Anda di halaman 1dari 39

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA
SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS
SEKAPUR SIREH

HALAMAN
i
2

BAHAGIAN A: PENULISAN AKADEMIK


1.0 Haswidatul Hanim bt Che Adnan
3
12
15

2.0 Siti Rafidah bt Latif


1

3.0 Zuraida bt Sulaiman

BAHAGIAN B:
2

SKRIP TEMUBUAL
PERSEMBAHAN VIDEO TEMUBUAL

20
29

BAHAGIAN D: PENULISAN REFLEKTIF


3.1 Haswidatul Hanim bt Che Adnan
3

3.2 Siti Rafidah bt Latif


3.3 Zuraida bt Sulaiman

4
5

BIBLIOGRAFI

30
34
37

40

LAMPIRAN

42

SEKAPUR SIREH

Syukur

ke

hadrat

Allah

SWT

dengan

izin

dan

limpah

kurniaNya

telah

menganugerahkan keupayaan dan kudrat kepada hamba-Nya, untuk menyelesaikan


tugasan ini demi menyahut cabaran perjuangan dalam bidang pendidikan anak
bangsa.
Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih buat pensyarah yang terus-terusan memberikan kuliah, pandangan
dan nasihat tanpa sekelumit cetusan rasa jemu. Oleh hal yang demikian,
memberikan kepada saya kekuatan, semangat dan kesungguhan yang jitu
khususnya dalam menyiapkan tugasan ini.
Semoga apa yang dituliskan dalam tugasan ini menepati sebagaimana diharapkan.
Namun dalam apa jua sekalipun, sebagai makhluk Allah yang serba lemah ini,
tentunya tugasan ini ada ruang-ruang menampakkan kekurangan. Segala yang baik
itu dari Allah SWT jua dan segala kelemahan itu dari diri kami sendiri. Kami akhiri
kata pengantar ini dengan serangkap pantun:
Jauh-jauh menyemai padi,
Tidak lalang tumbuh merata;
Banyak sungguh tuan berbudi,
Sepanjang hayat dikenang jua.

Bahagian A: Penulisan Akademik - Tugasan Individu


Haswidatul Hanim bt Che Adnan
781013025536
g611ttmteb5536
Kejayaan organisasi sekolah membawa maksud yang sama dengan konsep sekolah yang
berjaya atau sekolah berkesan. Hussein Mahmood (1993) menyatakan sekolah yang berjaya
bukanlah sekolah yang telah diisytiharkan atau sekolah primer semata-mata tetapi sekolah
yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah
disiplin dan mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat serta guru-guru berasa puas hati
bekerja dalam organisasi tersebut. Abd Shukor Abdullah (1998) pula menyatakan sekolah yang
berjaya adalah sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua
bidang berkaitan akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepimpinan.
Menurut UNESCO pula, maksud kejayaaan sekolah adalah pengurusan struktur sekolah
yang baik, terurus dan professional, ukuran dan pemantauan prestasi sekolah yang dijalankan
secara menyeluruh bagi mengukur kekuatan, kelemahan dan prioritinya. Semua sumber
sekolah dikawal dengan baik. Sikap

ketelusan dan kejujuran dalam setiap aktiviti yang

dijalankan, pengurus mempunyai kuasa autoriti, kapasiti dan kepimpinan sesebuah sekolah
diperkasakan.
Kejayaan sesebuah sekolah mencapai status sekolah berkesan atau sekolah cemerlang
pasti akan dirujuk kepada kebolehan kepimpinan Pengetua atau Guru Besar sekolah
berkenaan. Model kepimpinan sekolah yang tradisional berdasarkan struktur berhirarki di mana
kuasa dan kawalan dalam organisasi bertumpu kepada pucuk kepimpinan semata-mata.
Sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran yang penting dalam proses pembinaan
keperibadian insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru pula
memainkan peranan penting dalam menekankan keseimbangan kurikulum dan kokurikulum
dalam diri pelajar bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi
juga sahsiah. Setiap tahun, usaha-usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar menjadi
fokus penting bagi setiap warga sekolah rendah kerana pencapaian dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah dapat dijadikan satu pengukur kepada komitmen dan daya usaha organisasi
dalaman terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar dari pandangan kaca mata organisasi
luaran.

Pada masa kini Kementerian Pelajaran Malaysia turut memberikan pengikhtirafan


kepada sekolah-sekolah cemerlang berdasarkan kayu ukur dan Key Performance Indicator
(KPI) yang telah ditetapkan. Sebagai contoh sekolah yang cemerlang pencapaian akademik
dan aktiviti kokurikulumnya sehingga menjengah ke persada antarabangsa akan dikhtiraf
sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan sekolah berprestasi tinggi. Justeru itu, sekolah
sekolah yang berjaya dalam memartabatkan status mereka sebagai sebuah sekolah kluster
atau sekolah berprestasi tinggi akan dianggap sebagai sekolah berjaya.
Namun begitu dalam menuju kearah pengikhtirafan yang tertinggi dalam Kementerian
Pelajaran Malaysia ini, ianya menuntut bukan sedikit komitmen, masa dan tenaga para guru
dan kakitangan sekolah. Oleh itu, dalam menggembeleng sumber tenaga dari dalaman sekolah
memerlukan

kepimpinan seorang ketua pentadbir sekolah samada guru besar ataupun

pengetua yang mampu menggabungkan semuanya. Seterusnya memandu hala tuju sekolah
kearah kejayaan.
Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai satu proses interaksi sosial antara pemimpin
dan kakitangan di mana pemimpin akan mempengaruhi kakitangan untuk mencapai matlamat
organisasi. Keupayaan pemimpin mempengaruhi kakitangan banyak bergantung kepada
hubungan kuasa antara mereka berdua dengan situasi hubungan itu terjadi (Zaidatol, 2003).
Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan mempunyai impak ke atas produktiviti dan kepimpinan
yang aktif akan menggalakkan pekerja menampilkan komitmen dan kualiti kerja yang lebih
tinggi.
Kepimpinan juga merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan
merupakan satu proses yang berterusan. Kepimpinan dapat mempengaruhi sekumpulan
individu untuk mencapai matlamat umum. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat
kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat
khusus. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang
bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini
akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh
sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan
produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan
menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang.
Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan
4

idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi
pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih
terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.
Keupayaan kepimpinan sekolah dan keperluan dalam meniti cabaran masa hadapan
banyak diperbincangkan oleh pengkaji-pengkaji pendidikan. Sejak mutakhir ini, aspek
keperkasaan dan kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi agenda utama Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi
harapan masyarakat dan cabaran negara dalam era globalisasi. Oleh itu, pemimpin utama di
sekolah rendah iaitu guru besar perlu memainkan peranan penting dalam mendepani segala
cabaran melestarikan kecemerlangan pendidikan negara tanpa meminggirkan kerjasama yang
erat dengan semua kakitangannya.
Dalam konteks kepimpinan disebuah sekolah, guru besar merupakan pemimpin yang
tertinggi diikuti guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid dan
guru penolong kanan ko-kurikulum sebagai pembantu dan penaung sekolah ketika guru besar
tiada di sekolah. Kepimpinan yang dimainkan oleh guru besar disekolah amat penting untuk
menerajui sesebuah sekolah kearah kecemerlangan. Guru besar yang mempunyai kualiti atau
ciri peribadi yang baik akan dapat mempamerkan gaya kepemimpinan yang baik, cemerlang,
berkesan dan lestari.
Sufean Hussin dan rakan-rakan (2005) menyatakan konsep tentang sekolah berkesan di
Malaysia mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1995 dalam Seminar
Sekolah Efektif yang telah dianjurkan oleh Institut Aminudin Baki. Salah seorang pembentang
kertas kerja di Seminar tersebut ialah Peter Mortimore (1995) dari Universiti London. Beliau
telah membentangkan kertas kerja yang berjudul Key Characteristics of Efective Schools.
Dalam kertas kerja beliau, Mortimore telah menyenaraikan 11 ciri sekolah berkesan seperti
kepimpinan profesional, perkongsian visi dan matlamat, kewujudan budaya pembelajaran,
penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengajaran bermatlamat, pengharapan
yang tinggi, pengukuhan yang positif, pemantauan terhadap perkembangan, hak dan
tanggungjawab murid, permuafakatan rumah-sekolah dan organisasi dinamik.
Hal ini jelas menunjukkan seorang pemimpin sekolah mampu menggunakan hubungan
pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi sekolah
berkesan yang memberi impak kepada kecemerlangan sekolah seperti yang ditegaskan oleh
5

Mortimore dalam kertas kerja beliau. Dalam aspek hubungan pemimpin-ahli, Guru besar
memainkankan peranan yang amat penting dalam mewujudkan hubungan pemimpin-ahli.
Pemimpin yang berkesan disekolah perlu menjalinkan hubungan yang betul-betul akrab antara
ahli bawahan beliau. Ini kerana, kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada kerja
keras daripada ahli-ahli dibawah pemimpin. Guru-gurulah yang menjalankan segala aktiviti dan
mengikut segala prosedur untuk sekolah. Guru besar perlu menjaga hubungan pemimpin-ahli
yang baik bagi memperolehi kerjasama yang erat daripada guru-guru dan seluruh warga
sekolah.
Terdapat dua ciri utama yang boleh difokuskan dalam hubungan pemimpin-ahli iaitu
keupayaan pemimpin dalam menjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam kalangan
pengikutnya dan juga pemimpin mempengaruhi pengikut ke arah mencapai matlamat. Adalah
jelas menunjukkan kesan kepimpinan seorang pemimpin sekolah dapat diperlihatkan dari aspek
kemampuan serta kebijaksanaan pemimpin mempengaruhi perasaan, keyakinan dan tindakan
ahli-ahlinya ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
Menurut Noriati A. Rashid, P. Y. Boon, K. W. Wong (2010), hubungan pemimpin-ahli
(leader-member relation), ialah sejauh manakah pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Jika
ahli kumpulan menerima pemimpin, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan
untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan. Dr. Zuraidah Abdullah (2013) menerangkan
bahawa kajian-kajian lain telah menunjukkan bahawa iklim sekolah akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian
yang lebih baik dan guru-guru akan mendapat kepuasan bekerja. Kaitan ini menunjukkan
bahawa terdapat hubung kait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan pelajar.
Zaliah (2013) yang menyatakan bahawa sebagai pengetua yang menerajui kepimpinan
di sekolah hendaklah memastikan mewujudkan budaya sekolah cemerlang dengan gaya
kepimpinan yang mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan guru, pelajar dan
warga staf. Beliau mengamalkan sikap terbuka, mudah bergaul untuk berbincang supaya tidak
menimbulkan rasa tekanan dan sebaliknya membantu meningkatkan motivasi. Sikap pelajar
juga boleh dibentuk dengan norma-norma baik yang diamalkan sama ada semasa dalam kelas,
di sekolah atau di luar sekolah. Komitmen guru perlu ditingkatkan supaya pelajar dapat dikawal
dengan baik dalam proses pengajaran dengan mengurangkan tekanan bekerja. Suasana kerja
secara 'team work' terutama dalam menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar akan akrab
dan bersama-sama berganding bahu mambantu tanpa dipaksa atau prasangka negatif.
6

Dengan ini dapat mewujudkan perasaan kekitaan dalam kalangan guru dan pelajar dan
akhirnya menerima sekolah sebagai sebuah keluarga yang mesra, kurang rasa tekanan dan
seterusnya mambantu meningkatkan motivasi.

Suasana tenang dan tenteram akan

membuatkan semua warga sekolah sentiasa bersemangat untuk bekerja keras serta
mewujudkan iklim sekolah yang berkesan. Nilai hormat-menghormati dan kepercayaan yang
tinggi juga hendaklah diterapkan supaya dapat memupuk semangat ke arah pertumbuhan
akademik dan sosial yang berterusan dengan kejelekitan di antara guru dan pelajar. Selain
daripada peranan sebagai pemimpin kurikulum dengan visi dan misi yang jelas, pembangunan
berterusan dalam program kokurikulum, kemudahan sumber-sumber bahan dan persekitaran di
sekolah hendaklah teratur bagi membangunkan iklim sekolah yang berkesan dan pemangkin
kepada kecemerlangan sekolah.
Pengetua atau Guru Besar pula boleh mengukuhkan lagi hubungan melalui dasar-dasar
yang terbuka. Dalam sekolah berkesan, ibu bapa terlibat dengan pembelajaran pelajar dalam
berbagai cara dan sentiasa hadir dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Para ibu bapa juga terlibat untuk
menyokong matlamat dan polisi-polisi tertentu sekolah. Penubuhan dan penglibatan PIBG
adalah dapat merealisasikan hasrat ini. Oleh itu, seorang pemimpin yang menjaga hubungan
pemimpin-ahli perlu menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolahsekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan
tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama
ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta
melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan
atau panitia. Hal ini juga menekankan sama ada Pengetua atau Guru Besar sekolah
sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan
kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu
apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya bagi aspek kedua iaitu struktur tugasan (task structure) pula, Noriati A.
Rashid, P. Y. Boon, K. W. Wong (2010) menyatakan bahawa ianya merujuk kepada kejelasan
tugas dan kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugasan tersebut. Apabila tugas adalah
rutin dan didefinisikan dengan jelas, ahli mengetahui bidang tugasannya, maka situasi
menyokong proses kepemimpinan. Ringkasnya, kejelasan struktur tugasan mempunyai
pengaruh terhadap keberkesanan kepimpinan. Jika guru dan staf kurang pasti tentang tugas
dan tanggungjawab mereka, visi, misi, matlamat, peraturan dan rutin setiap bidang tugas perlu
7

disampaikan dengan jelas melalui risalah, dokumen rasmi, paparan poster ataupun semasa
perhimpunan supaya ahli-ahli dalam organisasi berkongsi hala tuju yang sama.
Di sekolah setiap individu yang bergelar guru, staf dan murid mempunyai tugas masingmasing. Setiap tugas yang diberikan oleh pengurusan sekolah mahupun dari pihak atasan akan
disempurnakan tanpa adanya campur aduk antara tugas-tugas guru-guru berkenaan.
Organisasi yang berkesan ini akan memudahkan setiap ahli dalam sekolah untuk meneruskan
setiap perancangan yang dibuat tanpa gangguan daripada anasir-anasir luar. Apabila ahli
mengetahui

bidang

tugas

masing-masing,

maka

situasi

akan

menyokong

proses

kepemimpinan. Dalam melaksanakan struktur tugasan (task structure), penggunaan gaya


kepemimpinan yang berbeza-beza perlu disepadankan dengan tahap kematangan ahli dalam
kumpulannya. Terdapat empat gaya kepemimpinan iaitu gaya memberitahu, menjual,
mengambil bahagian dan menurunkan tanggungjawab dalam Teori Situasi Hersey dan
Blanchard (1977). Manakala tahap kematangan ahli pula ditafsirkan berdasarkan dua aspek
yang khusus iaitu kematangan psikologikal dan kematangan pengendalian tugas. Kematangan
psikologikal

merupakan

keyakinan,

kebolehan

dan

kesediaan

ahli

untuk

menerima

tanggungjawab yang diberikan. Kematangan pengendalian tugas pula merujuk kepada


kemahiran dan pengetahuan teknikal yang dimiliki.
Pemimpin perlu meluangkan masa untuk memperjelas peranan ahli dan matlamat
organisasi, membuat penyeliaan yang lebih rapi serta menggalakkan ahli untuk menerima
tugas mereka melalui cara pujukan. Gaya kepemimpinan ini sesuai bagi golongan ahli yang
ermotivasi rendah. Manakala berbeza pula dengan ahli dalam kalangan kumpulan kematangan
tinggi yang mana mereka lebih bermotivasi tinggi, mempunyai kemahiran yang tinggi, komited
kepada matlamat organisasi, ahli kumpulan dan pemimpin saling mempercayai.
Peranan pemimpin ialah sebagai pemudah cara dan mengekalkan komunikasi yang
baik. Gaya kepemimpinan mengambil bahagian sesuai diamalkan untuk kumpulan ahli yang
berkemahiran tinggi tetapi kurang bersemangat. Gaya menurunkan tanggungjawab adalah
sesuai diamalkan bagi kumpulan yang mempunyai tahap kematangan dan kemahiran yang
tinggi. Terdapat beberapa isu yang perlu diambil kira berkaitan dengan Teori Situasi ini apabila
soal kesesuaian gaya kepemimpinan dibincangkan.
Pertamanya, faktor budaya sesuatu kelompok masyarakat akan mempengaruhi cara
kerja dan gaya kepemimpinan. Contohnya, dalam budaya tertentu, tugas dan tatakerja dihargai,
manakala dalam budaya lain, perhubungan manusia dan unsur birokrasi dihargai. Perkara
8

kedua, berkaitan dengan pendapat bahawa pemimpin lelaki lebih berorientasikan tugas,
manakala pemimpin wanita lebih bersifat prihatin dan sensitif, iaitu lebih berorientasikan
perhubungan manusia. Ketiganya, model situasi hanya membincangkan hubungan pemimpin
dan ahli-ahli di bawah jagaannya, isu struktur, politik dan simbol tidak diperbincangkan.
Guru besar juga perlu merancang dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di
sekolah. Selain daripada menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik, guru besar juga perlu
menumpukan kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti penyusunan serta
pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan
mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan berkualiti dan
budaya kerja cemerlang.
Dalam aspek ketiga iaitu kedudukan kuasa (position power) pula, Noriati A. Rashid, P. Y.
Boon, K. W. Wong (2010) ada menjelaskan sekiranya pemimpin mempunyai kuasa rasmi yang
kuat iaitu untuk melantik, mendisiplin, menukar, menentukan naik pangkat, maka situasi
menyokong proses kepemimpinan. Hal ini diperincikan lagi bahawa sistem sentralisasi dalam
perkhidmatan pendidikan di mana perlantikan jawatan, mendisiplin ataupun menukar pegawai
perkhidmatan awam bukan terletak dalam bidang kuasa seseorang guru besar sekolah.
Oleh yang demikian, penggunaan kedudukan kuasa untuk menggerakkan guru dan staf
mungkin kurang nyata berkesan dalam situasi sekolah berbanding dengan cara hubungan
pemimpin-ahli atau struktur tugasan. Contoh terdekat yang boleh diteladani ialah Guru Besar
SK Tengku Mahmud iaitu Tn. Hj. Ab Rahman bin Sardar yang telah mengepalai pentadbiran
sekolah ini bermula dari tahun 2008 sehingga kini telah berjaya membawa sekolah ini ke tahap
tertinggi dalam sejarah pendidikan negara. Sehingga hari ini, SK Tengku Mahmud telah berjaya
dinobatkan sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan sekarang telahpun
bergelar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) hanya dalam masa 5 tahun beliau menerajui sekolah
ini. Sesungguhnya kejayaan memartabatkan sekolah ini tidak akan berjaya tanpa rangkuman
kerjasama semua pihak. Di sini kepimpian tuan guru besar memainkan peranan yang cukup
besar dalam menggembeleng usaha dan seterusnya menyatukan segala sumber yang ada
dalam menggerakkan sekolah kearah visi yang telah ditetapkan.
Sepengamatan saya sebagai seorang guru di sekolah ini, saya melihat tuan guru besar
mengamalkan kedua-dua gaya kepimpinan iaitu autokratik dan demokratik mengikut kesuaian
keadaan dan perkara. Dalam menetapkan hala tuju dan visi sekolah, guru besar mengamalkan
stail kepimpinan autokratik yang mana beliau bertegas dalam memastikan guru dan warga
9

sekolah memerah tenaga kearah pencapaian visi dan misi sekolah. Namun begitu, apabila
sampai ke peringkat perlaksanaan program dan kerja dalam menuju visi dan misi tersebut,
beliau lebih bersikap demokratik dengan memberi peluang kepada guru serta warga sekolah
dalam memberikan cadangan dan pendapat. Sikap beliau yang memberikan ruang kepada guru
untuk bekerja dengan cara tersendiri tetapi dalam masa yang sama visi dan misinya masih
menuju kearah yang telah ditetapkan, membuatkan guru-guru selesa bekerja bersama sama
beliau. Selain itu, imbuhan atau penghargaan yang diberikan kepada guru dan warga sekolah
selepas satu-satu misi dicapai menambahkan lagi keeratan hubungan antara pentadbir dan
warga sekolah.
Kesimpulannya, dalam mendepani tuntutan zaman, guru besar dituntut supaya lebih
proaktif dan mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai dalam mengemudi sekolah. Lantas,
guru besar memerlukan panduan yang dapat membantu mereka memahami kehendak dan
keperluan semua warga sekolah sama ada kakitangan guru, kakitangan bukan guru dan
pelajar-pelajar serta komuniti setempat dalam membawa sekolah ke arah kecemerlangan.
Sekolah yang berjaya dan cemerlang memerlukan semangat kerja berpasukan harus
diutamakan. Tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin gagal atau
tidak berkesan. Amalan seperti ini boleh membawa kepada keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran serta memberi impak kepada tercapainya matlamat sekolah cemerlang.
Memetik pepatah Arab yang dihuraikan oleh Harun Arrasyid (2003) iaitu
Jika engkau terlalu keras, nanti engkau dipatahkan. Jika engkau terlalu lembut, nanti engkau
diramas. Justeru, bertindaklah secara sederhana kerana sederhana itu adalah bijaksana
amat sesuai dijadikan panduan dalam memimpin sesebuah organisasi kearah kecemerlangan
yang boleh dibanggakan.
Siti Rafidah bt Latif
781012-11-5118
g611ttmteb5118
Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal. Dalam kerangka
sesebuah organisasi, kepimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan
mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya.Aspek keperkasaan
dan kecemerlangan kepimpinan sekolah menjadi tumpuan utama Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kepimpinan sekolah harus berada pada tahap yang optima demi memenuhi harapan
masyarakat serta cabaran negara dalam era globalisasi ini.. Banyak kajian menunjukkn
kejayaan sesebuah organisasi disebabkan oleh pucuk kepemimpinannya .Sekolah yang
10

berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya seorang pemimpin yang berwibawa .


Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah
dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan tersebut (Ibrahim Mamat
2001) . Bagi beliau , pemimpin merupakan gabungan sifat-sifat seorang pengarah , pendorong
dan pembantu dalam sesebuah organisasi.
Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih , guru besar
ditafsirkan sebagai seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pelajaran yang
dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah sekolah . Maju atau mundur
sesebuah sekolahnya dalam aspek pembelajaran pelajar lazimnya dihubungkaitkan dengan
kepimpinan guru besar yang baik . Sesungguhnya demikian, McNulty etal (2005) menegaskan
bahawa tugas seorang guru besar bukan sahaja terhad sebagai rutin pentadbiran sahaja,
malah guru besar perlu menggerakkan semua sumber sama ada material ataupun model insan.
Dengan tindakan sedemikian para guru dapat menyumbang khidmat dengan komited dan
efektif.
Kepimpinan guru besar amat mempengaruhi pencapaian sekolah. Guru besar yang
mengamalkan kepimpinan yang berkesan sahaja yang dapat membina sebuah sekolah kearah
kecemerlangan. Selaku pemimpin utama sekolah,, guru besar memegang amanah dan
bertanggungjawab untuk merealisasikan visi dan misi sekolah. Pada masa yang sama,
merealisasikan dasar transformasi pendidikan negara yang juga turut menjadi tanggungjawab
seorang guru besar. Guru besar harus membina landasan kepimpinan yang efektif serta sesuai
bagi kesemua warga sekolah . Ini dapat memastikan matlamat sekolah tercapai sebagaimana
yang dirancang. Pemimpin sekolah perlu mengubah imej dengan membangun kapasiti dan
potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan permasalah
sekolah. Oleh yang demikian, guru besar perlu berkebolehan mewujudkan suasana
persekitaran sekolah yang kondusif dengan gandingan tenaga semua kakitangan khususnya
para guru agar dapat melahirkan sekolah yang berjaya.
Desentralisasi, budaya sekolah cemerlang dan prinsip amalam terbaik merupakan
cabaran baharu dalam kepemimpinan sesebuah sekolah pada masa kini. Dalam sesebuah
sekolah yang terdiri daripada kumpulan guru yang professional, struktur hierarki organisasi
sekolah semakin berbentuk mendatar. Kepemimpinan sekolah dilihat sebagai usaha kolaboratif,
menjalin keakraban rakan sejawat sebagai cara meningkatkan amalan professional.
Kepemimpinan guru dapat dilihat dalam konteks pengurusan aktiviti sekolah, kepemimpinan
11

pengajaran dan juga kepemimpinan dalam konteks masyarakat luar. Pada hari ini, konsep guru
sebagai pemimpin semakin berpengaruh kepada perubahan-perubahan yang berlaku. Guru
merupakan komponen teras dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dan kejayaan sekolah.
Oleh demikian guru berkualiti menjadi fokus utama dalam membangunkan profesion perguruan
(Amin Senin 2005; Fullan 2007). Maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin sekolah
membangunkan staf mereka berasaskan sekolah.
Secara ringkasnya, guru boleh dianologikan sebagai kapten kapal yang sedang
mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada Cuma
persingahan untuk menurunkan penumpang. Jika baik pengemudiaanya maka penumpang
akan berlabuh dengan selamat. Murid dianalogikan sebagai penumpang kapal yang belayar
tersebut. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke
destinasi yang hendak dituju sepertimana diharapkan. Analogi ini memberikan gambaran akan
betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insan
salam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. , kepimpinan pendidikan di peringkat
sekolah melibatkan satu set proses pengaruh yang kompleks dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan
bagi memperbaiki kesannya kepada sekolah adalah melalui perubahan secara sukarela. Oleh
itu, proses kepimpinan peringkat sekolah berlaku bermula daripada guru kepada pentadbir,
pentadbir kepada guru-guru dan guru-guru dengan ibubapa, masyarakat, dan lain-lain agen
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sekolah.
Kejayaan sesebuah sekolah mencapai status sekolah berkesan atau sekolah cemerlang
pasti akan dirujuk kepada kebolehan kepemimpinan Guru Besar sekolah berkenaan. Dalam era
globalisasi , perubahan teknologi yang pesat serta keutamaan kepada pembangunan modal
insan . Pemimpin masa kini harus bersikap responsif kepada arus-arus perubahan yang dibawa
oleh ledakan maklumat dan teknologi agar dapat menguruskan perubahan dan inovasi yang
berlaku dengan menggunakan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam mendepani segala
cabaran bersama kerjasama yang erat daripada semua kakitangan sekolahnya.

12

Zuraida bt Sulaiman
780702-11-5006
g611ttmteb5006

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 merupakan satu pelan
transformasi pendidikan yang berupaya membawa kepada kemajuan intelektual dan
kemantapan insaniah. Dalam kerancakan kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan
transformasi, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh mana peranan pemimpin
sekolah dalam menjayakan transformasi ini.
Istilah kepimpinan bukanlah istilah yang baru diperkenalkan. Ianya sangat sinonim bagi
sesebuah organisasi. Pemimpin berasal dari perkataan `leader` yang terbentuk dari `to lead`
13

yang bererti memimpin. Menurut Newell (1978), kepemimpinan adalah suatu proses
mempengaruhi orang lain untuk mencapai pengembangan atau tujuan organisasi. Ianya
merupakan satu proses untuk menggerakkan, mempengaruhi dan membimbing orang lain bagi
mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Kepimpinan merupakan elemen yang amat mustahak untuk menjadikan sesebuah
sekolah menjadi berkesan malah kepimpinan juga memainkan peranan yang penting kepada
pembangunan sesebuah negara, masyarakat malah organisasi itu sendiri ( Kouzes & Posner,
2003). Dalam erti lain, sebuah entiti tidak akan berjaya jika tidak mempunyai pemimpin yang
berwibawa.
Banyak kajian dan literatur menegaskan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak di
bahu pemimpin yang mempunyai amalan kepimpinan yang berkesan (Amoroso, 2003; Lim Lee
Hean, 2005; Speck, 1999). Oleh itu, kajian kepimpinan dalam bidang pendidikan di dalam dan
luar negara sentiasa menegaskan bahawa strategi kepimpinan yang diperlihatkan oleh
pemimpin pendidikan secara signifikannya adalah tunjang utama terhadap keberkesanan dan
kecerlangan sesebuah sekolah.
Kualiti kepimpinan yang mantap dan efektif amat perlu dalam usaha menjamin kualiti
keprofesionalisme para pendidik. Gaya kepimpinan para pentadbir memainkan peranan yang
amat penting dalam membawa kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Selain menghala
tuju sesebuah organisasi, pemimpin perlulah sentiasa kompeten dan releven dengan isu-isu
semasa. Malahan peranannya meliputi tugas menyediakan persekitaran yang mempunyai
kolaborasi antara ahli-ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam
organisasi ( Abd Karim Mohd Nor, 1993).
Dalam konteks sekolah rendah, guru besar merupakan pemimpin yang tertinggi dan
diikuti oleh guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid dan guru
penolong kanan ko-kurikulum. Selain itu, terdapat juga segelintir sekolah yang mempunyai
penolong kanan pendidikan khas bagi sekolah yang mempunyai murid-murid berpendidikan
khas. Guru-guru penolong kanan merupakan pembantu dan penaung sekolah ketika ketiadaan
guru besar.
Guru besar merupakan individu yang berperanan sebagai `key player` dalam usaha
penambahbaikan sekolah serta melestarikannya ( Mortimore,1995). Beliau mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam membawa sesebuah organisasi yang dinaunginya ke arah
yang lebih efektif. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan bagi setiap guru besar dalam
memastikan misi, visi dan matlamat sekolah terlaksana dengan jayanya.

14

Gaya kepimpinan berbeza mengikut kesesuaian kepimpinan tersebut. Terdapat


pemimpin yang berfokuskan kepada gaya kepimpinan yang mementingkan hubungan pemimpin
ahli manakala terdapat pemimpin yang menekankan kepada struktur tugasan. Selain itu,
terdapat gaya kepimpinan yang berfokuskan kedudukan kuasa. Ketiga-tiga gaya kepimpinan ini
mampu memberikan impak yang tersendiri kepada kecemerlangan sekolah.
Dalam aspek hubungan pemimpin ahli, gaya kepimpinan secara demokratik amat sesuai
digunakan oleh seseorang guru besar. Gaya kepimpinan secara demokratik menggalakkan
perbincangan dalam membuat sebarang keputusan. Ia juga dapat menjalinkan hubungan yang
baik di antara guru besar dengan ahli-ahli di bawahnya. Hubungan yang baik dan erat di antara
pemimpin-ahli merupakan penyumbang utama ke arah kecemerlangan sesebuah sekolah.
Terdapat dua ciri utama yang difokuskan dalam hubungan pemimpin-ahli iaitu
keupayaan memimpin dalam menjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam pengikutnya dan
mempengaruhi pengikut ke arah mencapai matlamat. Di sini jelas memperlihatkan tentang
kepentingan

mempunyai

pemimpin

yang

berketrampilan

sosial.

Guru

besar

yang

berketrampilan sosial mampu mempengaruhi ahli-ahlinya dalam sebarang tindakan yang


menyumbang ke arah kecemerlangan sekolah.
Menurut Noriati A. Rashid, P.Y.Boon, K.W.Wong (2010), hubungan pemimpin-ahli
(leader-member relation) ialah sejauh manakah pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Jika
pemimpin diterima oleh ahli, maka agak mudah sesuatu organisasi itu mencapai visi dan misi
yang telah ditetapkan. Ini kerana hubungan yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang
kondusif manakala jalinan kerjasama yang erat dapat membina pasukan yang mantap dalam
menjana kecemerlangan sekolah.
Shamsiah Md Amin (2009) pernah menegaskan bahawa gaya kepimpinan guru besar
yang mementingkan hubungan pemimpin-ahli dapat mempengaruhi kepuasan bekerja di
kalangan guru-guru di sekolah. Sekiranya guru tidak seronok bekerja di bawah kepimpinan
mereka, prestasi sekolah akan merosot kerana kepuasan bekerja merupakan elemen yang
penting dalam diri guru untuk mengekalkan tahap kecemerlangan untuk mendukung visi dan
misi sekolah. Sehubungan dengan itu, hubungan yang positif antara guru besar dan guru-guru
sangat berkait rapat rapat dengan interaksi berkesan antara pemimpin-ahli.
Menurut Zaliah (2013), guru besar yang menerajui kepimpinan di sekolah hendaklah
memastikan

wujudnya

budaya

sekolah

cemerlang

dengan

gaya

kepimpinan

yang

mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan guru, murid dan warga staf. Guru besar
yang berketrampilan hendaklah sentiasa mengamalkan menjalinkan interaksi, mudah untuk
didampingi dan bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik.
15

Selain itu, hubungan pemimpin-ahli juga melibatkan hubungan antara pemimpin sekolah
dengan murid-murid. Sikap murid boleh dibentuk dengan norma-norma yang baik yang
diamalkan oleh oleh pemimpin sama ada secara langsung atau sebaliknya. Pemimpin sekolah
khususnya guru besar perlu memberikan contoh yang terbaik dalam setiap tindakannya bagi
memberikan gambaran yang positif tentang kepimpinan sekolah. Nilai hormat-menghormati dan
kepercayaan yang tinggi juga perlu dipupuk dan diterapkan dikalangan murid-murid agar dapat
menjana kecemerlangan akademik dan keutuhan sosial secara berterusan bagi sesebuah
sekolah.
Disamping itu juga, pemimpin sekolah perlu proaktif dalam membina rangkaian dan
hubungan dengan institusi dan individu yang berpengaruh di luar organisasi. Walberg (1984)
menyatakan bahawa hubungan antara sekolah dengan ibu bapa mempunyai kesan yang
signifikan terhadap tahap pembelajaran murid. Ibu bapa merupakan individu yang terbabit
secara langsung dengan murid-murid selepas waktu persekolahan. Mereka diharapkan agar
membantu guru-guru bagi memantau dan membantu anak-anak mereka dalam

menjana

kecemerlangan akademik.
Berlainan pula dengan gaya kepimpinan yang melibatkan struktur tugasan. Menurut
Jaafar (1995), apabila seseorang pemimpin mengamalkan gaya kepimpinan berorientasikan
tugas maka orientasi kemanusiaan akan kurang digunakan dan begitulah sebaliknya. Gaya
kepimpinan seseorang pentadbir bergantung sepenuhnya kepada situasi bagi menghala
tujukan kepimpinan yang dinamik dan diterima semua.
Terdapat

beberapa

komponen

yang

terlibat

dalam

gaya

kepimpinan

yang

berorientasikan tugasan. Antaranya ialah pemimpin menetapkan peranan dan prosedur kerja
serta melakukan komunikasi satu arah dalam mencapai tujuan organisasi. Guru besar yang
sebegini banyak melakukan komunikasi satu arah di kalangan guru-guru, menyusun rencana
kerja, merancang tugas-tugas, menetapkan prosedur kerja dan menekankan pencapaian tujuan
organisasi.
Menurut

Noriati

A.

Rashid,

P.Y.Boon,

K.W.Wong

(2010),

gaya

kepimpinan

berorientasikan struktur tugasan merujuk kepada kejelasan tugas dan kejelasan peranan ahli
dalam melaksanakan tugasan tersebut. Apabila tugas didefinisikan dengan jelas, maka ia dapat
membantu ahlinya melaksanakan tugasan tersebut dengan sebaik mungkin. Kejelasan struktur
tugasan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keberkesanan kepimpinan.
Guru besar diibaratkan sebagai ahli falsafah pendidikan bagi sesebuah sekolah. Dia
diharapkan agar dapat menyampaikan dan menjelaskan apa yang dipercayainya tentang
matlamat dan tujuan tugasan yang diberikan kepada ahli-ahlinya. Struktur tugasan yang
16

diberikan hendaklah bersesuaian dengan tahap kematangan ahli bagi memastikan mereka
dapat merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan. Kematangan psikologi merupakan
aspek yang penting dalam menjana kecemerlangan ahli. Ianya merupakan keyakinan dan
kebolehan yang dimiliki oleh ahli dalam melaksakan sesuatu tugasan. Ia juga berkait rapat
dengan kesediaan ahli untuk menerima tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Ahli juga
perlu mempunyai tahap kematangan pengendalian tugas yang baik. Ia merujuk kepada sesuatu
kemahiran dan pengetahuan teknikal yang dimiliki oleh seseorang ahli.
Pemimpin yang berkesan mampu membahagikan struktur tugasan yang seimbang
diantara kesemua ahlinya. Tiada istilah pilih kasih dalam pembahagian tugasan. Ahli yang
berkematangan rendah akan diberikan bimbingan dan motivasi. Pemimpin perlu meluangkan
masa untuk memperjelaskan peranan ahli disamping membuat penyeliaan yang lebih rapi serta
menggalakkan ahli untuk berbincang bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam
mengendalikan

ahli

berkematangan

tinggi,

pemimpin

sekadar

berperanan

sebagai

pemudahcara kerana mereka lebih komited terhadap tugasan yang diberikan.


Guru besar juga perlu merancang dengan teliti struktur tugasan di sekolah agar ianya
bertepatan dengan hala tuju yang telah ditetapkan bagi menjamin kecemerlangan sesebuah
sekolah. Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian ialah penyusunan serta pembahagian tugas,
penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan mengamalkan peraturan
dan arahan yang ditetapkan serta penghayatan budaya kerja cemerlang di kalangan semua
warga di sekolah berkenaan.
Aspek ketiga yang terkandung dalam gaya kepimpinan yang berkesan ialah kedudukan
kuasa. Dalam mentakrifkan kuasa, Burns (1978) mendifinisikan kuasa sebagai unsur utama
kepemimpinan dalam memotivasikan pekerja. Melalui amalan kuasa dalam organisasi,
sokongan akan mudah diperoleh daripada pengikut malah kuasa sering digunakan dalam
mencapai keputusan dan matlamat yang diinginkan iaitu dengan melaksanakan tindakan
seperti menggunakan jawatan dan pangkat sebagai unsur paksaan kepada pengikut untuk
mendapatkan hasil ( Daft,1999).
Elemen kuasa didefinisikan sebagai kemampuan pemimpin dalam memastikan
pengikutnya melaksanakan tugas. Kuasa juga dilihat berkapasiti mempengaruhi tindak tanduk
pengikut organisasi. Umumnya amalan kuasa oleh pemimpin organisasi atau pemimpin sekolah
dianggap dapat mengubah sikap dan nilai ahlinya berdasarkan andaian bahawa semakin kerap
kuasa digunakan, semakin besar perubahan yang akan berlaku.
Seseorang guru besar perlu memperoleh sokongan dari warganya dalam mengesahkan
kekuasaannya kerana kejayaan pemimpin sekolah meraih sokongan dari pengikutnya dianggap
17

petanda kepada kejayaan pemimpin meluaskan pengaruh mereka. Guru besar perlu
menggunakan kuasa untuk mempengaruhi dan memaksa guru melaksanakan tugas yang
diberikan mengikut struktur tugasan masing-masing. Di sini jelas memperlihatkan bahawa
pencapaian matlamat melalui amalan kuasa dan autoriti serta sokongan dari pengikutnya amat
penting dalam merealisasikan matlamat sesebuah sekolah.
Di dalam konteks pendidikan, guru besar tidak mempunyai kuasa untuk melantik dan
menukar guru-guru yang bermasalah. Tetapi sebagai individu yang mempunyai kedudukan
kuasa yang tertinggi di dalam sesebuah sekolah, guru besar seharusnya menggunakan
kedudukan kuasa yang dimilikinya untuk merangsang dan memotivasikan guru-guru dalam
meningkatkan kecekapan mereka bagi menggerakkan sesebuah sekolah ke arah yang lebih
baik. Pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan memaksa guru besar menjadi lebih peka,
kreatif dan inovatif di dalam menjalinkan hubungan yang baik sesama ahlinya agar impak yang
positif dapat dicapai ke arah melahirkan organisasi produktif dan cemerlang.
Berbeza dalam konteks kedudukan kuasa di kalangan murid, guru besar mempunyai
kuasa yang kuat untuk mendisiplinkan, mengarah dan melantik murid mengikut situasi. Muridmurid perlu mematuhi sepenuhnya peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan
sekolah. Sekiranya seseorang murid melanggar peraturan yang telah ditetapkan, guru besar
berhak memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.
Selain itu, guru besar juga berperanan sebagai pemimpin kurikulum dengan visi dan
misi yang jelas, pembangunan berterusan dalam kegiatan kokurikulum, memastikan
kemudahan sumber-sumber
teratur

bagi

bahan dan memastikan persekitaran sekolah dalam keadaan

membangunkan

iklim

sekolah

yang

berkesan dan

pemangkin

kepada

kecemerlangan sekolah.
Sebagai kesimpulannya, gaya kepimpinan pemimpin sekolah menjadi penyumbang
utama kepada kecemerlangan sekolah. Sokongan padu dari ahlinya mampu memberikan impak
yang positif ke arah melestarikan matlamat yang ditetapkan dan seterusnya menjadikan
sesebuah sekolah itu cemerlang, gemilang dan terbilang.

18

Bahagian B: Tugasan Kumpulan


1.0

Skrip Temubual guru permulaan dan guru penolong kanan (GPK)

1.1

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Bintang,Setiu


1. Apakah nama tuan?
Tuan haji Azhar bin Yahya.
2. Bolehkah tuan nyatakan berapa lama tuan berkecimpung di dalam bidang pendidikan?
Lebih kurang 20 thn.
3. Ceritakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan yang diterima oleh tuan.
Pada mulanya saya seorang guru lepasan sijil perguruan dari Maktab Perguruan
pasir panjang.Atas nasihat rakan-rakan guru, saya menyambung pengajian di
peringkat ijazah sarjana muda pendidikan di open university Malaysia pada tahun
2008 hingga 2012.
4. Nyatakan tugas-tugas dan pengalaman tuan di sekolah-sekolah yang lepas.
Saya mula bertugas di SK Kempas,Johor Bharu.Selepas setahun, saya ditukarkan
ke SK Bukit Munduk, SK Kg Buluh dan seterusnya ke SK Bintang. Ketiga-tiga
sekolah berkenaan di daerah Setiu.
5. Apakah jawatan yang telah tuan pegang sepanjang tempoh berkhidmat sehingga kini.
19

Sepanjang menjadi seorang guru, saya pernah menjadi penyelaras pendidikan


islam peringkat sek, penyelaras program pendidikan khas dan seterusnya menjadi
guru penolong kanan hem pendidikan khas di SK Bintang.
6. Selaku pentadbir sekolah dan juga guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar,
apakah gaya kepimpinan yang selalu tuan gunakan di dalam bilik darjah?
Selain pihak pentadbir, saya juga diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek
pendidikan islam bagi murid-murid pendidikan khas. Saya mengamalkan gaya
kepimpinan melalui teladan dan juga demokrasi di dalam bilik darjah.
7. Apakah cabaran yang paling sukar pernah tuan hadapi sepanjang tempoh menjadi
seorang pentadbir?
Sepanjang terbabit dalam bidang pendidikan, banyak masalah yang terpaksa saya
hadapi. Antaranya ialah menghadapi pelbagai karenah yang mencabar kesabaran
saya bukan saja dari kalangan murid malah guru-guru juga.
8. Bagaimanakah tuan menguruskan masalah tersebut?
Tiada masalah yang tiada jalan penyelesainnya. Saya

menggunakan sesi

kaunseling kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat. Saya percaya


pendekatan secara psikolgi amat berkesan dalam mengatasi masalah tersebut.
9. Apakah pandangan tuan tentang gaya kepimpinan yang berkesan di sekolah?
Semua pentadbir mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dan ianya mestilah
bersesuaian mengikut masa dan situasi. Seseorang pemimpin harus bijak dan
matang dalam membuat keputusan.
10. Bagaimanakah tuan menggunakan kuasa sebagai pentadbir untuk mengurus guru-guru
yang bermasalah di sekolah?
Saya akan mengenalpasti dulu masalah sebelum mengambil sesuatu tindakan
yang sewajarnya. Saya akan berusaha untyuk menyelami masalah tersebut dan
berusaha sedaya upaya dalam membantu mencari jalan penyelesaiannya.Saya
akan merujuk masalah tersebut kepada pihak yang lebih atas seperti guru besar.
11. Bagaimanakah tuan mengurus guru-guru yang kurang efektif di sekolah?
Saya akan sentiasa memantau guru berkenaan.Saya juga akan kenalpasti
kelebihan guru tersebut dan pembahagian tugas akan dilakukan mengikut minat
serta kepakarannya.Dengan cara ini, saya berharap guru tersebut akan lebih
efektif pada masa akan datang.
20

12. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak tuan sekiranya ada aduan dari
pihak-pihak terttentu tentang kelemahan pihak pentadbir sekolah?
Saya akan siasat dahulu tentang kebenaran aduan tersebut.Saya juga akan
mengutamakan aduan yang diterima dalam mesyuarat bulanan pihak pentadbiran
sekolah bagi mencari jalan penyelesaiannya.Seterusnya ia akan dipanjangkan
dalam mesyuarat bersama warga sekolah.
13. Apakah matlamat peribadi tuan sebagai seorang guru sekaligus merangkap pihak
pentadbir sekolah?
Matlamat peribadi saya ialah saya ingin menjadi seorang yang diminati oleh
semua guru dan semua murid di sekolah ini. (SK Bintang)
14. Pada pendapat tuan, apakah nilai kepimpinan penting bagi seseorang guru?
Ya,semua guru perlu mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi di dalam diri.Nilai
ini penting agar seseorang guru dapat memimpin murid-muridnya menjadi
seorang yang Berjaya di sunia dan di akhirat.
15. Akhir sekali, apakah nasihat tuan kepada guru-guru baru yang bakal meneraju bidang
pendidikan di Negara ini?
Selaku orang lama yang terlibat di dalam bidang pendidikan,say ingin memberikan
nasihat kepada guru-guru baru agar menjadi seorang guru yang professional dan
dapat memikul tanggungjawab dengan baik.
Kita tidak mahu tindakan kita di dunia ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.Saya
juga ingin berpesan agar jangan malu untuk belajar daripada guru-guru lain yang
lebih berpengalaman daripada anda.

1.2

Guru permulaan SK Bintang, Setiu


1. Apakah nama anda?
Salina bt Mohamad.
2. Ceritakan sedikit tentang latar belakang anda?
Saya berasal dari Besut dan menerima pendidikan di Universiti Malaya dalam
menerima ijazah sarjana muda pendidikan pada thn 2012.
3. Berapa tahunkah pengalaman mengajar?
1 tahun.
21

4. Apakah masalah yang sering dihadapi sepanjang anda menjadi guru ?


Saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran matematik tahun 2. Masalah
utama yang saya hadapi ialah kawalan kelas. Saya sukar untuk menghadapi
pelbagai karenah murid-murid yang kadang-kadang sukar untuk dikawal.
5. Apakah tindakan atau langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah yang
timbul itu?
Untuk mengatasi masalah ini, saya banyak bertanya kepada guru-guru yang lebih
berpengalaman tentang cara kawalan kelas. Ada yang memberi pendapat supaya
memberikan tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang dikenalpasti sukaru
untuk dikawal. Selain itu, ada juga rakan-rakan guru memberikan pandangan
supaya menghantar murid-murid tersebut kepada guru kaunseling sekiranya
tindakan saya tidak berkesan kepada murid-murid berkenaan.
6. Apakah cabaran yang paling sukar pernah dihadapi sepanjang bergelar guru ?
Oleh kerana saya masih baru di dalam bidang pendidikan, maka saya tidak
mempunyai banyak cabaran yang begitu sukar. Cabaran yang paling sukar setakat
ini ialah tindakan ibu bapa atau penjaga yang dirasakan agak keterlaluan. Barubaru ini saya telah dimarahi oleh penjaga murid kerana menegur anak mereka.
Saya rasakan perkara ini agak keterlaluan kerana mereka sepatutnya berbincang
tentang punca perkara tersebut sebelum mengambil sesuatu tindakan yang
selanjutnya.
7. Apakah pandangan anda tentang kepimpinan di sekolah ini ?
Secara peribadinya saya amat gembira berada di sekolah bintang kerana pihak
pentadbiran yang berkaliber dan mengambil berat tentang kerja buat saya di
sekolah ini. Mereka juga amat mementingkan cara pergaulan dengan semua
warga sk bintang dan sering berusaha menjaga hubungan baik dengan semua
warganya.
8. Apakah matlamat peribadi anda sebagai seorang guru yang baru?
Saya amat berharap agar pada masa-masa akan datang saya akan menjadi
seorang guru yang berkebolehan dalam semua bidang di sekolah. Saya juga akan
berusaha untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaiknya.
22

9. Apakah pandangan anda tentang tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang guru
baru berbanding guru lama?
Saya dapati tugas yang diberikan adalah sama rata di antara guru baru dan guru
lama. Tiada istilah pilih bulu dalam pembahagian tugas. Saya selesa
melaksanakan tugas yang diberikan. Saya juga dapati guru-guru lama juga tidak
memberikan komen yang negative tentang tugas yang diberikan kepada mereka.
10. Sebagai seorang guru,apakah yang perlu disumbangkan kepada kecemerlangan
sekolah?
Saya akan sentiasa berusaha untuk menjadi guru yang mematuhi peraturan dalam
menjalankan tugas, rajin dan berdedikasi serta menjadi guru yang telah
dihasratkan oleh kementerian pendidikan Malaysia di dalam pelan pembangunan
pendidikan Malaysia.
2.0

ANALISIS PERBANDINGAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN DAN GURU


PERMULAAN.

Bagi memenuhi kehendak tugasan ini, kami telah menemubual 2 orang guru di SK Bintang
mengenai ciri-ciri kepimpinan seorang guru permulaan dan seorang guru penolong kanan
(GPK). Individu-individu yang dimaksudkan adalah Tuan Haji Azhar bin Yahya selaku Guru
Penolong Kanan Pentadbiran dan Cik Salina bt Mohamad seorang guru baru mula bertugas
setahun jagung.
Menurut Cikgu Azhar, beliau telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama hampir
20 tahun. Beliau merupakan seorang guru lepasan Maktab Perguruan Pasir Panjang.Namun
atas nasihat rakan-rakan guru, beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan pada tahun 2008 hingga 2012 di Open Universiti secara pendidikan jarak jauh
(PJJ). Beliau mula bertugas sebagai guru penolong di SK Kempas ,Johor Bharu selama
setahun. Kemudian di tukarkan ke SK Munduk, SK Kg Buluh dan seterusnya ke SK Bintang
tempat beliau sedang bertugas sekarang. Ketiga-tiga buah sekolah berkenaan adalah terletak
di daerah Setiu, Terengganu.Sepanjang bertugas, beliau telah memegang jawatan sebagai
Penyelaras Pendidikan Islam peringkat sekolah, Penyelaras Program Pendidikan Khas dan
seterusnya bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas di sekolah ini.

23

Manakala Cikgu Salina baru sahaja berkhidmat sebagai guru selama setahun. Beliau
baru sahaja ditempatkan di SK Bintang setelah tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda
pendidikan di Uniersiti Malaya dalam pengajian Matematik. Beliau merupakan anak kelahiran
Besut, Terengganu. Beliau memulakan kerjaya sebagai pendidik pada awal tahun 2014 dan
sekarang mengajar dalam subjek Matematik.
Di sekolah, Cikgu Azhar memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sebagai seorang guru
penolong kanan HEM PPKI, Cikgu Azhar mempunyai tanggungjawab yang sama seperti guruguru penolong kanan yang lain. Beliau bertanggungjawab menjalankan segala tugas dan akan
memikul

tanggungjawab

pentadbiran

ketiadaan Guru Besar dan GPK yang lain.

sekolah

jika

Beliau juga turut bertanggungjawab mengajar

sebilangan waktu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan juga terlibat dalam bidang
pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. Selain itu, Cikgu Azhar
juga bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin,
serta bimbingan dan kaunseling bagi murid-murid PPKI. Beliau perlu memastikan bahawa
segala keselamatan para pelajar PPKI adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan
peraturan. Beliau turut menentukan bahawa kebajikan murid , Skim Pinjaman Buku Teks,
biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. Cikgu Azhar juga turut membantu
Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya
menjadi lebih berkesan.
Bagi Cikgu Salina selaku guru permulaan, beliau diarahkan mengajar murid-murid
Tahun 2. Sebagai guru baru, beliau menghadapi masalah terutamanya dalam kawalan kelas.
Beliau sukar untuk menghadapi pelbagai karenah murid-murid yang kadang-kadang diluar
kemampuan untuk dikawal.BAgi mengatasi masalah tersebut, beliau banyak bertanyakan
kepada guru-guru yng lebih berpengalaman tentang cara-cara mengawal kelas. Sesetengah
guru member pendapat supaya tumpuan yang lebih diberikan kepada murid yang sering
menimbulkan masalah. Ada juga guru yang mencadangkan supaya murid-murid yang
bermasalah dibawa berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk tindakan selanjutnya.
Dalam konteks perhubungan di sekolah, Cikgu Azhar tidak menghadapi sebarang
masalah berhubungan bersama guru-guru lain di sini. Pengalaman berkhidmat selama 20 tahun
dalam bidang pendidikan membantu beliau menyesuaikan diri di mana-mana sekolah yang
beliau ditempatkan. Tambahan pula, jawatannya sebagai guru penolong kanan Hal Ehwal Murid
24

Pendidikan Khas sangat dihormati. Cikgu Azhar juga berkuasa dalam memberi arahan sesuatu
tugasan kepada guru-guru.
Manakala bagi Cikgu Salina, beliau menghadapi sedikit masalah dalam menyesuaikan
diri pada awal perkhidmatannya. Selaku guru muda, beliau sedikit kekok untuk menyesuaikan
diri dengan guru-guru lama yang jauh berbeza umur dengannya. Malah, terdapat segelintir guru
yang memandang serong terhadapnya. Oleh itu, Cikgu Salina berusaha untuk mengambil hati
dan berbaik dengan guru-guru senior dan ternyata berkesan untuk mendekatkan hubungan
mereka. Apabila bersangkutan tugas, Cikgu Salina juga menghadapi masalah dalam
membahagikan tugasan kepada guru lama. Biasanya beliau menggunakan pendekatan
memujuk daripada menggunakan pendekatan memberi arahan kerana dikhuatiri guru-guru
lama rasa tercabar apabila di beri arahan oleh orang baru.
Menurut Cikgu Azhar, sepanjang terbabit dalam bidang pendidikan, banyak masalah
yang terpaksa dihadapinya. Antaranya ialah menghadapi pelbagai karenah yang mencabar
kesabarannya sebagai seorang guru. Bagi menguruskan masalah yang timbul, beliau
menggunakan sesi kaunseling kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat. Beliau percaya
bahawa pendekatan secara psikologi amat berkesan bagi mengatasi masalah yang
dihadapinya.
Namun, bagi guru permulaan, Cikgu Salina menghadapi masalah dengan kelakuan
murid-murid dalam kelas. Hubungan di antara rakan-rakan sekerja sangat baik. Beliau berasa
selesa melaksanakan tugas yang diberikan. Tiada istilah pilih bulu dalam pembahagian tugas.
Tugas yang diberikan adalah sama rata di antara guru lama dan guru baru. Komen-komen yang
dilemparkan oleh guru lama kepadanya sangat positif. Sebagai guru baru, murid-murid kurang
takut terhadapnya. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif untuk bersikap tegas apabila menjejak
kaki kali pertama ke dalam sesebuah kelas. Hal ini penting bagi mengelakkan murid bersikap
besar kepala dan membuat andaian bahawa guru ini boleh dipermainkan. Apabila menghadapi
masalah dalam kelas seperti pelajar bergaduh atau ponteng kelas, guru permulaan biasanya
tidak mempunyai autoriti untuk menghukum murid-murid berkenaan. Biasanya kes-kes ini
dipanjangkan kepada guru disiplin atau guru besar untuk tindakan seterusnya. Oleh kerana
baru menceburkan diri dalam bidang pendidikan, Cikgu Salina tidak terlepas dari masalah ibu
bapa yang bertindak agak keterlaluan.Baru-baru ini beliau telah dimarahi oleh penjaga murid
kerana menegur anaknya. Padanya, tindakan ibubapa tersebut agak keterlaluan kerana mereka

25

sepatutnya berbincang terlebih dahulu dan menyiasat punca sebelum mengambil tindakan yang
selanjutnya.
Seterusnya dari aspek kepimpinan dalam kelas. Cikgu Azhar biasanya menggunakan
gaya kepimpinan melalui teladan dan juga demokrasi di dalam bilik darjah. Setiap pemimpin
haruslah mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dan perlulah bersesuaian mengikut masa
dan situasi. Seseorang pemimpin harus bijak dan matang dalam membuat keputusan. Selain
memegang jawatan sebagai pentadbir sekolah, Cikgu Azhar turut dipertanggungjwabkan
mengajar subjek Pendidikan Islam bagi murid-murid pendidikan khas. Manakala Cikgu Salina
pula lebih berminat menggunakan gaya kepimpinan berbentuk demokratik. Beliau sering
memberi peluang kepada anak muridnya untuk memberi idea dan menyatakan pendapat
mereka. Cikgu Salina lebih suka ke arah komunikasi dua hala dalam kelasnya.
Dari aspek penilaian kerja, Cikgu Azhar juga terlibat dalam menilai prestasi kerja guruguru lain. Pada setiap awal tahun, setiap guru diberi tugas dan tugas tersebut akan dinilai sama
ada berjaya dilaksanakan atau tidak. Contohnya masalah disiplin yang berlaku di sekolah dapat
dikawal atau tidak oleh guru disiplin. Selain itu juga, beliau sering menghadapi guru-guru yang
bermasalah. Bagi menanganinya beliau mengambil langkah bijak iaitu dengan mengenalpasti
masalah terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu tidakan yang sewajarnya. Beliau akan
menyelami masalah tersebut dan berusha sedaya upaya membantu mencari jalan
penyelesaian. Sekiranya serius, perkara tersebut dirujuk kepada guru besar. Bagi guru
permulaan pula, beliau boleh menilai guru secara pemerhatian sahaja. Beliau perlu bijak menilai
mana- guru yang berdedikasi dan boleh dijadikan sebagai ikutan dan perlu mengelak daripada
mencontohi guru yang bermasalah.
Menyentuh tentang kepimpinan di sekolah tersebut, Cikgu Salina secara peribadi
berpendapat bahawa pihak pentadbir sangat berkaliber dan mengambil berat tentang kerja buat
guru-guru di sekolah tersebut. Warga sekolah tersebut mementingkan cara pergaulan dengan
semua warganya. Tindakan yang diambil oleh pihak pentadbir terhadap isu dan masalah yang
timbul di kalangan para guru adalah cara yang terbaik dan amat menyenangkan semua pihak.
Bagi Cikgu Azhar, semua guru perlu mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dalam diri masingmasing supaya dapat memimpin para pelajarnya menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di
akhirat kelak.
Sebagai seorang guru lama, Cikgu Azhar mempunyai matlamat yang yang tersndiriiaitu
beliau ingin menjadi seorang guru yang diminati oelh semua guru dan semua murid di sekolah
26

ini. Manakala, bagi Cikgu Salina pula, beliau berharap agar pada masa-masa akan datang dia
akan menjadi seorang guru yang berkebolehan dalam semua bidang di sekolah dan akan
berusaha untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaiknya. Beliau juga sentiasa
akan berusaha untuk menjadi guru yang mematuhi peraturan dalam menjalankan tugas, rajin
dan berdedikasi serta berazam menjadi guru yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kesimpulannya, semua guru perlu mempunyai peranan masing-masing dalam
membangunkan sesebuah sekolah ke arah membentuk situasi sekolah berkesan yang akan
memberi impak kepada pembangunan kecemerlangan sekolah. Semua guru dalam sesebuah
sekolah perlu saling melengkapi antara satu sama lain bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Para guru dalam sesebuah sekolah perlu bergerak secara komuniti bagi memperkasakan
sekolah masing-masing.

3.0

Persembahan video temubual

Ruangan cd

27

Bahagian D : Penulisan Reflektif Individu


Haswidatul Hanim bt Che Adnan
781013-02-5536
g611ttmteb5536
Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan keizinan-Nya dapat kumpulan kami menyiapkan tugasan
Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU 3083) ini dengan jayanya
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang kekangan. Tugasan projek ini amat
penting buat kami memandangkan perkara ini sebahagian daripada pemarkahan kursus Asas
Kepimpinan

Dan

Perkembangan

Profesionalisme

Guru.

Pertama

sekali,

kami

ingin

mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kami terhadap Encik Abdul Hamlim bin Ismail selaku
pensyarah mata pelajaran Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU
3083). Beliau telah memberi bimbingan dan panduan kepada kami dan rakan-rakan dalam
menyempurnakan tugasan ini. Malah tidak ketinggalan kepada Cikgu Azhar dan Cikgu Salina
dari Sekolah Kebangsaan Bintang, Setiu yang telah banyak membantu ke arah kesempurnaan
tugasan ini. Tanpa mereka tugasan ini hanya tinggal angan-angan. Malah jutaan terima kasih
juga kepada rakan-rakan sekelas Matematik B dan mereka yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam tugasan ini.

28

Dalam penulisan refleksi ini, saya akan menghuraikan beberapa perkara mengenai hasil
pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang menyiapkan tugasan kerja kursus Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme Guru ini. Pada masa yang sama, saya telah
membahagikan kepada dua aspek utama yang perlu diteliti dalam penulisan refleksi seperti
kehendak soalan EDU 3083 iaitu dari sudut bentuk perubahan yang mungkin diperkenalkan
dalam menambahbaikan organisasi sekolah tersebut dan sejauh mana pengalaman dalam
pelaksanaan

tugasan

ini

mampu

meningkatkan

kefahaman

tentang

perkembangan

profesionalisme guru.
Pertama, dari segi pengurusan pusat sumber. Saya mendapati pusat sumber SKTM
sangat tidak aktif. Jika diperhatikan semasa waktu rehat, hanya beberapa orang murid yang
yang berkunjung. Bagi menambahbaik pengurusan pusat sumber, saya mencadangkan agar
pusat sumber dinaik taraf dan dipasang penyaman udara bagi menyediakan suasana yang
lebih kondusif. Malah, lebih banyak program perlu diadakan bagi mendekatkan diri murid
dengan pusat sumber. Buku-buku juga perlu diperbanyakkan serta dipelbagaikan. Kesedaran
tentang budaya membaca juga perlu dipertingkatkan dalam kalangan murid-murid. Peranan
pengawas pusat sumber juga perlu dititik beratkan.
Selain itu ialah mengenai kebersihan dan keceriaan dalam kelas. Saya mendapati
hampir semua kelas di SK Tengku Mahmud terutamanya kelas-kelas di tahap satu kelihatan
tidak ceria dan agak kotor. Saya mencadangkan agar setiap guru kelas mengambil berat
terhadap kelas masing-masing. Guru kelas perlu bekerjasama dengan murid-murid untuk
membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing. Suasana yang kondusif di dalam kelas
akan dapat meningkatkan keberkesanan proses PdP. Selain itu, saya mencadangkan agar
pertandingan kebersihan dan keceriaaan kelas dijalankan supaya pelajar berlumba-lumba
membersihkan kelas kerana ada ganjaran yang menanti. Secara tidak langsung, ia akan
memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan pelajar dan mewujudkan persaingan yang sihat.
Saya juga dapat melihat kelemahan pengurusan penggunaan bilik komputer yang
mempunyai kemudahan ICT. Saya mendapati ramai guru yang tidak menggunakan bilik
komputer tersebut untuk tujuan pdp. Masalah itu timbul kerana tiada waktu penggunaan bilik
ini dalam jadual. Oleh itu, pihak sekolah perlu membuat sistem giliran penggunaan bilik
komputer tersebut dan pihak pentadbir perlu memantau guru-guru supaya kemudahan yang
disediakan itu digunakan dengan sebaik mungkin. Penggunaan Chrome book juga perlu

29

ditingkatkan agar kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib dapat digunakan sebaik
mungkin untuk kepentingan pelajar-pelajar di sekolah.
Penambahbaikan dalam sistem menyediakan jadual guru ganti juga perlu ditingkatkan.
Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan kes guru yang sama sahaja mendapat kelas ganti
saban hari. Maka dicadangkan penggunaan kemudahan ICT dalam penyediaan jadual kelas
ganti. Satu sistem yang canggih perlu di bangunkan agar seseorang guru itu tidak menerima
kelas ganti setiap hari. Dengan ini, bebanan tugas GPK Pentadbiran akan lebih senang. Maka,
pihak sekolah perlu melakukan beberapa perubahan dalam organisasi sekolah agar sistem
pentadbiran sekolah berjalan lancar dan teratur. Pentadbiran yang lancar menjamin kemajuan
akademik, ko-kurikulum, dan disiplin pelajar.
Melalui sesi temubual yang dijalankan, saya dapati bahawa tugs dan peranan GPK
bukan sahaja di bilik pejabat. Namun pihak pentadbir juga turut terlibat dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Tugas yang dipikul memerlukan komitmen yang kuat agar tugas hakiki tidak
terabai. Sebagai pemimpin gaya kepimpinan yang diamalkan amatlah penting supaya ianya
boleh dijadikan teladan oleh guru-guru lain. Sebagai guru permulaan pula, seseorang guru itu
perlu lebih gigih berusaha agar guru yang berkebolehan dapat dilahirkan seperti yang
dihasratkan oleh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Sebagai seorang guru yang berpengalaman hampir 15 tahun, saya menyedari bahawa
pengalaman dalam bidang pendidikan ini mampu
perkembangan

profesionalisme

guru.

Tugas

meningkatkan kefahaman saya tentang

rutin

yang

dilaksanakan

telah

banyak

meningkatkan sifat kepimpinan saya terutamanya ketika mengendalikan aktiviti kokurikulum dan
juga ketika mengendalikan sesuatu program besar seperti Kem Numerasi Murid LINUS dimana
saya merupakan penyelaras program. Sifat kepimpinan yang wujud dalam diri digunakan sebaik
mungkin agar tiada guru yang mudah tersinggung dengan arahan yang diberikan. Seorang
pemimpin sekolah mampu menggunakan hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan
kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi sekolah berkesan yang memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah seperti yang ditegaskan oleh Mortimore dalam kertas kerja beliau.
Oleh yang demikian, adalah jelas menunjukkan kesan kepimpinan seorang pemimpin
sekolah

dapat

diperlihatkan

dari

aspek

kemampuan

serta

kebijaksanaan

pemimpin

mempengaruhi perasaan, keyakinan dan tindakan ahli-ahlinya ke arah mencapai matlamat


yang dikongsi bersama. Seorang guru bukan sahaja mengajar tetapi mendidik dan
bertanggungjawab melahirkan generasi muda yang berwawasan dan berpendidikan. Oleh itu,
30

guru haruslah menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat


dengan mendidik anak bangsa dengan sempurna demi menjadi generasi muda yang layak
digelar sebagai aset negara.
Walaupun telah berjaya menyiapkan tugasan ini,namun terdapat beberapa halangan
yang berlaku semasa proses menyiapkan tugasan ini. Antara halangan terbesar ialah kekangan
masa di mana saya perlu membahagikan masa dengan betul supaya tugasan dapat disiapkan
tepat pada masanya. Saya juga menghadapi sedikit kesulitan dalam mencari bahan ketika
menyiapkan tugasan kerana sumber dapatan adalah terhad. Namun hasil kerjasama daripada
pasangan Zuraida bt Sulaiman dan Siti RAfidah bt Latif serta rakan guru Pn Noraini seorang
Guru Pakar Sains selaku Setiausaha Program SBT di sekolah, akhirnya saya berjaya
menyiapkan bahan tugasan yang diperlukan. Walaupun telah berkali-kali membaca nota yang
ada,namun saya masih belum dapat memahaminya dengan baik.Tetapi hasil tunjuk ajar dan
perbincangan dengan rakan sekelas dan juga rakan sekerja,masalah tersebut dapat diatasi
dengan jayanya. Berkat usaha yang gigih kesemua tugasan dapat disiapkan mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, saya dan rakan amat gembira dan bersyukur kerana dapat
menyempurnakan tugasan Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU
3083) ini. Walaupun terdapat sedikit kelemahan tetap kami atasi kerana tugasan ini amat
bermakna kepada kami. Segala pengalaman dan ilmu yang kami perolehi bakal digunakan
dalam menempuh masa hadapan kelak. Akhir kata, kami berharap tugasan kami memenuhi
kriteria yang telah ditetapkan dan diterima dengan tangan terbuka.
Sekian terima kasih.

31

Siti Rafidah bt Latif


781012-11-5118
g611ttmteb5118
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk kursus ini ialah Asas Kepemimpinan
Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083). Sepanjang menjalankan tugasan kerja
kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul
di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang
perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan
menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, , saya
menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan.
Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi
saya yang bergelar seorang pendidik.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan,guru penolong kanan,
guru permulaan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya
sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang
32

untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan
untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah
pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea dan pengetahuan tentang asas
kepemimpinan dan perkembangan professional guru .

Selepas menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada
diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Oleh itu, sebagai pendidik
guru mestilah melengkapkan diri dengan merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi
seorang yang profesional dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran
asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih
mudahlagi.
Seperti yang kita ketahui ilmu pendidikan ialah asas pembinaan masa depan bangsa
dan negara. Ia menyedarkan saya, bahawa profesion perguruan yang dinamis penting untuk
melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti,dapat memperbaiki dan mempertahankan etika
profesionalisme pendidikan dan menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan
mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk
berubah.
Melalui tugasan temubual yang telah dijalankan, diketahui sebagai seorang pendidik
dan juga pentadbir sekolah , Guru Penolong Kanan (GPK), bukan sahaja mengajar subjek
tertentu di dalam kelas bahkan GPK merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat.
GPK juga merupakan fasilitator yang melayan, membimbing, membina dan mengusung murid
sebagai klien mereka bagi menuju ke gerbang kejayaan. Manakala, guru permulaan yang baru
bertugas, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak
bagi menangani masalah dalam pengajaran dan pembelajaran semasa. Mereka juga perlu
pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi seorang guru yang profesional,
mereka harus menekankan kepada tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran,
pengetahuan dan pembentukan sahsiah.
Dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini,
saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini.
Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya
haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung.
Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat
mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan
yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
33

ditetapkan. menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan
seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk
menyiapkan tugasan ini. Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambah baikan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya untuk
menyiapkan tugasan yang lebih berkesan lagi dan memberi pengajaran kepada saya. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya ,kerana telah memberi ilmu dan
tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan.
Akhirnya, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya . Diharap
hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan
kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi
nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya. Semoga ilmu yang baik ini
dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna di sekolah nanti.Akhir kata, segala
yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.

34

Zuraida bt Sulaiman
780702-11-5006
g611ttmteb5006
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan Asas
Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083) ini dengan jayanya mengikut
tempoh yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Halim selaku
pensyarah yang diamanahkan untuk mengajar subjek tersebut bagi kelas matematik B yang
telah banyak memberikan panduan dan bimbingan dalam pelaksanaan tugasan ini. Tidak
dilupakan juga kepada Tuan Haji Azhar dan cikgu Salina selaku guru penolong kanan dan guru
penolong di Sekolah Kebangsaan Bintang yang memberikan kerjasama kepada saya semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada rakan sekumpulan dan rakan sekelas
serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang membantu ke arah
kesempurnaan tugasan ini
Tugasan ini banyak memberikan maklumat kepada saya tentang gaya kepimpinan pihak
pentadbir sekolah yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Sebagai
salah seorang pentadbir sekolah, saya merasakan tugasan ini amat bersesuaian dengan situasi
yang saya hadapi pada hari ini. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari dan info terkini
tentang gaya kepimpinan yang boleh digunakan dalam melonjakkan kecemerlangan Sekolah
Kebangsaan Bintang.
Hasil dari pelaksanaan tugasan ini, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan,
kelemahan dan cadangan dalam membantu pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi
sekolah dan seterusnya menjana kecemerlangan sekolah.
35

Perkara utama yang menarik perhatian saya semasa menjalankan tugasan ini ialah
apabila melibatkan sesi temuramah guru penolong kanan dan guru baru. Saya dapati peranan
pemimpin sekolah banyak menjurus kepada penyelesaian masalah atau konflik berbanding
guru baru yang banyak menjurus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga
mendapati pemberatan tugas bagi semua guru adalah seimbang dan tidak tertakluk kepada
senioriti. Guru-guru baru akan sentiasa dibantu dan diberi peluang untuk menjalankan tugas
sama seperti guru-guru yang lebih senior. Dengan ini diharapkan agar guru-guru baru terus
menimba ilmu dan bersedia dalam menghadapi apa jua cabaran di dalam bidang pendidikan.
Tugasan ini juga telah membuka mata saya dalam mengenalpasti beberapa perkara
yang perlu diberi penambahbaikan. Antaranya ialah penggunaan bilik-bilik khas yang tidak
teratur dan tidak digunakan dengan maksimum dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh pengurusan pusat sumber sekolah. Saya dapati walaupun
terdapat jadual penggunaan pusat sumber, namun terdapat segelintir guru tidak mematuhi
jadual tersebut dengan alasan tempat tersebut tidak selesa untuk dijadikan tempat
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi menambahbaik pengurusan pusat
sumber, saya mencadangkan agar tempat tersebut dinaik taraf dengan berfokuskan kepada
keceriaan. Tempat yang ceria, selesa dan menarik dapat menyediakan suasana pembelajaran
yang lebih kondusif .
Selain itu, saya dapati tahap kebersihan kelas kurang memuaskan. Murid-murid dilihat
sering membuang sampah dimerata-rata tempat walhal dibawah meja mereka sendiri. Untuk
mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar pihak yang terlibat menjalankan sesi
pemeriksaan secara rutin dan memberikan hukuman kepada kelas yang paling kotor. Hukuman
yang dikenakan mestilah dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang pentingnya
menjaga kebersihan persekitaran mereka. Sebagai contoh murid yang berada di kelas paling
kotor didenda mencuci tandas selepas selesai waktu persekolahan. Dengan cara ini diharapkan
agar kebersihan kawasan sekolah terus terpelihara terutamanya bilik darjah yang menjadi
tempat untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Masalah lain yang telah diperhatikan ialah ketirisan maklumat atau info dari guru besar
kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Kadang-kadang berlaku salah faham dikalangan
guru-guru tentang maklumat yang telah disampaikan. Oleh itu, saya mencadangkan
penggunaan media sosial seperti WhatsApp diperkenalkan sebagai pengantara dalam
komunikasi tersebut. Selain menjimatkan masa, ia juga merupakan satu alternatif kepada
pengunaan pembesar suara yang boleh mengganggu murid-murid yang sedang belajar.

36

Seterusnya ialah berkenaan kehadiran guru ke sekolah. Oleh kerana Sekolah


kebangsaan Bintang mempunyai guru yang agak ramai, agak sukar bagi pihak pengurusan
untuk mengenalpasti waktu keluar masuk seseorang guru. Saya dapati pihak pengurusan
masih menggunakan sistem menulis pada buku kehadiran guru dan kakitangan tentang waktu
hadir dan pulang bagi setiap ahlinya. Pada pendapat saya, sistem ini agak ketinggalan dan
tidak lagi sesuai untuk digunakan pada masa kini. Untuk mengelakkan sebarang penipuan,
penggunaan sistem pengimbas ibu jari amat sesuai untuk digunakan bagi merekod waktu
keluar masuk guru dan kakitangan sekolah. Sistem ini juga memudahkan pihak pengurusan
dalam memantau kehadiran ahlinya ke sekolah.
Saya amat mengharapkan agar segala kelemahan ini dapat diatasi dengan penglibatan
semua pihak dan mendapat kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan sistem pentadbiran
sekolah berjalan dengan lancar dan teratur. Pentadbiran yang lancar dan teratur dapat
menjamin kecemerlangan akedemik, kemajuan kokurikulum dan pemantapan sahsiah muridmurid.
Pengalaman menjalankan tugasan ini banyak mengajar saya erti kesabaran dan ianya
memerlukan ketahanan mental dan fizikal bagi menjadi seorang guru dan juga pentadbir yang
bertanggungjawab melahirkan generasi muda yang berpendidikan dan bersahsiah mulia.
Peranan yang dimainkan oleh guru amat besar dalam mendidik anak bangsa yang menjadi aset
kepada kemajuan negara pada masa yang akan datang. Segala pengalaman dan ilmu yang
diperolehi akan digunakan dengan sebaiknya dalam membantu pihak sekolah bagi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Saya juga akan terus berusaha untuk menjadi seorang
pentadbir yang berkaliber dan mampu memimpin sekolah menjadi sebuah institusi yang
cemerlang pada masa kini dan akan datang.
Sekian terima kasih.

37

BIBLIOGRAFI
Buku
Cabaran Guru Permulaan. (06 02, 2010). The Brunei Times , p. 4.
Fook, C. Y. (2009). Penilaian Keberkesanan Program Latihan Pengurusan Dan Kepemimpinan
Sekolah. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
John West Burnham, F. O. (1999). Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional di Sekolah.
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Malaysia, K. P. Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Malaysia:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Masuut, B. (06 02, 2010). Cabaran Guru Permulaan. The Brunei Times , p. 4.
Noriati A. Rashid, P. Y. Boon, K. W. Wong (2010). Siri Pendidikan Guru: Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rusmin, R. (2014, 06 23). Cabaran Dihadapi Tidak Berubah. Harian Metro .
Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som, Alina
Ranee (2005). Siri Panduan Guru: Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan.
Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kertas Kerja
Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas Kerja Seminar Sekolah
Efektif. Institut Aminudin Baki: Kementerian Pendidikan Malaysia.
38

Laman Web
Amalan Kepimpinan Lestari dan hubungannya dengan prestasi kerja guru sekolah rendah yang
menerima tawaran baru di daerah Bahau http://www.academia.edu/5426101
Burhan (2009). Sekolah Berkesan. http://burhan-cikgubob.blogspot.com/2009/02/sekolahberkesan-1.html. Tarikh akses: 30 Julai 2014.
Dr.

Zuraidah

Abdullah

(2013).

Ciri

Iklim

Sekolah

Berkesan.

http://preciseminds.blogspot.com/2013/04/ciri-iklim-sekolah-berkesan.html#.

Tarikh

akses: 29 Julai 2014.


Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan Faktor-Faktor Kepimpinan Di
Sekolah

Penerima

Anugerah

Sekolah

Cemerlang

Di

Negeri

Melaka

http://www.researchgate.net/publication/46136575
Ghazali Othman (2001).Sekolah Berkesan dan Program Pembaikan Sekolah di Malaysia.
http://web.usm.my/education/digest/jilid1bil2.htm. Tarikh akses: 30 Julai 2014.
Scribd.

(2011).

Modul Asas

Kepimpinan

dan

Perkembangan

Profesionalisme

Guru.

http://ml.scribd.com/doc/58901738/NOTA-EDU-3108-Asas-Kepemimpinan-DanProfesional-Guru. Tarikh akses: 21 Julai 2014.


Zaliah

(2013).

Pemikiran,

Perjuangan,

Perubahan:

Budaya

Sekolah

Cemerlang.

http://cikgustudent.blogspot.com/2013_04_01_archive.html. Tarikh akses: 19 Jul 2014


http://pengajian-ipg.blogspot.com/2013/02/konsep-asas-kepemimpinan-guru.html

39

Anda mungkin juga menyukai