Anda di halaman 1dari 1

BENGKEL PENULISAN RANCANGAN TAHUNAN

AKTIVITI KOKURIKULUM JABATAN PELAJARAN


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PENGENALAN
Antara faktor yang menjadi penghalang kepada kelicinan pelaksanaan pasukan pakaian seragam di sekolah ialah
kekurangan tenaga jurulatih untuk mengendali kegiatan-kegiatan. Terdapat 740,000 orang pelajar di sekolah menengah
(Perangkaan 1997) menjadi anggota pasukan pakaian seragam. Tenaga jurulatih yang ada pada hari ini tidak berupaya
menerima lebih ramai lagi anggota untuk dilatih. Walaupun latihan jurulatih dibuat secara berterusan namun nisbah guru
terlatih dalam bidang yang diperlukan adalah tidak seimbang. Dijangka seramai 21,000 orang jurulatih diperlukan untuk
pengendalian aktiviti pasukan seragam buat masa kini.
Justeru, pihak Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengambil inisiatif menyediakan Rancangan
5 Tahun Aktiviti Kokurikulum bagi pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat. Rancangan ini akan menjadi garis panduan
kepada guru-guru pemimpin Kadet Bomba dan Penyelamat di seluruh Negeri Sembilan semasa pengendalian aktiviti di
sekolah.
Adalah diharapkan, dengan adanya Rancangan 5 Tahun ini, kualiti ilmu kebombaan dalam kalangan guru-guru
pemimpin dan anggota kadet dapat dipertingkatkan. Namun begitu, seorang guru yang dilantik sebagai guru pemimpin
Kadet Bomba dan Penyelamat perlu menghadiri Kursus Kejurulatihan Kadet Bomba dan Penyelamat. Sehubungan itu,
barulah pemahaman berhubung dengan falsafah dan matlamat akan lebih jelas, pengurusan pasukan akan lebih kemas,
dan kegiatan yang dijalankan akan menarik dan mantap.
OBJEKTIF
Selepas mengikuti peringkat ASAS 1, kadet seharusnya dapat :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Menguasai kemahiran Kawat Kaki 1 hingga 6


Mengetahui asas Sains Kebakaran
Mengetahui teknik Pencegahan Kebakaran di Sekolah
Mengendalikan Alat Pemadam Api (APA)
Menguasai kemahiran Kawat Hos 1 hingga 3
Menyertai gerak kerja tahunan
Menyertai perkhemahan tahunan

Anda mungkin juga menyukai