Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI ZULKIFLI A.

S
Assalaamu alaikum warahmatullaahiwabarokaatuh,
Pengerusi majlis saya hormati,
Panel hakim paksi keadilan,
Sidang hadirin yang dikasihi,
KISAH NABI ZULKIFLI ALAIHIS SALAM tajuk pilihan.
Nabi Zulkifli alaihis salam adalah anak kepada Nabi Ayub. Nama sebenarnya
ialah Basyar Baginda digelarkan dengan gelaran Zulkifli kerana berani
tampil menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah Rajanya.
Raja mencari penggantinya.
Tercari cari,
Di seluruh negeri,
Raja berkualiti,
Buat mengganti,
Pemerintah negeri..

Nasyid

Wahai rakyatkusiapakah di antara kamu yang sanggup berpuasa di siang


hari, beribadat di malam hari?. Titah raja kepada rakyat jelata.
Baginda dengan beraninya menyatakan kesanggupannya untuk menyahut
cabaran rajanya.
Berpuasa jadi amalan,
Malamnya beribadah mengabdikan diri,
Kesabaran diri jadi pilihan,
Kretirea raja memerintah negeri.

(Pantun)



Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi lsmail, dan Nabi Alyasak, serta Nabi Zulkifli;
dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang Yang sebaik-baiknya.
( Surah Sood, 48)
Yaaaakita hendaklah berbuat baik sepanjang hayat kita.
Program rialiti imam muda dan ustazah pilihan dari Astro Oasis
bertujuan untuk mencari individu yang berkualiti, berilmu serta
beriman.
Kawan-kawan nak dengar cerita seterusnya.. dengar ya
263979236.doc

Page 1 of 4

Baginda Dilantik Menjadi Raja.


Nabi Zulkifli ... gelaran diberi
Kesanggupannya tiada tara
kewibawaannya. terserlah imannya
kesabarannya jiwanya..
Munajjatnya ditemani malamnya
Amalan mulia sebati dijiwa..
Nabi Zulkifli sangat penyabar,
Jiwanya murni sungguh mulia,
Ibadahnya ikhlas pada ilahi,
Hidupnya diberkati..

( Sajak )

( Nasyid 11 bintang matahari )

Dengan ketaatan dan keperibadiannya, baginda telah dilantik menjadi raja


memerintah negeri tersebut.


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. ( Surah Az-Zaariat 56 )
Ada dikalangan ummat Islam kini menunaikan solat di tepi-tepi jalan
dan kawasan lapang. Ia telah menarik perhatian kita apabila telah
dimuatnaik ke ruangan facebook.
Ya kawan-kawan dalam kesibukan mengejar dunia, ibadah kepada
Allah tetap menjadi keutamaan.
Cerita seterusnya makin menarik, marilah sama-sama ikutinya...

Dugaan Syaitan Terhadap Baginda.


Kesabaran dan ibadah teguh dijaga,
263979236.doc

Page 2 of 4

Memimpin negara seadil-adilnya.


Iblis melihat penuh curiga.
Mengganggu baginda jadi impiannya.

( Pantun )

Iblis merancang untuk mengganggu masa tidur baginda. Iblis berfikir


apabila masa tidur baginda terganggu, ia akan membuatkan baginda
sukar untuk beribadat dan hilang tumpuan semasa memerintah.
Iblis datang sebagai manusia,
Seorang musafir dirompak barangnya,
Masa rehat baginda telah diganggu,
Iblis berharap. baginda jadi buntu

(Sajak)


Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh Yang amat nyata bagi manusia.
( Surah Al-Isra ,53)
Sahabatku semua.. berimanlah kepada Allah sepenuh hati..
Kini ramai remaja masih terlibat dengan masalah sosial seperti
rempit, lepak dan penzinaan. Ini adalah kerana kita terpengaruh
dengan godaan syaitan.
Wahai rakan-rakan,
Teruskanlah bersama saya.

Mengalahkan Iblis Laknatullah


Iblis terus mengganggu baginda. Pada suatu malam, baginda sangat
mengantuk dan meminta penjaga supaya mengunci semua pintu. Baginda
terdengar ada orang mengetuk pintu biliknya. Penjaga menyatakan bawawa
263979236.doc

Page 3 of 4

tidak ada sesiapa pun yang masuk ke dalam rumahnya. Baginda merasa
sangat hairan.
Baginda menyatakan bahawa iblislah yang masuk ke rumahnya.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua .
Ya, aku memang iblis yang ingin menguji kesabaranmu. Ternyata memang
benar , engkau orang dapat memenuhi kesanggupanmu duhulu jawab iblis.
Ibadah puasa terus diamalkan...
Kesabaran nabi tetap di jiwa..
Kidmatnya pula memang cemerlang..
Iblis kecewa tidak terkira.

( nasyid )


Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan Taatlah kepadaKu. ( Surah Aali
emron 50)
Hmmm ....bertaqwalah kita kepada Allah taala.
Ceramah perdana dan program dakwah yang berterusan di seluruh
negara kini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan insan yang
lebih bertaqwa.
Kesimpulannya :
Taatilah perintah Allah dan sabarlah menghadapi ujian-Nya sebagaimana
ketaatan nabi Zulkifli alaihis salam.
Wassala mualaikum waroh matullohi wabarokaatuh.

263979236.doc

Page 4 of 4

Anda mungkin juga menyukai