Anda di halaman 1dari 7

CARA MENGATASI MASALAH KESALAHAN BAHASA

Bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa adalah perlu langkah-langkah yang drastik diambil
bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa.
Pertama, memperuntukkan undang-undang yang secara umumnya menghendaki
penggunaan bahasa Melayu di semua sektor khususnya yang melibatkan pencemaran bahasa
seperti iklan di tempat awam. Oleh itu pihak yang mempunyai bidang kuasa ini sepatutnya
lebih prihatin kerana tanpa kelulusan pihak berkuasa papan tanda atau iklan tidak boleh
dipamerkan sesuka hati. Oleh itu, jika terdapat kesalahan bahasa pihak yang mempunyai
bidang kuasa sepatutnya tidak boleh meluluskan. Kawalan terhadap papan iklan yang
didaftarkan ini boleh mengatasi kesalahan-kesalahan pada penggunaan bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi juga dapat diwujudkan dengan adanya
syarat-syarat dan peraturan yang seragam. Syarat-syarat dan aturan yang seragam ini
tentunya boleh mengatasi masalah kesalahan bahasa dan ini menunjukkan kepentingan
bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.
Masalah pencemaran bahasa juga perlu ditangani di peringkat sekolah lagi khususnya
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Guru-guru perlu lebih prihatin dalam
mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan
bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi
memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan
kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul.
Menyedari kesalahan-kesalahan bahasa ini masih berleluasa setiap orang perlu ada
kesedaran untuk memperbaiki penggunaan bahasa dalam kehidupan harian mereka. Kita
tidak perlu berbangga dengan bahasa orang lain sekiranya bahasa
17

kebangsaan yang kita gunakan masih lagi lintang-pukang. Pihak yang paling penting dalam
usaha-usaha menaikkan taraf bahasa Melayu sudah tentu merupakan pemangkin dalam usaha
merealisasikan kejayaan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk semua bidang ilmu dan juga
wahana komunikasi. Pada masa kini Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan yang
terpenting dan bergiat cergas dalam hal-hal berkaitan bahasa. Selain itu ada Persatuan
Linguistik Malaysia, aktivis-aktivis bahasa, ahli akademik dan juga para guru bahasa Melayu
khasnya boleh memainkan peranan penting dalam usaha menangani permasalahan bahasa
umumnya dan kesalahan penggunaan bahasa khususnya. Kesemua pihak ini boleh
memainkan peranan masing-masing dan menjalankan tanggungjawab selaras dengan usaha
meninggikan mutu bahasa Melayu.
Selain itu, para pelajar sama ada di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi
pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah.
Para pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin
meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar
sentiasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar
banyak membaca buku-buku, majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa
Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bahasa.
6.0 KESIMPULAN

Langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa


Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah
kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang
boleh diambil oleh kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti
yang berikut:
(12) memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan
Bahasa Melayu yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada
secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan
dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan untuk
tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam
bahasa asing).
(13) mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi
ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, suratmenyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen
rasmi, kawasan perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa
lain boleh digunakan berdasarkan kepada keperluan sahaja;
(14) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang
bertujuan meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam
kalangan pegawai dan kakitangan.
Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan
peningkatan kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa.
Pantau Tegur Bahasa bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku
atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan
tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak
dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa
asing, sama ada dari segi saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak
menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem ejaan, pemilihan kata,
pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun
pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan
tindakan segera diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat,
pemantau disediakan dengan sehelai borang untuk dipenuhi dan dipulangkan
kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan

segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi membuat


pembetulan.
(http://purnama.dbp.gov.my/webpurnama/index.php?
option=com_content&task=view&id=285&Itemid=380)
Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk
penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa
kebangsaan terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak
berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna pakai oleh pihak DBP adalah
dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi
bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk
melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan
mengatasi masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.
Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitikberatkan cara penyampaian
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam
kalangan pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar
dapat mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan
menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan,
menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul, tepat dan
gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11)
bahawa rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur
sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya
melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz Abd. Talib (2000:236) pula
menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-pelajar
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran
berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan
berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa
Melayu yang tercemar dari segi tatabahasa.
Tambahan lagi, guru juga perlu menjadi contoh yang baik dalam hal penggunaan
bahasa yang teratur dan anggapan bahawa Bahasa Melayu itu begitu mudah
hingga tidak perlu dipelajari secara serius harus dikikis dalam kalangan pelajar.
Penguasaan Bahasa Melayu yang baik dan teratur dalam kalangan mahasiswa
di institusi pengajian tinggi tidak kira awam atau swasta juga perlu diberi
penekanan. Hal ini kerana merekalah yang akan menentukan sama ada
menggunakan Bahasa Melayu yang tercemar ataupun tidak dalam urusan
pentadbiran.
Menurut Awang Sariyan pula, bagi mengelakkan Bahasa Melayu tercemar akibat
penggunaan bahasa SMS, guru mesti memberi penekanan kepada pelajar

supaya tahu membezakan antara bahasa untuk urusan rasmi dan tidak rasmi
Menurutnya, penggunaan singkatan perkataan berlaku terhadap semua bahasa
di dunia, tetapi tidak menjadi masalah jika mereka dapat membezakan
pengunaannya untuk tujuan rasmi atau tidak. Menurutnya lagi, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) tidak memberi perhatian terhadap bahasa yang diguna pakai
dalam SMS, tetapi jika ragam bahasa itu digunakan dalam urusan rasmi yang
mempengaruhi masyarakat, DBP akan memberi perhatian terhadap penggunaan
bahasa tersebut bagi mengelakkannya merosakkan bahasa. Beliau juga berkata
bahawa pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan perlu bekerjasama
dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab mengawal selia papan tanda
dan memastikan pihak yang mengeluarkan iklan menggunakan bahasa betul.
Tambahan pula, penerbitan bahan bacaan yang menggunakan bahasa rojak
atau pasar perlu dihentikan kerana dikhuatiri mempengaruhi remaja. (Utusan
Malaysia, 15 Februari 2004)
Pencemaran Bahasa Melayu ini juga dapat diatasi dengan menguatkuasakan
undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah seperti yang
dinyatakan oleh Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr.
Rais Yatim bahawa Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP
untuk mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan
dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996
dipinda dan diluluskan Parlimen . Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan
notis awam. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian,
Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sharifuddin
Ibrahim pula menyatakan bahawa DBKL sentiasa memantau bagi memastikan
Bahasa Melayu dimartabatkan. Menurutnya, semua pihak di bawah bidang
kuasa DBKL terikat dengan Undang-undang Kecil Wilayah Persekutuan 1982
pindaan 1985 yang mensyaratkan mereka meletakkan Bahasa Melayu lebih jelas
dan terang di papan tanda atau papan iklan, sekali pun jika ada bahasa lain
bersamanya.
Tambahan lagi, pucuk pimpinan yang menerajui negara juga berperanan untuk
mengatasi pencemaran bahasa ini daripada berleluasa. Hal ini dapat dilakukan
dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua pusat
pengajian tinggi tidak kira awam ataupun swasta untuk semua jurusan. Menurut
Abdul Hamid Mahmood (2000:247), pucuk pimpinan perlu melancarkan
Wawasan Bahasa terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sepenuhnya di pusat
pengajian tinggi sama seperti pelancaran Wawasan 2020. Hal ini akan
mengurangkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan mahasiswa yang
bakal menceburi alam pekerjaan kerana mereka terdedah dengan penggunaan
Bahasa Melayu sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Hal ini dapat disokong

dengan pernyataan Nothofer Bernad, profesor Bahasa Melayu dari Jerman


dalam Abdul Hamid Mahmood (2000:246) bahawa:
Bahasa Melayu memang sudah mampu berperanan sebagai bahasa akademik,
jika pensyarah mempunyai sikap dan tanggungjawab untuk memberikan kuliah
dalam Bahasa Melayu.
Hal ini juga dapat disokong oleh pandangan Abdullah Munsyi mengenai isu
pendidikan yang menyatakan bahawa, sesebuah bangsa akan maju sekiranya
ilmu yang disampaikannya dalam bahasa mereka sendiri.
Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat
penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan
kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu.
Media massa ini juga berperanan untuk menyekat iklan-iklan dalam Bahasa
Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat daripada terjemahan yang
salah. Sebagai contoh, iklan-iklan tersebut adalah seperti berikut:
15. Tukang Jahit Wanita, sepatutnya Tukang Jahit Pakaian Wanita.
16. Castrol GTX2 lebih pantas ke seluruh bahagian enjin, sepatutnya
Castrol GTX2 lebih pantas menyerap ke seluruh bahagian enjin.
Sektor pengiklanan seharusnya turut menggunakan Bahasa Melayu yang ilmiah
dan bermutu. Pengamal-pengamal media juga perlu memartabatkan Bahasa
Melayu yang bermutu tinggi. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula
hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar
makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Hal yang
sama juga harus dilakukan syarikat-syarikat penerbitan filem Melayu. Perkara ini
adalah untuk mengelakkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk antara
Bahasa Melayu dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Hal in
kerana penggunaan bahasa rojak ini boleh dilihat secara langsung dalam
penggunaan judulnya, contohnya:
17. Senario The Movie.
18. Lu Pikirlah Sendiri The Movie.
Pihak yang terlibat dalam industri perfileman harus mengutamakan penggunaan
Bahasa Melayu yang berkualiti kerana bahasa menunjukkan bangsa dan filem
pula menunjukkan cerminan bangsa. Filem mempunyai pengaruh yang kuat
dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, penggunaan bahasa yang standard harus
ditonjolkan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran Bahasa Melayu.

Seterusnya, pengguna bahasa itu sendiri perlu sedar dan mempunyai


kewarasan untuk menggunakan bahasa dengan sebaik mungkin tanpa
mencemarkannya., misalnya mengenai pengaruh bahasa lain ke dalam Bahasa
Melayu, seseorang pengguna itu harus berpegang kepada prinsip buang yang
keruh, ambil yang jernih. Hal ini dapat menjadi benteng yang mempertahankan
Bahasa Melayu itu daripada tercemar dengan menerima pengaruh-pengaruh
bahasa asing.

Anda mungkin juga menyukai