Anda di halaman 1dari 3

Prosedur Pelaksanaan

Permainan Mini Bowling


Terdapat 10 botol air kosong yang disusun dalam
bentuk piramid.
Murid-murid dikehendaki berada 15 meter jauh dari
susunan botol air.
Apabila guru membunyikan wisel, murid dikehendaki
menggolek bola berwarna tepat pada botol air bagi
menjatuhkannya.
Mata dikira berdasarkan bilangan botol air yang
berjaya dijatuhkan.
Setiap murid diberikan 2 kali percubaan sahaja.
Aktiviti ini dilaksanakan secara individu.

Prosedur Pelaksanaan
Permainan Bucket Toss
Terdapat 6 bekas kecil yang disusun secara rapat.
Setiap murid diberikan ENAM biji bola ping pong.
Murid dikehendaki berada 10 meter jauh dari
susunan bekas kecil.
Apabila guru membunyikan wisel, murid
dikehendaki untuk membaling bola ping pong ke
arah bekas kecil yang disediakan.
Mata dikira berdasarkan bilangan bola ping pong
yang masuk ke dalam bekas kecil tersebut.
Aktiviti ini dilaksanakan secara individu.

Prosedur Pelaksanaan
Isi Air dalam Botol
Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Setiap kumpulan akan disediakan dengan sebuah baldi yang
berisi air, botol air kosong dan cawan plastik yang berlubang.
Botol air yang kosong diletakkan 20 m jauh dari setiap
kumpulan.
Apabila guru membunyikan wisel, murid daripada setiap
kumpulan dikehendaki untuk berlari ke arah baldi yang berisi
air dan mengambil cawan daripada baldi tersebut untuk
mengisi botoil air kosong.
Aktiviti ini dilakukan secara bergiliran selama 5 minit.
Kumpulan yang dapat mengisi air yang banyak dikira
pemenang.

Anda mungkin juga menyukai