dipandang rendah oleh anggota masyarakat. Oleh itu, ibu bapa merupakan cahaya yang
mampu membimbing kanak-kanak sejak dari kecil lagi. Ibu bapa patut menemani
anaknya untuk mengharungi segala detik kehidupan anaknya. Jika ibu bapa gagal
memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka, masa depan kanak-kanak
ini akan musnah.
Ketiga, pengaruh media massa ialah pembunuh utama dalam membentuk nilainilai murni para remaja. Dalam era abad ke-21, kita didedahkan dengan pelbagai
informasi dengan satu jari tangan sahaja. Pelbagai jenis informasi yang diperoleh
membuka pandangan kita dan meluaskan pengetahuan kita. Antaranya termasuklah
berita sedunia, isu perkembangan semasa negara luar dan lain-lain. Namun begitu,
bahan-bahan lucah dan pornografi, zalim dan pembunuhan mudah diakses oleh setiap
orang. Sekiranya remaja yang mentah sering menonton filem yang berbau pornografi,
minda mereka tentu akan dicemari dan menjatuhkan akhlak mereka. Mereka akan
mencontohi perlakuan bintang filem dan melakukan perkara negatif di dalam sekolah.
Sekiranya perbuatan mereka tidak dibetulkan dengan serta-merta, mereka tentu akan
menjadi penjenayah dalam masyarakat pada masa depan. Hal ini amat menyedihkan
kerana remaja yang dianggap sebagai tulang belakang negara telah membinasakan diri
dari segi mental dan fizikal. Kita tentu tidak mengharapkan seseorang pemimpin yang
tidak berkeperibadian mulia.