Anda di halaman 1dari 29

1.

PENGENALAN

Pada bulan Disember 1941, Jepun memulakan serangannya ke atas tanah jajahan
Eropah dan Amerika di Timur Jauh dan Asia Tenggara. Jepun menggunakan negara
Thailand sebagai tapak untuk melancarkan serangan ke atas Myanmar kerana hubungan
baik dengan negara Thailand di bawah Perdana Menteri Luang Pibul Songgram.
Serangan Jepun ke atas Myanmar dimulakan pada bulan Januari 1942 dengan bantuan
tentera bebas Burma diketuai oleh Jeneral Aung San. Jeneral Aung San bersama
nasionalis Myanmar yang lain membantu Jepun dengan harapan Jepun akan memberikan
kemerdekaan kepada negara Myanmar. British cuba mempertahankan Myanmar di
Moulmein dengan memperkuatkan pertahanan mereka di sepanjang Sungai Salween,
tetapi gagal. Orang-orang British kemudiannya berundur ke Pegu dan seterusnya tiba di
Rangoon. Pada Mac 1942, Rangoon dikuasai oleh Jepun dan memaksa tentera British
bergerak ke Prome. Akhirnya pada bulan Mei 1942 hampir seluruh Myanmar telah
dikuasai. Penguasaan Jepun ke atas Myanmar membawa kesan daripada segi politik,
ekonomi dan sosial.

2.0

NASIONALISME

Nasionalisme di Myanmar amat berlainan dengan negara-negara di Asia Tenggara


yang lain. Sejauhmanakah penjajahan Jepun di Myanmar meninggalkan kesan ke atas
nasionalisme Myanmar, dapat dilihat melalui hubungan antara Jepun dan Myanmar
sebelum kedatangan penjajahan dan semasa penjajahan Jepun. Sebelum kedatangan
Jepun, semangat nasionalisme sudah bercambah dalam masyarakat Myanmar terutama di
kalangan petani1, Hpongyi2 dan pelajar-pelajar3. Bentuk nasionalisme pada ketika itu
hanyalah melalui pertubuhan-pertubuhan yang merangkumi semua peringkat iaitu
daripada peringkat bawahan ( petani ), golongan agama ( Pynyi ) dan pelajar-pelajar.
Gerakan yang mereka lakukan hanyalah bersifat sederhana sahaja, bercelaru dan
berpecah-belah antara persatuan-persatuan yang ditubuhkan. Pengaruh dari Jepun telah
menjadikan golongan nasionalisme Myanmar menjadi lebih radikal dan bersatu.
Hubungan Myanmar dan Jepun bermula pada tahun 1899. Pada tahun 1899
hingga 1941 hubungan Jepun dan Burma baik kerana aktiviti perdagangan yang
dijalankan antara kedua-dua pihak. Pada masa tersebut terdapat juga rakyat Jepun yang
tinggal di Myanmar yang berkerja di konsulat Jepun, firma serta organisasi Jepun, doktor
gigi, jurugambar dan peniaga. Hubungan antara kedua-dua pihak dihentikan pada
September 1941 disebabkan tindakan Jepun menduduki Indochina.
1

Nasionalisme dikalangan petani berlaku disebabkan kebimbangan mereka terhadap masalah sosioekonomi
yang berlaku. Pada tahun 1938, 1000 orang petani dari Thaton dan Pegu berjalan kaki ke Yangon apabila
persatuan yang ditubuhkan untuk membeli nasib mereka tidak memainkan peranan mereka dengan
berkesan. Lihat, Abu Talib Ahmad, ( 2000 ), Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Hal,301-302.
2
Golongan ini terdiri daripada nasionalis agama yang dikaitkan dengan U Oktama. Menurut beliau, rahib
juga perlu melibatkan diri dalam politik bagi menjamin kesejahteraan agama Buddha. Kesucian agama
akan terjamin dengan wujudnya kesejahteraaan dikalangan penganutnya. Ibid . Hlm, 297-298.
3
Penglibatan pelajar dalam politik bermula pada tahun 1906. peningkatan nasionalisme dikalangan pelajar
bermula pada tahun 1930-an disebabkan kebencian mereka terhadap ahli politik yang terlalu bergantung
kepada India dan British. Ibid. Hal, 305-308.

Pada ketika ini nasionalisme tempatan banyak dikaitkan dengan orang


perseorangan Jepun iaitu Kokubu Shozo, Suzuki Keiji dan Higuchi. Individu-indidu
tersebut banyak memberi sokongan kepada nasionalis tempatan. Kokubo 4 juga dikatakan
terlibat dengan satu rancangan Revolusi bersenjata yang melibatkan Dr. Ba Maw, U Soe
Thein, Thakin kelompok Ba Sien dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari Jepun.
Memorandum gerakan bersenjata itu gagal mendapat keluluskan daripada kerajaan Jepun
dan digantikan dengan Minami Kikan.
Sumbangan Jepun kepada nasionalis Myanmar pada peringkat awal adalah
melalui penubuhan pasukan tentera pembebasan Myanmar. Pada bulan disember 1941
telah ditubuhkan satu pasukan tentera pembebasan Myanmar yang dinamakan Birumma
Giyu Gun ( BIA ) di Bangkok. Anggota pasukan ini kebanyakannya dianggotai oleh
beberapa orang Thakin5 yang melarikan diri untuk meminta bantuan Jepun. Penubuhan
BIA merupakan sumbangan utama Jepun kepada nasionalis Myanmar. Golongan Thakin
yang lari

tersebut telah menjalani latihan tentera yang keras di bawah pengawasan

Jepun. Latihan ketenteraan keras penting kepada Thakin tersebut dalam membebaskan
negara mereka daripada British dengan teknik serangan. Tujuan latihan tersebut adalah
menjadikan mereka bukan sahaja merupakan golongan terpelajar malah mahir dengan
kemahiran ketenteraan7. Pada masa yang sama, Jepun juga telah menjanjikan
4

Kokubo sangat rapat dengan nasinalis tempatan dan dianggap seorang yang pro-Myanmar. Ibid. Hal, 309311.
5
Thakin juga dikenali sebagai Dobama Ahsiahyone. Slogan bagi persatuan Thakin ini adalah Myanmar
untuk orang Myanmar, yang menekankan perlunya kuasa politik dan ekonomi dipegang oleh rakyat
pribumi. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Burman dan Hindu. Anggota Thakin yang
berpecah-belah berjaya disatukan di bawah BIA. Thakin ini juga amat terpengaruh dengan ideologi Jepun
iaitu Asia untuk orang Asia dan Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya. Dengan itu, mereka mahu
membebaskan Myanmar dari sebarang Penjajahan. Ibid. Hal, 305-308.
6
Golongan Thakin yang melarikan diri, sebenarnya ingin mendapatkan sokongan daripada kerajaan asing
untuk mendapai kebebasan daripada British. Mereka juga melarikan diri selepas diburu oleh British selepas
terlibat dengan aktiviti blok pembebasan yang diketuai oleh Dr. Baw Ma. Ibid. Hal, 308-309.
7
John Bastin Dan Harry J. Benda, (1972) , Sejarah Asia Tenggara : Penjajahan Nasionalisma Dan
Kebijajahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal, 180-181.

kemerdekaan kepada Myanmar jika mereka berjaya menguasai Myanmar dari British.
Melalui perjanjian tersebut, golongan tersebut bersama-sama Jepun melakukan serangan
ke atas British di Myanmar. Dengan bantuan tentera yang dilatih khas tersebut Jepun
berjaya menguasai Myanmar. Penduduk tempatan telah memberikan kerjasama dengan
baik kerana menyangkakan pembebasan Myanmar adalah datang daripada warganya
sendiri.
Semasa penjajahan Jepun, nasionalisme juga semakin meningkat berkembang
dengan lebih pesat. Hal ini disebabkan beberapa dasar-dasar yang dilakukan oleh Jepun
ketika menduduki Myanmar. Selepas menguasai Myanmar, Jepun memilih bumiputera
terutama golongan Thakin yang terlibat dalam serangan ke atas British, dalam membantu
pentadbiran Jepun di Myanmar bagi menunaikan janjinya memberi kemerdekaan. Ketua
Thakin iaitu Aung San mendapat kedudukan yang tinggi dalam arena politik. Dasar yang
dibuat Jepun tersebut telah menyediakan pengalaman dalam pentadbiran oleh masyarakat
Myanmar. Keadaan ini menambahkan kembali keyakinan Myanmar bahawa mereka
mampu memerintah sendiri dan berjuang untuk mencapai kebebasan. Walaupun Jepun
memberikan kuasa pentadbiran kepada Myanmar, dalam masa yang sama mengurangkan
ahli-ahli tentera yang bersama-sama membantu Jepun menentang British menjadi kecil
serta mengurangkan kuasa mereka. Selepas tahun 1945 selepas Jepun menyerah kalah
British kembali ke Myanmar, menyedari pengaruh yang kuat golongan pentadbir tersebut
dalam politik maka British berhati-hati dalam melaksanakan dasar. Ramai juga telah
diberikan peluang untuk mengisi kekosongan pentadbiran di peringkat pusat dan daerah
seperti U Kyaw Nyein.

Semasa penjajahan dasar yang dilakukan Jepun dalam bidang pendidikan ialah
menanamkan dalam diri pelajar dari pelajar sekolah, sekolah tinggi, kolej dan belia
tentang kewujudan Negara Asia Baharu. Penanaman semangat untuk mewujudkan
Negara Asia Baharu itu adalah menerusi penubuhan persatuan pakaian beruniform
seperti persatuan pembantu polis, payung terjun dan tentera Negara 8. Melalui persatuan
ini, belia-belia banyak didedahkan dengan kemahiran dan kaedah dalam peperangan.
Tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia dengan menawarkan pangkat yang
dikhaskan untuk golongan yang berpendidikan. Ia bertujuan untuk mempengaruhi serta
menjadikan belia sebagai golongan yang setia menurut perintah. Belia tidak terpengaruh
malah menggunakan semangat dan teknik-teknik yang diajar melawan Jepun kembali
selepas Jepun tidak menunaikan janji mereka serta melakukan banyak kezaliman dan
pengekploitasian sumber alam Myanmar. Selepas penjajahan Jepun, golongan belia ini
menggunakan kemahiran tersebut untuk dapatkan kemerdekaan daripada British.
Semasa penjajahan Jepun, mereka diberikan kemudahan untuk berhubung dengan
rakyat tempatan tanpa sekatan. Kebebasan penggunaan surat khabar dan radio dalam
bahasa kebangsaan Myanmar dibenarkan secara rasmi. Keadaan ini memudahkan
penyebaran pemimpin-pemimpin nasionalis berhubung dengan masyarakat tempatan.
Walaupun Jepun menyerahkan pentadbiran kepada rakyat Myanmar dan memberi
kemerdekaan tetapi Jepun masih lagi berkuasa penuh terutama dari sudut ekonomi.
Malahan, Jepun banyak melakukan kezaliman dan pengekploitasi sumber alam Myanmar.
Selepas Jepun tidak menunaikan janjinya untuk memberi kemerdekaan sepenuhnya
kepada Myanmar, Thakin menjalankan gerakan sulit dan bersedia menentang Jepun.

Persatuan -persatuan yang ditubuhkan di sekolah ini menjadi asas kepada penglibatan belia dalam
perkhidmatan tentera. Ibid. Hal, 170-171.

Mereka menubuhkan pertubuhan baru iaitu Anti Fascist Peoples Freedom League
( AFPFL ) yang keanggotaannya dibuka kepada pelbagai kaum. Tujuan penubuhan
AFPFL adalah untuk mengekalkan kemerdekaan Myanmar 9. AFPFL juga menjalankan
dasar berkerjasama dengan British untuk mengalahkan Jepun. Begitulah sikap nasionalisnasionalis Myanmar yang sanggup berkerjasama dengan sesiapa sahaja bagi
membebaskan negara dari penjajahan.
Walaupun menyambut baik kepulangan semula British, masyarakat Myanmar tetap
mahu kebebasan. Pengalaman semasa penjajahan Jepun menyebabkan mereka hilang
kesabaran ke atas sebarang penjajahan asing. Penjajahan Jepun telah menyedarkan
mereka dan berjaya meninggalkan semangat nasionalisme yang kuat dalam diri mereka
untuk bebas daripada sebarang kekuasaan asing sama ada daripada sudut politik atau
ekonomi10. Gerakan pembebasan untuk memperoleh kemerdekaan penuh diketuai oleh
Aung sang dan Anti-Fascist Kebebasan Rakyat ( A.F.P.F.L ). Pada pentadbiran British
Aung san telah dijadikan jurucakap untuk mempertahankan cita-cita rakyat untuk
mencapai kemerdekaan. Aung San juga telah mengetuai pemberontakan dan dalam masa
yang sama menjalankan rundingan untuk mendapatkan kemerdekaan kali kedua daripada
British. Oleh itu, jalan kepada kemerdekaan Myanmar telah terbuka dengan peranan
yang dimainkan oleh Aung San.
Penjajahan Jepun ke atas Asia tenggara dan terutamanya di Myanmar meninggalkan
kesan yang positif ke atas nasionalisme. Nasionalisme yang bersifat sederhana pada
9

Penubuhan pertubuhan yang dianggotai oleh pelbagai kaum menunjukkan, mereka betul-betul mahu bebas
dan penjajah. Ideologi yang pelbagai telah diketepikan dan mereka bersatu-padu untuk tujuan
membebaskan Myanmar dari Jepun seterusnya berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada British. Ibid .
Hal,181-182.
10
Oleh itu, selepas kedatangan British mereka telah melakukan pemberontakan bagi mendapatkan
kemerdekaan. Dikhuatiri jika kedudukan ekonomi di Myanmar pulih, semestinya British akan bertapak
lebih lama lagi di Myanmar. Lihat, D. G.E Hall, ( 1981 ), Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Hal, 1025-1026.

peringkat awal bertukar kepada radikal, tersusun, bersatu-padu dan lebih berani selepas
penjajahan Jepun. Golongan nasionalisme ini menjalankan gerakan hanya satu untuk
mencapai matlamat asal mereka iaitu Myanmar untuk orang Myanmar. Hal ini
menunjukkan Jepun meninggalkan sumbangan yang besar dalam perkembangan
nasionalisme. Malah penduduk Myanmar juga amat menghargai sumbangan rakyat Jepun
seperti Takashi Hachiro, Inao Mizutani dan Izumiya Tatsuro. Mereka telah dianugerahkan
dengan hadiah negara Aung san Tagaung oleh bekas rakan mereka iaitu general Aung San
11

3.0

11

POLITIK

Abu Talib Ahmad, , ( 2000 ), Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

3.1

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

3.1.1

Sistem Pemerintahan Tentera

Setelah Jepun menakluki Myanmar, Jepun telah menubuhkan kerajaannya yang


dikenali sebagai pentadbiran Baho. Semasa pendudukan Jepun, semua ahli politik
Myanmar seperti Dr. Ba Maw, U Nu, U Ba Pe dan lain-lain telah dibebaskan. Mereka
mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Jepun dan bersatu di bawah satu
pertubuhan yang dikenali sebagai Tentera Kemerdekaan Myanmar ( Myanmar
Independence Army ). Perubahan dalam sistem pentadbiran dapat dilihat semasa
pendudukan Jepun di Myanmar, melalui penukaran daripada kerajaan yang ditadbir oleh
pegawai awam yang terlatih kepada sistem pentadbiran tentera. Oleh yang demikian,
cara-cara pentadbiran ekonomi moden dan alat jentera pentadbiran Barat tidak digunakan
lagi walaupun di sesetengah tempat sistem pentadbiran Barat tetap memberi kesankesannya yang bersaing dengan sistem pentadbiran tentera yang baru dibentuk oleh
tentera Jepun itu. Kedua-dua sistem ini diasingkan dengan tindakan-tindakan peraturan
yang berlainan dan juga halangan dari segi linguistik. Orang Jepun banyak bergantung
kepada satu sistem gerak kilat yang tidak dirancangkan terlebih dahulu, bersatu padu (
semangat kerjasama ), berani dan sudah tentulah kerana berjalan kuasa pemerintahpemerintah tentera.12
Dalam pemerintahan baru ini, pemerintah-pemerintah tentera telah diberi perintah
supaya menjalankan tugas-tugas mereka, intitusi-intitusi yang ada akan dipelihara, dan

12

John Bastin dan Harry J. Benda,( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hal. 162-163.

adat resam bumiputera akan dihormati. Pentadbiran tanah-tanah jajahan yang berbilang
bangsa ini telah kehilangan sistem pentadbiran dan pengusahaan Barat pada peringkat
atas kerana pegawai-pegawai bangsa Jepun dari bidang tentera, pentadbiran, dan ekonomi
telah mengambil kebanyakkan daripada kedudukan serta kemudahan yang dirampas
dengan paksa daripada orang-orang bangsa Eropah dan Amerika. Orang-orang Barat
kecuali wanita dan kanak-kanak juga telah ditahan tidak lama selepas pentadbiran tentera
ditubuhkan.13 Selain itu, banyak daripada pekerjaan terpaksa dijalankan dalam bahasa
Inggeris kerana orang Burma dan Jepun tidak memahami bahasa antara satu sama lain.

14

Dalam bidang ketenteraan pula, setelah menduduki Myanmar, pihak berkuasa Jepun
meneruskan tindakan untuk mengurangkan ahli-ahli dalam tentera Burma menjadi tentera
kecil dan menyekat kebebasan tentera ini dalam tindaka-tindakan mereka. Namun,
pegawai-pegawai tentera yang muda, seperti General Aung San sebagai ketuanya, telah
pun mendapat kedudukan yang tinggi dalam arena politik dan kedudukan yang kuat yang
akhirnya menentukan kekuatan Thakin mengalahkan kuasa-kuasa politik yang lain.15

3.1.2

Penglibatan Pegawai Bumiputra Dalam Pemerintahan Tentera

Semasa pendudukan Jepun di Myanmar, Jepun telah memberi peluaang kepada


penduduk tempatan untuk bersama-sama tentera Jepun memerintah Negara. Pihak
berkuasa Jepun juga telah memilih sekumpulan orang Burma yang terkemuka dan
berpengaruh untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan pemilihan tidak
terhad hanya kepada pelajar-pelajar Burma yang muda, sama ada tentera atau tidak. Hal
ini terbukti, sepanjang pemerintahan Jepun di Myanmar, Ba Maw telah memegang
13

Ibid, 162 dan 180


D.G.E. Hall (1981), Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.1001.
15
Ibid, hal.180.
14

jawatan yang penting.16 Buktinya sebaik sahaja Jepun menakluki Myanmar, mereka telah
melantik Dr. Ba Maw sebagai ketua pentadbiran, di mana pada Ogos 1942, Ba Maw telah
dilantik semula sebagai Perdana Menteri. Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri, Ba
Maw telah menubuhkan pentadbiran Eksekutif pusat pada Ogos 1942 untuk
melengkapkan dualisme tetapi kuasa sebenar tetap berada dalam tangan Lt. Jeneral
Shojiro, panglima tertinggi tentera dan pentadbiran tentera.17
Walaupun Ba Maw memegang jawatan sebagai ketua pentadbiran, namun
pentadbiran Ba Maw mempunyai kuasa yang amat terhad kerana bidang ekonomi,
perlombongan dan pengangkutan dipegang oleh Lido Shojiro.18 Namun dari segi wilayah,
Ba Maw menguasai hampir seluruh Myanmar kecuali beberapa kawasan strategik di
negeri Shan dan pesisiran Tenaserim. Dari segi campur tangan Jepun pula, hal ini
semakin berkurangan dan laporan perisikan British menunjukkan bahawa pegawai Jepun
tidak lagi membuat lawatan mengejut ke daerah-daerah untuk menyemak surat-menyurat,
fail jabatan, disiplin kakitangan, ataupun mengarah pertukaran pegawai dengan
sewenang-wenangnya.19 Selain itu, walaupun semasa pendudukan Jepun sistem
pentadbiran yang diamalkan oleh barat diubah, tapi kakitangan dari kalangan penduduk
tempatan dikekalkan. Contohnya, pegawai-pegawai dari kalangan bumiputra khasnya
mereka yang menyelenggarakan pentadbiran peringkat daerah dan wilayah terus
memegang jawatan. Selain itu, ramai pegawai kerajaan yang dinaikkan pangkat ke
kedudukan yang dahulunya dipegang oleh orang Eropah. Para pegawai berhubung rapat
16

Ba Maw ialah seorang tokoh politik yang berpengalaman dan bekas Perdana Menteri Myanmar. Ba Maw
juga merupakan seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi dan dinamik, beliau lama-kelamaannya menjadi
pembela dan pengetua negeri Burma yang merdeka yang menggantikan pentadbiran Jepun pada Ogos
1943, tiga bulan sebelum Jepun menganugerahkan kemerdekaan kepada Filipina. Lihat, John Bastin dan
Harry J. Benda, ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal.
180.
17
Abu Talib Ahmed, 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 244.
18
Ibid
19
Ibid,Hal. 246

10

dengan pentadbiran Jepun dan mereka diamanahkan tugas-tugas dan kewajipan yang
berat.Tindakan ini menunjukkan sikap Jepun yang konservatif.20

3.1.3

Penubuhan Jabatan

Semasa pendudukan Jepun, Tokyo juga telah membenarkan penubuhan sembilan


jabatan seperti kewangan, pertanian, perhutanan, dan perlombongan, dalam negeri,
perhubungan, buruh dan pengaliran, kehakiman, kerja raya dan pembangunan semula
serta kesihatan dan kerajaan tempatan. Semua jabatan ini merupakan satu penerusan
daripada sistem yang pernah dilaksanakan oleh Britain sebelum ini. Jabatan-jabatan ini
diketuai seorang menteri Myanmar tetapi pegawai Jepun turut memain peranan penting
seperti mengetuai biro tertentu hampir disetiap jabatan contohnya Biro Polis. Namun
terdapat pegawai Jepun yang tidak senang dengan penggunaan menteri bagi
menggantikan ketua jabatan atau jabatan disamakan dengan kementerian sehingga
dalam dokumen rasmi Jepun, menteri itu disebut sebagai ketua jabatan, walaupun Ba
Maw dan rakan-rakan kabinetnya mengangap mereka sebagai menteri.21

3.1.4

Pentadbiran Peringkat Daerah

Di peringkat daerah, bilangannya pegawai kerajaan kekal seperti sebelum tahun


1942.Orang tempatan khususnya Burma kini mengambil alih jawatan Timbalan
Pesuruhjaya. Ba Maw menghadapi masalah besar untuk mengisi kekosongan pentadbiran
20

John Bastin dan Harry J. Benda, ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Hal. 165.
21
Abu Talib Ahmed, ( 2000 ). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal. 244.

11

di peringkat daerah dan pusat sehinggakan bekas-bekas pentadbir dan ahli politik dari
kumpulan Thakin contohnya, terpaksa dibuat bagi mengisi kekosongan termasuk di
peringkat pertengahan dan bawahan. Inilah yang dimaksudkan oleh Profesor Harry
Benda apabila beliau menyebut kerahan tenaga belia dalam bidang pentadbiran walaupun
ini tidak bermakna mereka dihormati Jepun. Namun bidang kuasa yang dikendalikan oleh
seorang Timbalan Pesuruhjaya itu semakin kecil di mana hanya meliputi hal-hal umum
dan kepolisian, sementara kutipan cukai tidak lagi relevan apabila cukai tanah
dimansuhkan selepas rekod tanah menjadi kucar-kacir.
Timbalan Pesuruhjaya juga berkuasa melantik Ketua Kampung setelah
mengambil kira pandangan penduduk tempatan, sementara dalam perkara ketenteraman
awam, tanggungjawab ini diambil alih oleh tentera Jepun, kempeitai ( polis tentera ) dan
polis Myanmar. Pada tahun 1943, anggota polis Myanmar berjumlah 15 900 orang yakni
sekitar 20 peratus daripada kekuatan sebelum perang. Mereka terdiri daripada bekas polis
penjajah serta rekrut-rekrut baru yang mendapat latihan cara Jepun. Seperti sebelum
perang, pasukan polis tidak begitu popular di kalangan rakyat tempatan dan segelintir
anggotanya mempunyai masalah disiplin lalu ditamatkan perkhidmatan mereka. Tugas
pasukan polis termasuklah mencegah jenayah, serta membantu pentadbiran tentera dan
awam, menangkap musuh negara disamping melibatkan diri dalam pertahanan awam,
kempen kesihatan dan melaksanakan catuan dan kawalan makanan.
Selepas Ogos 1943, pentadbiran Myanmar merdeka didapati tidak jauh berbeza
dengan pentadbiran sebelumnya. Cuma kini pentadbiran daerah diawasi Kementerian
Dalam Negeri. Sejajar dengan tuntutan nasionalisme dan juga cita rasanya, Ba Maw mula
menggunakan konsep-konsep tempatan bagi menggantikan ungkapan-ungkapan yang

12

lazim digunakan semasa penjajahan British. Sementara itu, jabatan-jabatan kerajaan


seperti kehakiman diisikan oleh bekas-bekas hakim dan kakitangan mahkamah tempatan
sebelum perang seperti U Ba U yang kemudiannya cuba memberi pelbagai alasan
terhadap tindak-tanduk bekerjasama dengan kerajaan Ba Maw dan tentera Jepun.22

3.1.5

Perlembagaan

Sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah Negara merdeka, Myanmar diberikan


perlembagaan baru yang mirip perlembagaan Meiji. Dengan perlembagaan baru ini, Ba
Maw dilantik sebagai ketua Negara, Perdana Menteri dan juga Panglima Tertinggi
angkatan bersenjata walaupun dalam hal ketenteraan, orang yang bertanggungjawab
secara langsung ialah Menteri Perang yang dilantik daripada kalangan pegawai tentera
yang masih aktif seperti yang dilakukan di Jepun sebelum tahun 1945. Sebagai ketua
tentera, Jeneral Aung San dilantik sebagai Menteri Perang semasa pendudukan Jepun dan
ini memulakan penglibatan tentera dalam politik dan pentadbiran tentera.23
3.2

KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN TERHADAP


MYANMAR

3.2.1

Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu Dan Berdisiplin

Dengan wujudnya pemerintahan tentera di Myanmar semasa pendudukan Jepun,


telah berjaya mewujudkan golongan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin. Hal

22
23

Ibid
Ibid, Hal.246.

13

ini dapat dilihat apabila pendudukan Jepun buat pertama kalinya berjaya menyatukan
hampir semua wilayah Myanmar di bawah satu pentadbiran pusat. Hal ini bermakna buat
pertama kalinya kawasan pinggir tidak lagi tersisih dalam arus perkembangan politik
yang berlaku di Yangoon dan Mandalay menyebabkan mereka terdedah kepada konsepkonsep seperti kesamarataan, Nasionalisme, dan ideology Marx yang boleh menggugat
kedudukan golongan pemimpin tradisional seperti yang berlaku selepas tahun 1945.
Bahkan semasa pemerintahan Jepun, seorang Shan bernama Dr. Ba Nyan dari negeri
Hsipaw telah menubuhkan satu gerakan belia Shan. Para belia ini diajar bahasa Jepun,
Shan, dan Burma. Ahli-ahlinya juga diajar berkawad serta didedahkan bermacam-macam
slogan sambil menyanyikan lagu-lagu kawad Jepun yang diubah seni katanya dalam
bahasa tempatan.24
Tidak dapat dinafikan bahawa masalah pentadbiran yang baru ditubuhkan ini
diancam oleh kekacauan secara besar-besaran dalam hal ehwal tanah jajahan. Namun,
berkenaan dengan dasar-dasar secara umum, pihak berkuasa

Jepun berazam pada

dasarnya bertindak dengan berhati-hati kerana takut terlalu tergesa-gesa mengadakan


perubahan sebelum masanya yang akan membahayakan pencapaian matlamat-matlamat
dalam bidang tentera dan ekonomi.25

3.2.2

Mendidik Rakyat Tempatan Untuk Mentadbir Negara Sendiri

Melalui dasar-dasar pemerintahan tentera yang dilaksanakan di Myanmar, Jepun


sedikit sebanyak mendidik rakyat tempatan untuk mentadbir Negara sendiri. Dengan
24

Abu Talib Ahmed, ( 2000 ). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal. 242-243.
John Bastin dan Harry J. Benda, ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Hal. 162.
25

14

memberi peluang untuk memerintah dan kemerdekaan pada 1 Ogos 1843, seolah-olah
memberi peluang kepada mereka untuk mengurus hal-ehwal dalam Negara mereka
sendiri. Oleh itu, dari segi politiknya Jepun telah memberi beberapa ruang kepada anak
tempatan untuk memerintah. Sementara itu, latihan ketenteraan yang mereka pelajari
daripada tentera Jepun dan juga perang gerila dengan tentera Jepun telah memberi
mereka pengalaman untuk bergerak secara kekerasan apabila penjajah Barat kembali.26

4.0

EKONOMI
4.1

Penguasaan Ekonomi oleh Syarikat Besar Jepun

Pentadbiran Myammar yang baru ini hanya diberikan kuasa yang terhad kerana
bidang ekonomi dan pengangkutan yang penting itu masih dipegang oleh tentera Jepun.
Tentera Jepun menguasai ekonomi melalui syarikat-syarikat besar seperti Mitsui Bussan
Kaisha, Mitsubishi Shoji Khaisha dan hampir 50 buah lagi syarikat Jepun yang
memonopoli semua aspek pengeluaran pertanian termasuk penjualannya, perlombongan,

26

Abdullah Zakaria, Azharrudin Mohd Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor, ( 2003 ). Sejarah
Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timar 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti, Hal. 426.

15

pembalakan dan perdagangan.27 Sementara itu, dalam sektor pengedaran dan


perdagangan

runcit,

Jepun

membiarkan

persatuan-persatuan

peniaga

tempatan

mengamalkan bahagian yang besar berbanding dengan sebelum perang .

4.2

Pertanian

Dalam aktiviti agraria terdapat dua masalah utama iaitu sewa dan hutang buat
sementara tidak menimbulkan sebarang masalah kerana pemberi hutang yang terdiri
daripada orang India telah pun meninggalkan Myammar. Sementara kebanjiran wang
Jepun memberi faedah besar kepada mereka yang berhutang. Semua petani digalakkan
mengerjakan sebanyak mungkin tanah pertanian tetapi keluasan sebelum perang
disebabkan beberapa faktor seperti barang pertanian yang terlalu lebih ( lebih rendah dari
tahun 1930-1931 ), kekurangan buruh pertanian serta lembu bajak dan wujudnya keadaan
sosiopolitik yang tidak stabil. Kerajaan Ba Maw telah menjalankan berbagai-bagai usaha
bagi meningkatkan pengeluaran padi seperti mengurangkan sewa tanah sebanyak 50
peratus, menetapkan harga padi dan kerajaan menjadi pembeli utama tetapi semua
langkah ini gagal membuahkan hasil yang diharapkan. Malah selain menghadapi masalah
pengangkutan yang menyulitkan pengedaran beras, berlaku juga kebuluran di Myammar
Hulu. Jepun juga menggalakkan petani menanam hasil yang amat diperlukan serta
mendatangkan keuntungan seperti jut, sesamun, kekacang dan kapas tetapi petani tidak
berminat mengubah cara pertanian yang biasa mereka lakukan. Berkenaan penanaman
kapas terdapat juga penglibatan besar-besaran syarikat Jepun seperti Nippon Menka yang
27

Myammar diekploitasi semaksimum mungkin untuk manfaat Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur
Raya yang di pimpin oleh Jepun. Ini dilakukan dengan cekap oleh syarikat kaisha Jepun yang
menggunakan nama tentera untuk bertindak bebas. Lihat, ibid, hal. 314.

16

diberikan hampir 275 000 ekar tanah di Meiktila dan Myingan dan Chuo Boseki yang
terdapat konsesi yang mendapat konsesi seluas 170 000 ekar di Sagaing, Mandalay dan
Khaukhse.28 Namun hasilnya tidak memuaskan kerana masalah kesuburan tanah,
kekurangan baja dan mungkin kekurangan buruh pertanian.

4.3

Perdagangan

Myammar yang terlalu bergantung pada ekonomi antarabangsa membawa padah


buruk semasa pendudukan Jepun apabila semua eksport dan import terhenti. 29 Malah
pentadbiran di Tokyo berjanji akan membawa kemakmuran ekonomi kepada rakyat
tempatan tetapi tidak berlaku kerana masalah pengangkutan laut dan juga keutamaan
diberikan kepada keperluan tentera.30 Hal ini menyebabkan Jepun berusaha menjadikan
Myammar mengamalkan ekonomi sara diri di samping meminta juga menyumbang
kepada Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya.31 Sehingga tahun 1945, Jepun terus
menguasai sektor ekonomi termasuk pengangkutan. Jika dibandingkan perkembangan
ekonomi penjajah sebelum pendudukan Jepun, yang berteraskan pertanian padi,
ekploitasi balak dan logam menjadikan Myammar terlalu bergantung pada pasaran
antarabangsa dari segi eksport dan import. Melalui hasil pertanian, balak dan logam,
Myammar dihubungkan dengan ekonomi penjajah seperti yang digambarkan dalam
perangkaan pada tahun 1931, Myammar mempunyai 6.6 juta pekerja dan 66 peratus
28

Ibid ,hal.272
D.G.E Hall (1981 ). Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hal. 1006
30
Kemusnahan dalam sistem pengangkutan sungai, empangan hidro seperti Balu Chaung, dan hampir 70
peratus bangunan sekolah di seluruh negara mengalami kerosakan. Masalah pengangkutan umpamanya,
memberi kesan kepada perdagangan dan eksport hasil utama negara seperti padi dan balak. Ibid,hal 350.
31
Dakyah Jepun kuat mengisytiharkan musnah bentuk pentadbiran imperialis Barat dan adanya
Lingkungan Sekemakmuran Timur Raya sebagai matlamat-matlamat yang membawa perubahan-perubahan
besar. Lihat, John Bastin dan Harry J. Benda ( 1972 ) Sejarah Asia Tenggara Moden. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal.162.
29

17

daripadanya atau 4.25 juga terlibat dalam sektor pertanian. Sehingga tahun 1941,
pertanian menyumbang lebih daripada 50 peratus hasil eksport, sebahagian besar
daripadanya ialah padi, diikuti kacang, kapas ( termasuk minyak kapas ), kacang tanah,
buah-buahan dan sayur, getah dan kulit haiwan.32 Myanmar juga berperanan memenuhi
keperluan beras untuk India dan Negeri-negeri Selat di samping menjadi pasaran
barangan industri dari India dan Britain.

4.4

Pembinaan Jalan Kereta Api

Pembinaan jalan kereta api yang menghubungkan Thanbuzayat di Tenasserin ke


Nongpladek di Siam. Dalam pembinaan jalan ini, ramai petani dikerah dan kehidupan
petani begitu terseksa akibat kekejaman tentera Jepun. Pembinaan ini bertujuan untuk
mendapatkan barangan pengguna bagi mengatasi ekonomi rakyat terus dibebani dengan
kekurangan makanan dan barangan pengguna yang selama ini didapati dengan mudah
melalui perdagangan antarabangsa. Penduduk Myammar juga menghadapi masalah
inflasi dan eksploitasi syarikat-syarikat Jepun yang lazimnya menggunakan ejen-ejen
daripada kalangan orang tempatan bagi memudahkan urusan. Bagi menampung
kekurangan tersebut, mereka membuat barang gantian yang tentunya tidak begitu
sempurna ( amalan ini dihidupkan semula selepas tahun 1962 apabila tentera menutup
negeri itu kepada dunia luar). Masalah kekurangan makanan, tempat kediaman yang tidak
32

Hanya barangan yang sangat penting dari segi strategi seperti bijih timah, bauksit, getah dan minyak
yang diusahakan dan diberi bantuan, sebagaimana juga diusahakan beras dan barang makanan lain.
Sebagaimana kawasan penanaman yang dahulunya khas untuk menanam gula, kopi, teh dan lain-lain
barang yang eksport digunakan untuk pengeluaran makanan untuk penggunaan tentera di kawasan Asia
Tenggara dan tempat-tempat yang jauh. Pada masa itu juga aliran barang-baranga import terhenti dan tidak
ada digantikan dengan barang-barang dagangan Jepun dalam masa perang. Ibid, hal. 161.

18

sempurna, keadaan kerja di kawasan yang tidak sesuai iklimnya serta tindakan kejam
penyelia Jepun menyebabkan kematian hampir 30 000 daripada 50 000 orang buruh
Myammar yang dikerah ke sini.33 Sebagai ketua kerajaan, Dr. Ba Maw menyedari
masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan buruh tetapi beliau gagal memperbaiki
keadaan terutamanya mereka yang berada jauh di pedalaman. Pembinaan jalan kereta api
ini siap lebih awal dari jangkaan iaitu pada bulan Oktober 1943 namun barangan
pengguna yang dijanjikan kepada rakyat tempatan tidak juga tiba berikutan pengeboman
tentera Berikat yang semakin giat. Sebaliknya, hal ini menimbulkan hubungan dan
prasangka buruk di antara rakyat dengan pemimpin politik termasuk Ba Maw dan juga di
kalangan ahli-ahli politik sendiri. Terdapat juga selepas tahun 1945, Dorman Smith cuba
menggunakan isu ini untuk mengheret Ba Maw ke mahkamah sebahagian daripada usaha
kerajaan penjajah menghukum pensubahat tempatan tetapi usaha ini kemudiannya
dibatalkan begitu sahaja.34

4.5

Terhapusnya Penguasaan Ceti ke atas Ekonomi

Sebelum pendudukan Jepun, ramai golongan imigran India berjaya menguasai


perdagangan tempatan setelah mengetepikan peniaga-peniaga tempatan dan penguasaan
ke atas tanah pertanian. Semasa pendudukan Jepun golongan ini pulang ke negara asal,
maka beribu imigran India keluar dari Myanmar dan melarikan diri daripada
33

Beribu-ribu orang telah diambil untuk pembinaan jalan kereta api maut ` Death Railway yang terkenal
itu, yang menyambungkan Selatan Burma dengan Bangkok. Lihat, D.G.E Hall ( 1981 ) Sejarah Asia
Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.1002
34
Pihak berkuasa Burma tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengurangkan atau menghentikan sama sekali
akan olah guna sumber alam dan tenaga bumiputra dengan kejamnya oleh pihak Jepun. Beribu-ribu orang
telah mati di jalan kereta api maut yang sedang di bina oleh Jepun dengan memeras tenaga manusia yang
tidak terkira, untuk menghubungkan Burma dengan negeri Siam. Mangsanya termasuklah orang-orang Asia
Tenggara dan orang-orang Jepun serta juga tawanan perang dari Eropah. Ibid, hal. 18

19

pemerintahan kuku besi Jepun dengan kembali semula ke India. Menjelang kemerdekaan,
kedudukan petani terus diperbaiki melalui satu siri undang-undang yang merujuk
pemberian hak tetap, penentuan sewa yang munasabah dan pelupusan hutang pertanian.
Langkah-langkah nasionalitik ini memaksa kebanyakan ceti menjual tanah mereka tetapi
ramai yang terus memegang geran tanah yang tidak bernilai. Kedudukan mereka menjadi
lebih

buruk

apabila

kerajaan AFPFL pimpinan

Nu

mengambil

langkah

menghakmilikkan tanah dan sekaligus merampas tanah seluas tiga juta tanah kepunyaan
golongan ceti.35
4.6

Pemulihan Semula oleh British

Kedatangan semula tentera British-India-Afrika selepas bulan Mei 1945, kini


perlu berhadapan dengan ekonomi Myanmar yang sudah porak peranda. Dari segi
ekonomi, terdapat kumpulan rakyat yang mengalu-alukan kedatangan mereka dengan
harapan kekurangan barangan akan segera diatasi walaupun dari segi politik ramai pula
yang tidak akan menerima Britain dan ketuannya di Myanmar. Pada tahun 1945-1946,
keluasan tanah padi yang diusahakan hanya tinggal 6 983 000 ekar dengan hasil
pengeluaran pula sebanyak 2 222 000 tan atau 25 peratus daripada jumlah pengeluaran
pada tahun 1939. Pada akhir tahun 1945, pentadbiran tentera British dengan kerjasama

35

Perlembagaan tahun 1947 menetapkan garis panduan tentang ekonomi sosialis demokratik, antaranya
kebajikan sosial untuk rakyat, hak pemerintah memiliknegarakan semua sektor ekonomi, hak negara
terhadap semua tanah, kebajikan pekerja dari segi keahlian dalam kesatuan sekerja, perumahan dan
insurans serta hak rakyat mendapatkan pekerjaan, pendapatan minimum dan penjagaan atau rawatan
semasa sakit. Melalui nasionalisasi tanah, juga bermakna terhapusnya peranan golongan ceti di dalam
sektor pertanian.Dengan hasrat kerajaan menghapuskan peranan orang India dalam bidang perdagangan ,
pertanian, buruh, pentadbiran dan tentera sejajar dengan tuan yang pernah diperjuangkan golongan Thakin
dan sebelumnya U Saw iaitu kemerdekaan ekonomi. Lihat, Abu Talib ( 2000 ), Sejarah Myammar.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 349

20

kerajaan Dorman-Smith36 mula melaksanakan Projek Padi bagi meningkatkan


pengeluaran serta menjamin harga yang patut kepada petani. Sedikit sebanyak langkah ini
berjaya memulihkan industri padi apabila pada tahun 1948, penanaman padi sudah
menjangkau keluasan sepuluh juta ekar, sementara hasil bagi seekar pula meningkat
kepada 28.09 bakul. Eksport padi juga beransur-ansur dipulihkan selepas tahun 1946
bermula dengan Sri Lanka dan India. Dari segi jumlah, angka eksport masih lagi dibawah
paras angka sebelum perang tetapi Myanmar masih mendapat lebihan pendapatan
berikutan harga padi yang lebih tinggi.
Pemulihan industri padi selepas tahun 1945 dibantu oleh dua faktor penting.
Pertama, semua petani diberi hadiah bagi setiap ekar tanah tambahan yang mereka
usahakan, dan kedua, petani tidak lagi dibebankan dengan masalah sewa dan hutang oleh
golongan ceti yang masih berada di India. Malah parti-parti politik seperti Parti Komunis
menggalakkan petani tidak membayar sewa walaupun tanah yang diusahakan itu hak
milik orang lain.
Berkaitan dengan prasarana, pentadbiran penjajah berusaha memulihkan alat-alat
perhubungan termasuk pelabuhan Yangoon ( pada tahun 1947 pelabuhan ini berjaya
memunggah 40 peratus daripada jumlah import dan eksport negara sebelum perang ),
jalan kereta api, pengangkutan sungai dan industri.37 Pada tahun 1947, kereta api
36

Selepas Jepun menyerah kalah pada bulan Mei 1945 sehingga bulan Oktober tahun yang sama,
Myammar diletakkan dibawah Pentadbiran Tentera ( BMA ) sebelum kuasa di ambil alih kerajaan awam
pimpinan Reginald Dorman- Smith. Namun tugas sebenar mentadbir masih dipegang oleh bekas-bekas
pegawai penjajah yang diserapkan ke dalam satu perkhidmatan baharu, iaitu Perkhidmatan Hal-Ehwal
Awam(Burma) [CAS (B)] yang di ketuai oleh Hubert Rance. Mereka bertanggungjawab membaik pulih
ekonomi Myammar melalui jabatan-jabatan seperti Jabatan Industri dan Keperluan Penting yang berfungsi
sebagai pengedar barangan pengguna serta memulihkan pengeluaran beras. Ibid, hal. 286
37
Pembangunan Burma ke arah kemajuan telah tergendala oleh berbagai-bagai kesulitan. Banyak telah
dilakukan untuk memulihkan kembali pengankutan jalan raya dan rel dan juga memperbaiki pelabuhanpelabuhan. Tetapi kebanyakan daripada kemudahan-kemudahan bekalan ini terlalu susah hendak didapati
dan apabila kerajaan membatalkan mata wang Jepun. Lihat,D.G.E Hall ( 1981 ). Sejarah Asia
Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,hal 1027.

21

Myanmar sudah beroperasi sepanjang 1080 batu dan sudah mula mendapat keuntungan.
Walaubagaimanapun, pembangunan industri agak lembab kerana keengganan pelabur
asing khususnya dari India memasuki Myammar berikutan keadaan politik serta dasar
kerajaan yang masih tidak menentu. Namun, semua langkah pemulihan ekonomi ini
mengalami kejutan hebat semasa perang saudara antara kerajaan AFPFL selepas tahun
1948 dan terus sengit sehingga pertengahan tahun 1950-an.

5.0

SOSIAL

5.1

Kemusnahan Harta Benda

Di antara semua negara yang diduduki oleh Jepun, Myanmar yang mengalami
kesan yang teruk sekali. Bandar-bandar mengalami kemusnahan yang teruk disebabkan
oleh serangan udara Jepun. Lombong-lombong minyak, peralatan perlombongan dan
pengangkutan sungai musnah kerana dibinasakan oleh pihak British agar ia tidak dapat
digunakan oleh pihak musuh iaitu Jepun. Serangan udara pihak bersekutu juga

22

melumpuhkan pengangkutan kereta api. Jepun juga telah merampas peralatan jentera,
peralatan sains dan perabot rumah manakala perdagangan ke luar negeri telah terhenti. 38

5.2

Kebuluran

Bahagian Selatan Myanmar dan Bahagian Utara Myanmar pula mengalami


kebuluran. Selatan Myanmar hampir keseluruhannya tidak mendapat minyak untuk
memasak yang hanya dikeluarkan oleh daerah kawasan kering itu. Kegagalan pihak
Jepun mengeksport beras Myanmar dan mengimport barang-barang keperluan
mengakibatkan kesusahan yang amat teruk. Kejatuhan nilai matawang yang tidak dapat
diatasi kerana polisi matawang Jepun. Ketiadaan hubungan perdagangan dengan negara
luar menimbulkan dua masalah besar iaitu kekurangan makanan dan kehilangan
pertukaran mata wang asing. Hal ini disebabkan oleh kapal Jepun yang sangat terbatas
dan laluan darat melalui jalan raya yang banyak musnah akibat perang. Selain itu, kapal
selam Pihak Berikat sentiasa berusaha menenggelamkan kapal-kapal Jepun yang
membawa bahan mentah dan barang makanan. Petani kehilangan sebahagian besar
ternakan iaitu lembu kerana dirampas oleh pihak tentera Jepun yang sangat memerlukan
makanan. 39

5.3

38

Ibid,hal 1005.

39

Ibid,hal 1006.

Taraf kesihatan yang merosot

23

Taraf kesihatan rakyat

semakin merosot kerana terdedah dengan pelbagai

penyakit disebabkan tindakan anti-malaria yang terhenti serta serangan penyakit cacar,
taun dan beri-beri. Selain itu, amalan makanan yang tidak sempurna serta ubat-ubatan
sangat kurang menyebabkan jumlah kematian penduduk bertambah secara mendadak.
Bekalan ubat-ubatan tidak dihantar kepada klinik-klinik kerajaan tetapi digunakan untuk
keperluan tentera Jepun manakala doktor dan jururawat pula ditempatkan di kem-kem
tentera.40

5.4

Kesengsaraan Hidup

Penduduk-penduduk bumiputera di Asia Tenggara terutamanya orang Myanmar


pada peringkat akhir perang yang banyak merasai kesan-kesan pemerintahan jepun.
Pendudukan Jepun menyebabkan kesengsaraan yang amat sangat, kehilangan mata
pencarian dan juga kehilangan nyawa manusia. Ada setengahnya yang kembali ke negeri
tanah air mereka kerana menganggur disebabkan oleh perusahaan-perusahaan dan
ladang-ladang kepunyaan barat ditutup dan kepulangan mereka itu menegangkan lagi
keadaan ekonomi kampung yang sudah sedia miskin akibat kehabisan bekalan-bekalan
makanan. 41
Beribu imigran India keluar dari Myanmar dan melarikan diri daripada
pemerintahan Jepun dengan kembali semula ke India. Pemerintahan kuku besi Jepun
mendatangkan kesan penderitaan peribadi di mana beratus-ratus ribu orang yang dikerah
oleh pihak Jepun supaya menjadi hamba abdi ( Romusha ) yang dipaksa bekerja di Asia
40

Ooi Keat Gin ( 2006 ). Burma During The Pacific War ( 1941-1945 ). Dalam Southeast Asia: A
Historical Encyclopedia, From Angkor Wat To East Timor, Vol. 3, 290.
41
Abu Talib Ahmad ( 2000 ). Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 270271.

24

Tenggara atau di seberang laut di dalam suasana yang buruk seperti di atas jalan kereta
api Burma-Thailand.42
Orang-orang yang berpindah ke pekan dan bandar-bandar meramaikan lagi
bilangan golongan yang miskin di bandar yang tidak diberikan pekerjaan di samping
mengalami kekejaman pemerintahan tentera yang keras. Pemerintahan tentera ini
berlainan sekali dalam banyak lapangan pentadbiran daripada cara-cara pentadbiran
kuasa-kuasa penjajah barat yang terdiri dari pegawai-pegawai yang impersonal. Polis
tentera ( Kempetai ) mengambil kesempatan dan melakukan kezaliman ke atas penduduk
myanmar di merata-rata tempat di negeri-negeri yang diduduki oleh jepun. Selain itu,
pakaian yang tidak mencukupi sehingga terpaksa membuat pakaian daripada guni. 43

5.5

Dalam

Penghapusan pengaruh barat dan pemupukan budaya jepun

usaha

membentuk

Lingkungan

Kemakmuran

Asia di

bawah

Pemerintahan Baru Asia Timur Raya, pemerintah Jepun berpendapat bahawa semua
pengaruh barat di asia tenggara harus dihapuskan dan digantikan dengan semangat
persaudaraan sejagat. Usaha ini dilakukan melalui dasar niponisasi dengan menerapkan
nilai-nilai budaya , bahasa dan pendidikan jepun ke atas penduduk tempatan. 44 Antara
42

Beribu-ribu orang mati di jalan kereta api maut yang sedang dibina oleh Jepun dengan memeras tenaga
manusia yang tidak terkira, untuk menghubungkan Burma dengan negara Siam. Mangsanya termasuklah
orang-orang Asia Tenggara dan orang-orang Jepun serta tawanan perang dari Eropah. Lihat, John Bastin
Dan Harry J. Benda ( 1972 ). Sejarah Asia Tenggara Moden: Penjajahan Nasionalisma,Dan Kebijajahan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 164.
43
Ibid, Hal. 164.
44
Jepun cuba menghapuskan warisan-warisan barat dan menggantikannya dengan satu sistem penilaian
baru bagi Asia Tenggara. Pemerintahan Jepun terlalu singkat bagi melaksanakan penilaian semula dan
untuk menyebarkan propaganda Jepun dengan luasnya. Namun, sistem penilaian baru tersebut ke atas
pentadbiran tanah jajahan dan pembaharuan-pembaharuan yang diadakan serta disebarkan cukup untuk

25

usaha awal yang dilakukan ialah menerapkan adat dan budaya jepun. Antara ialah
menundukkan kepala apabila bertemu antara satu sama lain sebagai tanda hormat dan
adat ini diperkenalkan kepada umum. Satu daripada kesan kebudayaan yang mustahak
dan berkekalan ialah menghidupkan semula bahasa-bahasa kebangsaan Asia Tenggara
yang disaingi juga dengan usaha-usaha Jepun untuk mengembangkan bahasa Jepun
dalam negara yang didudukinya.45
Nyanyian dan muzik juga dijadikan alat untuk menyebarkan budaya Jepun ke atas
penduduk tempatan, terutamanya murid-murid sekolah. Lagu kebangsaan Jepun ,iaitu
Kimigayo diajar kepada semua penduduk. Setiap pagi murid-murid dikehendaki
menyanyi lagu kebangsaan Jepun dan tunduk hormat kepada maharaja Jepun sambil
mengadap arah negara epun, iaitu arah matahari naik. Di sesetengah sekolah upacara
menaikkan bendera Jepun diadakan setiap hari dan murid-murid diwajibkan menyanyi
lagu bendera Jepun iaitu Uniyukaba. Usaha memperkenalkan adat dan budaya Jepun ini
bertujuan

menunjukkan

unsur-unsur

budaya

Jepun

yang

luhur,

disamping

memperlihatkan sikap Jepun yang menganggap orang Asia setaraf.


Sehubungan dengan itu, pemerintah Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa
Jepun ( nippon-go ) bagi menggantikan bahasa Inggeris sebagai usaha mendekatkan
penduduk tempatan dengan adat dan budaya Jepun. Bahasa Jepun diajar di sekolahmeruntuhkan pentadbiran sebelum perang. Myanmar telah dijajah selama beberapa abad dan telah
disatukan ke dalam sistem kuasa Atlantik, sistem penyatuan yang khasnya kelihatan dalam kehidupan
ekonomi moden di daerah-daerah dalam sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh barat. Oleh itu,
perhubungan yang telah terjalin di antara tanah-tanah jajahan dengan penjajah-penjajah telah membawa
kepada penggunaan cara hidup dan tingkah laku orang British serta juga bahasa bahasa barat dengan
sebab itu menekankan pengaruh-pengaruh sifat yang asing ke dalam kebudayaan masyarakat berbilang
bangsa di Asia Tenggara. Namun, kesan pengaruh barat ini telah dibasmi dengan kejamnya oleh satu kuasa
asing yang berazam hendak menubuhkan Komanwel Asia-Lingkungan Sekemakmuran Asia dengan negara
Jepun sebagai pusatnya semasa pendudukan Jepun. Hal ini disebabkan pihak berkuasa Jepun tidak berpuas
hati dengan hanya dapat menakluki Asia Tenggara daripada kuasa-kuasa penjajah. Lihat, ibid, Hal. 160.
45
Paul H. Kratoska ( 2001 ). Introduction To Burma During The Japanese Occupation. Dalam South East
Asia: Colonial History. Vol. . Hal. 77-79.

26

sekolah, kelab-kelab sosial, kilang,firma swasta dan pejabat-pejabat kerajaan. Mereka


yang berminat dilatih menjadi guru bahasa Jepun. Persatuan melatih bertutur dalam
bahasa Jepun ditubuhkan untuk memajukan bahasa ini. Mereka yang boleh bertutur
bahasa Jepun diberikan jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan. Kenaikan
pangkat, gaji dan lain-lain kemudahan juga dinilai berasaskan kecekapan dalam bahasa
Jepun. Dalam akhbar-akhbar disediakan ruangan khas mempelajari bahasa Jepun. Guruguru sekolah pula terpaksa belajar bahasa Jepun kerana semua mata pelajaran yang diajar
dalam bahasa Jepun. Minggu bahasa diadakan untuk menggalakkan penggunaan bahasa
Jepun. Perpustakaan di sekolah dilengkapi dengan buku-buku dalam bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan Jepun. Semua urusan dalam sistem perhubungan seperti
perkhidmatan pos dan telegraf wajib menggunakan bahasa Jepun.46
Hari-hari cuti umum dan kelepasan am dilaksanakan berasaskan kepada Jepun
seperti hari kelahiran maharaja Jepun, hati angkatan tentera darat, laut dan udara, musim
menuai Jepun dan lain-lain. Semuanya bertujuan untuk membiasakan orang ramai dengan
hari kebesaran yang menunjukkan kebesaran Jepun, di samping memupuk rasa hormat
kepada negara Jepun. Malah, haribulan British yang digunakan sebelum ini ditukarkan
kepada haribulan dan sistem tahun Jepun, misalnya tahun 1942 ditukar menjadi 2602.
Disamping itu, nama-nama orang diubah mengikut nama Jepun. Ungkapan seperti
ohaya ( selamat pagi ), arigato ( terima kasih ) dan sayonara ( selamat tinggal ) selalu
digunakan dalam kehidupan harian. Gambar-gambar tentang negara Jepun juga digantung
di rumah-rumah, kedai, pejabat kerajaan, persatuan dan kelab. Bagi kaum wanita, mereka
menganggap menjadi isteri atau perempuan simpanan pegawai Jepun sebagai satu

46

Ibid,. Hal. 77-79.

27

penghormatan kerana melalui cara itu mereka berpeluang menikmati segala kemudahan
dan pelindungan dari segi undang-undang.

6.0

KESIMPULAN

Awal tahun 1944, Jerman telah kalah dalam perang dunia kedua. Ketua Tentera
Pesekutuan di Timur iaitu Lord Louis Mountbatten dan timbalannya Jeneral Stilwell mula
mengatur persiapan untuk menduduki semula Myanmar dan negara-negara Asia Tenggara
yang lain. Serangan ke atas Myanmar dilakukan pada awal Januari 1945. Dengan bantuan
Tentera Kebangsaan Myanmar dan AFPFL, British telah berjaya mengalahkan Jepun dan
menduduki semula Myanmar pada bulan Mei 1945. British bertindak segera
mengasaskan pentadbiran tentera di Myanmar.

28

Pendudukan Jepun ke atas Myanmar telah membawa pelbagai kesan terutama


daripada segi politik, ekonomi dan sosial. Namun, kesan yang utama ialah munculnya
semangat nasionalisme dikalangan penduduk Myanmar di mana mereka bersatu padu
untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan menuntut kemerdekaan
bagi negara mereka.

29