot-otot- kecil.
Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup
dan pusing putar.
Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Contoh:
melambung, membaling, menggolek(menggunakan bola) dan menampar alatan
kecil atau besar( menggunakan kompang).
Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas
seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.