Anda di halaman 1dari 15

AUDIO DALAM PENDIDIKAN

1.1 PENGENALAN
Audio merupakan salah satu media yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat awalnya, ia sering
digunakan dalam bidang bahasa terutama bagi mengajar seseorang
cara sebutan yang betul dan sebagainya. Kebanyakan media
berunsurkan audio pula adalah berasaskan teknologi analog seperti pita
dan sebagainya. Kini audio boleh digunakan dalam apa jua bidang ilmu
dan dengan kecanggihan teknologi moden, audio semakin penting
sebagai salah satu elemen dalam proses pendidikan.

1.2 TUJUAN PENGGUNAAN AUDIO


Guru boleh menggunakan persembahan audio menggunakan format
piring hitam (phonogram), gelung terbuka (open reel), pita kaset, katrij,
cakera padat (CD), kad audio dan pita kaset mikro untuk:
Membawa ke kelas bunyi yang diperlukan oleh proses
pembelajaran seperti muzik, sebutan bahasa, pengecaman dan
diskriminasi bunyi.
Mengambil alih persembahan verbal secara total, contohnya guru
boleh rakam sesi pelajarannya dan mainkan dan dimainkan semula
oleh orang lain di dalam kelas.
Menemubual dan merakam individu yang terkenal atau sumber
manusia yang lain.
Merakam peristiwa tempatan, ucapan dan ceramah.
Merakam pelbagai kesan bunyi untuk aktviti kelas.
Rakaman drama, lagu atau nasyid, aktiviti simulasi dalam bilik
darjah.
Rakaman pelbagai aktiviti kelas.
Membimbing pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
sukar bagi mereka merujuk kepada panduan bertulis.
Membantu pelajar berlatih sesuatu kemahiran.

Menyatakan sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dalam bentuk


cetak.
Mempengaruhi perasaan dan sikap pelajar.

Pemahaman terhadap proses pendengaran dengan mendengar dan


meneliti pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran merupakan
resipi yang diperlukan dalam penggunaan media audio untuk
pengajaran dan pembelajaran.

1.3 KONSEP AUDIO DAN GELOMBANG


AUDIO
Anda boleh mengandaikan bahawa sesuatu tekanan udara mewakili
kepadatan molekul-molekul udara. Apabila sesuatu objek bergerak, ia
akan mengganggu susun atur molekul-molekul udara tersebut dan ini
akan menyebabkan kepadatannya turut berubah. Ini akan menyebabkan
lain-lain molekul udara turut berubah sama. Semasa anda mendengar
sesuatu, sebenarnya anda sedang merasai perubahan tekanan udara di
sekeliling telinga anda. Perubahan ini seterusnya akan diterima oleh
gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai signal
bunyi oleh otak anda. Rajah 1 dan 2 menunjukkan proses terhasilnya
bunyi.

Rajah 1

Rajah 2
2

Sekiranya perubahan tekanan udara ini digrafkan sebagai fungsi


masa, anda akan dapati graf gelombang seperti yang berikut:

Rajah 3: Graf gelombang bunyi voltan melawan masa


Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah
tetap. Apabila gelombang bunyi tiba ke gegendang telinga anda,
tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun kepada
paras yang lebih rendah dari paras tekanan atmosfera yang normal.
Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio
yang diterima. Kekuatan bunyi ini yang dikenali sebagai amplitud dan
diukur dalam unit decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udara
tersebut dinamakan pitch. Dalam istilah saintifik, pitch adalah berkaitan
dengan frekuensi gelombang bunyi tersebut. Gelombang bunyi
sebenarnya bukanlah seimbang sepertimana gelombang yang
dipaparkan di awal perbincangan tadi. Realitinya, gelombang bunyi
dapat diwakili seperti graf yang berikut. Rajah di bawah mewakili
gelombang bunyi yang tidak mempunyai amplitud ataupun frekuensi
yang berkala.

Rajah 4: Gelombang bunyi yang tidak mempunyai amplitud/frekuensi


berkala
Ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul
atau jirim udara di sekeliling kita. Getaran ini kemudiannya dikenali
sebagai gelombang bunyi. Gelombang bunyi ini diwakili oleh corak
3

seperti rajah di bawah. Ianya dikenali sebagai analog wave pattern


(gelombang analog).

Rajah 5: Gelombang analog (Analog Wave Pattern)


Corak gelombang ini mempunyai 2 faktor utama yang
membolehkan anda bekerja dengan audio di dalam komputer iaitu
amplitud (ketinggian suara) dan frekuensi. Setiap puncak tertinggi di
dalam gelombang bunyi tersebut adalah berkaitan dengan volume :
semakin tinggi puncak, semakin kuat bunyi yang dikeluarkan. Jarak di
antara puncak dengan puncak mewakili frekuensi - semakin jauh jarak
semakin kecil nada suara (pitch).

Rajah 6: Amplitud dan frekuensi dalam gelombang


Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku
bagi setiap satu saat. Bilangan frekuensi ini akan mempengaruhi kualiti
sesuatu audio yang dirakamkan. Frekuensi biasanya diukur dalam unit
Hertz (Hz). Setiap corak yang muncul bagi setiap saat pada gelombang
bunyi adalah bersamaan dengan 1 Hz. Sekiranya corak yang muncul
sebanyak 1000 kali dalam masa 1 saat maka ia adalah bersamaan
dengan 1000 Hz atau KHz.

1.4

AUDIO ANALOG DAN DIGITAL

1.4.1 Signal Analog


Perwakilan elektrikal bagi bunyi merupakan signal yang pelbagai
amplitude dan frekuensinya iaitu analog kepada ciri-ciri gelombang bunyi
dan ianya dikenali sebagai signal analog. Kebanyakan peralatan audio
yang ada di pasaran masa kini masih berasaskan teknologi analog.
Antaranya; pemain dan perakam kaset audio, pemain piring hitam, kaset
video, CD audio dan sebagainya. Pada dasarnya media yang digunakan
bagi menyimpan data audio bagi analog dan data audio digital adalah
sama; contohnya cakera padat (CD) atau pita. Perkembangan teknologi
juga membolehkan kaedah penyimpanan yang hamper sama digunakan
di antara data audio analog dan juga data audio digital. Ini membolehkan
CD muzik biasa (analog) boleh dibaca oleh pemain cakera padat digital
(contohnya pemacu CD pada sesebuah komputer). Namun demikian
tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan
serasi. Oleh yang demikian data audio analog dan digital perlu
diterjemahkan bagi membolehkan ianya difahami oleh media-media
yang berlawanan.
1.4.2 Audio Digital
Pada awal kelahiran komputer, bunyi yang kedengaran pada
sesebuah sistem komputer hanyalah bunyi asas seperti bunyi beep
atau ding yang sering kedengaran apabila berlakunya kesilapan di
dalam sesebuah sistem berkomputer. Kini, perkembangan teknologi
membolehkan sesebuah sistem komputer mengeluarkan bukan setakat
bunyi beep, tetapi juga muzik, suara latar, kesan bunyi khas dan juga
bunyi-bunyian seperti mana dari konsert muzik yang sebenar. Audio
merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi menarik
perhatian pengguna. Kesan bunyi yang ringkas dengan mudahnya boleh
digunakan bagi menarik perhatian dalam pelbagai sudut sesebuah
persembahan maklumat. Bagi persembahan yang lebih kompleks,
suara latar dan iringan muzik pastinya mampu meningkatkan perhatian
dan menjadikan sesebuah persembahan lebih menarik dan
menyeronokkan. Unsur audio juga boleh diterapkan di dalam sesebuah
persembahan multimedia bagi menyampaikan maklumat serta
mempertingkatkan kefahaman terhadap isi kandungan dari media lain
5

yang hendak dipersembahkan. Audio juga merupakan elemen yang


mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan mood dan
mencorakkan sesebuah persembahan multimedia
1.4.3 Pengubah Analog/Digital
Cip yang berperanan bagi mengubah signal analog kepada
denyutan digital dinamakan Analog Digital Converters (ADC). Proses
sebaliknya iaitu penterjemahan dari digital kepada analog pula
menggunakan cip Digital to Analog Converters (DAC). Cip-cip ini
biasanya telah sedia terbina di dalam kad audio (sound card). ADC
mengukur amplitud bagi gelombang analog dan mengubah setiap
ukuran gelombang tersebut kepada denyutan digital yang berkaitan
dengan kod bit.

Rajah 7: ADC mengubah signal analog kepada digital


Apabila audio analog telah diterjemahkan ke bentuk audio digital barulah
ianya boleh diubahsuai atau dipinda oleh sesebuah sistem komputer.
1.4.4 Electrical Transducers
Transducers merupakan peranti yang mengubah gelombang bunyi
kepada elektrik (microphone) atau elektrik kepada gelombang bunyi
(speaker).

Rajah 8: Contoh transducer yang digunakan dalam stereo amplifier

1.5 PENGGUNAAN AUDIO SEBAGAI BAHAN BANTU


MENGAJAR
Dalam kehidupan seharian manusia banyak menggunakan deria
pendengaran seperti mendengar melalui rakan, seminar, syarahan, sesi
pembelajaran dan sebagainya. Dalam persekitaran pembelajaran
tradisional, guru berinteraksi dengan seseorang pelajar melalui suara
dan syarahan yang disampaikan dalam kelas. Ini bermakna penggunaan
deria pendengaran di kalangan pelajar adalah secara meluas. Sesuatu
alat bahan bantu mengajar seharusnya mampu menimbulkan
penumpuan dan pemerhatian pelajar kepada suatu proses
pembelajaran. Justeru itu, penggunaan bahan audio serta gabungan
media-media lain seperti video mislnya, dapat menunjukkan kepada
pelajar keadaan sebenar dalam situasi tertentu. Ini adalah kerana
kebanyakan bahan audio adalah lebih efektif yang boleh menarik minat
pelajar.
1.5.1 Kelebihan Penyampaian Bahan Pengajaran Melalui Pita Audio

Sesuai digunakan bagi penuntut yang kurang cekap membaca.


Bahan-bahan berbentuk audio dapat disusun dan disunting melalui
proses penyuntingan.
Peralatan yang kecil dan mudah alih.
Bunyi yang asli dapat dirakamkan bagi menunjukkan sesuatu
situasi.
Mudah dipadam dan digunakan semula.
Penggunaan masa yang fleksibel di mana penyampaian dapat
disampaikan mengikut kadar masa tertentu.
Boleh dijalankan secara berulang-ulang bagi meningkatkan
kefahaman pelajar.

1.5.2 Kelemahan Penyampaian Bahan Pengajaran Melalui Pita Audio

Faktor pengalaman dan sentuhan sebenar tidak terdapat dalam


pita audio.
7

1.6

Gangguan daripada bunyi luar yang akan mengganggu minat


pelajar semasa proses pengajaran.
Sekiranya pita audio telah dimainkan, ianya telah ditentukan kadar
masa. Kadar masa yang digunakan tidak boleh diubah.
Kurangnya unsur interaktiviti antara pengguna dan mesin.

RAKAMAN AUDIO BAGI TUJUAN PENDIDIKAN

1.6.1 Panduan Merakamkan Audio


Dalam menjayakan rakaman audio, beberapa perkara perlu
diambilkira. Antara perkara-perkara tersebut adalah:
Gunakan perkataan yang mudah dan elakkan penggunaan ayat
yang kompleks dan sukar difahami.
Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Ini bertujuan bagi
membolehkan pendengar mengambil masa untuk mendengar,
membuat sintesis dan analisis ke atas mesej yang ingin
disampaikan.
Gaya bahasa seharusnya tidak formal bagi memudahkan
pendengar membuat andaian.
Pelbagaikan jenis bunyi dan suara. Penggunaan suara dan bunyi
yang pelbagai akan dapat menarik minat serta memberi tumpuan
kepada pendengar.
Kadar penerimaan oleh pendengar mestilah sesuai dengan tajuk

sesuatu cerita yang dipaparkan.


Persembahan corak muzik harus sesuai dengan cerita atau mesej
yang ingin disampaikan.
Penggunaan kesan bunyi dapat menarik minat dan menghidupkan
lagi jalan cerita.
Suara yang dihasilkan perlu ada intonasi dan gaya percakapan
yang dapat menarik minat pelajar secara umumnya.
Pelajar harus dilibatkan secara aktif dalam mengemukakan soalan
dan permasalahan selepas sesi pengajaran. Hentikan sesi
rakaman antara 1-3 minit. Galakkan penyertaan penonton.
Sumber media audio boleh digunakan dalam jangka masa 7 hingga
10 minit (maksimum) dalam tempoh pengajaran 30 minit. Informasi
8

yang terlalu banyak akan mematikan motivasi dan minat


pendengar.
Elemen hentian harus diambilkira dalam pembinaan skrip. Ruang
dan soalan perlu diberikan bagi menggalakkan pelajar berfikir.
Nada suara perlu mempunyai intonasi serta personaliti menarik
mengandungi perubahan ritma frekuensi persembahan dengan
penekanan suara, tinggi rendah suara, kecepatan dan
keperlahanan kepada frasa-frasa yang sukar.

1.6.2 Bagaimana Meningkatkan Kualiti Rakaman Audio?


Terdapat beberapa kaedah untuk meningkatkan kualiti audio dalam
sesuatu persembahan sama ada secara tradisi mahupun melalui
teknologi multimedia. Di antaranya ialah:

Studio rakaman
Bagi menghasilkan kualiti audio yang tinggi, sesebuah studio
rakaman perlu disediakan. Kemudahan ini harus mengandungi
kelengkapan peralatan audio yang terkini dan kepakaran sumber
manusia bagi meningkatkan kualiti rakaman audio tersebut.

Persekitaran
Pastikan bahawa rakaman dibuat dalam suasana persekitaran
yang sunyi tanpa sebarang gangguan daripada luar. Seeloknya
rakaman harus dijalankan di dalam studio rakaman yang kedap
bunyi.

Jenis Mikrofon
Peralatan yang penting adalah jenis mikrofon yang digunakan.
Kualiti sesebuah rakaman yang dipengaruhi oleh jenis mikrofon.

Kedudukan Mikrofon
Kedudukan mikrofon juga mempengaruhi kualiti rakaman audio
terutama selepas menjalankan rakaman.

Storan Audio
9

Perkara yang paling penting adalah di mana sesuatu rakaman


audio disimpan. Ini bergantung kepada jenis perkakasan dan
peralatan yang digunakan. Ia mungkin terdiri daripada kaset,
gelungan pita, DAT atau system penyimpanan yang lain. Pemilihan
storan audio sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada
kualiti rakaman.

Pengkabelan
Panjang dan kualiti akan mempengaruhi kadar kebisingan sebelum
sesuatu audiodirakamkan.

Kadar Sampel
Pita hendaklah dirakamkan menggunakan perkakasan dan
peralatan yang terbaik dan rakaman seharusnya dibuat dengan
mengambil kira keperluan pengguna. Beberapa perkara perlu
diambilkira iaitu:
i)
Ruang Storan
ii)
Kadar main semula daripada CD-ROM atau peralatan
storan.
iii)
Kualiti kad bunyi pengguna.
iv)
Kualiti speaker pengguna.
Sekiranya kadar persampelan semasa rakaman adalah tinggi,
pastikan bahawa perkakasan mempunyai keupayaan main semula
audio yang telah dirakamkan.

Proses Percubaan
Setelah rakaman dibuat, pengguan perlu menyemak sama ada
rakaman tersebut mempunyai kadar kebisingan ataupun tidak.
Kemudahan untuk menjalankan proses ini adalah bergantung
kepada perkakasan dan perisian yang digunakan.

Pos-Produksi
Terdapat pelbagai perisian komersial yang berada di pasaran yang
boleh digunakan untuk merakamkan dan memproses audio secara
digital. Selain daripada itu, pengguna perlu membuat penyimpanan
atau back up ke atas kedua-dua jenis audio sama ada analog atau
digital. Ini bertujuan bagi memudahkan mereka menggunakan
semua sumber yang ada dalam setiap persembahan.
10

1.6.3 Jenis-Jenis Mikrofon


Mikrofon datang dalam pelbagai jenis yang berbeza dari segi
kualiti, harga. Jenis-jenis mikrofon boleh dikelas berdasarkan sensitiviti
dan kualiti penerimaan gelombang. Oleh itu, adalah penting untuk
memilih peralatan audio yang sesuai dengan tugas dan kualiti yang
sepadan serta baget anda. Dianggap salah jimat (false economy)
sekiranya anda memilih mikrofon yang murah berfideliti rendah yang
digunakan bersama alat perakam yang mahal dan berfideliti tinggi.
Begitu juga sebaliknya. Berikut merupakan jenis-jenis mikrofon yang
berada dalam pasaran:
1) Mikrofon Dinamik (Moving Coil)
Beroperasi menggunakan prinsip elektromagnetik: menggunakan
gelung wayar sebagai transducer. Ia menghasilkan julat frekeunsi
yang lebih lebar dan menghasilkan signal yang berkualiti dan
harganya lebih mahal. Voltan output dijanakan apabila signal
elektrik melalui garisan flux pada kawasan magnetik. Mikrofon
dinamik terbahagi kepada dua jenis iaitu:

b) Mikrofon Riben

a) Moving Cell Microphone

Sama seperti mikrofon jenis Moving


Coil yang beroperasi menggunakan
teori elektromagnetik. Rekabentuk
daripada riben aluminium yang nipis
bagi menjadikannya lebih fleksibel.

Mengandungi diafragma yang diperbuat


daripada plastik. Pada bahagian
asas/bawah diafragma ini disaluti dengan
gelungan wayar tembaga. Secara
umumnya, Moving Cell Microphone adalah
banyak terdapat di pasaran dan digunakan
secara meluas.

2) Mikrofon Kapasitor (Condenser)


Beroperasi
menggunakan kapasitor yang pelbagai jarak untuk
menghasilkan signal elektrik. Ia mempunyai frekeunsi yang lebih lebar dan
menghasilkan signal yang lebih berkualiti dan mikrofon ini bersaiz kecil.
11

Penukaran kapasitan yang wujud di antara dua plat elektrod yang terdapat
dalam mikrofon tersebut menjanakan voltan output.

3) Mikrofon hablur (crystal) atau Seramik


Diperbuat daripada piezoelectric crystal yang disambungkan
diafram, Mikrofon seramik mempunyai kualiti audio yang tinggi dan
digunakan dalam bidang kepakaran tertentu.Mikrofon ini
menggunakan butiran (granules transducer) hablur piezoeletrik
atau seramik. Mikrofon ini murah tetapi lasak dan mempunyai julat
frekuensi yang kecil. Ia menghasilkan signal yang berfideliti rendah.
Biasanya mikrofon ini terdapat dikebanyakkan alat perakam pita
yang murah.

4) Mikrofon Karbon
Digunakan dalam telefon dan mempunyai nilai sensitiviti yang
tinggi. Mikrofon karbon mengandungi piring yang dipenuhi oleh
karbon. Kebanyakan daripada mikrofon jenis ini digunakan dalam
industri telekomunikasi untuk perhubungan antara satu sama lain.

12

1.7

CONTOH-CONTOH BAGAIMANA AUDIO


DIGUNAKAN DALAM PENDIDIKAN
Derek Rowntree(1992) Exploring Open and Distance Learning
(London:Kogan Page) mencadangkan penggunaan audio dalam
pendidikan. Di antaranya adalah:
Mendengar
Dengan menghasilkan bahan audio secara semulajadi,
pendengar dapat menumpukan perhatian walaupun sedang
sibuk dengan tugas yang lain. Contohnya, seseorang yang
sedang memandu dapat menumpukan perhatian kepada radio
yang dipasang di dalam keretanya. Ini bermakna bahan audio
yang berbentuk ucapan, syarahan dan juga penyampaian dapat
menghasilkan sesuatu pembelajaran yang berkesan.

Mendengar dan Melihat


Pembelajaran secara melihat dan mendengar adalah lebih
berkesan berbanding dengan pembelajaran secara mendengar
sahaja. Walau bagaimanapun, penyediaan bahan pengajaran
lebih kepada pelbagai seperti bahan bercetak dan juga skrin
computer dalam satu masa. Penggunaan audio menghasilkan
panduan kepada pelajar.

Pendengaran, Melihat dan Membuat


Dalam sesetengah situasi, audio boleh dihentikan bagi memberi
peluang kepada pelajar melakukan tugas dan perbincangan.
Setelah sesi perbincangan dijalankan, audio boleh dimainkan
semula dan penekanan harus diberikan pada fakta yang ingin
disampaikan. Beberapa penggunaan audio dalam pendidikan
seperti dicadangkan oleh Rowntree, Derek 1992 (diubahsuai
13

dari Rowntree, Derek 1992 Exploring Open and Distance


Learning London: Kogan Page dengan tambahan):
i) Memberi pelajar peluang untuk mendengar.
ii) Memberi idea dan membantu pelajar yang tidak tahu dan
tidak minat membaca.
iii) Penggunaan masa yang berkesan kepada pelajar kerana
penggunaan audio, mereka dapat menjalankan dan
mendengar beberapa tugas yang diberikan dalam satu
masa.
iv) Tugas yang diberikan adalah secara terus di mana
penggunaan bahan bercetak boleh mengganggu
penumpuan mereka.
v) Membenarkan pelajar melatih kemahiran tertentu seperti
pembelajaran bahasa.
vi) Menambahkan interaksi yang cepat antara individu dalam
proses pembelajaran.
vii) Dapat menyatakan perkataan atau benda yang agak sukar
untuk disebut seperti dialek tertentu dalam ucapan.
viii) Untuk memotivasikan pelajar.
ix) Menyentuh perasaan dan sikap pelajar.
x) Menghasilkan sumber bahan bagi pelajar untuk dianalisis.
xi) Untuk mendapatkan perhatian pelajar.
xii) Menghasilkan kepelbagaian bahasa dalam menghasilkan
bahan video.

1.8

RINGKASAN

ACTIVITY
Audio sememangnya merupakan salah satu media yang mampu
menarik perhatian pelajar sekiranya digunakan secara berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun ia agak
sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk praktikal, namun seseorang
pendidik yang baik sewajarnya berupaya mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka agar pelajar sentiasa bersemangat dan
bermotivasi dalam proses pembelajaran. Dengan sedikit kemahiran
14

dan kreativiti, seseorang pendidik itu mampu menghasilkan satu


bentuk atau konsep pelajaran yang menggunakan audio sebagai
salah satu media yang utama.

15

Anda mungkin juga menyukai