Anda di halaman 1dari 4

TIPS & PANDUAN - PENULISAN PENDAHULUAN KARANGAN

MENGGUNAKAN TEKNIK ARCA + PENANDA WACANA


TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP
Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal
lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabungini.
Analisis soalan:Tema/Isu
Contoh
Tugasan/arahan soalan

: Amalan menabung (AR)


: Contoh bank; Maybank, Tabung Haji
: Kebaikan menabung (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN


TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;ART/Tanya)
AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema)
AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)
[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan
amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara
kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam
menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil
lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun simpanan anakanak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional,
Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan
menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan
menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci
untuk kepentingan bersama.

CONTOH 2:
Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim
perayaan. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk
mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita.
Analisis soalan :
Tema/Isu
: kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)
Contoh
: ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau
Cuti umum (AC)
Arahan/Tugasan : usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya
(AA)
PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di


negara kita semakin meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat
membaca berita tentang kemalangan yang bukan sahaja mengakibatkan
kecederaan malahan kehilangan nyawa. (AC)Sebagai contoh, ketika cuti Hari
Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah
kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke
kampung halaman masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah
di jalan raya umpama cendawan tumbuh selepas hujan turut menjadi punca
peningkatan kes kemalangan di negara kita. (AR-T)Persoalannya, haruskah kita
hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan ini tanpa berbuat
apa-apa?. (AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus bereleluasa.

Contoh 3:
Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk
'Langkah-langkah yang Paling Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup
Sihat", sempena Hari Kesihatan Sedunia di sekolah anda. Tulis teks
syarahan anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema
: amalan gaya hidup sihat (AR)
Contoh : kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri
daripada mudah dijangkiti penyakit dan menjalani
kehidupan dengan berkualiti(AC)
Arahan/tugasan: langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya
hidup sihat(AA)
PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA
(PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting
untuk dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR) Hal
ini demikian kerana, amalan gaya hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah
dalam kehidupan kita.(AC) Contohnya, tahap kesihatan akan meningkat dan
menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya
(AR)seperti cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati.
(AR)Apabila kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat menjalani kehidupan
seharian dengan lebih berkualiti. (AA-T) Persoalannya, apakah langkahlangkah yang berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini? Tepuk dada
tanya selera.
RUMUSAN: Pendahuluan tidak perlu terlalu panjang:
Formula : Pendahuluan = ( PW) + (AR) + (AC) + (AA - U/T) +
Peribahasa (Jika ada)

Latihan kendiri
Berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, buat analisis soalan dan tulis
perenggan pendahuluan yang baik dengan menggunakan teknik ARCA
a) Saban tahun, negara kita menghadapi masalah jerebu yang serius sehingga
menjejaskan tahap kesihatan dan keselamatan masyarakat. Huraikan pendapat
anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh masyarakat
dalam menghadapi masalah jerebu ini.

b) Gejala berlumba motosikal secara haram dalam kalangan remaja di negara


kita semakin berleluasa. Tulis sebuah rencana tentang punca-punca gejala ini
untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
c) Baru-baru ini telah tersebar video tentang gejala buli dalam kalangan
pelajar sekolah. Masalah ini semakin serius dan membimbangkan pelbagai
pihak. Kemukakan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk mengatasi gejala buli in

Anda mungkin juga menyukai