Anda di halaman 1dari 7

Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau

bahan ransangan.

Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250
patah perkataan

Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250
patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi
jumlah 180 patah perkataan.

30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi
jumlah besar ialah 240 patah perkataan.

Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat
penting.

Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi
yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi


peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat
memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa yang di petik dari akhbar atau televisyen
lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan


calon.

Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah
perkataan.
Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS):

Isu pendidikan

Pelancongan ( Inap Desa)

Pemeliharaan bangunan bersejarah

Pelaburan dan tabungan

Kenaikan harga barang-barang

Pendatang tanpa izin

Penggunaan bahasa Inggeris

Masalah sosial dalam kalangan remaja

Pencemaran alam

Keselamatan kanak-kanak

Memartabatkan Bahasa Melayu

Kemalangan jalan raya

Perkembangan perhubungan dan komunikasi

Bioteknologi

Semangat kejiranan

Gaya hidup sihat

Hubungan kasih sayang ( Keluarga)

Membaca

Aspek-aspek Yang Dinilai

1.

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

2.

Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.

3.

Ejaan dan struktur ayat.

4.

Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.

5.

Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.

6.

Pendahuluan atau pengenalan.

7.

Penutup atau kesimpulan karangan.

8.

Tulisan yang jelas.

9.

Pemerengganan.

10.

Kesantunan bahasa.

Beberapa Kelemahan Yang Perlu Calon Elakkan

1.

Pengenalan tidak menarik.

2.

Isi tidak menepati tema.

3.

Isi tidak dihuraikan.

4.

Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.

5.

Perenggan tidak disusun dengan sempurna.

6.

Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.

7.

Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.

8.

Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.

9.

Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.

10.

Banyak kesalahan ejaan.

11.

Isi yang diulang-ulang.

12.

Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI


PANDUAN:
Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan
isi ialah
A. PERENGGAN EMPAT UNSUR
Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur berikut:
1. Unsur 1 (ayat utama)

Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.

Gunakan ayat mudah.


2. Unsur 2 (ayat huraian)

Pengembangan isi berdasarkan isi utama.

Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)

Penanda wacana yang sesuai.

Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik


3. Unsur 3 (ayat contoh)

Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

Data statistik

Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati

Penemuan atau kajian saintifik.

Contoh langsung
4. Unsur 4 (ayat penegas)
Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

Penutup kepada perenggan

Menegaskan semula isi utama

Menggunakan penanda

B. AKSESORI KARANGAN
1. Kosa Kata Menarik
2. Penanda Wacana Menarik
3. Ungkapan Menarik
4. Frasa Menarik

CONTOH:
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan
institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA
MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang
rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga
mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah
mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan
berkeluarga (FRASA MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan
sebaliknya, ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina
kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. (AYAT HURAIAN)

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan
entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar
dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi

keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja
dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga
merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial.

Karangan Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Bahagian A usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat di Malaysia
Bahagian A

[Masa dicadangkan: 45 minit]


[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda usaha-usaha


memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

PENDAHULUAN

Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang


tinggal berhampiran antara satu dengan lain.
Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita
mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau
hendak mengadakan majlis keramaian.
Jiran yang baik ibarat cubit peha kiri peha kanan pun
terasa amat sukar ditemui.

ISI-ISI:

1. Mengadakan program gotong royong


- bergotong royong mengeratkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat

2. Mengadakan rumah terbuka

- rumah terbuka semasa perayaan mengikut kaum


- saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim dan kenal
mengenal sesama ahli masyarakat

3. Mengadakan kempen kesedaran


- peranan media massa untuk memberikan kesedaran dalam
kalangan ahli masyarakat mengenai kepentingan semangat
kejiranan
- Peranan pihak sekolah menyedarkan pelajar-pelajar mengenai
kepentingan semangat kejiranan
4. Amalan ziarah menziarahi mengeratkan hubungan
- Boleh menziarahi ke rumah jiran ketika mereka mendapat
musibah atau sakit.
- kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan
penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung
mengeratkan hubungan silaturahim.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam


masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam
keadaan harmoni.
Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah
cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang
bersatu padu dan penyayang.

Anda mungkin juga menyukai