Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini dinamakan sempena nama tempat iaitu Kepala Batas. Mengikut sejarah,
nama Kepala Batas diberikan oleh pengguna-pengguna jalan darat iaitu pejalan kaki,
penunggang gajah, kereta lembu dan kereta kerbau serta pengguna jalan sungai iaitu
pendayung perahu dan sampan yang berhenti rehat atau menambatkan perahu dan
sampan di tebing sungai yang menjadi sempadan antara Daerah Kubang Pasu dan Kota
Setar.
Sebuah sekolah pelajaran jawi ditubuhkan tahun 1905 oleh penduduk tempatan atas
saranan YTM Tengku Yahya bin Tengku Zainal Abidil yang menjadi Penguasa Pelajaran
pada masa itu.
Sekolah ini dibina atas tanah kepunyaan Tengku Sulong tetapi kemudiannya
dipindahkan ke tapak sekarang ini.
Pada tahun 1911, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah di tapak bangunan masjid
sekarang.

Tentera Jepun telah menggunakan sekolah ini sebagai pusat tenteranya

semasa perang dunia kedua.

Selepas British kembali berkuasa pada tahun 1945.

Sekolah Melayu Kepala Batas berpindah sekali lagi ke Tok Jalai menggunakan
bangunan kilang beras yang berdindingkan pelupuh dan beratapkan nipah.
Pada tahun 1951 berlaku sekali lagi perpindahan dari Tok Jalai ke tapak asal yang ada
sekarang ini apabila kerajaan membina sebuah bangunan 5 bilik darjah. Pertambahan
murid yang ramai mendorong Lembaga Pengurus dan penduduk tempatan membina
sebuah lagi bangunan 2 tingkat, kantin dan sebuah rumah guru yang kini diubah suai
menjadi surau sekolah.

Kerajaan juga mendirikan bengkel kemahiran

perpustakaan pada ptahun 2001.

hidup dan

Sekali lagi kerajaan telah membina dua buah

bangunan dua tingkat sebagai tambahan bangunan yang sedia ada di samping
membina
2002.

sebuah makmal computer yang telah digunakan sepenuhnya pada tahun

Demikianlah sekolah yang telah terbina di atas tanah seluas 4 ekar (5 relung 360 jemba)
meniti sejarahnya sejak awal penubuhan sehingga sekarang. Sepanjang tempoh itu,
beribu murid yang telah dididik oleh ratusan guru silih berganti.

Mengikut rekod,

seramai 23 orang guru besar telah berkhidmat dan menyumbangkan bakti mereka sejak
tahun 1946.