Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan membandingkan tahap


prestasi kecergasan fizikal di antara pemain pasukan bola sepak bawah 15
tahun dengan pemain pasukan hoki bawah 15 tahun yang terpilih mewakili
Terengganu bagi tahun 2002 / 2003. Subjek yang dipilih adalah seramai 40
orang pemain bagi kedua-dua pasukan tersebut dijadikan subjek dalam kajian
ini. Tahap kecergasan fizikal diukur berdasarkan ujian kecergasan yang
diperkenalkan oleh Johnson dan Nelson (1986) serta ACSM (1992). Penyelidik
memilih lima bateri ujian bagi mendapatkan skor ujian kecergasan iaitu
komposisi lemak badan, ujian duduk dan menjangkau, ujian bangkit tubi lutut
bengkok (AAHPERD MODIFIED), ujian lompat jauh berdiri dan ujian larian /
berjalan 2.4 km. bateri ujian ini merangkumi pengujian terhadap komponen
komposisi badan, kelembutan, kekuatan otot, daya tahan otot dan daya tahan
kardiovaskular.

Penyelidik

menganalisis

data

dengan

menggunakan

pengaturcaraan SPSS versi 10.0 bagi mendapatkan keputusan. Melalui


pangaturcaraan ini, penyelidik menggunakan ujian-t (Independent Sample TTest) untuk membandingkan tahap prestasi pemain kedua-dua pasukan.
Keputusan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifiken di antara tahap
kecergasan fizikal pemain pasukan bola sepak dengan pemain hoki Negeri
Terengganu bawah 15 tahun sesi 2002 / 2003 ditolak. Walau bagaimanapun
tahap prestasi adalah berbeza dalam komponen-komponen yang diuji ke atas
kedua-dua pasukan ini.