Anda di halaman 1dari 30

WAJ3101 TITAS

Minggu 3

INTERAKSI ANTARA
PELBAGAI TAMADUN

PENGENALAN
Proses interaksi bermula dengan proses
pembudayaan yang mengintegrasikan
masyarakat berbilang kaum atau etnik.
Melalui proses interaksi antara budaya,
maka terbentuk interaksi peringkat
tamadun.
Perdagangan memainkan peranan yang
penting dalam proses interaksi antara
tamadun.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA


DAN CHINA
Menurut rekod sejarah China, interaksi antara
Tamadun India dan Tamdun China berlaku melalui
hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 SM.
Jalan Sutera adalah saluran interaksi yang menjadi
laluan para pedagang.
Selain daripada barang dagangan, agama Buddha
merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China.
Para kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara
tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia
Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan-kesan
1. Penyebaran Agama Buddha
.Dibawa masuk ke China pada kurun pertama masihi.
.Maharaja menghantar wakil ke India untuk
memahami dan mendalami ajaran.
.Agama Buddha disesuaikan dengan tradisi budaya
masyarakat Cina: doktrin Daoisme & Konfusianisme.
.Sami dari China menetap di India & mempelajari
kitab Buddha. (Bahasa Sanskrit & Pali)
.Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu
koleksi. (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi


Teknologi pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan,
percetakan dan kompas dari China.
Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi
penghormatan yang tinggi di India.
Teknologi India untuk menghasilkan gula daripada tebu,
60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke
dalam bahasa Cina dan ahli astronomi India pernah
berkhidmat di China.
Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke
dalam Bahasa Cina.

3. Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian


Ilmu fonetik Cina mengguna pengetahuan
dan teknik ilmu fonetik Sanskrit yang
dipelajari melalui ajaran Buddhisme.
Kitab Buddha juga telah membekalkan
bahan untuk panduan dan rujukan kepada
kesusasteraan Cina.
Alat muzik Cina yang berasal dari India
seperti Pipa dan konghou.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


MELAYU DAN TAMADUN INDIA
Bermula seawal abad ke-3 SM.
Bahan bertulis dari India ada menyebut
tentang Malayadvipa. (Semenanjung
Melayu)
Tujuan utama kedatangan para pedagang
dari India ke Tanah Melayu adalah untuk
mendapatkan emas.
Gelaran Suvarnabhumi (tanah emas) diberi
kepada Tanah Melayu.

Kesan-kesan
1. Penyebaran Agama
.Agama Hindu dan Buddha telah diterima
dan menjadi pegangan penduduk tempatan
yang sebelumnya berpegang kepada
kepercayaan animisme.
.Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang
pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran
Hindu kerajaan Chola ketika menguasai
Kedah.

2. Sistem Pemerintahan
Konsep Dewaraja (dalam bahasa Sanskrit
yang bermakna God King) adalah konsep
ketuhanan agama hindu yang membesarkan
keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan
kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan
Tuhan.
Upacara pertabalan adalah untuk mengekalkan
status tinggi Raja.
Panca Persada yang seperti Gunung
Mahameru, memperlihatkan pengaruh
kosmologi Hindu-Buddha.

3. Struktur Masyarakat
Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun
lapis dalam masyarakat), terdapat
pemisahan jelas golongan atasan dan
bangsawan yang dianggap lebih mulia
dengan golongan rakyat biasa.
Pengaruh ini telah membawa kepada
munculnya masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu.

4. Adat Resam & Budaya


Kedatangan agama Hindu telah
mempengaruhi kehidupan dan adat resam
masyarakat melayu seperti amalan jampi
dan mentera.
Amalan adat dalam kalangan masyarakat
Melayu seperti melenggang perut, bertindik
telinga, bersanding dan berinai, mencecah
garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.
Masyarakat India Chittyan memperlihatkan
persamaan dengan kebudayaan Melayu.

5. Bahasa
Pengaruh bahasa Sanskrit.
Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit
(683M), Batu Bersurat Tuwo (684M), Batu
Bersurat Kota Kapur (686M) dan Batu Bersurat
Karang Berahi (692M) buktikan pengaruh
bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu .
Batu Bersurat Terengganu, selain daripada
perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari
bahasa Sanskrit.

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan


Bahasa Melayu lama dengan baru)
Bhakti = bakti
Bhumi = bumi
Dosa = dosa
Drohaka = derhaka
Maharddhika = merdeka
Prakara = perkara
Rupa = rupa
Samicra = mesra
Tathapi = tetapi
Vela = bila

6. Kesusasteraan
Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik
Ramayana & Mahabharata.
Karya sastera Melayu tradisional
mementingkan aspek kesenian,
keromantisan, keagungan raja-raja serta
menyelitkan unsur epik dan mitos.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


MELAYU DAN TAMADUN CHINA
Rekod rasmi China bertarikh 648M mencatatkan
Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dengan
China dan para pedagang Kedah berdagang ke
China.
Kedah merupakan pusat perhentian utama bagi
sami Buddha dari China yang belayar melalui
Selat Melaka untuk ke India sekitar tahun 250M.
Pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka,
hubungan diplomatik dengan China penting agar
Melaka selamat dari ancaman musuh.

Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan


Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka
oleh Maharaja China.
Maharaja China menghantar puterinya, Hang Li Po
untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah.
Kelompok yang berasal daripada keturunan para
pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai
Baba dan Nyonya atau Peranakan.
Pada awal abad ke-19, setelah kedatangan kuasa
British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku
pertambahan bilangan orang China yang terdiri
daripada golongan peniaga yang berjaya dan dikenali
sebagai Cina Selat atau Straits Chinese.

Kesan-kesan
1. Penyebaran Agama
-. Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya
dikatakan datang dari Tanah Besar China
ekoran hubungan perdagangan.
-. Islam yang datang melalui para pedagang
dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9
dibuktikan dengan penemuan batu bersurat
di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048),
di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan


- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur
pengaruh kebudayaan Melayu.
- Bahasa Melayu Baba banyak mengandungi
perkataan Hokkien.
- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya
masakan Melayu dan menjadi kebiasaan
bagi mereka makan guna tangan.
- Pakaian kebaya dan kain sarong.

3. Kebudayaan
- Pertukaran barangan sebagai hadiah melalui
misi diplomatik memperkenalkan pelbagai
tekstil (kain) dari negara China seperti kain
sutera dan kain kapas, barangan porselin,
tembikar dan logam serta makanan seperti
kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud
sampul merah.

4. Perubatan dan Teknologi


- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan
mengeimbangkan yin dan yang.
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi
1000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia
dan kanser.
- The Cina atau green tea.
- Teknologi perlombangan, pertanian dan
pertukangan.
- Teknologi baru seperti menghasilkan barangan
termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan
lilin.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA


DAN TAMADUN JEPUN
Berlaku secara aman.
Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun
Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh
Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan,
Agama Buddha diperkembangkan dalam
Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan
tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)

Perkembangan intelektual dan


kesusasteraan
Upacara seperti upacara minum the dan seni
tanam.
Struktur pembinaan bandar.
Ajaran falsafah Konfusianisme seperti
penekanan kepada institusi keluarga.
Konsep mandat dari Syurga telah
memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun
yang dipercayai berasal daripada keturunan
Dewi Amaterasu.
Sistem pemerintahan berpusat.

Nilai-nilai Universal Antara


Tamadun
Institut Keluarga Tamadun Islam
Memberi kepentingan dalam hubungan
kekeluargaan.
Hubungan anak-anak dengan ibu bapa
berasaskan kepada hak dan tanggungjawab.
Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah
dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan;
Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang
sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan
agama dan kemahiran.
Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa.
Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga
Islam.

Institut Keluarga Tamadun China


Unit asas dalam Tamadun China.
Ajaran Confucius menjadi asas kepada Tamadun
China.
Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan sesama
manusia:
hubungan
hubungan
hubungan
hubungan
hubungan

maharaja dengan rakyat


bapa dengan anak
abang dengan adik
suami dengan isteri
kawan dengan kawan

Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua


ibu bapa.
Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa
menyebabkan masyarakat cina mengadakan
upacara mengingati nenek moyang.

Institut Keluarga Tamadun India


Unit penting dalam Tamadun India.
Membentuk sistem sokongan yang
berbentuk fizikal dan kerohanian, di
samping menjadi penerus zuriat.
Keluarga bersama ialah bentuk yang paling
menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
Walaupun hubungan darah yang dikira
daripada anggota lelaki daripada keluarga
yang sama merupakan asas ikatan
kekeluargaan tetapi yang lebih penting
ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan
kasih sayang dan rasa hormat.

Komuniti Tamadun Islam


Unit yang penting dalam Tamadun Islam.
Ikatan sesama anggota komuniti tidak
hanya ditentukan oleh hubungan
kekerabatan, malah hubungan sesama
agama (ukhwah) dan hubungan sesama
manusia yang merangkumi hubungan
orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.
Menggariskan hak dan tanggungjawab
individu Islam terhadap jirannya dan
peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran
tersebut.

Dalam pengertian sebenar ajaran


Islam, tidak wujud sistem kelas
dalam masyarakat-tidak
membezakan kedudukan lelaki
dan wanita.
Konsep sama rata wanita dalam
Islam ialah berdasarkan konsep
keadilan.

Komuniti Tamadun China


Pembentukan komuniti Cina banyak
dipengaruhi oleh sistem
kekeluargaan masyarakat Cina.
Kuasa lelaki dan bapa.
Sistem kekerabatan berasaskan
hubungan darah.
Sistem kelas dalam komuniti ditentukan
oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

Komuniti Tamadun India


Berbeza daripada Tamadun lain.
komuniti Tamadun India mempunyai peraturan yang
ketat.
Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu
diwarisi daripada nenek moyang.
Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang
boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan
kepada individu tersebut.
Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan
dalam komuniti.

Konsep dharma ditekankan dalam hubungan


sesama anggota masyarakat.
Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi
menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap
anggota.

Persamaan dan Perbezaan Antara


Tamadun
Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.
Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi
antaranya:
Alam sekitar hidup harmoni dengan alam.
Keluarga asas pembentukan masyarakat.
Komuniti menentukan personaliti dan identiti manusia.
Kerajaan moral/akhlak sangat penting, para sarjana
seperti Moh-Tze, Kautilya, Mawardi membincangkannya
dalam buku masing-masing.
Ekonomi moral semesta.
Pendidikan pembinaan sifat-sifat manusia.
Kesihatan pandangan dan pendekatan holistik.

Anda mungkin juga menyukai