Anda di halaman 1dari 6

Contoh Kertas Kerja Permainan Kanak-Kanak Kategori Pukulan

Rujukan : http://superholic91.blogspot.com
1.0 TAJUK PERMAINAN
Hit & Hide Permainan Kategori Pukulan

2.0 MATLAMAT
Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102
Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu
sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.
Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori pukulan. Nama permainan ini ialah Hit &
Hide kerana ia merupakan satu aktiviti yang memerlukan peserta untuk memukul dan mengelak
bola. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga
dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu,
permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa
pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

3.0 OBJEKTIF
Permainan kanak-kanak ini bertujuan untuk:
Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid.
Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu
pasukan.
Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang
tersusun.
Dapat memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul.
Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.
Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.
Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi yang tepat untuk
memenangi permainan.

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN


4.1 SENARAI JENIS ALATAN
Bil
Jenis peralatan
1
Tapak Tangan
2
Bola Getah
3
Skitel

Kuantiti
10
3
2

Jadual 1.1 Senarai Jenis Alatan

Gambar Rajah 1.1 Tapak Tangan

Gambar Rajah 1.2 Bola Getah

Gambar Rajah 1.3 Skitel

1.
2.
3.
4.

4.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN


Menggunakan kawasan permainan iaitu gelanggang badminton seluas 5.64m x 13.41m.
Garisan sempadan kawasan permainan ditentukan menggunakan garisan pada gelanggang dan juga
skitel di sekitarnya.
Garisan tengah gelanggang badminton memisahkan kawasan antara pasukan.
Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang dan setiap pemain haruslah mempunyai satu Tapak Tangan
masing-masing.

Gambar Rajah 1.4 Satu pasukan terdiri daripada 5 orang pemain

5. Pihak penganjur akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang memulakan
permainan dahulu.

Gambar Rajah 1.5 Pihak berkuasa menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan yang memulakan permainan

6. Pasukan yang memulakan permainan dahulu diberi peluang untuk memilih tapak gelanggang.
7. Tiga biji bola getah akan diberi kepada pasukan yang memulakan permainan.
8. Pemain yang memegang bola bertanggungjawab untuk memulakan permainan dengan memukul
bola ke arah pihak lawan.

Gambar Rajah 1.6 Pemain yang memegang bola memulakan bola

9. Pihak lawan boleh memukul balik bola pihak lawan dengan Tapak Tangan atau mengutip bola yang
jatuh di gelanggang sendiri lalu memukul ke arah pihak lawan.
10. Permain bebas bergerak untuk memukul dan menyambut bola selepas pukulan bola dimulakan.

Gambar Rajah 1.7 Pemain memukul dan memukul bola dari pihak lawan.

11. Pada masa yang sama pemain juga harus mengelak bola agar anggota badan tidak terkena bola
pihak lawan.
12. Pemain yang terkena bola dari pihak lawan dikehendaki meninggalkan gelanggang.
13. Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit.
14. Pasukan yang mempunyai pemain yang paling banyak di akhir permainan dikira sebagai pemenang.
15. Jika berlaku keadaan seri, 2 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang.

4.3 PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN

Gelanggang Badminton

Kedudukan Pemain sebelum bola dimulakan


4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN
1. Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai.
2. Dalam perlawanan permainan ini, pemain harus memukul bola dengan Tapak Tangan daripada
pihak lawan dan mengelak bola daripada mengena akan badan.
3. Pemain dilarang membawa alat tajam yang boleh mencederakan orang lain semasa permainan ini
dijalankan.
4. Pemain dilarang memakai barang perhiasan semasa permainan.
5. Pemain dilarang memukul bola dengan tangan yang tidak memakai tapak tangan.
6. Pemain dilarang memijak, menendang bola getah dengan kaki.
7. Jika bola terkeluar dari gelanggang , pemain boleh mengutip bola dan kembali ke gelanggang untuk
teruskan permainan,
8. Pemain tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan gelanggang
9. Pemain hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri.
10. Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, pemain boleh mengutip bola dan teruskan pukulan.
11. Pemain dihendaki keluar dari gelanggang sekiranya terkena bola dari pihak lawan.
12. Keputusan pengadil permainan adalah muktamad.

5.0 RUMUSAN
Melalui permainan Hit and Hide ini, murid-murid dapat belajar kemahiran asas seperti kemahiran
asas servis, kemahiran asas memukul bola dan kemahiran asas menimbang bola. Melalui penerapan
ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam permainan badminton
dan bola tampar.
Jika diteliti dari sudut kesepaduan pemain, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama
murid dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi
peluang kepada murid-murid bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat
membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekaligus membantu mereka
mahir dalam kemahiran tersebut.
Aktiviti ini juga akan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan
ini setiap murid diberi peluang untuk bermain dan menentukan strategi mereka sendiri tanpa
melangkaui had peraturan permainan.
Oleh demikian, murid-murid akanmenjadi lebih seronok ketika bermain dan sekali gus membantu
mereka untuk menguasai kemahiran asas yang ingin diajar. Secara keseluruhannya, permainan
kanak-kanak Hit and Hidebukan sahaja dapat menjadikan murid-murid lebih cerdas dan sihat
tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai