Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting

dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak


program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang
boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang
tengah antara guru dan ibu bapa. Banyak salah faham yang timbul antara
kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah laku di kalangan
pelajar. Kebanyakan ibu bapa lebih percaya akan kata-kata dan acuman anakanak berbanding fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka
mulai memandang serong kepada guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala
yang berlaku di sekolah. Ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah
disiplin di kalangan pelajar. Ekoran itu, mereka mulai memulaukan sekolah dan
mendendami guru tertentu. Namun dengan inisiatif PIBG, semua bentuk salah
faham ini boleh diuraikan. Perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat
tahunan PIBG mampu menjernihkan suasana.. Hasilnya, situasi pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Selain itu, PIBG sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan
tabung pendidikan untuk para pelajar di sesebuah sekolah. Tabung ini boleh diisi
bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat
dan individu tertentu. Dana yang terkumpul ini boleh digunakan untuk kebajikan
dan manfaat sekolah dan para pelajar. Ini termasuklah sumbangan kepada
pelajar miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada,
prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya,
para pelajar dan warga sekolah amnya dapat memaksimunkan tenaga ke arah
kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan Standard Tinggi
Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan.
Di samping itu, PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk
para pelajar di setiap sekolah. Program seperti ini penting demi memberi
kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Pelajar
yang bermasalah pula boleh disedarkan menerusi kem bina semangat dan
kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan berasa insaf dan
kembali bersaing dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Ekoran itu, kita bukan
sahaja dapat mengurangkan gejala salah laku atau meningkatkan prestasi
akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi muda yang
bersahsiah tinggi.
Peranan lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan
penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli PIBG boleh berfungsi
sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal akademik
mahupun kokurikulum. Susulan daripada itu, perbincangan boleh diadakan dari
semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan
dan masalah yang dihadapi. Di samping itu, pihak persatuan juga boleh
berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan
tugas di sekolah. Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru berasa
tertekan dan terancam apabila menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.

Kejadian memukul, mengancam, memusnahkan kereta dan membakar rumah


guru merupakan gejala yang boleh mematahkan semangat guru. Tindakan PIBG
membela nasib guru yang menjulang amanah ini akan menjadikan mereka lebih
bersemangat dan selesa ketika bertugas. Ini secara tidak langsung dapat
membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.
Akhir sekali, PIBG boleh juga mengadakan beberapa sesi gotong-royong di
sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan tambahan, membina
Taman Sains sekolah

Anda mungkin juga menyukai