Anda di halaman 1dari 12

6.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Sepanjang kajian tindakan dijalankan, saya telah menggunakan triangulasi data

kajian dengan mengumpul pelbagai data dari pelbagai sumber seperti ujian pra dan
pos, pemerhatian dan temubual. Dalam bahagian ini, berdasarkan menganalisis dan
menginterpretasi data, saya membincangkan keberkesanan kaedah SPAD terhadap
murid-murid dalam menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan nombor 2 digit.
6.1

ANALISIS DATA
Menurut Othman Lebar (2011), proses menganalisis data adalah penting

dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan
berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data. Saya telah
menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul dan menganalisis
data. Saya mengumpul data secara kualitatif adalah untuk memastikan kesahan
dapatan penyelidikan saya. Manakala untuk data kualitatif, saya menggunakan cara
pemerhatian dan temubual.
Data mentah saya analisis seperti dalam jadual

Jadual 6.1
Cara Analisis Data untuk Setiap Instrumen yang Digunakan

Data
Masalah Pembelajaran

Instrumen
Ujian Diagnostik

Cara Analisis
Statistik deskriptif peratus
skor ujian diagnostik.(%)

Pencapaian Murid

Ujian Pra
Ujian Pos

Tingkah Laku Murid


Minat Murid
6.1.1

Pemerhatian
Temubual

Statistik

deskriptif

perbezaan skor ujian pra dan


ujian pos (%)
Menggunakan Tema
Kekerapan kod tema

UJIAN DIAGNOSTIK
Saya telah mencatatkan markah ujian diagnostik bagi setiap orang murid.
Murid yang mendapat markah kurang daripada 40% dan ke bawah akan dipilih
menjadi kumpulan sasaran saya dalam kajian tentang kemahiran melakukan operasi
bahagi bentuk lazim.

6.1.2

UJIAN PRA DAN POS


Pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan pos sebelum dan selepas
program intervensi dicatatkan dalam bentuk jadual. Perbandingan markah bagi ujian
pra dan pos bagi setiap murid juga ditunjukkan. Pencapaian murid-murid dikira
dalam bentuk peratus.

peratus

Jadual juga ditunjukkan untuk menganalisis tentang peningkatan ataupun


kemerosotan pencapaian ujian pra dengan ujian pos.

Saya juga menunjukkan

perbezaan pencapaian kedua-dua ujian ini dalam bentuk carta palang. Carta palang
ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah SPAD dalam meningkatkan
pencapaian murid-murid mencari sifir nombor dua digit.
6.1.3

PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian digunakan untuk memerhati tingkahlaku murid-murid

dan penerimaan mereka terhadap kaedah SPAD dalam menyelesaikan soalan bahagi
yang melibatkan nombor dua digit. Mok (2010) mengatakan aspek pemerhatian
sebagai proses utama dalam kajian ialah memberi peluang kepada penyelidik untuk
memungut data dalam realiti daripada situasi buatan atau alam semulajadi.
Nota lapangan juga dicatat sebagai bahan sokongan bagi kaedah pemerhatian.
6.1.4

TEMUBUAL
Temubual bersama dengan rakan-rakan guru secara tidak formal untuk

mengetahui masalah pembelajaran murid-murid di dalam tajuk bahagi telah saya


jalankan. Saya mendapat banyak maklumbalas daripada guru-guru terutama yang
mengajar subjek Matematik. Saya telah menemubual kumpulan sasaran seramai
enam orang dan menganalisis respons temubual mereka yang telah ditranskripkan.

6.2

INTERPRETASI DATA
Menurut Lincoln dan Guba (1985) dalam Marie (1997), interpretasi data

bermaksud memberi makna kepada data dan apa yang telah dipelajari. Saya
telah

mengumpul

dan

menganalisis

data

kualitatif

dan

kuantitatif

dan

menginterpretasi untuk menjawab soalan kajian saya. Data kuantitatif ditunjukkan


dalam bentuk statistic dan data kualitatif dikodkan mengikut tema-tema tertentu dan
diperhatikan dalam bentuk naratif.
6.2.1 INTERPRETASI DATA UJIAN DIAGNOSTIK
Ujian diagnostik digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid-murid
dalam subjek tertentu. Saya telah menggunakan data ujian bulan januari untuk
mengesan tahap penguasaan murid bagi kelas saya. Kemahiran yang disoal dalam
ujian diagnostik ini ialah kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan dengan
tambah, tolak, darab dan bahagi.
Saya telah membuat analisa pencapaian markah bagi ujian diagnostik seperti
dalam rajah

dan saya juga membina graf palang untuk melihat perbandingan

pencapaian keseluruhan

Gred

Bil
Pelajar

19

10

Peratus
(%)

6.45

61.29

32.26

Rajah Analisis pencapaian ujian diagnostik

PENCAPAIAN MURID DALAM UJIAN DIAGNOSTIK

C; 6%
E; 32%

D; 61%

Rajah

Pencapaian murid dalam ujian diagnostik


Melalui analisa ujian diagnostik ini, saya boleh simpulkan bahawa tidak ada

murid yang mendapat gred A dan B, manakala peratus gred E ialah 32%. Walaupun
peratus gred D lebih lebih besar daripada gred E, namun saya perhatikan masih ramai
murid tidak menguasai konsep bahagi dengan sebaiknya. Daripada analisa yang saya
buat, saya dapat mencari kumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan saya. Saya
telah menyediakan 10 soalan subjektif dan masa diperuntukkan ialah 40 minit.
6.2.2

INTERPRETASI DATA UJIAN PRA DAN UJIAN POS


Ujian Pra digunakan untuk mendapat maklumat tentang pengetahuan sedia

ada murid supaya saya dapat merancang sesi intervensi dengan lebih berkesan.
Soalan ujian pra melibatkan kemahiran mencari sifir nombor dua digit dan membuat
pengiraan operasi nombor empat digit dengan nombor dua digit.

Saya telah

menyediakan sepuluh soalan dalam satu ujian dan masa diperuntukkan ialah 40
minit.
Jadual
Keputusan Ujian Pra
KUMPULAN

BIL. SOALAN BETUL MARKAH (%)

SASARAN
X
( 10 )

X
( 10

X 100%)

20

10

30

20

Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan ujian pra diatas, jelas
menunjukkan kumpulan sasaran adalah dikalangan murid-murid yang terlalu lemah.
Dua orang murid langsung tidak berjaya menjawab soalan dengan betul. Seorang
pelajar hanya memperolehi satu jawapan yang betul dan seorang murid dapat
menjawab tiga soalan sahaja yang betul. Kesimpulannya kumpulan sasaran ini perlu
mendapat bimbingan yang sebaik mungkin agar mereka boleh menguasai topik
bahagi dengan sebaik mungkin.
Dalam ujian pos, saya menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra,
tetapi saya hanya mengubah kedudukan nombor soalan sahaja. Tujuannya untuk
menguji keberkesanan kaedah SPAD. Keputusan ujian pos adalah seperti jadual 5.

Saya telah membuat perbandingan keputusan murid-murid sebelum dan selepas


diperkenalkan kaedah SPAD. Ujian pos dijalankan selepas dua sesi intervensi.
Jadual
Keputusan Ujian Pos
KUMPULAN

BIL. SOALAN BETUL MARKAH (%)


X
( 10

SASARAN
X
( 10 )

X 100%)

60

50

50

60

10

100

70

Berdasarkan keputusan yang saya perolehi dalam ujian pos, kumpulan


sasaran menunjukkan peningkatan yang baik.
menjawab sepuluh soalan dengan betul.

Seorang murid telah berjaya

Dua orang murid masing-masing

memperolehi lima dan enam soalan dijawab betul dan seorang murid dapat
menjawab tujuh soalan dengan betul.

Kesimpulannya, kumpulan sasaran lebih

mudah menyelesaikan masalah operasi bahagi dengan menggunakan kaedah SPAD.


Satu perbandingan markah telah dibuat antara ujian pra dan ujian pos dalam
jadual. Perbandingan markah ujian bertujuan untuk menilai kemajuan setiap murid
dalam kumpulan sasaran setelah mempelajari kaedah SPAD.

Jadual
Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos
Murid

Bil

Skor

Bil soalan

Skor dalam

Perbezaan

soalan

dalam

betul dalam

Ujian Pasca

skor

betul

Ujian Pra

ujian pos
(

dalam
ujian pra
A

x1

x2

x2

)
x1

20 %

60 %

40 %

50 %

50 %

10 %

50 %

40 %

60 %

60 %

30 %

10

100 %

70 %

20%

70%

50%

Saya telah menghasilkan sebuah carta palang untuk menunjukkan


perbandingan pencapaian antara ujian pra dan pos.

BILANGAN SOALAN YANG DIJAWAB BETUL


10
8
6
BILANGAN SOALAN

ujian pra

ujian pos

2
0

KUMPULAN SASARAN

Rajah Perbandingan soalan yang betul dalam ujian pra dan ujian pos

MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS


120
100
80
MARKAH (%)

60
40
20
0

Rajah Perbandingan markah ujian pra dan Ujian Pos

Jadual
Peningkatan/kemerosotan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Kumpulan
Sasaran
A
B
C
D
E
F

Markah (%)
Ujian Pra Ujian Pos
20
60
0
50
10
50
0
60
30
100
20
70

Beza (+/-)
(%)
+40
+50
+40
+60
+70
+50

Berdasarkan jadual di atas, saya boleh membuat kesimpulan bahawa peratus


perbezaan antara ujian pra dan pos adalah positif dan menunjukkan peningkatan yang
baik. Empat daripada enam murid telah mencapai tahap lima puluh peratus keatas,
manakala hanya dua orang murid yang masih berada pada tahap kurang daripada
lima puluh peratus. Walaubagaimanapun, sekiranya murid tersebut membuat latihan
latih tubi dengan lebih kerap, saya yakin akhirnya mereka boleh menguasai tajuk
bahagi dengan lebih baik.
6.2.3

PEMERHATIAN

Saya menggunakan kaedah pemerhatian semasa sesi intervensi dijalankan.


Saya memberi tumpuan kepada lima aspek iaitu tingkahlaku murid semasa guru
mengajar, minat murid terhadap kaedah SPAD, respons murid, kekerapan murid
menggunakan kaedah SPAD dan keyakinan diri murid-murid.
Keputusan pemerhatian adalah seperti jadual .

Saya juga mencatat nota

lapangan (Lampiran ) sebagai bahan sokongan pemerhatian semasa sesi intervensi


dijalankan.

Bil

Perkara diperhatikan

Murid bercakap semasa guru


mengajar

Murid tunjuk minat seperti


angkat tangan, bincang
dengan
kawan atau minta soalan
lebih

Murid menjawab apabila


disoal
guru

Murid guna kaedah SPAD

Sesi 1
C
D

Murid berkeyakinan apabila


menjawab soalan
Rajah : Senarai semak pemerhatian semasa sesi intervensi

/
/

Sesi 2
C
D

6.2.4

TEMUBUAL
Satu sesi temubual berstruktur dijalankan bertujuan untuk mendapatkan

maklumat dan pendapat daripada kumpulan sasaran terhadap operasi bahagi dan
kaedah SPAD. Sesi temubual dijalankan terhadap keenam-enam murid di dalam
kumpulan sasaran sebaik sahaja mereka menyiapkan ketiga-tiga ujian iaitu ujian
diagnostik, ujian pra dan pos. Saya telah mentranskripkan data temubual tersebut
(Lampiran ). Saya bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada
kumpulan sasaran terhadap operasi bahagi dan kaedah SPAD.

Sesi temubual

dijalankan terhadap keenam-enam murid di dalam kumpulan sasaran sebaik sahaja


mereka menyiapkan ketiga-tiga ujian iaitu ujian diagnostik, ujian pra dan pos. Saya
telah mentranskripkan data temubual tersebut.
enam murid suka kaedah SPAD.

Transkrip menunjukkan keenam-

Anda mungkin juga menyukai